Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, September 05, 2012

Brunei, Malaysia jalin kerjasama ekonomi

Brunei, Malaysia jalin kerjasama ekonomi

NAJIB bersalaman dengan Sultan Hassanal Bolkiah ketika menerima kunjungan baginda di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. 

Malaysia, Brunei jalin kerjasama ekonomi


NAJIB Tun Razak (duduk kanan) dan Sultan Hassanal Bolkiah (duduk kiri) mengetuai kedua-dua delegasi Malaysia dan Brunei pada majlis taklimat oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 4 Sept. - Malaysia dan Brunei hari ini melakukan pertukaran dokumen mengenai jalinan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Dokumen perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala Brunei diwakili Menteri Luar dan Perdagangan Kedua Brunei, Pehin Datuk Lim Jock Seng kelmarin.


Penyerahan dokumen itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Acara pertukaran dokumen dilakukan antara Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang mewakili Mustapa manakala Brunei oleh Jock Seng.

Sultan Brunei mengadakan lawatan kerja ke Malaysia sempena rundingan tahunan selama dua hari mulai semalam.

petikan daripada KOSMO:

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di pejabatnya di sini bersempena Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam ke-16 selama dua hari yang bermula kelmarin.
Ketibaan Sultan Hassanal Bolkiah di Kompleks Perdana Putra disambut Perdana Menteri pada pukul 10.55 pagi sebelum mereka memulakan perbincangan.
Wisma Putra dalam kenyataan pada Sabtu lalu berkata, kedua-dua pemimpin mengambil peluang pada perundingan tahunan itu untuk menilai kemajuan kerjasama yang berjalan dan mencari potensi baharu bagi meningkatkan perkongsian yang memberi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.
Menurutnya, perundingan itu merupakan acara paling penting dalam kalendar kedua-dua negara kerana ia merupakan mekanisme bagi perbincangan pelbagai isu kepentingan bersama dua hala, serantau dan antarabangsa.
Pada Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam yang ke-15 di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 12 September tahun lepas, kedua-dua pemimpin menandatangani satu perjanjian dan tiga memorandum persefahaman.
Pada majlis sama, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan pertukaran dokumen berhubung Perjanjian Kerjasama Ekonomi antara kerajaan Malaysia dan Brunei.



0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design