Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, November 19, 2010

Korban kasih, Korban sayang

Korban kasih, Korban Sayang



situasi 1:

Kak M: U, nanti U.jangan terkejut, bila U datang sini lagi, Abang H tiada di rumah akak dan tak dapat melayan suami U macam dulu-dulu.

U: Tak pelah kak. Kalau abang H sibuk,nak buat macam mana. saya faham Abang H kan sibuk.

Kak M: takdernya sibuk, U. Jangan terkejut kalau Abang H kahwin lagi...

U: (terdiam. Merenung wajah kak M. Ada jujur kata di situ. U terkejut, sebab Kak M dan Abang H very loving couple di mata kawan-kawan. Tapi dalam dunia ini tiada yang mustahil. Pantai lagikan berubah. Inikan pula hati manusia)

U: Maksud akak?

Kak M: Abang H ada kekasih. Dah rancang nak kahwin. Akak terbaca SMS Abang H masa Abang H demam. Rupanya Dah lama mereka berkasih. Wanita tu beritahu, Abang H mengaku duda. Abang H cakap dengannya yang kami dah bercerai. Kami dah lama tak tinggal bersama. Katanya lagi Abang H beritahunya yang anak-anak kami duduk dengan akak.

U: MasyaAllah, sampai macam tu sekali ke Abang H cakap dekat akak?

Kak M; Itu yang akak sedih. Selama ni kami takde gaduh-gaduh. OK je. Dia layan kak ok, akak layan dia OK. dengan nak-anak dia layan baik. Cuma sejak beberapa bulan ini masa untuk mengajar anak-anak mengaji dah takde. kalau tak, dulu, dialah yang mengajar anak-anak mengaji Quran. Dia tak beri hantar anak kepada orang lain. Katanya, dia nak ajar anak sendiri. Bila akak tegur, dia marah akak. U tahulah kan macam mana garangnya Abang H?

Bila kantoi, dan akak hubungi wanita tu, suami akak balik kerja terus marah akak. Beri warning jangan hubungi wanita itu lagi.

Puas akak bertanya, apa kurangnya akak? Abang H kata akak terlalu sempurna sebagai seorang isteri dan wnaita. Kata Abang H,akak cantik, bekerjaya, pandai bawa diri dan yang penting, selama ini, alhamdulillah dnegan duit hasil gaji akaklah yang dapat menampung perbelanjaan anak-anak. Abang H akui smeua itu. Cuma katanya, dia cuma nak tambah je cawangan. Lagipun, Islam membenarkan.

U: MasyaAllah.Beratnya dugaan akak. Ini melibatkan soal hati. Soal perasaan. Kalau saya, saya tidak mampu.

Kak M: Cuma, akak terasa,kalau kita ,para isteri yang bercinta dengan lelaki lain  adalah dosa. dianggap isteri derhaka. Tetapi kalau lelaki buat, tak apa pula? Mana keadilan di sini? kalau macam tu senanglah jadi lelaki. Boleh poligami. kenapalah akak tak dilahirkan sebagai lelaki.

U:MasyaAllah, kak. Bertenang kak. Bertenang...Kita sebagai isteri, memang berdosa besar jika mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki lain. tak kiralah  dengan suami orang ke, bujang ke. Begitu juga suami yang mempunyai hubungan lain dengan perempuan lain. Ianya tetap berdosa.

Nak-nak pula kalau hubungan suami tu sampai melampaui batas agama..Mungkin sebab itu suami akak nak berpoligami...

Kak M: Tapi wajar ke dia kata kat perempuan tu yang dia dah bercerai dengan kak? Eh ni bab nikah kahwin cerai berai ni bukan boleh buat main-main tau...

Dan bermulalah diskusi dan perbincangan kami. Berat dugaanmu kak M...

Kak M: Demi anak-anak, akak telan semua kepahitan ini.Akak kena korbankan diri buat sementara... Akak tak mahu pelajaran anak-anak terjejas disebabkan hal kami suami isteri, U. Tahun ni saja, anak akak si abang nak ambil SPM, si tengah nak ambil PMR, si kakak UPSR.

Terima kasih, U. Sudi dengar masalah akak. Benar amat pahit dugaan ini. Namun akak mohon ampun kepada Allah andai akak ada menyalahkan takdir atas apa yang berlaku ke atas bahu ini. Alhamdulillah, lega sikit hati kak.InsyaAllah nanti akak tanya orang alim atau pejabat agama tentang jatuh atau tidak talak bila suami akak cakap kami dah bercerai tu. (Kak M memeluk erat anak bongsunya yang berusia 2 tahun yang
sedang menyusu dengannya).

Sempena hari raya Korban ini, myukhuwwah selitkan salah satu catatan cebisan  sesi kaunseling myukhuwwah. Situasi dalam sesi berikut akan menyusul jika ada rezeki daripadaNya.

Di sini juga saya selitkan sedikit artikel "Tidak rujuk tapi tidur sama" yang dipetik dari Harian Metro.

SAYA sudah bercerai dengan suami lebih setahun lalu, tetapi baru-baru ini aduan kemusykilan saya dijawab pakar agama dengan memberitahu saya masih isteri yang sah dan menyuruh membatalkan perceraian dengan mendaftar di mahkamah.

Saya melakukan itu dan sepanjang perbicaraan suami tidak pernah hadir. Untuk pengetahuan Dr, sejak bercerai, kami selalu tidur bersama seperti dulu walaupun suami tidak mengucapkan rujuk tapi dia menyetubuhi saya sehingga sekarang.

Sekarang dia tinggal berasingan dan akan pulang seminggu sekali. Setiap bulan dia memberi nafkah kepada saya.

Kami berbincang dan bersetuju merahsiakan status kami daripada pengetahuan ibu bapanya.

Itu disebabkan bapanya tidak pernah menyukai saya selama empat tahun menjadi menantunya. Kami reda dengan jodoh ini walaupun pada mulanya tidak berniat untuk berkahwin.


Masalahnya Dr, suami sekarang seolah-olah tidak mahu ke mahkamah atas alasan sibuk. Saya rasa suami tidak mahu mengahwini saya semula dan cuma ingin melepaskan nafsu saja.

Saya terasa dipermainkan dan sehingga sekarang masih dapat bertahan kerana terlalu cintakan suami malah sanggup mengambil risiko membenarkannya berkahwin lagi jika gagal memberi zuriat.

Baru-baru ini, saya mula syak perubahannya. Apabila saya menghubungi telefon bimbitnya tertera perkataan 'menunggu', bermaksud dia sedang bercakap dengan seseorang.

Ketika balik ke rumah dia akan menyembunyikan telefon atau mematikannya. Pada suatu malam, hati saya terlalu ingin tahu dan mencari telefon itu dan akhirnya saya melihat gambar perempuan di dalamnya.

Apakah perlu saya lakukan untuk melupakan dia? Daripada segi undang-undang Malaysia kami sudah sah bercerai, tetapi dari undang-undang Islam saya tetap isterinya kerana kami sudah rujuk rajie.

Sekarang saya fikir dia tidak perlukan saya lagi. Dia pernah cakap yang saya memaksanya untuk menyayangi saya. Saya terasa diri diperalatkan.


MURNY
Kuala Lumpur



MEMANDANGKAN perceraian anda sudah disabitkan di mahkamah syariah, status rujuk atau hidup semula sebagai suami isteri dalam tempoh sebelum perceraian menjadi tidak boleh dirujuk, iaitu setelah habis edah.

Jika masih tidak dilaporkan, mahkamah perlu memastikan perkara itu berlaku. Mahkamah memerlukan kerjasama suami puan untuk mendapat keterangan perkara berkenaan.

Ini kerana tanpa adanya surat rujuk, anda berdua boleh didakwa bersekedudukan tanpa kahwin. Perkara begini perlu dibincangkan dengan suami kerana ada implikasi undang-undang.

Melakukan persetubuhan luar nikah antara orang yang bercerai adalah satu kesalahan. Hukumannya dalam Akta Undang-undang Keluarga Wilayah-Wilayah Persekutuan ialah denda RM500 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali (Ahmad Ibrahim, 1999: 247).

Soal status perkahwinan anda perlu ditetapkan terlebih dahulu. Persetujuan anda berdua untuk merahsiakan masalah rumah tangga daripada pengetahuan keluarga masing-masing menyebabkan status anda menjadi lebih rumit.

Akhirnya anda berasa seperti dipermainkan suami apabila dia menjalin hubungan dengan wanita lain. Saya berpendapat anda perlu menyelesaikan masalah satu persatu bermula dengan kedudukan status perkahwinan seterusnya masalah lain daripada soal hubungan dengan mentua dan kemungkinan suami ingin berkahwin lain atau hanya sekadar berseronok dengan perempuan lain.



sumber soal jawab ini dari MyMetro, FikrahDr Salam, klik sini.

10 comments:

Ati Masrif said...

salam kenal ummu.

TQ bg sprt utk anak kak ati, syahmi hari tu.

kak ati flw u yer

Kakzakie said...

Salam Ummu,

Terdetik dan bergetar juga hati seorang wanita/isteri/ibu seperti kakak ini. Benar suami hanya dipinjamkan Allah utk menjalankan tanggungjawab yang telah ditentukan padanya. Tapi insan yg diujudkan dari rusuk kiri ini perlu ada pendamping yg jujur dan bertangung-jawab.

Semoga ada kekuatan dan iman yang kuat pada teman Ummu itu.

relevan said...

Salam raya korban ummu..link blog ummu dulu hilang masa apdate terminal relevan..sekarang dah ok..

terima kasih..

Rozali said...

Assalamualaikum Ummu

Allahuakbar
terima kasih kongsi maklumat

Wassalam

nurkass said...

salam kak ummu..
kebanyakan kawan2 kass ada masalah camni..bila tgk pengalaman kwn2 kass rasa takut pula nak kahwin..huhu..takut jadi cam n3 tu..huhu

mamawana said...

Salam

Nice sharing entry. Bagi contoh2 kes di atas, apabila berada disetiap persimpangan, berdoa lah utk pilihan yg terbaik. Kita tidak tahu dan tidak mampu, di luar daya upaya kita. Namun setiap doa dan solat istikharah yg ikhlas Insyaallah akan dilorongkan hati dan Allah swt sentiasa bersama kita. Pilihlah yg terbaik walau pahit...

imanshah said...

saya juga lelaki, tapi insyaallah saya tak sanggup lukakan hati wanita dengan menambah cawangan

nuyin2u said...

salam ziarah

Abu Luqman said...

salam ziarah petang di sini...dan folow sekali...semoga kita semua sihat hendaknya

Vic said...

salam kak ummu..
ish.. takutnya rasa bila baca kisah kawan di atas tu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design