Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Tuesday, November 09, 2010

Rapuhnya Dirinya...

Rapuhnya Dirinya

Assalamualaikum buat pelayar Muslim teratak ibu ini dan selamat sejahtera kepada semua. Pertama kali melihat dirinya, saya begitu ingin tahu. Maklumlah saya tidak pernah melihat kupu-kupu seperti ini. Apabila menyentuh dirinya, segera ia terbang. Terbang setinggi mungkin. Bentuknya sewaktu dia mendiamkan diri, seperti anjing yang sedang  baring.

Bila ia terbang, indah di mata. Subhanallah. Gerak gaya kupu-kupunya sangat cantik. Inilah kupu-kupu itu.






Ada juga bentuk-bentuk macam ni:





Kupu-kupu jenis ni bila dia beterbangan banyak-banyak, Subhanallah,macam kelopak-kelopak bunga-bunga yang beterbangan. Lebih-lebih lagi  bila spesis ni terbang ramai-ramai atas rumput hijau dan bunga-bunga. Ibu cuma ambil gambar kawanan kupu-kupu tersebut tapi tak berapa cantik gambarnya.

Gambaran kupu-kupu terbang itu seperti yang ada kat header atas blog ibu ini.  Kawanan kupu-kupu bewarna kuning itu ibu nampak di kawasan Mela semasa ibu dalam perjalanan ke Kuala Lipis.

Kupu-kupu ini sedang berehat di dinding rumah ibu.




Spesis ini pun ada juga.


Yang ini pula, rama-rama ni, bila disentuh sikit je,dah rapuh. Sayang, cantik. Tapi bila disentuh,rapuh.




Kat sini pun, dia berkenan nak lepak.

Oklah setakat ini dulu bebelan ibu malam ini. 
Sebenarnya saya ada hutang dengan Vic. InsyaAllah nanti bila idea dah cukup, akak akan buat ya Vic. Wassalam



11 comments:

Insan Marhaen said...

kupu-kupu terbang diwaktu malam. selalunya tidak berwarna.

rama-rama terbang di siang hari dan berwarna warni.

Vic said...

Salam kak ummu..
Aduh.. baik sungguh kak ummu.. berhutang pun tulis di sini.. (hehe..) Tak payah lah anggap hutang.. N tak payah lah susah2 kak ummu memikir nanti. Kesian nya bila kak ummu bersusah payah nanti.. ok?
Selamat Malam..

nurqaseh said...

Salam ziarah

Kupu2 indah dimata namun rapuh dirinya.

Ros Illiyyuun said...

Salam :)

Betapa hebatnya ciptaan Allah..

Moralnya, tiada yang hebat melainkan kepunyaan Allah semata-mata...

Amirah Muhajir said...

Rama2 yag canik,tapi sayang bila disentuh,ia jadi terlalu rapuh...ehe..akak,saya pinjam ayat akak jam ea..hehe

ummu said...

IM,terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

ummu said...

waalaikumusslam Vic
sudi tag akak.
akak dah siapkan ,:)

ummu said...

salam nurqaseh
begitulah sifatnya dirinya,kan.

ummu said...

salam Ros Illyun
begitulah hebatnya Allah SWT kan Ros
dijadikan setiap sesuatu untuk kita renung2kan.

ummu said...

Amirah,tq ya sudi singgah tertak buruk akak ni.
mendalam maksudnya tu, Mirah,:)

Abang Long said...

‎"Idea itu umpama kupu-kupu yang berterbangan. Ia tidak boleh ditangkap dengan cara kasar. Nanti, ia hancur dan tidak berguna lagi. Sebaliknya ia mesti dirangkul dengan jejari minda, agar idea itu terus berterbangan dalam kerangka fikiran." ~ EymanHykal

Saya ambil kata - kata diatas dari FB Eyman Hykal. Beliau merupakan Mentor saya dalam penulisan. Kami memang rapat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design