Oh Zea Mays. Dirimu sungguh enak bila dimakan. Selain itu, bekhasiat tinggi. Antaranya jagung kaya dengan protein, vitamin B, kalsium, fosforus, zat besi dan mempunyai minyak yang baik untuk kesihatan. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah ini.
Jom kita makan jagung.
Jagung ni jagung madu Cameron Highlands. Alhamdulillah, segar dari ladang. Boleh dikatakan setiap minggu ada je stok jagung ni.
Khasiat Bulu Jagung
Bulu jagung yang halus warna kuning itu pun rupanya ada khasiatnya. Pernah uncle Cina jiran sebelah rumah kelihatan selalu membawa balik bulu jagung. Beliau mengambil bulu-bulu jagung itu di pasar awam. kata uncle, ia baik untuk orang yang menghidap diabetis.
lepas tu, ada makcik yang selalu membantu saya di tempat kerja memeberitahu, bulu jagung ini boleh merangsang serta melawaskan kencing, menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Caranya ialah dengan merebus semangkuk bulu jagung dan dua gelas air. Biarkan airnya mendidih sehingga airnya kering menjadi kira-kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari.
Mungkin kawan-kawan ada petua yang lain?
Petua Agar Jagung Sentiasa Manis
bagi mengekalkan kemanisan jagung, letakkan jagung di tempat yang terbuka untuk seketika sebaik sahaja dikeluarkan daripada bungkusannya.
Kemudian, rendamkannya di dalam air dingin selama satu jam sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Apabila ingin memasak jagung, pastikan ia direbus dengan menggunakan api yang besar supaya ia cepat masak.
Pantun Tradisional Yang Ada Perkataan Jagung
Hari esok menanam serai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bersurai.
Malam esok menanam serai;
Malam ini kita berkampung,
Malam esok kita bercerai.
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai
sekian,wassalam.
22 comments:
Salam kak ummu...
Hmm.. sedapnya jagung.. vic suka sgt jagung ni.. benar, jagung tu femes kat cameron kan.. hihihi
waalaikumussalam Vic.
anak2 akak memang suka jagung
tapi diorang ni tak padan kecik lagi
dah pandai memilih jagung yang diorang nak dgn jagung yang diorang taknak.sabar jelah
ummu
x pernah try lagik stok from cameron.. kena try jugak!!anak sulung sgt suka makan jagung nih..
Assalamualaikum Ummu
keluarga saya suka jagung... he he
berguna juga yer bulu jagung tuu
Wassalam
salam ummu..jagung memang sedap..manis..tengok gambar aje tadi pun..akak dah tau..jagung tu dari cameron..sebab dah 2 kali kawan pi cameron belikan jagung..sama macam tu..warna dia tak sekata..ada putih dan ada kuning..tapi rasa sedap..manis
jgn tak tahu saya dulu penanam jagung tau
akak.. cam ne raya?? akak x leh komen yer dkt sy punya blog?? slamat hri raya korban
salam kak ummu..
wahh sedapnye..tak silap kass ada satu jagung tu siap leh makan mentah lagi kat cameron..mmg manis..tapi bila dah bw turun KL dah ilang pulak manisnya..musykillah..hehe
hi ummu..xsangka plk bulu jagung pun ada kelebihannya...bgs info ni...
Salam Ummu
Kak Zai suka sangat jagong,boleh katakan tiap2 minggu beli kat pasar malam.
Lynn,
cubalah ..jagung madu dari cameron.
manis,kalau makan macam tu je (tak dimasak) pun dah rasa manis.
Sedap tu ummu, jagung susu kan nie... nk pei cameronlah.. huhu..
waalaikumussalam tn Hj rozali
itulah kegunaan bulu jagung,
dulu tak tahu juga.
sekian
wassalam
waalaikumussalam Kak Erna
wah tekaan akak tepat sekali,
tengok gambar pun dah tahu.
manis, kan kak jagung ni
imanshah
wah mesti pakar bab jagung ni, kan Iman?
Aiman,alhamdulillah, raya aidil adha kat sini meriah.maklumlah kat pantai timur.
yalah Aiman,masa akak gi blog Aiman dulu,takleh komen.yang terbaru ni akka tak try lah lagi
waalaikumussalam Nurkass
betullah tu Nurkass,jagung kat atas ni pun macam tu juga, tapi syukurlah masih manis lagi bila sampai tempat akak,agaknya sebab dekat kot
Tomato girl
kalau ada di kalangan saudara atau kenalan kita kena diabetis atau hipertension, eloklah syorkan petua di atas.tq ya tomato girl sudi follow teratak akak
waalaikumussalam kak zai
antara stok wajib did apur kita, kan kak Zai.
wakmizie,apa khabar anak?sihat dah ke?elok benarlah kalau pergi dgn keluarga,cuma sekarang jmusim hujan,kena hati2,takut jalan licin.
salam kak ummu.
jagung mmg sedap. kat sini kami makan jagung mentah. petik terus makan.
masyaallah, nikmatnya rasa dia. lemak2 manis.
sedap la plak tgok jagung tgah malam ni :)
waalaikumussalam Irma
wah bestnya.terus petik sendiri.
oh kat sana masih malam ya?
Post a Comment