Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, November 11, 2010

Dapat Gading?

Dapat  Gading?



Dapat gading Bertuah, terbuang tanduk kerbau mati.

Selalukah kita temui hal ini?

Atau cuma sesekali?

Atau mungkinkah kita ini gading bertuah itu?

Ataukah kita ini si tanduk kerbau itu?

Kalau kita dah dapat si gading bertuah, usahlah lupa si tanduk kerbau yang pernah berjasa kepada kita.
Kalaulah kita si tanduk kerbau itu, usahlah bersedih hati kita dibuang ke tepi.

Hari ini saya nak berkongsi gambar-gambar di bawah:

Nasi Lemak

Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
kerna kasih hamba turutkan

Ops pantun di atas tiada mengena dengan sesiapa ya
Cuma bila ada yang memberikan saya juadah seperi di atas
tetiba teringat pantun itu

Lalu ingin saya tambahkan sedikit puisi di bawah.

Kalau sudah mendirikan masjid
Suami isteri bersatulah hati
Biar ribut biar taufan
hati suami seteguh karang
jiwa isteri selembut sutera
ibubapa kedua pihak dihormati
mengalah selalu tidaklah rugi
kerna Tuhan Maha Mengetahui

Sumber;gambar gading; kilik sini

14 comments:

Vic said...

Salam kak ummu.. ye lah, tetiba teringat pantun tu kan.. hehehe..
hmm.. indah nya juga puisi tu..
^___^

kak Erna said...

sallam ummu..pantun tu..
rasanya kita tak sanggup nak buat kan..tak tau lah kalau ada yang sanggup..

Uncle Lee said...

Hello Ummu,
saya suka nasi lemak tu. Tengok sedap best makan.
Ummu pandai pantu, saya suka bacha....

Terbakar kampong kelihatan asap,
Terbakar hati siapakah tahu?

Dari mana punai melayang?
Dari paya turun ke padi.
Dari mana datang sayang?
Dari mata turun ke hati.

You have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

Zaitun said...

Sedap nasi lemak.
Pantun....puisi...jadikan contoh.

Amirah Muhajir said...

sodap ea nasik lomak..hehe..

best la puisi akak ni..=)

ummuabdullahsyaakir said...

Salam kak..lama saya tak singgah sini.Moga akk sihat2 selalu.

Sedapnya nasi lemak kat atas tu...rindu dgn nasi lemak mak..huhu.

Suka dengan puisi akk...rasa bergetar jiwa^_^

Insan Marhaen said...

ini pantun seorang pendekar melayu dulu;

kalau roboh kota melaka
papan jawa saya dirikan
kalau sungguh bagai dikata
nyawa dan badan saya serahkan..

tapi orang melayu sekarang salah gunakan!

ummu said...

waalaikumussalam Vic
tulah masa ada yang berikan akak nasi lemak tu tetiba teringat pantun tu.:)

Waalaikumussalam Kak Erna
ya kak erna, saya pun tak sanggup kehilangan ibubapa, biarlah hilang kekasih jangan hilang kasih Ilahi, kasih agama dan kasih ibubapa.

ummu said...

welcome Uncle Lee,
thank you for dropping by.

wah pantun uncle pun sangat cantik.

Terbakar kampong kelihatan asap,
Terbakar hati siapakah tahu?

saya beli ya uncle;

Sekali imbas ingatkan karipap,
rasanya enak itulah kuih samosa
terbakat kampong keliahatan asap
terbakar hati sendiri merana

ummu said...

kak zaitun, nasi lemak memang sedap
tapi kalau dari eksihatan, kena kurangkan makanan berlemak,kan kak...:) tapi kalau dah depan mata, tibai je lah,kan.rezeki jangan ditolak

ummu said...

Amirah
syukran jazilan ya
sudi bertandang ke teratak buruk akak ni.
akak ikut je jemari akak ni menari di keyboard, Mira.entah apa2 je akak tulis.

ummu said...

salam UAS
masakan ibu yang paling best kan.
syukron jazilan ya singgah tertak buruk akak ni

ummu said...

salam IM
versi lain yang saya dgr pula,

kalau roboh Kota Melaka
papan Demak saya dirikan
kalau sungguh bagai dikata
nyawa dan badan saya serahkan..

mengikut ceritanya pantun ini kerana duka seorang wanita (Orang Demak, Jawa) yang kekasihnya perlu berjuang di Melaka sewaktu diserang Portugis.

Abang Long said...

Indahnya puisi yang dilakarkan didalam blog ini, tetapi lebih indah lagi persahabatan kita, semuanya disulami dengan kalimah KERANA ALLAH.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design