Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Monday, November 15, 2010

Ketupat, Kek, dan Rindu

Ketupat, Kek dan Rindu

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerna hari ini kita masih bernafas lagi. Ibu bersyukur kerna kolam yang bersambung dengan sungai utama di belakang rumah ibu ini, airnya telah surut.

Ummu minta maaf sepanjang cuti hujung minggu lalu tidak berkesempatan blogwalking ke blog rakan-rakan.

Di sini myukhuwwah ingin berkongsi sedikit pengalaman. Menjelang Aidil Adha yang bakal tiba sehari sahaja lagi, persiapan hari raya telah dibuat ala kadar sahaja.

Saya membantu mana yang termampu sahaja. Jom kita lihat beberapa gambar persediaan myukhuwwah menjelang Aidil Adha.






Daun palas yang sedang digulung.





Sarong ketupat daun palas.




Kek birthday....

Kek coklat,ops ada pokok kelapa.

Alhamdulillah, saya akui suasana sambutan Aidil Adha di tempat ibu tinggal ini memang meriah. Sekarang ini pun kedengaran lembu mengembok. Ops lembu menguak.


Cuma hati ini dipagut sayu mengenang adik-adik yang akak kasihi. Kakak mendapat khabar cuti sekolah  sempena Aidil Adha u all just for a day only, ada yang 2 days. Kakak doakan adik-adik akak ni tabah ya. Semoga adik-adik yang akak sayangi berjaya dalam peperiksaan awam yang bakal menjelang tak lama lagi.

Untuk kawan-kawan Muslim myukhuwwah, samada kawan di luar mahupun di alam maya, dan saudara mara, saya mengucapkan Salam Aidil Adha. Myukhuwwah mohon maaf lahir batin jika sepanjang perkenalan kita terutama disepanjang berblog dan berblog walking, terdapat kekasaran kata dan bahasa di mana-mana.






12 comments:

imanshah said...

kalau buat bisness jual lembu pun ok jugak kan??haha

Vic said...

cantik kek coklat ada pokok kelapa.. hihihi
selamat hari raya aidiladha kpd kak ummu seluruh keluarga n semua pembaca kak ummu..!
Maaf zahir & batin ye... hihiihi

kak long said...

salam ummu...

selamat hari raya aidiladha juga...
semoga tahun ini,pengorbanan kita akak lebih bermakna...

mamawana said...

Salam caiyang

Selamat menyambut Aidil adha. Kemeriahan dan kerinduan saling bertaut. Semoga ukhuwah terjalin dan hati hati yg terguris kembali bersilaturrahim.

nurkass said...

salam..
selamat hari raya aidiladha..
kak ummu, jgn lupa pos ketupat daun palas tu kat kass yek..hehe

Werdah said...

Salam ummu

Betullah kata lembu tu kan.. apa-apapun salam 'idul adha buat ummu.. semoga ummu sihat dan dalam redha Allah.. Amiin

ummu said...

memang masyuk, Iman.tapi nak jaga lembu ni pun kena sabar juga.kalau kat tempat akak ni,ada yang peliharra lembu tapi duk biar berjalan2 di jalan raya, bahaya untuk kami pemandu. Nak2 kalau memandu lepas subuh dan magrib,jalan berkabus dan gelap

ummu said...

pokok kelapa yang boleh tanggal2,Vic/:)
untuk Vic juga ya,sorry erk akak lambat reply busy dgn anak2,(ops alasan kan Vic akak ni)

ummu said...

waalaikumussalam kak long.amin.semoga Allah pandang kan kak.selamat hri raya adidil adha kaklong.

ummu said...

Salam mamawana
salama idil adha juga untuk mamawana caiyang.tq ya kak..akak sihat ke?

ummu said...

salam Nurkass.ketupat ni laku betul raya ni Nur.mungkin sebab ramai tetamu..

ummu said...

waalaikumussalam Kak Werdah
salam aidil adha ajuga untuk kak werdah ya..tq ya kak kerana rajin singgah kedua2 teratak saya ni.akak sihat Ke?saya minta maaf jarang dapat segera ke blog akak ya.saya selalunya dapat update dan jarang dapat blogwalking.bisa untuk duduk lama2


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design