Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, November 20, 2010

Bilalah Nak Pandai

Bilalah nak Pandai ni

Alhamdulillah, ibu nak catatkan sesuatu di sini.

Ibu sedih, bilalah ibu nak pandai buat ketupat daun palas ni.

Padahal dari umur 13 tahun semasa bersekolah di utara tanahair, ibu dah belajar buat ketupat ni. Tapi tak pandai-pandai juga.

Ketupat dari daun kelapa, bolehlah ibu tolong buat walau tak pakar tapi alhamdulillah, menjadi.

entry ini ibu buat sebab ibu Rindu ayah bonda... yang suka dengan ketupat dari daun kelapa
lagipun leluhur ibu memang dengan ketupat jenis ini je

 Yang ni, tak mahir lagi. Untuk makan sendiri, boleh,kalau dengan mertua, tak lulus lagi.



...Ketupat yang ni, ibu reti....


Kek keju nanas dan kerepek bawang yang sedap...
Entry ibu tentang sambutan Aidil Adha, klik sini.

Sekian, Wassalam...

23 comments:

Ummi Hanie said...

Salam Ummu ,

adakah kita saling mengenali d dunia realiti ? cewwahhh...;p
terime kaish utk komen ummu di chatbox blog Hanie/Nisa tu...best ke blog sy?biase2 je...blog Ummu lg bagus ;)

hurm,at least pandai juge anyam ketupat,sy langsung tak reti ;)

Vic said...

hehehe.. ingatkan bila nk pandai ber blog (vic) hehe.. rupanya buat ketupat.. suspen je akak ni.. hehe.. vic dah sihat sikit.. Alhamdulillah boleh menulis lg..

Acik Erna said...

salam ummu..ketupat daun palas..akak juga tak pandai buat..tapi suka makan..suka sangat..cuma nak buat bentuk itu tak pandai langsung..

Unknown said...

selamat hari raya aidiladha ibu..;)

Werdah said...

Salam ummu

Umur kak sebeginipun belum pandai buat ketupat.. makan je yang tahu.. pernah juga belajar tapi tak dapat-dapat...

Maiyah said...

salam..
hehe.. sy pun x mahir gak, tp ketupat biasa tu mmg terror :D

Unknown said...

kakyong baru ni tolong mertua buat ketupat palas... adoi la, terasa nak menangis,berkali2 dok pulas sana sini tak menjadi.. dlm 50 biji tu.. ade lah kot 10 biji jer yg kakyong sempat buat... tu pun memang belum pass lagi...

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Ummu...

kakcik juga dah 'hilang' kepandaian menganyam ketupat. Tapi, kakcik lebih suka makan lemang walaupun tak pandai juga membuatnya! :)

Kamsiah yusoff said...

ketupat daun palas tu peberet saya...

ummu said...

salam Ummie hanie
akak rasa kita mungkin kenal kot.
entahlah sebab zaman sekolah dah terlalu lama ditinggalkan.ramai dah lost contact.tq ya sudi tinggalkan jejak di teratak akak

ummu said...

tajuknya suspen ya Vic?
hi hi tajuk org tengah tension tak menjadi je ketupat tu.

ummu said...

salam kak erna,ketupat tu sedap kan kak,rasa lemak2 manis masin smeua ada.

ummu said...

tq cik tiniey,erm maccam mana ya akak nak gi blog cik tiney?sebab dekat profile cannot access

ummu said...

waalaikumussalam kak werdah
sedap kan kak ketupat ni,tapi kita tak leh ambil banyak sangat.

ummu said...

salam Maiyah
wah mesti macam2 bentuk yang Maiyah dapat buat kan?
ketupat sate, ketupat pasar dan apa lagi ya...

ummu said...

Kakyong,samalah kita
dalam 50,10 je menjadi
punyalah laju mertua saya buat.
orang dah sampai bulan,
saya baru sampai everest

ummu said...

waalaikumussalam kakchik
betul lah kakchik,kalaus esuatu kemahiran tu dah lama kita tak buat,kita akan lupa nak buatnya kan.macam saya, menjahit yg saya dah lupa.:)

ummu said...

sedap kan ketupat tu, Kamsiah.

Puteri Iqa Izyan said...

sedap nye..
sy x pndai pon buat.. huhu

En iLHAM said...

hehe
sy tak kesah rupa bentuk
asalkan sedap
sy pun dulu kene belaja buat ketupat sebab dah tak sempat sangat dah..
satu rumah kene buat ketupat. haha

hentian said...

IM lebih suka lemang dari ketupat. tapi nak cari lemang kampung di penang ni..susah sebab dah banyak jadi taman..

You N Me said...

salam singgah Ibu..
saya pun tak reti buat ketupat yang pakai 2 daun tu..
tp kalo guna 1 daun, pandai pula...

Ummi Hanie said...

salam again ummu,erm name real ape yer?
nak komen kat blog sy tu kna klik title entry dulu ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design