Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, September 05, 2012

Alfatihah Buat 2 Siswi Malaysia Maut Kemalangan di Rusia

Alfatihah Buat 2 Siswi Malaysia Maut Kemalangan di Rusia



Blog myukhuwwah mendoakan agar roh Allahyarhamah Hanisah Muhd. Shah dan Allahyarhamah Adzreen Dimyati ditempatkan dikalangan hamba Allah yang bertaqwa dan muqorrobin. Amin. 

Alfatihah buat Allahyarhamah Hanisah Muhd. Shah dan Allahyarhamah Adzreen Dimyati.

Mari kita mendoakan kesembuhan lima orang lagi pelajar kita yang turut terbabit dengan kemalangan ini Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin and Siti Romeza Abdul Raza. Kita berharap ahli keluarga mereka semua tabah dan sabar dengan ujian berat ini.

Rasulullah SAW bersabda:
 “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” 
Hadith riwayat Muslim.

Entry ini akan menjadi entry utama blog ini sehingga pukul 7.30 malam 5/9/2012. Sekian terima aksih kerana sudi membaca blog ini dan menghadiahkan al Fatihah buat roh-roh mangsa kemalangan ini.

Petikan dari blog:




Tiga orang terbunuh dan lima yang lain telah dimasukkan ke hospital akibat kemalangan yang berlaku di lebuh raya persekutuan M-7 di daerah VladimirKemalangan yang melibatkan kereta dan Ford Transit bas Neoplan berlaku di seksyen 287 kilometer "Volga". Dalam van tujuh orang di dalam bas 27. Satu sumber di Kementerian Kecemasan daerah Vladimirtiga orang telah terbunuh termasuk pemandu kereta "Ford." Semua yang mati dan cedera adalah pelajar warganegara Malaysia yang sedang menuntut di Acedami Perubatan Nizhny Novgorod kecuali pemandu van 
 
Sumber: Olga Stepnova, 2012/3/9 16:56:19

Jenazah dua pelajar dijadual tiba malam ini

VLADIVOSTOK, Rusia 6 Sept. - Jenazah dua pelajar Malaysia yang terbunuh dalam nahas di Rusia dijadualkan tiba di tanah air pada malam esok selepas diterbangkan pulang dari Moscow awal pagi.

Duta Malaysia di Rusia, Datuk Zainol Abidin Omar berkata, kedutaan sedang menyempurnakan persiapan dan dokumentasi bagi membawa pulang kedua-dua jenazah pelajar Malaysia yang terbunuh itu.

"Kita berusaha selesaikan semua itu hari ini. Insya-Allah jika penerbangan dapat disahkan, kita akan bawa pulang jenazah-jenazah tersebut melalui Dubai ke Kuala Lumpur pada awal pagi nanti dan tiba malam esok," katanya di sini hari ini.


Dua pelajar Malaysia di Rusia terbunuh, manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny pada pukul 11 malam, 2 September lalu. UTUSAN MALAYSIA

Hilangnya seorang pelajar cemerlang


KUALA TERENGGANU - Jenazah pelajar tajaan Mara, Hanisah Mohd Shah, 22, yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Wilayah Nizhny, Rusia pada 2 September lalu dijangka tiba di tanah air Khamis ini,  setelah urusan berkaitan selesai.

Pengarah Mara Negeri, Abdullah Muhamad berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat terperinci tentang urusan membawa balik jenazah pelajar yang berasal dari Gong Pasir, Dungun itu.
Menurutnya, urusan berkaitan kini sedang diuruskan Wisma Putra dan Mara akan menanggung kos membawa balik jenazah.

“Bagi pihak Mara, kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kita mendoakan semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas mangsa yang terkorban,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Himpunan Aidilfitri Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di Pusat Dagangan Terengganu semalam.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Mohamed Awang Tera dan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik.

Sementara itu, Mohamed bagi pihak Kerajaan Negeri juga mengucapkan takziah kepada keluarga Hanisah di atas tragedi itu.

“Beliau merupakan pelajar perubatan yang begitu berpotensi kerana kerajaan memang menumpukan bidang perubatan dan dia merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari negeri ini.

“Ia merupakan satu kehilangan besar kepada Terengganu dan pada masa sama, saya harapkan ibu bapa sentiasa menasihati anak-anak yang belajar di luar negara supaya lebih berhati-hati,” katanya.
 

Mara biayai bawa pulang jenazah pelajar

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menanggung semua perbelanjaan bagi membawa pulang dua jenazah penuntut Malaysia yang terbunuh dalam kemalangan di wilayah Vladimirskaya dekat Moscow, Rusia, semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kejadian itu cukup menyedihkan dan beliau mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa.

"Dua penuntut berkenaan adalah di bawah tajaan Mara dan kami akan menampung semua perbelanjaan pengurusan membawa jenazah balik ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Keusahawanan Antarabangsa Ke-11, di sini hari ini.

Dua penuntut yang meninggal dunia dalam kemalangan itu ialah Hanisah Muhd. Shah dari Dungun, Terengganu dan Adzreen Dimyati dari Putrajaya yang dalam perjalanan balik ke Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod selepas bercuti di tanah air.

Jenazah pelajar maut di Russia dijangka tiba Khamis ini

 

KUALA LUMPUR: Jenazah kedua-dua pelajar Malaysia yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Russia pada Ahad dijangka tiba di tanah air pada Khamis ini.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, perkara terbabit sudah dimaklumkan kepada beliau oleh Pengarah Mara di Russia, Suhaimi Zainuldin yang dibantu oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pegawai kedutaan.

"Ketika ini saya dimaklumkan bahawa urusan adalah di peringkat mendapatkan mana-mana syarikat penerbangan antarabangsa untuk membawa jenazah pulang," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Dalam kejadian malang itu, pelajar yang terbunuh dikenal pasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; dan Adzreen Dimyati, pelajar tajaan JPA dari Putrajaya.

Penuntut itu, kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku.

Hanisah mati di tempat kejadian sementara Adzreen ketika dalam perjalanan ke hospital di mana mereka baru saja pulang dari Malaysia selepas cuti Hari Raya untuk memulakan semester baru.

Van yang dinaiki pelajar itu berlanggar secara berdepan dengan sebuah van lain.
Lima lagi pelajar kini dirawat di hospital yang sama. Mereka dikenal pasti sebagai Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.

Adalah difahamkan urusan bedah siasat kedua-dua jenayah selesai dilakukan manakala lima lagi pelajar yang cedera sedang menerima rawatan.

Ibrahim berkata, keluarga kedua-dua mangsa dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru ini (penghantaran jenazah pulang ke tanah air).

Beliau turut mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa dan meminta mereka bersabar atas kejadian itu. - BERNAMA

2 pelajar Malaysia maut kemalangan jalan raya di Rusia


VLADIVOSTOK, Rusia - Dua pelajar Malaysia terbunuh dan lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Rusia lewat malam tadi, demikian menurut duta besar Malaysia, Datuk Zainol Abidin Omar, hari ini.

Beliau berkata, pelajar itu dikenalpasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; dan Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya.

Penuntut itu, kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku, kata beliau.

Beliau berkata, pelajar itu baru saja pulang dari Malaysia selepas cuti Hari Raya untuk memulakan semester baru.

Zainol Abidin berkata Hanisah mati di tempat kejadian sementara Adzreen dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata van yang dinaiki pelajar itu berlanggar secara berdepan dengan sebuah van lain. 
  
Zainal Abidin berkata lima lagi pelajar itu kini dirawat di sebuah hospital di Vladimirskaya.
  
Beliau mengenalpasti mereka sebagai Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.
  
Ketika memberikan butir-butir kepada wartawan Malaysia yang meliputi sidang APEC 2012, Zainal Abidin berkata bantuan segera telah ditawarkan kepada pelajar berkenaan berikutan laporan daripada seorang daripada mereka mengenai kemalangan itu. 
  
"Segala bantuan akan diberikan kepada pelajar di hospital sementara persiapan sedang dibuat segera untuk membawa pulang mayat kedua-dua pelajar itu," kata beliau.

"Ini tragedi dahsyat dan yang pertama di sini," kata beliau.
  
Beliau juga berkata keluarga semua pelajar berkenaan telah diberitahu mengenai kemalangan itu.
  
"Mereka begitu terkejut, kerana baru saja beberapa jam sebelumnya pelajar itu meninggalkan Kuala Lumpur," kata beliau.  - Bernama


10 comments:

insan_marhaen said...

Al-Fatihah buat mereka.. :(
Semoga yang lain diberi kesembuhan olehNYA..

Fiza Rahman said...

Al-fatihah.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Al-Fatihah...tgk berita tu kesian dekat family mereka..tp nk buat mcm mn dah sampai ajalnya..kena redha la

Nurul Husna Mohd Hassan said...

p/s : takpe la kak, tak sempat takpe, yang penting ikatan kita kat blog ni tak putus :)

Unknown said...

takziah pada keluarga arwah..

innalillahiwainnailaihiraji'un..

al fatihah..

ummu said...

Kak Cjai
amin

ummu said...

Fiza
al fatihah

ummu said...

Wanieys
memang pahit dugaan ini tapi pasti ada hikmah atas dugaan ini

ummu said...

Husna
terima kasih ya Husna
sangat akak hargai

ummu said...

Embun Melati
setiap yang hidup
pasti akan mati
kita akan menyusul jua nanti
cuma masa tidak pasti kan Melati


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design