Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, July 30, 2009

Sehari di HOSHAS


(Madah di atas adalah madah Orang Mengkasar)


Sehari di HOSHAS



Alhamdulillah. lega rasanya dah settle temujanji hari ni. Ada beberapa perkara dan iktibar yang saya dapat semasa berada di sana.

1) Seorang bayi kecil dalam usia 3/4 bulan yang kedua-dua kakinya di simen.

ini kerana bayi itu memang sdh bermasalah pada kakinya sejak dlm kandungan ibunya. Jadi, ia perlu disimen. bayi itu digendong dengan penuh kasih oleh neneknya. Hadir bersama ialah petugas kesihatan yang mengiringi dan membawa mereka. Jururawat (SN) yang mengiringi keluarga adik ini. Mereka (pasukan perubatan) membawa beberapa lagi keluarga Orang Asal dari Kuala Tahan.

(Situasi di atas, memberi iktibar pada saya, sedangkan anak kecil kuat hadapi dugaan itu, takkan saya yang dah tua ni tak boleh? Selain itu, tntg kegigihan pasukan perubatan yg bersedia berkhidmat berbakti demi nusa dan bangsa walau di mana mereka berada. Ini mengingatkan saya pada satu ketika dahulu yg pernah berada di lingkungan Orang Asal).


2) Pertemuan dgn sahabat lama.

Kali terakhir bertemu, kira-kira 7 tahun dahulu. Alhamdulillah. Sahabat ini yang merupakan anak sahabat baik ibubapa saya semasa ibubapa saya belajar di sebuah institusi pendidikan. Ditakdirkan Allah, anak kawan baik ibubapa menjadi salah seorang classmate saya semasa belajar dahulu. Kini, sahabat saya ini pun tinggal di Temerloh juga. Sudah jodohnya dgn orang pantai timur. Masa kenduri kawinnya dulu, dia masih belajar lagi. Saya pun ada datang majlisnya. Maha Suci Allah. Betapa kecilnya dunia ini kan.

3) Berita H1N1.

Hmm...virus ini semakin merebak. Ia tidak mengenal siapa. Manakala adik saya yang berada di Politeknik Merlimau Melaka perlu dikuarantin selepas beberapa pelajar di politeknik tersebut disahkan tlh dijangkiti H1N1. PMM telah ditutup bagi mengelak penyebaran H1N1 (Selesema babi). walaupun adik tidak menunjukkan simptom H1N1 dan dia Alhamdulillah setakat ini sihat,tetapi dia pun perlu kuarintin kan dirinya. nampaknya, sekarang semua orang kena menjaga tahap kebersihan dan kesihatan diri masing2 dgn baik.

Virus ini adalah ujian untuk kita. Bagi orang beriman, setiap Musibah yang menimpanya dan diterima dengan Redha dan berlapang dada, insyaAllah, ada pahala untuknya.


4) Suamiku

maaf suamiku dan terima kasih suamiku. Maaf kerana menyusahkanmu. Sehingga dirimu terpaksa membatalkan menghadiri satu mesyuarat buat kali terakhir sebelum melangkah ke tempat baru. Saya sedih juga suami tidak dapat hadir. saya dah suruh suami pergi sahaja. InsyaAllah saya ok.

tetapi suami membatalkan jua saat-asaat akhir kala teman-teman sudah bersedia menjemputnya. semuanya kerana kasih dan cinta seorang suami kepada isterinya, walaupun dia tak mengatakannya demikian. Kerana risaukan keadaan isterinya,suami sanggup berkorban sesuatu yang disukainya. semoga Allah menyintaimu dunia akhirat

Monday, July 27, 2009

Patin Gulai Tempoyak

Mengidam Ikan Patin




Inilah gambar ikan patin. Suami snap kan gambar ni masa beli ikan patin di Temerloh ni. Yang bawah tu gambar ikan talapia. Sekarang ni dah senang dah nak dapatkan ikan patin ke , ikan talapia ke, ikan keli ke, ikan kaloi. Ada dari Sungai Semantan, ada dari Sungai Pahang.

Teringat dulu masa hamil anak sulong, saya pernah mengidam ikan patin. Ikan patin pulak nak yang dari Temerloh. padahal tak pernah pun tahu akan keenakan ikan patin Temerloh ni.



Masa tu yang jadi mangsa tentulah rakan serumah. terutamanya Fiza dan Ida. Kelam kabut mereka carikan ikan patin masak tempoyak. Habis satu Bandar Kluang mereka round. nak ke Simpang rengam jauh sangat. Anak dara pulak tu. Jadi mereka cuma cari di sekitar bandar je lah. Sian mereka.

Kak Su housemate yang pernah belajar di IAIN Sumatera simpati dgn saya.

"Alahai, manalah akak nak carikan ikan tu ya. Kat sini manalah ada. kalau masa di IAIN dulu hari2 akak jumpa masakan Patin ni. Sampai naik jemu jadinya,"

Ida pagi itu terus jumpa makcik kantin. Minta makcik kantin carikan ikan patin Temerloh. Tapi, makcik kantin kata takde. Dia cuma ada patin kolam. dan yang pasti bukan dari Temerloh. tu pun seminggu sekali je menu patin tu. Ida tolong 'chop' patin masak tempoyak untuk saya. Alhamdulillah, makcik kantin STABK sedia amsak menu tu.

Terima kasih kawan-kawan...Bersusah payah membantu mak buyung yang seorang ini. Masing2 pun baru pertama kali menghadap karenah ibu mengandung di rumah bujang.

Walaupun patin tu bukan yang seperti diidamkan, saya kenalah bersyukur. Saya ajarkan diri supaya bersabar dan jangan nak meminta bukan-bukan. Nanti kesian kat kawan-kawan. Almaklumlah Perkahwinan Jarak jauh (PJJ).

Hajat saya hanya tercapai beberapa bulan selepas itu. Dalam masa beberapa hari sebelum bersalin, sempatlah suami bawa saya dari Kluang terus ke Temerloh semata-mata nak saya merasa ikan patin Bandar Temerloh masak tempoyak. sekarang, dah hari-hari dah tengok patin. Tak terasa pulak mcam masa mengidamkan patin Temerloh.

Sunday, July 19, 2009

Dibunuh Kerana Bertudung

Dibunuh Kerana Bertudung

smal720093113529


Saya seorang lelaki.

Tetapi, hari ini saya menangis lagi.

Seorang wanita ditikam 18 kali di kamar mahkamah di Jerman kerana bertudung!

Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua, ibu seorang anak kecil tiga tahun ditikam di hadapan suaminya.

Tidak cukup dengan itu, suaminya yang bergelut untuk menyelamatkan muslimah itu, turut ditikam tiga kali dan kemudiannya ditembak oleh Polis!


Kisah ini bermula Ogos 2008, tatkala Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung.

Malangnya, Rabu lepas, Alex menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang kes terhadap lelaki tersebut dan lelaki dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut.
smal720093121443
Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman. Suaminya, yang juga tercedera ketika kejadian dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati.

Seorang blogger, Zeinobia melahirkan kedukacitaannya dalam post bertajuk “What If She Were A Lesbian (Bagaimana Kalau Dia Seorang Lesbian)", dan berkata,


The woman is 32 years Marwa El-Sherbini , she was a pregnant in her second child when she was was stabbed.
[…]
This is for sure a hate crime but unlike other hate crimes like homophobic crimes or anti-Semitic crimes, it did not make the headlines abroad and I do not know why !! This is a racism crime , a woman is shot down stabbed like that so simple in the court room for God sake and it is not important to be covered in the media as it should !! She was a mother who was a pregnant for God sake !!
May Allah bless her soul , she is a martyr of racism and hate.

Wanita ini ialah Marwa El-Sherbini, 32 tahun, tengah mengandung anak kedua apabila ditikam.
[...]

Sesungguhnya, ini adalah jenayah kebencian, tetapi tidak seperti jenayah kebencian yang lain seperti jenayah Homofobik or jenayah anti semitik, hal ini ditidak diuar-uarkan media dan saya tidak tahu kenapa!! Hal ini adalah jenayah perkauman, seorang wanita ditikam dengan begitu mudah di kamar mahkamah dan tidak dilihat penting untuk dipaparkan media seperti yang sepatutnya!! Dia seorang ibu yang mengandung!!
Semoga Allah merahmati rohnya, dia seorang syahidah dek perkauman dan kebencian.

*****
Keterangan lanjut sila baca di sini.



Artikel di atas saya petik dari email yang saya terima.
Al Fatihah kepada Allahyarhamah Marwa el-Sherbaniah, seorang mujahidah solehah,yang sanggup mempertahankan syariat Islam demi cintanya pada Allah dan Rasul.

Saturday, July 18, 2009

Antara 111 Wasiat Rasulullah SAW


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




111 WASIAT RASULULLAH SAW
============ ========= ====


#2 - SELALU MENYENANGKAN HATI SUAMI
============ ========= ========= ==

RASULULLAH SAW bersabda:

“Sukakah kamu aku ceritakan bakal isterimu di syurga? Para sahabat menjawab; "Tentulah sahaja kami suka.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “iaitu setiap isteri yang kasih sayang dan banyak anak, dan apabila ia diganggu oleh suaminya lalu ia menyerahkan dirinya dan berkata, “Inilah tanganku terserah kepadamu, saya tidak akan dapat tidur hingga engkau rela kepadaku.” (HR. Thabrani).

Isteri yang solehah itu tidak akan menyusahkan suaminya, ia selalu berusaha untuk menghilangkan kesusahan suami dan ikut serta membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Di dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW setelah menerima wahyu yang pertama di Qua Hira’, Baginda SAW menceritakan kepada isterinya Khadijah tentang semua suka duka yang dialaminya, supaya mendapat sokongan, bantuan dan hiburan dan isteri tercinta.

Isteri yang terkenal sebagai seorang wanita Quraisy yang paling cerdas akalnya dan
luhur budi pekertinya itu, sangat mengerti apa yang diharapkan oleh kekasihnya. Dengan penuh kehangatan dan kasih sayang beliau berusaha menghiburkan dan meyakinkan hati suaminya itu. Beliau pula manusia pertama yang percaya pada Kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Beliaulah yang menghibur Rasulullah SAW ketika
pulang dan Gua Hira’, sedangkan pada waktu itu Rasulullah dalam keadaan ketakutan yang luar biasa. Kerana secara tiba-tiba sewaktu ia berada di Gua Hira’, iaitu pada bulan Ramadhan, Nabi Muhammad SAW didatangi oleh malaikat yang berkata: “Hai Muhammad! Engkau adalah Rasulullah!”


Rasulullah SAW bersabda:
“Pada waktu itu aku duduk bersimpuh, seluruh sendi kakiku terasa seperti akan tanggal. Aku berjalan merangkak, sedangkan seluruh tubuhku menggigil. Tergopoh-gapah aku masuk kerumah menemui Khadijah, sambil berkata: “Selimutkan aku, selimutkan aku.” Akhirnya rasa takutku beransur hilang.” Aku ceritakan semuanya yang aku alami kepada Khadijah.

Lalu dengan penuh rasa percaya dan mesra beliau berkata: “Bergembiralah wahai sayangku! Demi Allah, Dia
tidak akan menghinakanmu sedikitpun. Demi Allah sesungguhnya dirimu aku perhatikan, sen tiasa memelihara hubungan baik dengan keluarga, bercakap benar, menunaikan amanah, tabah dalam inenanggung musibah, suka menerima tamu, dan sedang menolong orang yang ditimpa bencana.”
(HR. Thabrani).


Itulah Khadijah seorang wanita mulia,beliau selalu menguatkan semangat dan meringankan beban penderitaan suaminya. Beliau selalu berusaha untuk mengecilkan beban dan musibah yang sedang di alami si suami dalam perjuangan, hingga akhir hayatnya.

Khadijah mengetahui betul sifat dan akhlak kekasihnya baik di dalam mahupun di luar rumah. Kata-kata “bergembiralah” sebagaimana yang disebutkan diatas, adalah satu ucapan yang keluar dan lubuk hati seorang isteri yang sudah menempuh perjalanan hidup yang sangat panjang baik senang mahupun susah dengan buah hatinya.

Di
ucapkannya kata-kata penghibur dengan penuh rasa percaya dan sukacita, kerana dia sudah melihat cahaya terang sudah mulai menghalau kegelapan.

Kemuliaan jiwa Syaidatina Khadijah R.A itu, membuatkan Rasulullah SAW tidak dapat melupakan isterinya itu, sehingga ketika Syaidatina Khadijah R.A sakit, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalnya. Sewaktu Syaidatina Khadijah sudah meninggal dunia, Rasulullah SAW selalu mengingat dan mengenang isteri tercintanya yang berani dan tabah dalam menghadapi suka duka kehidupan.

Rasulullah SAW
juga tidak dapat melupakan kasih mesra yang diberikan Syaidatina Khadijah, sehingga Baginda SAW menghembus nafasnya yang terakhir.


#6 - REDHA TERHADAP QADHA DAN QADAR ALLAH
============ ========= ========= ==

RELA terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah wajib hukumnya dan merupakan tanda adanya iman di hati
seseorang.

Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:
“Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah
Tuhan yang lain selain dan pada-Ku".
(HR. Thabrani).


Dalam Al-Qur’an Allah berfirman:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam keimanannya) .”
(Al-Ankabut: 2-3)


Dengan berdasarkan ayat di atas maka Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka diantara mereka ada yang keluar seperti emas as ii, iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dan perkara syubhat, dan ada diantara mereka ada yang keluar sebagai emas hitam (palsu), iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah,”
(HR. Thabrani).


#7 - NIAT YANG IKIILAS
============ ========= ========= ==

RASULULLAR SAW bersabda:

“Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang, buah atau ganjaran sesuai bagairnana niatnya. Barang siapa hijrahnya kerana men uruti perintah Allah dan Rasul-Nuya nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan Rasul-Nya (dan diberi pahala), dan barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya sampai kepada yang diniatnya itu.”
(HR. Bukhari Muslim)


“Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan, kernudian menjelaskan keduanya. Maka siapa yang berniat untuk berbuat kebaikan, kemudian tidak dikerjakannya, Allah mencatat untuknya satu kebaikan (pahala), dan jika kern udian dikerjakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan (pahala), dan mungkin ditambah hingga tujuh puluh kali lipat atau lebih dan itu. Dan apabila seseorang berniat akan berbuat kejahatan, kemudian tidak dikerjakannya, mak.a Allah mencatat baginya satu kebaikan (pahala). Dan jika fiat jahat itu dilaksanakan, maka dituliskan baginya satu kejahatan.”
(HR. Bukhari dan Muslim).

artikel di atas adalah petikan dari salah satu email yang saya terima. semoga ada manfaatnya.

Friday, July 17, 2009

Antara makan Gaji dan Kerja Sendiri




Antara Makan Gaji Dan Kerja Sendiri

Gurindam Jiwa Ummu Masyitah

Kalau makan gaji, tiap2 bulan gaji confirm dapat.
(kalau syarikat xde masalah)
Kalau makan gaji, kerja dibuat dinilai oleh org atsan
Kalau makan gaji,antara yg kena buat
Report tugasan kena ada, kumpulan sasaran pun kena tengok juga
kena tulis tuh,tulis nih semua benda kena ada dokumentasi
kena capai target;
target markah, target jualan kalau jurujual dan macam2 target
kalau makan gaji,kena marah dgn boss kalau wat salah
biasalah kenalah ditegur oleh majikan
dah kita wat salah
kalau makan gaji, bila cemerlang
dapatlah anugerah
anugerah perkhidmatan cemerlang dsbgnya
kalau makan gaji,ada teamwork yang seronok kerja
mmg seronok kerja,hilang habis semua masalah


Kerja sendiri
takde sapa nak arah,nak marah,nak bagi guideline
kerja sendiri
sendiri kuli,sendiri boss
kerja sendiri
kalau rajin dapatlah income
tak rajin, statik jer lah
kerja sendiri
jatuh bangun
sendirilah jalan atas kaki yang Allah beri


tapi bila saya renung2 balik,samada kerja sendiri ker.kerja makan gaji ke
masing2 ada msalahnya tersendiri.masing2 ada best nya.masing2 ada pro dan kontranya.

Yang Penting,rezki tu halal.

Macam saya bila beljar bisnes kunun2 nih,banyak ragam customer yg ditemui.
saya 'terpaksa' ber bisnes setelah mencari produk2 tertentu sukar didapati di tempat saya.
dunia bisnes ini serba baru bagi saya, tapi yang penting, saya bukannya minta sedekah dengan orang lain, kan?

bisnes konon2 nilah menemukan saya dgn pelbagai teori kehidupan yg pernah saya pelajari di universiti dahulu. bisnes konon2 nilah yang mengingatkan saya pada hadith Nabi SAW ,"Sesungguhnya 99% punca rezeki itu ada pada perniagaan".

masalah pemilik syarikat atau pemilik barang perniagaan,masalah pengiklanan kerana kekangan kewangan syarikat dan sebagainya.

part dimarah pelanggan.ada satu pengalaman yg tak dapat dilupakan.pelanggan meminta barang dihantar ke pejabatnya sedangkan kami tiada menawarkan khidmat itu.ialah niaga pun kunun2.barang tu diminta dihantar kepada pekerjanya.

bila suami yang hantar barang,pelanggan agak marah kenapa mesti suami yang hantar?orang lelaki?awak ni macam mana suruh orang lelaki hantar barang set bersalin ke perempuan?awak tak malu ke? bla bla bla...

bukannya saya tak mahu hantar.tetapi,bagaimana saya hendak bergerak kerana kurangnya akses di luar sana utk orang macam saya?

dari insiden itu,saya mendapat banyak pengajaran.bak saya kata tadi,yang penting saya bukan meminta sedekah.

saya rasa kalau di internet ni,ramai je kaum lelaki yang jual set ebrsalin,.takde masalah pun.tak pasti pula jika di 'offline'.

pglmn sebagai jurujual di sebuah kedai Pak Arab suatu ketika dahulu memberikan banyak pengalaman pada saya. Walaupun sebentar ia membantu saya menghadapi dunia kerjaya selepas itu dan kehidupan waktu ini. Kerjasama di kalangan ahli keluarga boss saya amat saya kagumi. Sikap berlebih kurang,bantu membantu, amanah, yang senang bantu yang susah dan takde penyakit PHD. Terima kasih boss berikan saya peluang meraih pengalaman di situ walaupun boss tahu saya pemegang ijazah, boss sudi ambil saya bekerja.

Pengalaman menyaksikan Uncle sebelah kedai dimarah pelanggannya, dan reaksi Uncle yang memegang konsep pelanggan itu selalu betul, walaupun pada masa itu saya lihat pelanggan tu yg salah, membuatkan saya terfikir mungkin itulah antara resepi kejayaan masyarakat Tionghua.

Yang pasti apa sahaja yang saya lalui kini, saya perlu hadapi dengan sabar dan tabah. Kan, kan..
Jangan jadi
bocah cengeng dan gembeng! (maaf speaking Jawa, rindu dah lama tak cakap bahasa nih sejak kawin dengan hubby..)

Tuesday, July 07, 2009

Cabaran Penyusuan Ibu secara Ekslusif

Cabaran Penyusuan Ibu secara Ekslusif (i)


Saya merasa ingin mencatatkan serba sedikit pengalaman saya seanjang penyusuan susu ibu. Sebagai seorang ibu, saya sudah menanam azam hendak memberikan secara ekslusif susu ibu. Sejak apabila mengetahui dan disahkan hamil, saya menguatkan azam dan semangat untuk penyusuan ibu. Pelbagai medium saya riki utk mempelajari cara-cara penyusuan ibu yang baik. Antaranya, di sini, saya selalu merayau. Tetapi jarang meninggalkan jejak memandangkan halangan2 tertentu yang Allah tidak izinkan.

Di susuibu, saya mendapat motivasi agar meneruskan cita-cita suami saya. Ya, suami saya pernah bercita-cita agar anak-anaknya mendapat penyusuan ekslusif dari susu ibu sendiri. namun, hasrat itu tidak kesampaian pada kelahiran anak sulong.

Pada kelahiran anak sulong, situasi kami sedikit teruji. Seorang di selatan, seorang di tenggara. Jika bayi yang berusia 2 bulan lebih tinggal bersama saya ketika itu. Dengan keadaan fasilitis persekitaran yang kekurangan di samping jauh dari sanak saudara, dan pelbagai faktor tolakan dan tarikan yang lain, maka saya tidak dapat memberi secara ekslusif susu ibu kepada anak yang sulong.

Oleh sebab itulah, saya berazam memberikan yang terbaik untuk kelahiran kali kedua ini. Selain vitamin yang pihak jururawat dan doktor bekalkan semasa setiap kali temujanji Ibu hamil, saya juga mengambil supplement lain. Harapan saya agar saya sihat mengikut keadaan orang seperti saya. Agar saya dapat memberikan yang terbaik untuk anak saya kelak. Kekurangan diri bukanlah alasan untuk saya mencipta alasan untuk tidak memberi susu ibu ekslusif kepada anak sendiri.

Dari itu, sebenarnya, barulah saya mengerti, betapa indahNya ciptaan Allah SWT. Sesungguhnya wanita diciptakan Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian dan peranannya yang tersendiri. Betapa, peranan wanita itu memang penting dalam pembentukan sebuah institusi keluarga. Betapa pengorbanan para ibu kita dalam membesarkan kita itu tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Jerih payah, sakit pening dan jatuh bangun ibu kita dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design