Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Saturday, November 27, 2010

Abang Tak Nak, Adik Nak

Abang Tak Nak, Adik Nak

Ketika saya sedang menguruskan si adik yang sedang memakai pakaian selepas dimandikan, dan mata pula melihat kepada si abang yang sedang memanjat-manjat. Risau sebenarnya kalau dia jatuh tapi dah puas ditegah.

Penat rasanya menguruskan semua ini dalam keadaan tubuh diri sendiri tidak kuat. Melihat si abang, saya pun bertanya,"Abang, abang dah makin besar. Abang nak tak sunat?"

"Aaaa..", dengan kerut muka yang bengang, si abang tergagap-gagap nak menjawab.

Si adik yang sedang dipakaikan baju segera menjawab, "Adik nak sunat,"

Tergelak saya. "Aik, ibu tanya abang. Adik yang jawab?"

"Adik nak sunat-sunatlah. Abang tak mahu sunat," jawab si abang.

Saya pun memandang si abang,"Kenapa tak mahu, bang? Orang lelaki kena  bersunat juga."

"Abang taknak,tak nak lah, ibu."

"Adik nak, " jawab si adik lagi.

"Laa, korang ni selalu je berbeza pendapat,"cetus hati ibu.

"Wokeylah, cuba abang bilang dengan ibu, kenapa abang tak mahu sunat?" tanya saya lagi.

"Takut sakit, ibu."ringkas jawab si abang tapi ada jujur kata di situ.

"Abang, bersunat ni bagus untuk kesihatan. Bila bersunat, bersihlah sikit 'anu' abang,"

Selepas itu, bermulalah sesi penerangan ibu yang panjang lebar kepada anak-anak ibu tentang bersunat atau khitan ini.  Terasa macam doktor pula menerangkan kepada pesakit, atau Sister kat ward yang sedang menjelaskan cara-cara menyusukan bayi,:).

Di sini ibu sertakan sedikit info berkenaan berkhitan ini. Ibu minta Maaf tak dapat jalan2 blog kawan-kawan ibu semalam memandangkan ada temujanji dengan pihak hospital sepanjang minggu ini.





Hujan mengiringi perjalanan pergi dan balik kami. Syukur Alhamdulillah,perjalanan ini selamat.



Hukum Berkhitan

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.

Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW.

Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.

Hikmah dan kelebihan berkhatan

a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.

b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.

c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.

d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.

e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.

f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam.

Khitan dari segi kesihatan

a) Mengurangkan Risiko Kanser

Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan.

Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.

Perkhidmatan berkhitan, SOPD HTAA Kuantan, Pahang


Atas: Klinik Pakar SOPD. Seperti slogan yang mereka tulis di S= Sabar, O= Optimis, P=Peramah, D= Dinamik, begitulah perkhidmatan mereka. Tahniah.
Bawah: Ruang Legar bangunan Klinik Pakar di HTAA.
Gambar ni, 6 bulan dulu. semalam, ada Pameran pendidikan penyusuan ibu.


Unit Berkhitan
Unit ini menyediakan perkhidmatan berkhatan untuk murid-murid pada musim cuti sekolah. Temujanji untuk berkhatan boleh dibuat 2 minggu sebelum sekolah tutup. Borang-borang tersebut boleh di dapati di bilik no. 9 Day Care Centre atau bilik no 10 unit Perkhidmatan Endoscopi. Unit ini boleh juga dihubungi melalui talipon 09-5133333 Samb: 3018 atau terus ke Unit SOPD, Klinik Pakar SOPD, HTAA. (Di bangunan baru)

Kaedah Smart Clamp

Mengenai kaedah atau teknik Smart Klamp pula ia merupakan satu teknik berkhatan atau bersunat yang cepat, mudah dan selamat. Dengan teknik itu, lima orang kanak-kanak dapat dikhatankan setiap jam oleh seorang doktor yang terlatih. Dengan 10 orang doktor, 200 kanak-kanak dapat dikhitankan dalam masa empat jam berbanding lapan jam dengan cara jahitan.

Selain itu, penggunaan Smart Klamp juga telah diterima pakai oleh lebih 200 klinik di seluruh Malaysia, ia juga merupakan teknik yang mudah dikendalikan oleh doktor, tanpa jahitan dan mudah dijaga. Sehingga kini, lebih 50,000 kanak-kanak telah dikhatan menggunakan teknik ini sejak ia diperkenalkan seawal 2003.

Teknik ini merupakan kaedah terbaik untuk pesakit diabetis, hemophilia, kanak-kanak autism dan kanak-kanak hiperaktif.


Masjid Negara pun ada mengadakan Khitan beramai-ramai. 

Masjid Negara untuk mendapatkan borang penyertaan daripada urusetia di urusetia Program Berkhitan, Unit Perkhidmatan Sosial, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur atau layari laman web rasmi Masjid Negara di www.masjidnegara.gov.my.

 P/S: Alhamdulillah blog ini telah boleh dilayari dengan firefox. Mungkin setelah tukar themes. Saya pun tak buat apa-apa melainkan tukar themes dia je.

13 comments:

kak Erna said...

salam ummu..sampai masa nanti..abang akan mintak sendiri..lagi2 kalau kawan2 dia dah bersunat..nanti dia akan malu kalau belum..sabar aje..

Rozali said...

ssalamualaikum Ummu

moga siabang lembut hatinya untuk bersunat

Wassalam

ibuintan said...

salam ummu,

memang cuti sekolah ni musim berkhitan juga selain musim berkahwin..

ada kawan ibu yang non-muslim juga berkhitan.. baik untuk kesihatan katanya

Zaitun said...

Salam Ummu

Mungkin adik belum faham apa erti sunat agaknya.

Harap Ummu sihat2 aje.

Insan Marhaen said...

kalau tak mahu bersunat pun takpa kan. nama pun sunat!

akuanakpahang (AAP) said...

Salam zairah ptg hari semoga ceria sekeluarga sentiasa.
Jom Singgah "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan - akuanakpahang"

HaDi said...

Salam ummu,,,

Sekarang cuti sekolah,,,mmg waktu sesuai utk bersunat...

Semoga ummu sihat2 sentiasa...

Mata Hati said...

salam ziarah kak ummu,

musim cuti sekolah, dan jugak masa untuk kanak2 berkhatan. teringat masa dulu masa berkhatan dgn tok mudim. tgk misai tok mudim yang tajam tu dah rasa nak lari.

Mieja@2001 said...

salamss ummu,

seronok baca rentak adik & abang:)

ummu said...

waalaikumussalam kak erna
terima aksih akak atas pandangan akak tu.risau juga kalau si abang ni tak mahu sunat

ummu said...

waalaikumussalam Tn Hj Rozali
semoga begitu hendaknya
terima kasih

ummu said...

waalaikumussalam ibuintan
berkhitan ni mmg bagus kan untuk kesihtan,kawan-kawan kami yg non muslim ni pun ada yang nak berkhitan juga .

ummu said...

waalaikumussalam kak zaitun
semoga suatu hari nanti si abang kan lembut hatinya,kak zai


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design