Followers
Showing posts with label diriku. Show all posts
Showing posts with label diriku. Show all posts
Saturday, September 28, 2013
TIP DAN ADAB MENJAGA ORANG SAKIT
Lebih kurang 1 dekad lalu, sewaktu saya masih belum berumahtangga, seorang kawan saya begitu setia menjaga ibunya yang sakit. Pantang ada curi semester, pasti dia akan berusaha kembali ke sisi ibunya. Mujur saja IPT itu senegeri dengan kampungnya.
Kemudian pengalaman saya sendiri menjaga allahyarhamah nenek kesayangan saya sewaktu arwah sakit tua. Selepas berumahtangga, sesekali saya melihat ibu mertua menjaga ibu mertuanya yang sakit tua sehingga ibu mertuanya meninggal dunia.
Kesabaran dan adab dalam menjaga orang sakit ini kita kena jaga. Ya,dengan orang sakit pun, adab dan tatasusila mestilah kita jaga.
Contohnya, tidak perlu membuka radio atau peti telivesyen sekuat-kuat hati. Selalulah di sisi pesakit dan mendoakan yang baik-baik untuknya.
Selain itu tidaklah salah membacakan ayat Al Quran di sisi pesakit. Contohnya Surah Al Fatihah, Surah Yaasin, Surah Al Mulk, Surah Al Ikhlas atau lain-lain surah. Jika pesakit itu memang seorang yang sering membaca Quran semasa sihatnya, biasanya InshaAllah tiada masalah si pesakit ikut membaca juga surah yang kita bacakan itu.
Jika si pesakit telah sampai umur pikun/ nyanyuk dan mungkin banyak yang dia lupa. Paling mudah, ajaklah si pesakit berselawat selalu. InshaAllah, selawat ke atas Rasulluah SAW itu sangat indah bagi sesiapa yang selalu mengamalkannya.
Seorang sahabat suatu masa dahulu pernah memberitahu saya bahawa orang yang menjaga orang yang
sakit adalah orang yang beruntung,kerana mereka dipilih oleh Allah SWT
untuk menghadapi ujian kesabaran.
Begitu juga dengan pesakit itu
sendiri.Fizikal dan mental mereka diuji Allah. Mungkin kesakitan yang
mereka hadapi ini adalah kafarah menghapuskan dosa.
Bagi orang mukmin pula, usahlah berdukacita. Ya, dukacita itu bisa mengheret orang mukmin kepada bisikan syaitan laknatullah. Saya pernah mendegar seorang hamba Allah berkata kepada saya, "Kadangkala kakak sedih Ummu. Sedih lalu berkata, Ya Allah, Aku sudah ikut perintahMu. Aku jauhi laranganMu. Namun mengapakah Kau masih berikan aku sakit ini? "
Cepat-cepatlah kita Istighfar (meminta ampun) dan taubat
Aku
minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah
selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku
bertaubat kepadaNya.
Selain itu, kesakitan itu jua adalah untuk meningkatkan
darjat seseorang hamba yang beriman disisi Allah hasil daripada kesabaran terhadap penyakit atau
ujian yang ditimpakan.
Sebenarnya, banyak tip yang boleh kita pelajari dari insan-insan tabah di luar sana. Oh iya. Ada juga yang bertanya dengan saya bagaimana saya menghadapi situasi dari insan normal kepada insan OKU. Erm nanti saya cuba tuliskan ya. Mungkin boleh singgah sini, Usah sedih dengan kekurangan diri.
Labels:
baiti jannati,
diriku,
Kesihatan,
Kisah Masyarakat,
motivasi,
Penawar Hati
Friday, September 27, 2013
Domain Myukhuwwah Berpindah ke Raudhatulukhuwwah Blogspot
Domain Myukhuwwah Berpindah ke Raudhatulukhuwwah Blogspot
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sahabat-sahabat followers Myukhuwwah @ Bicara Hati Ibu, saya ingin memaklumkan bahawa saya sekarang telah bertukar domain.
Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat sekalian mulai ketika saya bed ridden dulu....
Wassalam

Tuesday, March 12, 2013
Dunia Baruku Rindu Bertamu
Dunia Baruku Rindu Bertamu
Gambar Pemandangan Sungai Kuantan dari atas jambatan
Saya kini berada di tempat baru. Lebih kurang 3 bulan pertama ini, saya dalam proses mengenali, mengingati dan memahami watak dan perwatakan di sekitar saya. Sebagai orang baru, banyak perkara yang perlu saya pelajari persekitaran di sini.
Sejak akhir-akhir ini, ops sejak tahun 2012 lalu, saya jarang-jarang dapat meng update blog ini atas sebab saya telah kembali ke perjawatan hakiki saya. Ini bermakna, masa untuk saya berblog di sini semakin kurang.
Terima kasih kepada rakan-rakan followers Blog myukhuwwah yang sudi menjadi followers blog ini meski jarang dapat dikemaskini.
Labels:
diriku
Tuesday, February 12, 2013
Ombak Rindu Padamu
Ombak Rindu Padamu
Di kedinginan pagi
Kabus melatari bumi
Awan mendung memayungi
Unggas rimba bernyanyi
Hujan gerimis menitis
Setitis demi setitis
Hujan membasahi bumi
Enggan pergi
Kerna matahari
enggan menjenguk diri
Hujan Disember masih berlarutan
Hingga Februari yang tiba
Panas terik seketika cuma
tiba-tiba turun sang hujan
Februari ini
Dingin di sini
Tidaklah sedingin
Taman nun di sana
Rindu Yang bertamu
Bersama deru ombak rindu
Hempas menghempas Bertalu-talu
Ombak di Pasir dan pantai bersatu
menyanyikan lagu rindu
......irama yang tak terpisah
setia sang pantai
selagi sang ombak
menghempas pantai
Labels:
Alam Dan Manusia,
diriku,
jalan-jalan,
omelanku,
puisi,
Umrah dan Haji
Friday, December 28, 2012
2012 Dalam Kenangan
2012 Dalam Kenangan
2012
penuh memori
selangkah pergi
ku mendaki
cinta Ilahi
menuruni lembah
dugaan dan ujian
menduga kesabaran
seorang hamba kerdil
di sisi Pencipta Agung.
2012
Cuti Tanpa Gaji
Yang dilalui
2012
ku kini
semakin mengerti
erti kasih sayang
sesama Muslim
yang bersaudara atas aqidah
pasti ada ujian
erti ukhuwah sejati
yang tak kan tunduk pada hasutan iblis
Labels:
diriku,
omelanku,
puisi,
rasa hatiku
Wednesday, October 17, 2012
Maaf Teman Kumenyepi
Maaf teman Kumenyepi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya mohon maaf tak dapat nak blog walking blog kawan-kawan...dan membals komen juga mempublish komen teman buat masa ini.
Doakan saya baik-baik saja mengharungi kehidupan terbaru saya ini...
Sekian wassalam

Wednesday, September 05, 2012
Fibroid Bukan Kanser Tapi Ketumbuhan Perlu Dirawat
Fibroid Bukan Kanser Tapi Ketumbuhan Rahim Perlu Dirawat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Wanita makhluk Allah yang begitu unik. Banyak perkara yang perlu dijaga oleh wanita,kan?
Artikel Pertama di bawah disalin dari tulisan Prof Datuk Dr Hamid Arshat. Pada saya secara peribadi, Prof adalah seorang doktor yang mesra. Jadi, tidak perlulah takut untuk berjumpa Dr Hamid Arshat. Kita ikuti tulisan beliau pada artikel pertama. Kenyataan beliau ialah;
"Fibroid adalah ketumbuhan yang paling sering berlaku di dalam rahim wanita tetapi puncanya tidak diketahui. Ia bukan ketumbuhan kanser dan jarang menyebabkan kematian tetapi ia boleh menimbulkan beberapa gejala termasuk gangguan haid, kekurangan darah, ketidaksuburan, gangguan perkencingan dan sebagainya.
Di sini saya kongsikan sedikit pengalaman saya di internet. Sebenarnya berat nak kongsikan bimbang dikatakan menagih simpati tapi mungkin ada kebaikan di sebalik perkongsian ini.
Yang penting, apabila telah didiagnos menghidapi sesuatu penyakit, usah runsing memikirkan sakit itu. Ubah memikirkan sakit kepada membuat suatu perkara yang menyeronokkan dan menggembirakan mengikut acuan Islam. InshaALLAH, Allah sangat hampir dengan kita kalau kita hampir denganNya.
Apa Itu Fibroid?
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.
Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.
Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.
Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.
Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.
DISCLAIMER:
Penulis blog bukan doktor
mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun,
perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog
ini, sangat dihargai dan dialu-alukan.
Artikel
kesihatan ini bertujuan untuk memberikan
kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang
berkaitan
dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada
sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai
perbincangan sahaja.
Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis
penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk
nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat
membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.
ARTIKEL PROF DR HAMID ARSHAT
MENGAPA WANITA TUMBUH FIBROID?
Umur
empat puluhan merupakan umur yang penting bagi seseorang wanita kerana dalam
jangka waktu ini banyak perubahan yang berlaku sama ada perubahan jasmani, mental,
emosi atau rohaniah. Kali ini, saya ingin membincangkan satu aspek perubahan
jasmani yang boleh mengancam atau menjejaskan kesihatan seseorang wanita yang
menjangkau umur empat puluhan. Saya percaya ramai di kalangan mereka yang berumur
dalam lingkungan empat puluhan bersetuju dengan saya bahawa dalam peringkat
ini mereka mengalami berbagai-bagai perubahan. Salah satu daripada perubahan
itu ialah gangguan haid.
Pelbagai
Gangguan Haid
Labels:
diriku,
Kesihatan,
Kesihatan Ketumbuhan,
Kesihatan Wanita,
Wanita
Wednesday, August 29, 2012
Maaf Teman Lamaku Menyepi
Maaf Teman Lamaku Menyepi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya, Ummu di blog myukhuwwah.com, memohon maaf kerna lama menyepikan diri di blog myukhuwwah.com dan sebuah educational blog saya.
Sepanjang Ramadhan lalu, saya tidak berkesempatan membuka email peribadi apatah lagi membuka dan membaca blog peribadi saya. Selain faktor kesihatan yang tidak mengizinkan di saat saya cuba berpuasa juga, ada beberapa tanggungjawab lain yang perlu saya tuntasi.
Oleh itu, terdapat banyak komen-komen rakan bloggers yang tidak dapat saya syiarkan sepanjang saya menyepikan diri.
Pada Ogos 2012 ini, sehingga entry ini ditaip, hanya ada baru 4 post
dipublished di blog ini. Itu pun semuanya copy paste dari berita utama
tanahair Malaysia, sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan.
Buat Saudari Nurul Husna, Kak Ummu mohon maaf kerana hanya pada petang ini kakak baru berkesempatan membaca komen adik. Terharu akak rupanya terpilih menerima kad raya Husna. Agaknya walaupun selepas raya, bolehkah lagi akak terima?
Terima kasih kepada rakan bloggers yang sudi menjadi followers blog myukhuwwah ini. Saya berasa gembira dengan kehadiran rakan followers ke blog biasa seorang ibu OKU ini.
Rakan followers yang terdiri dari rakan bloggers, juga dari sahabat handai dan saudara mara yang dihormati sekalian.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan bloggers yang meninggalkan komen di blog ini walaupun blog ini begitu lama terbiar bersawang.
Antara rakan bloggers yang meninggalkan komen di blog ini tetapi belum sempat saya balas komen mereka:
Terima kasih buat semua rakan blog. Blog ini sangat signifikan kepada saya, kerna sepanjang perjalanan hidup saya bermula 2008 banyak yang saya kongsikan suka duka di sini.
Bermula dari saya bed ridden ke kerusi roda, dan ke walker frame. Dari saat proses menyusui dan membesarkan anak ketika saya bed ridden sehingga anak itu sudah tumbuh membesar dengan sihat..
Oh, saya ada perkara yang perlu diselasaikan. Banyak yang ingin asaya ceritakan sebenarnya. Saya undur diri dulu. Sekian, wassalam.
Labels:
diriku,
followers,
rasa hatiku,
Ucapan,
ukhuwah
Friday, July 27, 2012
BHI Join Giveaway Ciktom Yang Kedua
BHI (Bicara Hati Ibu) Join Giveaway Ciktom Yang Kedua
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah hari ini Ramadhan ke 7 pada 1433 Hijriah/ 2012 Masihi di Malaysia yang bertuah ini. Hari Jumaat yang cerah di sini. Di kesempatan masa yang ada pada hari ini, saya meninjau-ninjau beberapa blog rakan-rakan. Maaf ye yang ada saya tak sempat nak tinggalkan jejak.
Puan Cjai,http://ummuainries.blogspot.com ada menganjurkan entry Segmen Ramadhan, tapi saya dah terlepas tarikh pula,:(. Takde rezeki, namanya, kan.
Pada kali ini, saya join satu giveaway Blogger yang juga merupakan salah seorang follower Blog Bicara Hati Ibu. Gadis blogger ini bagi saya merupakan blogger yang famous iaitu Ciktom.
Bersempena ulang tahun ke 2 blog ciktom[dot]com, Cik Tom telah pun menganjurkan satu giveaways dan sekarang masih berlangsung lagi.
Suatu yang menarik tentang blog ciktom, walaupun baru 2 tahun berblog pagerank blognya Alhamdulillah berada pada kedudukan PR3 dari PR10 semenjak dari tahun lepas. Bagi saya ia suatu pencapaian yang sangat baik dibandingkan saya dalam membina blog raudhatulukhuwah yang kemudian bertukar ke myukhuwwah ini. Almaklumlah ada masanya, saya terpaksa tinggalkan blog ini sampai 'bersawang-sawang' atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Mungkin bagi rakan-rakan dan adik-adik yang benar-benar ingin serius dalam dunia blogging boleh ambil ilmu dan tip dari penulisan ciktom ini. Saya memetik kata-kata ini dari ciktom.com:

"Bagi
yang mempunyai target dalam dunia blogging ini kena rajin dan berani
untuk mencuba perkara baru selagi tidak menyalahi etika dunia blog dan
halal di sisi agama Islam. Jangan putus asa untuk mencari ilmu blogging percuma atau berbayar dan cuba praktiskan satu persatu untuk mencari
kesesuaian dengan diri dan blog. Bagi yang menulis blog kerana minat insyaAllah segala perkara yang lain akan datang dengan sendirinya jika
kita ada minat dan azam yang kuat."
Saya suka tengok Imej buah tomato yang cute. Sebab apa saya suka tengok buah tomato tu? He he sebab saya pun suka buah tomato tu juga, macam ciktom.
(Buah tomato lagi enak dimakan mentah. Apatah lagi diletak dalam asam pedas atau kari, saya dan anak pasti berebut nak buah tu,:). Tomato memang buah yang berkhasiat, ops lari dari tajuk ni).
Imej buah tomato gurlz digabung color pink (oh pink lagi) dan beberapa color lain sangat menarik hati saya ketika saya membaca artikel di blog beliau, tapi jarang tinggalkan komen.:) .
Macam-macam ada dekat blog Cik Tom. ada tutorial blog, kisah kehidupan dan resipi pun ada. Kiranya, serba serbilah ada dala, blog Cik Tom.
Blog Tomatogurlz Tomato Gurl’s Life yang akhirnya diringkaskan menjadi ciktom.com memang domain yang bagus, bagi saya, ringkas dan padat.
Lalu terhasillah entry tersebut....

Oleh sebab syarat nak join giveaway ni, kita kena letak artikel mana yang terbaik di blog kita sendiri berserta link, maka saya dengan ini merasakan entry "Sakit Itu Sebab Kita Ada Dosa ke Mama?" di sini.
Artikel yang saya kongsikan itu berdasarkan pengalaman saya bersama anak sulong saya. Ketika soalan 'cepu emas' diajukan kepada saya, saya tidak marah kepada anak saya. Cuma lidah ini bagai kelu seketika nak mencari jawapan terbaik agar mind setting nya tak tersalah persepsi terhadap orang sakit.
Soalannya juga segera mengimbau kenangan di lantai wad.
Terbayang wajah Kak Z, seorang ustzah yang buta kedua matanya dan tidak boleh berjalan setelah diserang diabetis yang teruk sedang menghafaz Al Quran sambil di 'tasmiq' oleh ibunya yang juga guru mengaji Al Quran. Kemudian ingatan ini melayang kepada wajah Kak Nor yang baru menjalani operatian membuang payu dara disebabkan barah stage 4.
Paling tak lupa wajah wajah Datin N yang very humble walaupun beliau seorang VIP dan terpaksa kongsi wad dengan kami. Datin N telah lebih 7 tahun (ketika itu) menghidap barah stage 4, wajahnya yang tenang membaca Al Quran usai menjalani kimo.
Semangat wajanya saya kagumi, beliau hamilkan anak bongsu ketika barah itu sudah bersarang di tubuhnya dan hajatnya sudah tertunai untuk melihat anaknya memebesar di depan mata. dan beberapa wajah lain. Kenangan di lantai wad di mana secara tak langsung saya menjadi 'kaunselor tak rasmi' rakan-rakan sewad apabila ada pelawat yang mengajukan kata-kata,"
"Kamu/mu sakit sebab dosa mu,lah,"....
Kata-kata ini memang nampak ringkas tapi sangat terkesan kepada gegendang yang menerima terjahan.
Lalu terhasillah entry tersebut....
Tuesday, April 10, 2012
Kenangan Karnival Mahabbah IKIMfm Yang Best
Karnival Mahabbah IKIMfm Yang Best
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ketika ini, saya sedang melalui satu fasa dalam kehidupan saya. Saya berehat buat seketika dari tugas hakiki saya, memandangkan tahap kesihatan berstatus OKU Fizikal, memerlukan tempat kerja yang kondusif untuk orang berkerusi roda seperti saya.
Walaupun kini saya telah melepasi fasa Bed Ridden- Kerusi Roda, DAN Alhamdulillah sedang melalui fasa positif setererusnya, namun jika situasi tempat kerja berbukit dan curam, saya rasa ia tidak kondusif untuk fizikal saya.
Ini bukanlah maknanya saya hendak meninggalkan terus tugas hakiki saya. Tetapi ingin beri peluang buat diri sendiri...Susahnya saya nak tulis di sini.
Dalam pada tempoh berehat ini, sempatlah saya menjenguk Karnival Mahabbah IKIMfm di Bandar Dato' Onn Johor Bharu Johor pada 30 Mac 2012 hingga 1 April 2012 lalu. Ternyata ia memang best.
Banyak pengetahuan baru dan pengalaman menarik yang saya timba sepanjang karnival berkenaan. Bergaul dengan lebih ramai orang membuatkan saya menjadi insaf.
Ada pengunjung karnival berkenaan yang OKU Penglihatan dan OKU Fizikal, tetap datang memberi sokongan.
Macam-macam aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ni. Cuma saya rasa, macam kurang promosi banner atau bunting tentang karnival ini di sekitar bandaraya selatan tanahair itu.
Di Bandar Baru Uda misalnya, bunting cuma boleh dibilang dengan jari.
Kumpulan Rabbani dan Ustaz Syed Noorhishan Syed Tuan Padang semasa Mawlid @ JB Karnival Mahabbah IKIKMfm malam 31 Mac 2012.
Terus terang, saya rasa sungguh tersentuh dengan dendangan mawlid dan penceritaan yang santai pada malam tu. Walaupun dari jauh sahaja saya mendengar dan menonton mereka, tetapi terasa sentuhan nurani malam tu. Rasa rindu pada Rasululluah SAW terasa sangat...
Kumpulan Akhdan semasa Konsert Mahabbah IKIKMfm 1 April 2012.
Kumpulan Saujana
Lagu Penerang Hati dan Patah Hati
Boboi pun ada
DJ fAIZ YANG PERAMAH

Friday, January 27, 2012
Bangkit Kembali
Bangkit Kembali
Ketika sakit hati,
Ketika kesedihan,
Ketika kemiskinan.
Ketika kemalangan,
Ketika kecacatan,
Ketika berada pada paling bawah kehidupan...
Itu semua adalah bentuk-bentuk pengajaran kehidupan yang sangat berharga.
Ia adalah pengalaman kita yang paling beharga.
Tidak terbayar oleh intan dan emas permata.
Misalnya, diri saya, daripada seorang yang normal,
aktif bergerak ke sana ke mari,
suka sukan lasak seperti memanjat gunung,
meredah hutan belantara...
dan kemudian suatu kemalangan berlaku
kemudian berkerusi roda
dan berjuang ketika hamilkan anak dalam keadaan bed ridden..
Dan...ketika itu
kekuatan sebenar
sumber kekuatan
itu
datangnya daripada Pemilik Segala Cinta
ALLAH SWT
Aku Cinta Allah
Jika Cinta Allah
Kita Mesti Sabar
Dengan Ujian Tuhan Yang Maha Esa..
Meski seringkali
kita tergugat dengan kesabaran itu...
Dengan kita memerhati dan merenung makhluk-makhluk ciptaan Allah yang bermacam-macam di alam semesta luas ini, serta memerhati kehalusan sistem Tuhan yang ada pada makhluk-makhluk tersebut dan undang-undang yang mengatur perjalanan alam ini tanpa ada kecelaruan, kesilapan dan perlanggaran sesama mereka.
Semua itu menunjukkan kepada keagungan Tuhan maha pencipta (Allah) dan kekuatanNya, namun Dia tidak pernah menzalimi mana-mana makhluknya. Dia juga maha bijaksana dalam hal makhlukNya.
Dengan mempelajarinya, mengamatinya dan menganalisis semua itu, maka kita akan mampumengahrgai sebuah bentuk pengorbanan, perjuangan dan pengendalian diri dari semua hal kehidupan dan ianya adalah bukan suatu yang sia-sia.
dan hasil daripada itu, kita akan mendapatkan kejayaan, ketegaran, kedewasaan, dan kemajuan. InshaALLAH.
Saya bersyukur di sebalik kerusi roda itu,
tersembunyi hikmah yang sangat banyak.
Ketika berkerusi roda, saya pernah memperolehi beberapa kejayaan.
Samada untuk diri dan keluarga.
Juga untuk majikan.
Dan utamanya untuk anak-anak bangsa
dan ummah sejagat.
Ayuh, mari kita bangkit kembali.
Thursday, October 27, 2011
Susah ke? Senang ke, jadi cikgu,ni,nak?
Susah ke? Senang ke, jadi cikgu,ni,nak?
Gambar kredit kepada cikgufendi85.blogspot.com
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selalu saya ditanya, kalau di pasar, (Dulu-dulu lah, rajin ke pasar jual borong. Tapi sekarang payah. Laluan berKerusi roda takde)
"Susah ke? Senang ke, jadi cikgu,ni,nak? Jadi cikgu ni senang ye. Banyak cuti. Budak cuti, cikgu pun cuti" , tanya makcik penjual sayur ulam raja.
"Kak, best lah tengok akak jadi cikgu. Kerja dengan buku-buku je. Cuti pun banyak," ujar seorang gadis lepasan sekolah.
"Mana nak cari link keputusan KPLI ni? Tuan blog tahu tak ya?" begitu antara ulasan di blog wordpress saya, apabila saya publish entry berkaitan KPLI.
Pernah sehari, untuk hits KPLI tersebut saja, visitor menerjah masuk ke blog wordpress saya sehingga 5k dalam masa beberapa jam. Mahu tak jammed blog picisan saya tu. Habis bandwith nya. Agaknya tu sebab kena suspend je.
Ini semua, membuktikan, betapa ramainya yang berminat nak apply jadi cikgu.
Namun, apakah sebenarnya matlamat seseorang itu hendak menjadi cikgu? Cukupkah sekadar meengajar tulis, baca dan mengira sahaja?
Benarkah jadi cikgu banyak cuti? Bagaimana pula dengan tuagasan yang perlu dibawa kembali? Dan pelbagai lagi tugas sebagai pendidik. Bagaimana pula dengan karenah pelajar?
Untuk menjawab soalan-soalan di atas, secara asasnya, setiap pekerjaan pasti ada cabarannya. Tinggal lagi bagaimana kita mendepani dan menguruskan cabaran itu.
Apa yang penting, segala soal kerja tidak boleh sama sekali dibawa balik dalam minda kita semasa berada bersama keluarga, apatah lagi ketika bersama suami.
Apa yang penting, segala soal kerja tidak boleh sama sekali dibawa balik dalam minda kita semasa berada bersama keluarga, apatah lagi ketika bersama suami.
Cumanya, tugas menginsankan manusia, memerlukan komitmen yang tinggi. Bukan setakat fizikal, tetapi jua mental yang kuat, semangat yang tabah, jiwa yang sabar dan sering jua bekorban kewangan. Tidak ketinggalan stamina dan tubuh yang sihat dapat membantu sesi pembelajaran dengan baik.
Oleh itu, tidak dinafikan supplement tambahan seperti Spirulina Kels, Madu, Habbatus sauda', Minyak Ikan, Minyak Anggur Perahan Sejuk Vitis dan lain-lain sangat penting.
Berbalik soal kerjaya perguruan, yang kian mencabar ini, saya yakin, apabila kita bercakap dari hati, inshaAllah, akan jatuh ke hati jua. Kerana hati manusia itu kan,ibarat seketul batu. Lama-kelamaan, batu yang kena air, pasti kan hancur jua.
Saya tertarik dengan thread di salah satu forum di internet ini. Sila klik berikut:
Saya pernah berada di sekolah kategori bandar dan luar bandar. Di kawasan hutan simpan negara pun pernah.
Apabila membaca thread di forum di atas, saya mengerti dan memahami situasi cikgu baru tersebut. Apa yang saya lalui, 10 tahun lalu, masih bermain di minda saya. Bahkan tempat yang dikatakan hitam itu pun saya pernah berada di sana.
10 tahun. Mungkin baru setahun jagung pengalaman saya ini. Dibandingkan dengan rakan-rakan senior saya. Namun selama 1 dekad itu, pelbagai asam garam, pahit manis, dunia seorang guru telah dilalui.
Bermula dari tidak minat, akhirnya bercambah cinta pada bidang pendidikan ini. Dan kerna cinta itu jualah, segala dugaan ditelan jua.
Pernah hadapi ugutan dan ancaman, menerima surat cinta dan lain-lain lagi. Namun, dengan S.A.B.A.R., dan bantuan Allah Yang Maha Esa, Alhamdulillah, pelajar yang mengugut itu akhirnya, menjadi anak murid yang soleh,solehah.
Yang kaum lain, juga begitu baik. Pernah mengajar Kelas Peralihan, KELAS PEMULIHAN, mengajar subject ABM. Silang budaya antara kami, perbezaan budaya itu, membuatkan kami semakin erat. Tidak ada isu perkauman antara kami. Contohnya, kalau saya makan di kedai, tahu-tahu mereka dah tolong bayarkan.
Bahkan merekalah yang paling kuat menangis, bagai anak kecil, sewaktu mereka mengiringi pemergian saya dari situ.
"Siapa yang akan membimbing kami menjadi pelajar yang baik, bila cikgu dah pindah nanti?"
"InshaAllah, akan ada yang membimbing kamu," jawab saya.
"Saya berubah disebabkan cikgu. Sebab, cikgu percaya saya boleh berubah menjadi baik. Bagaimana kalau cikgu takde? Saya tak percaya, saya boleh kuat untuk kekal baik di sekolah dan di luar, kalau cikgu tak de," kata seorang lagi pelajar.
"N, kekuatan N untuk berubah, adalah datang dari kemahuan N sendiri. Datang dari kesungguhan N sendiri. Dari azam N, dan doa N yang bersungguh-sungguh, Allah bantu N untuk berubah. Jadi teruskan perubahan N tu. walaupun saya takde, Allah kan ada. Jadi sebab tu, N kena teruskan perubahan kebaikan N tu, kerana Allah, bukan kerana saya,"begitu antara titipan terakhir saya.
Pengalaman ketika berkerusi roda di salah sebuah sekolah, mungkin situasi saya agak asing bagi pelajar di sekolah tersebut. Ketika, pelajar-pelajar normal lain cuma memerhatikan ketika kerusi roda saya hampir ke tebing longkang.
Lalu, Allah hantar anak-anak khas kemudiannya yang sering tidak malu membantu menolak kerusi roda adalah antara pengalaman yang indah untuk dikenang.
Lalu, Allah hantar anak-anak khas kemudiannya yang sering tidak malu membantu menolak kerusi roda adalah antara pengalaman yang indah untuk dikenang.
Namun, untuk menulis semuanya,rasanya tak cukup ruang di sini. Tambahan pula,ada sebahagian bekas pelajar saya yang mengikuti blog ini. Mungkin ada kisah mereka saya catatkan di sini. Silap haribulan boleh buat Novel Memoir Seorang Guru Versi Tahun 2011 Oleh Blog Myukhuwwah pula.:). Ayat perasan lah pula.
Kesimpulannya, sesuatu kerja akan menjadi mudah atau susah akan difikir kemudian kalau kita berminat dengan bidang tersebut. Mendaki Gunung Himalaya atau berenang di laut dalam memang mencabar kalau difikir logik.
Mungkin kita akan kata, buat mendelah, buang masa sahaja mencipta pengalaman atau rekod-rekod yang jarang dibuat orang. Namun, kerana ada minat dan kesungguhan mendalam untuk mencapai sesuatu, segala masalah dan cabaran yang menghalang akan dianggap cabaran demi minat.
Labels:
akademik,
diriku,
Kisah Masyarakat,
memoir seorang guru,
motivasi,
omelanku,
rasa hatiku
Friday, August 26, 2011
Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan
Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan
Puisi Luahan Rasa Di Akhir Ramadhan...
Allahu Allah
Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan
Banyak kejadian
dalam diri hambaMu ini
berlaku dalam bulan istimewa ini
Terima Kasih, Tuhan
Transformasi dan Lonjakan saujana
Telah berlaku pada diri ini
Iaitu kerjaya diri ini
Alhamdulillhirabbila'lamin
Tuhan....
Tuhan
Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan
Doktor telah menasihiti diriku
Dan beberapa panduan
dalam menjalani ibadah puasa
Dan beberapa panduan
dalam menjalani ibadah puasa
Bagi orang sepertiku
Oh Tuhan
Kurindui saat kuboleh berpuasa
sepenuh puasa
sebagaimana waktu dahulu
Ramadhan yang bakal ditinggalkan
Aidilfitri yang bakal menjelang
Ada sedih
Ada gembira
Berbaur menjadi satu
Sedih di hati ini
ramadhan yang mengesot pergi
Ramadhanku ini
yang tidak seseri
..para sahabat as sabiqunal awwalun.
..siang penuh perjuangan
..malam dinihari penuh dengan ibadah kerna kecintaan
..kecintaan yang tinggi
--pada Rabbul Izati
..dan Rasul Khatamul Anbiya
..penutup segala Rasul dan Nabi
Aidilfitri mereka
Takbir penuh semangat
sedang
Aidilfiri ku
Takbir yang lesu...
Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan...
Apakah dapat,ku bersua lagi Ramadhan
akan datang?
Tuhanku,
Kurindui Ramadhan
sepanjang zaman
madrasah ramadhan
tarbiyah insan
Umat Muhammad SAW.
p/s: Saya sertakan kata-kata Iman Shah di sini:
Sebelas bulan kita kejar dunia,
Kita turuti nafsu angkara.
Sebulan penuh kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...
Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H http://www.abgshah.com/
Kepada kawan-kawan followers saya minta maaf tak sempat lagi membalas komen dan mengunjung blog kawan2, agak sibuk sikit, bersama mertua.
Semoga kawan-kawan selamat dalam perjalanan ke destinasi masing-masing. Kawan-kawan sekerja saya ramai yang dah kembali ke kampung halaman, ada yang mengambil cuti tahunan. Saya sahaja di sini. Bersama suami dan keluarga mertua. Wassalam.

Wednesday, August 24, 2011
Wednesday, August 10, 2011
Wordless Wednesday, Yang berjasa padaku
Wordless Wednesday, Yang berjasa padaku
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. selamat beribdah puasa dan lain-lain ibadah buat semua Muslimin dan muslimat, yang melayari blog ini.
Sekeping gambar, gambar sebuah kerusi roda, yang membawa seribu erti. Sangat bermakna buat saya.:).
Have a nice dream, buat semua followers.
sekian, wassalam.

Saturday, August 06, 2011
Kisah Ibu, Di ramadan ini...
Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan, Untuk Semua Muslim
Alhamdulillahi rabbil a'lamin. Syukur pada Ilahi, dapat bersua kembali, ramadan kali ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana teman-teman followers semua.
Saya mengambil kesempatan ini, memohon maaf atas segala kekasaran bahasa mahupun kata-kata sepanjang kewujudan saya di alam blog. Saya juga memohon maaf, jarang dapat menziarahi blog kawan-kawan mahupun menulis entri terbaru, yang lahir dari Bicara Hati Ibu, sebagaimana awal-awal saya berblog dahulu.
Alhamdulillah, atas sokongan rakan-rakan sekalian, samada rakan followers yang sering meninggalkan kata-kata semanagat, mahupun daripada kawan-kawan sekerja, saudara mara saya walau di mana berada, alhamdulillah, kini saya berada di fasa yang baru dalam kehidupan ini.
Semenjak tidak lagi bergelar housewife graduated, saya semakin sibuk dengan dunia saya. Sibuk bukan sebab banyak kerja,:). Tetapi disebabkan proses penyesuaian diri sebagai OKU. Tidak mudah. Menyelaraskan apa kudrat yang dipinjamkanNya, untuk menjadi ibu kepada anak-anak yang semakin membesar, syukur alhamdulillah si kecil sudah melepasi fasa penyusuan susu ibu. Alhamdulillah, saya dikurniakan Allah bantuan Allah dari pelbagai bentuk. Alhamdulillah.
Tidak mudah menyesuaikan diri sebagai OKU di tempat orang. Namun syukur Alhamdulillah, kasih sayang Allah sangat luas untuk kita. Kadang kala seseorang itu, tiada kaitan darah dengan kita, namun Allah hantar dia untuk bersahabat atau membantu kita.
Jika kita membantu orang lain, dan melihat orang itu gembira kerana masalahnya selesai, dengan sendirinya, dengan izin Allah, kita akan rasa bahagia. Bahagia itu besar nikmatnya.
Alhamdulillah. Saya bersyukur, kerana klien saya tidak mengira keadaan fizikal saya. sebaliknya menjadikan lahiriah saya itu sebagai motivasi.
"Kalau cikgu berkerusi roda pun, boleh pergi bekerja, takkan saya, yang normal ni, nak ponteng sekolah, hanya disebabkan perceraian ibu bapa saya,"ujar seorang gadis remaja yang menemui saya.
Ada yang berazam mahu menjadi doktor, bagi membantu merawat saya suatu masa nanti. Ada anak-anak yang menumpang kasih di rumah kebajikan, menumpang kasih seorang ibu daripada saya.
Saya memohon maaf kepada teman-teman bloggers, kerana jarang dapat meninggalkan komen di blog kawan-kawan. Sejak beberapa bulan ini, jari-jari saya semakin lemah. Untuk menaip di keyboard juga, memerlukan masa, typing error pun, aduhai cukup banyak.
Saya mengucapkan selamat menyambut ramadan, kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca blog saya ini. saya tinggalkan entry saya ini dengan 2 keping gambr ini, sebagai tatapan semua.
Tembikai ni, sedap dan lazat. tak berapa manis. eloklah untuk orang yang tak berapa sihat. Lepas tu, buah tembikai ni buah organik, takde diracun, takde baja.
Jom berkayak. Saya tengok je diorang berkayak. :)
selamat menunaikan ibadah, selamat menunaikan tarawikh dan lain-lain ibadah. Sekian, wassalam.
Monday, July 25, 2011
Alhamdulillah, lega rasanya....
Alhamdulillah, lega rasanya....bila majikan dah selesai dipantau.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah hari ini dapatlah menjenguk ke blog ini. Blog Bicara Hati Ibu, catatan seorang ibu, isteri dan perantau.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah hari ini dapatlah menjenguk ke blog ini. Blog Bicara Hati Ibu, catatan seorang ibu, isteri dan perantau.
Walaupun saya berada di perjawatan yang berbeza dengan orang lain, dan selalunya dilabelkan sebagai tak perlu buat kerja apa-apa, duduk saja-saja, tapi disebabkan saya jenis tak boleh duduk diam, saya ada juga melakukan aktiviti supaya saya tak duduk diam.
saya bersyukur kepada Ilahi. Sebab, saya dianugerahkan oleh Allah majikan yang prihatin.
Majikan saya ada mengamanahkan kepada saya tugas-tugas berkaitan tugas hakiki saya dan berkaitan ICT. Beliau tidak memandang kepada fizikal saya.
Manakala selepas tamat dipantau, majikan saya mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau sangat gembira kerana dokumentasi yang sistematik tersebut. Sebelum saya diletakkan dalam jawatan sekarang, saya sangat menitik beratkan kekemasan dalam dokumentasi dan rekod.
Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerna Kau menganugerahkan insan sebaiknya.Beliau rupa-rupanya mengetahui latar belakang pendidikan saya yang bersekolah di sekolah agama dan juga di boarding scholl agama.
Saya doakan yang yang baik-baik saja untuk majikan saya ini. Mungkin kerana beliau pernah menjaga isteri yang terlantar sakit (bed ridden seperti saya 2 tahun lalu), dia agak cakna dengan kebajikan saya. Harapan saya, semoga apabila beliau berada di lebih atas lagi, beliau tetap seperti yang saya kenal sekarang ini.
Kepada sahabat blogger yang sedang diuji dengan pelbagai ujian, semoga tabah selalu. Mungkin jika saya diizinanNya, ingin saya kongsikan pengalaman di medical board. Ini kerana saya perhatikan ada di kalangan followers blog saya yang sedang diuji kesihatan......
Friday, June 24, 2011
Perlukah Sebab Dalam cinta?
Perlukah Sebab Dalam Cinta?
Pernahkah kita ditanya, sebab apa kita menyintai dan menyayangi seseorang?
Misalnya, sebab apa saya sayang dengan Cikgu Rohaida, sebagai contoh?
Oh saya sayang Cikgu Rohaida, cikgu saya sekolah menengah dulu, sebab beliaulah satu-satunya cikgu yang memarahi saya sewaktu saya tidak menyiapkan tugasan Prinsip Akaun yang diberikan beliau. Sebab kalau cikgu lain, takde yang nak marah atau tegur saya, semua asyik puji saya sehingga saya rasa lemas dalam pujian itu.
Ops itu bukan bermakna saya tak sayang cikgu cikgu saya yang lain. Cuma cikgu rohaida adalah satu-satunya cikgu yang memarahi saya, yang mana waktu tu saya rindukan ada orang nak marah saya. Hi hi. Kawan-kawan saya pun perasan saya kena marah buat kali pertama saya belajar di sekolah menengah selama 4 tahun tu.
Oklah balik pada bab cinta ini..
Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami.
Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi.
Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah!
Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yangdisayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkansetiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantikdan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Subscribe to:
Posts (Atom)