Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Saturday, November 06, 2010

Banjir Oh Banjir

Banjir Oh Banjir

Sungai yang ada di penempatan lama kami.

Mendapat berita saudara dan sahabat kami yang sedang ditimpa musibah banjir di Perlis dan di Alor Star, Kedah, mengundang rasa simpati kami.


Manakala di kawasan penempatan kami, hujan yang turun, adakalanya diiringi kilat dan petir sabung-menyabung mengundang resah di hati kami. Ini kerana kawasan yang kami diami sekarang ini pernah dilanda banjir besar.

Waktu musim tengkujuh begini, diharap anak-anak tidak bermain air banjir atau bermandi manda di sungai. 


Petikan Berita dari http://www.tv3.com.my

Di Pahang, persiapan rapi diatur untuk berdepan dengan bencana banjir yang dijangka lebih buruk berbanding tahun lalu. Ia termasuk menambah 91 lagi pusat pemindahan mangsa banjir menjadikan jumlah keseluruhan 594 di seluruh Pahang. Manakala lebih 8,000 petugas daripada pelbagai agensi kerajaan terbabit secara langsung kini bersiap-sedia.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri, Datuk Seri Shafian Ismail, pagi tadi. Katanya, berdasarkan jangkaan, lebih 1400 milimeter hujan akan turun di Pahang. Berikutan itu kerajaan negeri telah membuat persiapan rapi sejak Jun lalu. Antaranya, menambah pusat pemindahan mangsa banjir dari 588 tahun lalu kepada 594 tahun ini. Ia bagi menampung lebih 128,000  mangsa, dijangka akan dipindahkan.

Datuk Shafian yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang berkata, 92 pangkalan hadapan yang menjadi stor simpanan bekalan makanan dan sebagainya telah diwujudkan. Bekalan untuk semua pusat pangkalan hadapan ini telah disalurkan sejak awal Oktober lalu. Manakala 8,400 petugas membabitkan pelbagai agensi kerajaan telah dibekukan cuti mereka.

Petikan Dari Utusan Malaysia,  Patuhi arahan dan utamakan keselamatan semasa banjir

MUSIM tengkujuh yang telah mula menunjukkan 'garangnya' di tiga negeri - Perlis, Kedah dan Kelantan sejak beberapa hari lalu kini semakin ganas. Buktinya, sudah dua nyawa melayang, seorang kanak-kanak dan seorang warga Jerman.



Aliran air daripada limpahan yang merempuh tebing sungai dan parit tidak dapat dibendung lagi sekali gus menukar wajar kampung, pekan dan bandar menjadi lautan keruh yang semakin meluas. Lebihan air itu bukan hanya berpunca daripada hujan, tetapi juga pelepasan air dari Empangan Timah Tasoh di Perlis.

Dilaporkan sebanyak 14.6 juta padu air telah dilepaskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daripada empangan tersebut sejak Isnin lalu ekoran paras air yang melebihi paras berbahaya.
Apabila bah besar berlaku, maka perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah keselamatan nyawa, diikuti aspek kebersihan.

Di Kangar, Perlis setakat pukul 2 petang semalam dilaporkan sebanyak 10,383 orang telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di seluruh negeri itu. Keadaan banjir dilaporkan semakin memburuk dan lebih dahsyat berbanding bah besar pada Disember 2005.

Bukan sahaja jalan raya terputus, malah lebih membimbangkan apabila bekalan makanan dilaporkan mula terputus di beberapa kawasan di negeri tersebut. Maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri itu mengesahkan menerima aduan daripada penduduk yang terputus bekalan makanan. Ia berlaku kerana kedai terpaksa ditutup, manakala pengusahanya ditempatkan di pusat pemindahan.

Segala yang berlaku itu menuntut kesabaran yang tinggi. Tinggal di pusat-pusat pemindahan tentunya kurang selesa berbanding di rumah sendiri memerlukan kerjasama setiap orang. Sikap pentingkan diri hanya akan memburukkan keadaan.

Anak-anak kecil pasti berteriak dan menangis kerana tidak selesa. Justeru, ibu bapa perlu banyak bersabar dalam menenangkan anak-anak kecil, selain jangan sesekali leka melarang anak-anak bermain banjir.

Kerap kali dilaporkan dalam berita banjir setiap tahun, korban banjir daripada kalangan kanak-kanak adalah kerana sikap lalai ibu bapa. Dalam apa perkara sekali pun, keselamatan keluarga dan anak-anak perlu diutamakan. Tidak mengapa hilang harta, asalkan mereka yang kita sayang dapat sentiasa bersama dalam mengharung malapetaka banjir besar.

Jangan pula terlupa untuk menyelamatkan dokumen-dokumen penting seperti sijil nikah, surat beranak dan lain-lain yang jika tidak dikendalikan dengan baik, akan hanyut bersama arus deras. Jika hilang, banyak pula masa berkualiti terpaksa dikorbankan untuk mendapatkan dokumen yang baru.

Banjir juga menyebabkan bekalan air bersih dan elektrik terputus. Malah, pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Perlis mengesahkan bekalan air di kampusnya terputus akibat banjir. Apabila ini berlaku, dinasihatkan pelajar dan seluruh warga kampus supaya meminum air mineral yang terjamin lebih selamat.

Justeru, bantuan bekalan makanan dan minuman daripada pelbagai pihak amatlah dialu-alukan ketika ini. Jangan pula kita asyik menghulurkan bantuan kepada orang luar seperti mangsa tsunami atau gempa bumi di Indonesia.

Tidak salah terus menyumbang, tetapi dalam keadaan negara sendiri ditimpa malapetaka, maka lebih elok bantuan dihantar segera kepada rakyat tempatan. Jangan pula sampai 'anak di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.

Apa yang kita harapkan adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengawal selia bencana ini bertindak secara cekap dan cepat menangani keadaan. Bukan sahaja dari segi menyediakan tempat tinggal sementara dan makan minum untuk mangsa di pusat pemindahan, bahkan menyalurkan juga bantuan kepada mangsa yang 'terperangkap' di rumah masing-masing.

Ini kerana ada yang terpaksa tinggal di tingkat atas rumah setelah tingkat bawah dinaiki air sepenuhnya.
Peringatan juga kepada mangsa yang diarah pindah supaya berbuat demikian. Jangan berdegil untuk terus tinggal di rumah dengan alasan bimbang kehilangan harta benda.


Bah kali ini merupakan yang terburuk dalam sejarah banjir di negeri-negeri terlibat. Patuhi juga nasihat pihak berkuasa. Ambil langkah-langkah keselamatan dari awal kerana sesal kemudian tidak ada gunanya!

6 comments:

Insan Marhaen said...

IM dah puas alami rumah banjir ni masa IM kecil dulu.

Perlu sistem saaliran yang baik...

Vic said...

salam kak ummu..
Ye lah, kakak vic tinggal di Jitra pun terkena banjir juga katanya ituhari.. @_~

ummu said...

IM, wah mesti penat nak mengemas rumah selepas bah surut kan.
Saliran yang baik salah satu cara nak atasi masalah ni selain sikap kita sendiri dalam memelihara keseimbangan alam seperti hutan hujan dan kwasan tadahan hujan.

ummu said...

Vic,yang akak risaukana da juga kawan akak pergi rombongan ke Langkawi waktu ini...

Vic said...

dapat tak kak Ummu contact mereka? Vic doa agar segalany okay..
(psst.. lagu kat blog kak ummu ni best~~!)
~____~

ummu said...

dapat contact
mereka dikelilingi air bah
terputus bekalan air bersih,VIc


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design