Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, September 07, 2012

Pelajar Malaysia Di Rusia Yang cedera dipindah

Pelajar Malaysia Di Rusia Yang cedera dipindah

 Semoga 5 pelajar ini segera sembuh. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang berusaha membantu mangsa kemalangan jalan raya ini. Saya terharu dengan keprihatianan banyak pihak, walaupun saya bukanlah ahli keluarga atau kenalan mangsa kemalangan ini.

Termasuk juga rakan bloggers blog ini yang sudi meninggalkan komen di Al Fatihah Buat 2 Siswi Malaysia Yang Maut di Rusia.

5 pelajar Malaysia cedera dipindah


Vladivostok, Russia: Lima pelajar Malaysia yang cedera dalam nahas jalan raya mengorbankan dua rakan senegara di Wilayah Vladimirskaya, Russia, Ahad lalu, sudah dipindahkan ke hospital di Nizhny, tempat pengajian mereka.

Duta Besar Malaysia di Russia, Datuk Zainol Abidin Omar, berkata Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza, semuanya pelajar perubatan tajaan MARA dipindahkan dari hospital di Viyazniky, Vladimirskaya, dua hari lalu.


Jenazah Hanisah Muhd Shah, 22, dan Adzreen Dimyati, 22, yang maut dalam kemalangan itu pula, dijangka tiba di Kuala Lumpur, malam ini, jika segala persiapan disempurnakan dan pesawat disahkan.

Hantar pegawai perubatan

Kelima-lima pelajar yang cedera masih menerima rawatan. Kami difahamkan pihak insurans di Malaysia akan menghantar pegawai perubatan untuk melihat keadaan mangsa. Jika laporan menunjukkan tiada kecederaan kritikal, mereka akan menyambung semula pengajian," katanya.

Bercakap kepada media Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, semalam, Zainol Abidin berkata pihak kedutaan juga masih menunggu hasil siasatan penuh daripada polis Russia mengenai nahas terbabit.

Hanisah, pelajar tajaan MARA dari Dungun, Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Adzreen, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari Putrajaya, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

SUMBER; BERITA HARIAN

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design