Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Sunday, November 07, 2010

Cara Solat OKU

Apa Yang Dicari ....Cara Solat OKU


Alhamdulillah, hujung minggu yang menenangkan. Tidaklah ibu bergelut. Namun broadband pula yang semput-semput. Aduhai...Ketika memeriksa Stas pada dashboard blog  ibu ini, ibu temui antara yang dicari oleh pelayar blog ibu ialah "Kewajipan solat untuk OKU". Rasa-rasa ibu, ibu belum pernah tulis lagi tentang cara-cara solat bagi OKU di blog ibu ini. Lagipun ilmu ibu sangat sedangkal.

Tambahan pula,  golongan OKU ada banyak kategori. 


Cuma ibu seringkali juga ditanya, adakah ibu bersolat? Bagaimana ibu bersolat? Bagaimana ibu mengambil wudhuk? Maksudnya, mereka ingin tahu, bagaimana golongan OKU mendirikan solat.


Terdapat seorang hamba Allah yang bertemu dengan ibu. Beliau mengadu sejak sakit kaki dan lututnya tidak boleh bengkok, beliau tidak lagi mendirikan solat. Bagaimanapun tuntutan kerja beliau yang memerlukan beliau berdiri dan berjalan, beliau lalui seperti biasa. cuma solat itu, beliau kata, beliau tidak boleh lakukan disebabkan beliau tidak boleh berdiri setempat dalam masa lama dan tidak boleh membongkok.


Lalu, ibu menerangkan solat adalah perkara yang wajib dilakukan sebagai Umat Islam.

Berikut adalah syarat wajib solat.

1. Islam

Solat tidak wajib bagi orang kafir, kerana mengucap dua kalimah syahadah adalah syarat perintah solat.

2. Berakal.

Solat tidak diwajibkan ke atas orang gila (masalah mental dan tidak waras).

3. Baligh

Solat tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak sehinggalah mereka bermimpi atau sampai umur, tetapi mereka diperintahkan untuk melaksanakannya sebagai latihan.

4. Suci dari haid dan nifas

Tidak sah solat bagi kaum perempuan yang dalam keadaan haid dan nifas sehinggalah dia suci daripadanya.

5. Sampai seruan Islam kepadanya.
 
6. Memiliki pendengaran dan penglihatan. Orang yang tidak memiliki pendengaran dan penglihatan sejak dilahirkan tidak wajib menunaikan solat.


Sumber rujukan: Pengertian Solat dalam Islam Oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah dan Ustaz Hj Latif Muhammad, AnNur Publications.

Apabila cukup kesemua syarat di atas, maka kita MESTI mengerjakan solat. Digalakkan kita mendahulukan solat dari urusan keduniaan.

Contohnya, kita menutup sebentar perniagaan sebaik sahaja terdengar Azan atau kita berhenti menaip kerja di pejabat apabila sudah masuk waktu untuk bersolat.

InsyaAllah, hidup kita akan terus diberkati.

Di bawah ini, ibu sertakan Koleksi Soal Jawab Solat dari blog Soalsolatumum, klik sini.

Salam

Saudara sy mengalami accident. Kaki kiri terpaksa dipotong diatas paras lutut. Oleh yg demikian beliau mengerjakan solat dgn cara duduk.

Disini sy pohon penjelasan dari ahli panel tentang;

i. cara menunaikan solat secara duduk,
ii. bagaimana cara yg betul dlm membezakan ruku' dan sujud,
iii. berdasarkan pandangan syara', adakah sah solat jika beliau memakai kaki palsu ketika mengerjakan solat?

Sekian, terima kasih

Wassalam

************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Berdiri (Qiam) merupakan rukun solat sebagaimana firman Allah swt :-


"....dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. " [Surah al-Baqarah : 238]


"Solatlah secara berdiri" [Hadith Riwayat al-Bukhari #1066]

Walaubagaimanapun, berdiri, rukuk, sujud etc yang sempurna, dilakukan oleh mereka yang mempunyai kemampuan dan keupayaan. Bagi golongan yang kurang upaya (OKU), mereka boleh bersolat ikut kadar mana yang mereka mampu. Tidak ada pergerakkan spesifik yang dinyatakan. Golongan OKU terdapat pelbagai; ada yang buta penglihatan, cacat anggota, atau ada yang sakit terlantar di katil. Oleh itu, mereka akan bersolat menurut kemampuan masing2. Berikut kami papar-paparkan beberapa hadithnya :-

Imran bin Husain berkata :


"Aku mempunyai bawasir dan aku bertanya kepada Rasulullah mengenainya dan baginda bersabda : Solatlah berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solat duduk, jika tidak mampu, maka solat mengiring" [Hadith Riwayat Bukhari #1066]

Didalam hadith lain, Imran bin Husain berkata : Rasulullah saw bersabda :-


"Solatlah berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solat duduk, jika tidak mampu, maka solat mengiring [Hadith Riwayat al-Bukhari #1117]

Diriwayatkan dari Jabir ra. bahawa Nabi saw bersabda kepada serang yang sedang sakit yang bersolat menggunakan bantal untuk melakukan ruku' dan sujud :

"Bersolatlah diatas bumi jika kamu mampu, jika tidak mampu, gerakkan kepala kamu (atau guna isyarat), dan jadikan sujud kamu lebih rendah dari ruku" [Hadith Riwayat al-Baihaqi #4359]
---------

Hadith diatas menjelaskan bagaimana seorang yang sakit menunaikan solat; samada berdiri, duduk ataupun baring. Untuk membezakan antara sujud dan ruku', bezakan sahaja kadar tunduk kepala, dimana sujud lebih rendah dari ruku'. Kadarnya ; ikut kemampuan masing-masing.

Seseorang itu boleh bersolat menggunakan kaki palsu. Malahan, kerusi roda atau kerusi biasa juga boleh digunakan didalam solat. WA.

sekian, wassalam 


Terdapat juga kursus yang dianjurkan oleh JAKIM, Kaedah Ibadah Solat Kepada Warga OKU. kLIK SINI.

12 comments:

Vic said...

salam kak ummu.. Vic pun lagi lah 'cetek' pengetahuan.. tapi Alhamdulillah, fahamkan rukun solat.. insyaAllah..

Maiyah said...

salam ummu..
ituhari sy frust sbb cbd sy asyik tersumbat jd urine basah kat pampers rasa nak solat mcm kotor je.. sy tnya ustaz online.. katanya dlm situasi sy.. mandi dan bersihkan diri trus aja solat.. hnya Allah lebih mngetahui

ummu said...

salam Vic
yelah yang penting
kita tahu rukun solat
moga diterimaNya,kan Vic.

salam Maiyah
itulah Maiyah
kalau pampers basah,
ummu risau juga

tapi ummu ada tanya dengan ustaz
ustaz tu kata asalkan sebelum kita solat tu
kita dah bersihkan dan salin pampers,moga2 Allah terima.
cuma kalau jadi backsore tu,yang susah sikit nak bersihkannya.

sonata anak kancil said...

sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan !

Cik SHiNJU said...

Salam Ummu..

Tima kasih berkongsi ilmu... :)
Semoga dirahmati ALLAH selalu..

Acik Erna said...

salam ummu..terima kasih kongsi..untuk pengetahuan..
hanya allah yang mengetahui..seperti kata ummu..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, semasa solat jemaah di masjid, sy ada tjumpa dgn sorg kakak ni yg tak boleh membongkok & duduk di lantai tapi boleh berdiri. Saya perhatikan beliau mletakkan kerusi di belakangnya. Beliau sembhyang berdiri spt biasa tetapi apabila tiba rukun rukuk, sujud & duduk antara 2 sujud & tahiyat, beliau duduk di atas kerusi trsebut & mnggunakan isyarat kepala. Tiada halangan dlm mngerjakan perintah Ilahi.

ieda said...

salam ummu...good info for sharing..
islam tidak membebankan umatnya tapi kita sbg umat yg selalu melihat sesuatu sbg masalah..

dmx said...

salam ummu...
semoga Allah memberkati kite sume...amen

mazru said...

salam ummu..

thanks berkongsikan informasi berguna dan ilmiah ini..

ummu said...

sis sonata;
betul tu sis

Cik shinju
Amin,sama2 dik

ummu said...

waalaikumussalam Kak Erna,moga2 Allah terima amalan kita,kan kak.amin

waalaikumussalam Sari, ya dalam Islam insya Allah mudah untuk kita beribadah,kan.

Ieda
waalaikumussalam Ieda
TQ sudi singgah sini ya

waalaikumussalam Dmx,TQ sudi singgah sini dicelah kesibukan saudara

waalaikumussalam Mazru
tq saudara,sudi singgah teratakini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design