Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, November 25, 2015

PERSEPSI TERHADAP OKU SUATU PERJUANGAN INSHAALLAH

PERSEPSI TERHADAP OKU SUATU PERJUANGAN INSHAALLAH




Di sini. Saya berada di tempat baru. Alhamdulillah di tempat baru saya mempunyai masa lapang yang lebih banyak dibandingkan tempat kerja lama. Ada sedikit masa untuk saya mencelah ke blog peribadi ini. Saya ingin kongsikan pengalaman Persepsi masyarakat terhadap OKU. Ya OKU. Tapi terus terang walaupun saya pemegang Kak OKU dengan JKM namun sejujurnya saya tidak merasakan saya OKU. Sebab? Sebabnya saya sudah melihat keadaan insan yang lebih berat ujian yang diberi oleh kepada nya tetapi mereka sabar. 




Lihat, pekerja OKU di atas. Dapat Anugerah Pekerja Cemerlang kan?
Berikanlah postive mind kepada orang OKU....

"Boleh ke dia buat kerja?" berdesing telinga saya dengan tujahan soalan itu.

"Kat sini kerja lasak...Boleh ke awak kerja di sini?."

"Eh macam mana orang macam ni boleh dapat tawaran kerja begini?"


OKU Dijaga Ibu Tua Berusia 101 Tahun Ibu usia 101 tahun tabah jaga anak OKU

OKU Dijaga Ibu Tua Berusia 101 Tahun
Ibu usia 101 tahun tabah jaga anak OKU



Warga emas berusia 101 tahun Meliah Md Diah (kanan) menyuapkan makanan kepada anaknya Abd Rahman Saud, 63, yang juga orang kelainan upaya (OKU) ketika ditemui Bernama di Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang. 
- Foto Bernama

KUALA NERANG - Usianya kini mencecah 101 tahun, namun naluri sebagai ibu menyebabkan dia tidak pernah mengeluh atau patah semangat untuk terus memelihara anak lelaki bongsunya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 63 tahun lalu.
    

Thursday, November 19, 2015

Ayah Semoga dikau tenang di sana. Al Fatihah

Ayah Semoga dikau tenang di sana. Al Fatihah





Waktu ini, hujan petang mulai turun,. Musim tengkujuh mulai menampakkan warnanya. Suasana pejabat tempat ku mencari nafkah sunyi sepi. Alhamdulillah petang ni saya berkesempatan membuka email dan terharu pabila Tuan Insan Marhaen, hujan-petang, klik di sini, menyapa saya.  Membaca entry Titisan Nurani, Warga Emas vs Warga Muda, teringat pada masakan bonda ku malam tadi. Ikan siakap masak 3 rasa.



Buat semua sahabat followers dan teman blog saya, saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan sahabat semua. Selama beberapa tahun ini saya perlu menyesuaikan diri dalam pola kehidupan saya yang sentiasa berubah-ubah...ada masa momentum itu terlalu pantas untuk saya kejar, untuk saya paut, untuk saya gapai. Terlalu sukar untuk dicoretkan di sini. Namun sokongan sahabat alam maya sejak dari tahun 2006 dahulu sangat saya hargai.


Sunday, June 21, 2015

Resipo Mi Bandung Muar Asli

Resipi Mi Bandung Muar

Salam Ramadhan al Kareem buat semua pembaca blog saya khususnya follower yang setua bersmaa. semenjak tahun 2007 dulu. Ketika saya menjadi pesakit bed ridden dan seterusnya OKU Fizikal. Alhamdulillah. SEkarang walaupun masih OKU tetapi anak yang saya kandungkan ketika terbarung je dulu dah besar dah dan sihat walafiat. Alhamdulillah. 

sekadar ingatan peribadi....ku simpan untuk kenangan abadi...

 Resipi Mi Bandung Muar di bawah ni lebih kurang resipi yang biasa arwah atuk saya masak. Cuma malas nak taip. Ada kalanya dulu guna udang kering. Tetapi disebabkan anak saya alah udang saya ganti dgn sotong.

Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)

Bahan-bahan: 

1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 
1 labu bawang putih (diketuk) 
5 biji bawang merah 

Saturday, May 02, 2015

MashaAllah Video Gempa Bumi Di Nepal April 2015

MashaAllah Video Gempa Bumi Di Nepal April 2015


Gempa besar berkekuatan 7.9 skala Richter (SR) menggoncang Nepal, Sabtu (25/4/2015). Berdasarkan maklumat dari badan geologi Amerika Syarikat, gempa itu terasa hingga di beberapa kawasan Himalaya dan sebahagian India.


Friday, May 01, 2015

Beberapa Cadangan Rawatan Slip Disc

Beberapa Cadangan Rawatan Slip Disc

Slip Disk





 Mekanisma sakit saraf yang berpunca dari cakera tergelincir.





Petikan berikut datang dari Group Email sekadar perkongsian ...


As-salam & Salam Sejahtera...

Saya mohon jasa baik tuan/puan untuk memberi info dimana terdpt pusat rawatan untuk mereka yg mengidap penyakit Slip Disc (tulang belakang problem)...saya ingin membantu adik ipar saya yg telah setahun tidak bekerja kerana mengidap penyakit ni....
-kasturi3b@yahoo.com-

PETIKAN ARTIKEL DR NIZAR, Siapa Dr Nizar? Apa kaitan beliau dengan slip disc? Boleh layari blog beliau http://drnizarabduljalil.blogspot.com/

Apa itu penyakit cakera tergelincir tulang belakang?

Cakera tulang belakang ialah sejenis tissue kenyal  leper yang melapik di antara dua segmen tulang belakang. Terdapat berpuluh cekera sepanjang tulang belakang kita bermula dari leher hinggalah kepinggang. Fungsinya ialah untuk menyerap gegaran dan (shock absorber) dan mengagihkan tekanan yang sekata pada tulang belakang.

Penyakit cakera tergelincir atau slipped disc ialah disebabakan oleh berlakunya benjolan/gelinciran (herniation) cakera ini yang selalunya disusuli dengan himpitan pada akar saraf (nerve root) yang berdekatan disitu. Selain dari itu kemungkinan juga berlaku rembesan cecair kimia dari cekera yang amat toksik pada akar saraf. 

Oleh itu pesakit biasanya akan memberi gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki (sciatica)jika ianya berlaku dibahagian pinggang. Manakala rasa sakit pada tengkok yang menjalar turun ke tangan akan berlaku pada pesakit yang menghidapainya pada bahagian leher. 


Kesakitan yang turun kekaki atau tangan itu ialah sejenis sakit saraf yang ditafrifkan sebagai elektrik shock, mencucuk, kebas  atau panas yang disebabkan oleh himpitan akar saraf tadi. Rasa sakit biasanya akan bertambah kuat jika pesakit bersin atau batuk.


Monday, March 23, 2015

Salam ukhuwah buat followers blog yang sudah lama tak update

Salam ukhuwah buat followers blog yang sudah lama tak update




Ya Allah dah hampir 2 tahun saya tak update blog. Rakan-rakan blog ada yang dah tak aktif lagi dan ada yang maish aktif,Alhamdulillah..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design