Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, June 09, 2012

Dua lelaki dicari kes guru koma

Dua lelaki dicari kes guru koma


Gambar lelaki ini sila klik http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Dua lelaki ini dicari bagi membantu siasatan kes guru koma yang ditemui di ladang kelapa sawit di Kuala Selangor kelmarin.


Dua lelaki ini dicari bagi membantu siasatan kes guru koma yang ditemui di ladang kelapa sawit di Kuala Selangor kelmarin.

KUALA LUMPUR - Polis menyiarkan gambar dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang guru wanita dalam keadaan koma selepas disamun di sebuah ladang kelapa sawit di kawasan Kuala Selangor dekat sini kelmarin.

Gambar kedua-dua lelaki tersebut yang dipercayai berusia lingkungan 30-an dirakam menerusi kamera litar tertutup di sebuah bank tempat suspek mengeluarkan wang di Taman Kinrara, Puchong pagi kelmarin.
Imej rakaman itu mempamerkan dua lelaki berkulit gelap dan berbadan sederhana dengan seorang daripadanya memakai baju berwarna putih, jaket hitam dan berseluar jean.

Imej seorang lagi lelaki dilihat memakai baju-T jenama Polo berwarna gelap dengan belang merah, berseluar gelap dan juga mempunyai kumis.

Teoh Soo Kim, 51, ditemui oleh orang awam pada pukul 11.30 pagi kelmarin di sebuah ladang kelapa sawit selepas dipercayai dilarikan empat lelaki ketika keluar dari rumahnya pada pukul 7.30 pagi di Taman Kinrara, Rabu lalu.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Ummu..

Kakak ada menonton berita kisah ini di tv ummu. Suami dia begitu tabah dan katanya hanya kepala yg jadi sasaran penjayah itu sebab anggota lain semuanya ok... zalimnya hanya kerana wang sanggup cikgu ini dipelakukan begitu kejam sekali..

ummu said...

waalaikumussalam Kak Zakie
simpati dengan nasib guru ni kak dan keluarganya kan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design