Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Saturday, November 20, 2010

Kenapa Search Engine Tak Jumpa URL

Kenapa Search Engine Tak Jumpa URL Kita?

Alhamdulillahirabbilalamin, bersyukur ke hadrat Allah SWT Yang Maha Esa, atas rahmat dan nikmat yang diberikanNya kepada kita.

"url saya macam susah nak cari di google search.. pada pendapat Ummu,  kita kena pakai url yang 'lain dari yang lain' ke? atau memangg ambil masa untuk muncul di google search? "

Alhamdulillah pagi ini myukhuwwah curi masa yang ada untuk memikirkan jawapan yang sesuai. Maklumlah, myukhuwwah pun ilmunya dalam blogsphere ini sangatlah cetek. Apabila myukhuwwah menerima soalan seperti di atas, myukhuwwah teringat pengalaman masa mula-mula berblog dahulu.

Seorang hamba Allah yang baik hati dan kasihan kasih melihat myukhuwwah, lalu hamba Allah itu menunjukkan cara-cara supaya blog myukhuwwah ini wujud bila pakcik gugel search. Terima aksih atas tunjuk ajar hamba Allah itu.

Untuk menjawab soalan di atas, myukhuwah tak berapa reti nak terang. Malu pun ada dengan otai-otai bloggers. Maklumlah blog myukhuwwah baru setahun jagung. Tapi demi sebuah persahabatan, walaupun tak pernah bertemu mata, myukhuwwah cuba jawab ya.

Untuk pakcik gugel dapat track url kita, memang ambil masa. Selain itu, kalau lebih banyak url blog kita ditempekkan di blog kawan-kawan, maka ia lebih banyak membantu mempercepatkan blog kita dikenali search engine. Kalau kawan-kawan perasan, di atas side bar blog ibu ini, ada My-RU-Link, klik sini,di situlah link blog yang pernah meng link kan blog myukhuwwah ini di blog mereka pada suatu masa dahulu masa blog ini masih aktif sebelum terbeku seketika.:)

Ada salah satu blog myukhuwwah yang walaupun dah dibuat sejak setahun lebih yang lalu, tetapi agak lama untuk terpapar di search engine. Setelah ibu buat sedikit perubahan, bolehlah sikit-sikit terpapar di searh engine. Mungkin sebab tak ramai yang add blog ibu itu di blog mereka, maka lambatlah sikit.

Alhamdulillah teratak buruk baru myukhuwwah ini mudah pula dikesan encik gugel pada permulaan kewujudannya di alam maya walaupun masa itu tidaklah mempunyai ramai followes. Terima kasih kepada semua followers myukhuwwah yang sudi follow teratak merapu ibu ini.

Ok, back to topic.

  1. Kalau kita belum submit url blog kita di searh engine, silakanlah submit url blog kita.
Add your URL to Google. Klik sini. 

Boleh juga submit di Bing, klik sini. 

Yahoo site Explorer . Klik sini.

         2.   Masukkan Tips dari Maribinablog, "TIngkatkan Traffic dari searh engine"

Myukhuwwah akui kalau wordpress selfhosting, SEO agak cepat menemui blog kita. Contohnya, blog Jurnal Kehidupan, klik sini.   Mungkin sebab wordpress mesra SEO kot. Apapun, eloklah kita yang menggunakan blogspot ini ikut petua yang diberikan oleh Maribinablog ini.

Default setting yang di buat blogger.com pada title meta tag yang terdapat pada script template anda sebenarnya kurang mesra kepada google search engine. Ini kerana, title meta tag tersebut akan memaparkan nama blog terlebih dahulu dan kemudian di ikuti dengan tajuk entri atau artikel. Di bawah ini adalah contoh title meta tag yang terdapat pada blog anda.

<data:blog.pagetitle/>
Untuk menjadikan blog anda mesra dengan google search engine, title meta tag yang terbaik adalah titlemeta tag yang akan memaparkan tajuk entri atau artikel terlebih dahulu dan di ikuti dengan nama blog. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan default title tag kepada title meta tag yang lebih mesra dengan google search engine. Anda boleh lihat costum title meta tag tersebut di bawah.
<data:blog.pageName/> | <data:blog.title/&
<data:blog.pageTitle/&g
Untuk menggantikan default title tag kepada costum title meta tag, hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

Langkah 1


Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod <data:blog.pagetitle/> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna merah di bawah dan paste (gantikan) pada kod (Sila ke maribinablog ya) <data:blog.pagetitle/>


Petua Tingkatkan Traffic di atas, myukhuwwah copy bulat-bulat sebiji-sebiji dari Maribinablog, klik sini.

Harap entry ini dapat membantu. Sekian,wassalam.


6 comments:

mama ju, said...

Aslkm Ummu

Terimakasih kerana masuk rumah mama.Mama selalu nampak ummu. Bagus tulisan ummu tu..
Hehe mama pun belajar buat ketupat palas, tapi tulah masih tak cekap lagi..sendiri kata oklah...

ummu said...

waalaikumussalam mama Ju
terima aksih juga untuk mama sudi add teratak saya di blog Mama Ju.saya betl2 tak perasan hinggalah tadi bila saya check kat my ru link barulah saya perasan,sorry ya mama.
tulah saya cuba juga buat ketupat palas ni,asyik tak jadi je.kalau makan sendiri boleh la kalau makan dengan family mertua, tak lulus lagi.
padahal dari umur 13 tahun duk belajar buat ketupat palas tapi tak pernahnya jadi di mata mereka yanga rif tentang ketupat palas ni. :)

Insan Marhaen said...

salam.. ziarah..

Rozali said...

Assalamualaikum Ummu

terima kasih maklumat tuu

Wassalam

Vic said...

Wah kak ummu.. tq atas maklumat di atas, ia sgt mmbantu org baru ni.. kikiki.. tapi pun ttg url tu, raya haji ituhari ada blogger lain pun dah tlg beri tunjuk ajar, lebih kurang kak ummu ckp kat atas tu n url dah jumpa di google... Alhamdulillah..

kakyong said...

kakyong pun masih terkial2 lagi belajo pasal seo ni... heheh... kdg2 malas nak amik pusing sgt... ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design