Tajuk entry kali ini tidaklah berkaitan dengan suami atau ahli keluarga saya yang lain. Juga tidak berkaitan dengan kawan-kawan bloggers dan saudara mara jiran tetangga yang tahu akan kewujudan teratak alam maya saya ini. Maaf ya jika isu gender, kali ini saya ketengahkan.
Cuma sejak akhir-akhir ini, apabila membaca laporan akhbar tentang beberapa perkara yang berlaku di dalam negara, minda ini bagai diterjah soalan,"Sukarkah Mencari lelaki yang baik?"
Menyingkap beberapa insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini, membuatkan diri ini mengalir air mata.
Antara insiden yang dimuatkan di akhbar arus perdana, misalnya, Isteri Mati Dikelar Suami, klik sini. Murtad Kerana Digantung Tidak Bertali, klik sini. Ditendang Lelaki Semasa Kemalangan, klik sini. Beginikah Calon Menantu, klik sini.
Sedangkan, cinta itu suci dan murni. Cinta itu fitrah manusia. Seringkali cinta yang cuba diimplemantasikan itu tersasar dari landasan syariat Islam.
Apabila membaca seerah (sejarah) hidup Rasululluah SAW, Baginda begitu memuliakan wanita. Baginda menyelamatkan wanita dari menjadi hamba nafsu dan objeks permainan kepada takhta mulia seorang khalifah Allah.
Wanita diangkat setaraf dengan lelaki.
Kalau tidak masakan Rasululluah SAW ada bersabda tentang hormati ibu, sebanyak 3 kali Baginda SAW ulangi dan barulah bapamu..
Kepada wanita-wanita yang diuji dengan sikap suami yang berlaku zalim, moga jadikan kisah Asiah isteri firaun, sebagai suntikan motivasi diri untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Salam ketabahan dihulurkan. Usah biarkan mendung memayungi dirimu. Berurusanlah dengan mereka yang arif dalam hal bab hukum hakam Islam, termasuk bab nikah kahwin, agar kemelut rumahtangga dapat diselesaikan dengan segera.
Kata pujangga, dan ini bukan Hadith Rasululluah SAW:
"Wanita diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah, bukan daripada rusuk bawah untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dada dan berdekatan dengan tangan bermakna tangan yang membelai dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang"
Kepada kawan-kawan, mungkin boleh lihat entry Vic ini, Ciri-ciri Suami Soleh dan Isteri Solehah, klik sini.
Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…
Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…
Puisi di atas dipetik dari bloggers perhiasandiredhai, klik sini.
Sekian,wassalam.
18 comments:
salam kak ummu..
puisi yg menjadi harapan semua wanita..mmg sukar nak jumpa lelaki mahupun wanita yg baik..hanya allah yg maha mengetahui..huhu
waalaikumussalam Nurkass
begitulah kehidupan ini, kan nurr
salam kak ummu..
bila baca puisi tu di tambah dgn music akak ni, rasa sedih je..
tq atas entry di atas...
salam ummu,
kerana segelintir lelaki yang tidak baik ini, terjejaskah ramai lagi lelaki yang baik dan teramat baik yang lain..
semoga keluarga dan keturunan kita dijauhi daripada 'lelaki yang tidak baik ini'
sayunya muzik ni... semalam ibu tidak boleh masuk blog ummu ni.. hari ni laju pula, ibu guna mozilla firefox
Salam Ummu
Baru kak Zai dapat buka bicara hati ibu.
Memang betul kata Ummu sekarang memang susah menemui lelaki baik.Kak Zai ada 2 orang anak perempuan mudah2an dipertemukan dengan lelaki yang beriman.
tq for sharing ummu, sayu emmbacanya
Sedih dan hiba setiap kali melihat runtuhnya benteng keperkasaan seorang lelaki yang diberi kelebihan menjadi 'pemimpin' keluarga....
...dengan kejadian-kejadian memukul isteri, mendera anak, penagihan dadah, ketagihan judi, sumbang mahram....apatah lagi kalau keluarganya kita kenali. (Hiba setiap kali menemui masalah murid-murid yang berpunca dari kegagalan seorang lelaki bergelar ayah)
ehh. saya view kat firefox dah oke nih. bitaula camner wat. sbb tukar template ke.
salam ummu..sedih la dengar muzik ni..
bersyukur kita ..ummu..sebab kita di kurniakan lelaki yang baik..semoga seluruh kaum keluarga dan sahabat handai kita..akan menjadi lelaki yang baik.
salam ummu..
mmg byk tul kes skrg ni.. tp skrg pompuan lelaki sama je huhu.. naik pening baca kat media.. tp kalo yg pompuan kene dera tu mmg x patut sungguh :(
salam Vic
tq juga pada Vic sudi tulis entry ttg suami soleh dan isteri solehah tu
salam ibu,
semoga wanita yang diuji itu sabar dan tak bersedih
oh ibu pun guna firefox ya
salam kak zaitun
amin Ya Allah
susah hati kan kak kalau anak perempuan belum lepas lagi...
tq lady, sudi bertandang ke sini.
Betul CkLah
tajuk entry di atas pun berlaku dgn klien-klien (sesi k'ling di sekolah) saya yg datang kepada saya.sebak terasa..
Fiza,cuba tukar themes.sebab saya tukar themes je,yg lain dah pening nak buat
waalaikumussalam kak erna
amin ya Allah,memang sedih..
waalaikumussalam Maiyah
semoga lelaki yang buat macam tu kat keluarga mereka akn insaf kan Maiayh
Post a Comment