Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Saturday, November 06, 2010

Romantikkah Si Dia?

Romantikkah Si Dia Anda?
http://www.myukhuwwah.com/



Susulan entry saya sebelum ini di Jurnal Kehidupan, Duhai Lelaki, klik sini dan Syurga Cinta vs Neraka Cinta, klik sini, pada entry ini saya ingin catatkan sedikit perkongsian daripada Dr Hj Juanda Hj Jaya dalam Mingguan Wanita Disember 2009 bertajuk,"Ramuan Romantik; Hubungan kaku jadi berseri,".

Sebagai wanita, ada sesetengah para suaminya memberikan hadiah tertentu sempena peristiwa tertentu. Namun ada juga para suami yang tidak melakaukan sedemikian. Jadi, adakah ini bermakna si dia tidak romantik?

Menurut Dr Hj Juanda Hj Jaya, romantik bukan hanya bercakap tentang membeli bunga, coklat strawberi atau hadiah mewah untuk pasangan. kalau begitu caranya, hanya orang yang berkemampuan sahaja yang boleh berjiwa romantik. Tidak!

Sebenarnya, romantik lahir dari gerak hati yang diterjemahkan dengan perbuatan untuk memastikan pasangan kita selesa dengan kehadiran kita di sisiNya. Romantik lebih sesuai diertikan dengan keikhlasan mencintai pasangan kerana Allah S.W.T.

1) CINTA KERANA ALLAH SWT

Cinta kepada pasangan adalah ibadah di sisi Allah. Jika Allah mengasihi  hambaNya, Allah memilih rumah kita sebagai tempat yang paling romantik, bilik tidur sebagai tempat turunnya rahmat dan berkat, kedamaian dan ketenteraman menanungi ahli keluarga kita setiap hari.

Allah SWT memandang kita dengan kasih sayang jika kita memandang pasangan kita dengan kasih sayang. Allah SWT redha kepada isteri yang suaminya redha terhadapnya. Semua perbuatan suami kepada isteri dicatat sebagai amalan dan begitulah sebaliknya.

2) SETIAP DETIK BERSYUKUR

"Terima kasih, sayang," kata-kata itu mampu mencairkan hati pasangan. Orang yang tidak bersyukur kepada Allah pasti tidak sudi mengucapkan terima kasih kepada pasangannya. Hatinya keras, kejam dan bongkak.

Merasa diri mampu melakukan segalanya tanpa sesiapa bahkan Allah Taala pun diperkecil, nauzubillah.

Tetapi jika seorang isteri mengingat jasa-jasa suami dan meletakkan suami sesuai  sebagai seorang yang paling layak  diberi penghormatan, maka semua yang diberi suami dibalas dengan kata-kata lembut terima kasih  sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Perceraian yang terjadi biasanya bermula dari hilangnya rasa hormat menghormati dan saling menghargai. Jika keduanya tidak ditemukan dalam rumah, maka bermulalah episod mencari keduanya di luar rumah.

3) MENGALAH, MENDAHULUI KEPENTINGAN PASANGAN

Inilah tanda-tanda romantik peringakat tertinggi, menurut pandangan  Dr Hj Jauanda.

Susah diamalkan  dan senang diselewengkan jika tidak memahami hakikatnya. Mengalah bukan bermakna tiada suara sedikit pun dan menyerahkan segala-galanya kepada  pasangan. Kalau begitu, tiada orang yang mahu berkahwin.

Konsep taat kepada suami secara total adalah salah faham yang sengaja dimainkan oleh kaum lelaki untuk memperbodohkan isteri.

Padahal Agama Islam  tidak pernah mengajarkan konsep sebegitu. Konsep taat ini mesti berpaksikan kepada perkara-perkara kebaikan sahaja.

Jika suami sengaja melakukan dosa dan maksiat, isteri wajib menolak. Sikap mengalah ini bukan sahaja  untuk diamalkan oleh kaum wanita sahaja, bahkan kaum lelaki/ suami mesti mengalah jika ia perlu dilakukan untuk kebahagiaan rumah tangga.

Kadang-kadang lelaki yang banyak mengalah boleh mengamankan rumahtangga atau mungkin sebaliknya, mengikut keadaan yang sesuai bagi setiap pasangan.

Manakala menurut pandangan  dan nasihat orang-orang tua, kadang kala seorang isteri itu perlu mengalah terutama jika suami sedang marah.

Bersama-sama kita, termasuk si tukang tulis di myukhuwwah ini, kita terus suburkan kasih sayang dalam keluarga kita. Ini kerana, dari keluargalah, kita bermula. Dari keluarga yang sihat akan lahirlah generasi pewaris ummah yang sihat.

Berdasarkan pengalaman peribadi pemilik blog myukhuwwah ini dalam sesi-sesi kaunseling, hampir 95% remaja bermasalah datang dari keluarga bermasalah seperti ibubapa yang sering bergaduh, ibubapa bercerai, bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab, abang yang gagal dalam melaksanakan amanah sebagai pelindung keluarga, bapa saudara yang mengambil kesempatan dan juga faktor remaja yang  tinggal dengan datuk atau nenek yang terlalu memanjakan cucu. Maaf andai yang terguris pada kenyataan ini. sama-samalah kita membina keluarga bahagia,insyaAllah.

9 comments:

Vic said...

salam kak ummu.. semoga vic sentiasa bersyukur.. ^___^
Alhamdulillah..

ummu said...

waalaikumussalam Vic
manusia memang tiada yang sempurna,kan Vic?namun mensyukuri apa yang kita ada kini itu adalah lebih baik.
TQ Vic sudi beri komen pada entry bercampur2 akak ni.

Vic said...

hehe.. yupp, tanamkan dlm hati, tiada apa yg sempurna melainkanNya.. xkan kita hambaNya boleh mendahului zat Allah..
(vic suka tulisan akak..)

Cery said...

salam kenal..suke entry ni..saya share di blog saya ye..jemputla ke blog saya...ade giveaway dan bertukar2 info

Insan Marhaen said...

IM akui, IM tak romantik. malah mungkin memboringkan..heh..heh..

sonata anak kancil said...

saling sefahaman suami isteri...insyaAllah keluarga bahagia...

ummu said...

salam Cery
wah menarik contest anjuran Cery tu,nanti saya fikirkan ya macam mana nak create ayat.
terima ksih ya sudi tinggalkan jejak dan menjadi follower teratak saya ini.

ummu said...

IM,takpe, yang penting menyayangi dan memberi sokongan pasangan di saat kesukarannya sudah cukup bermakna.

ummu said...

Sis sonata,
tq atas komen sis.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design