Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Showing posts with label Minda Positif. Show all posts
Showing posts with label Minda Positif. Show all posts

Wednesday, May 01, 2013

Meroyan selepas bersalin Ibu meroyan boleh bunuh bayi Perlu rawatan segera

Meroyan selepas bersalin Ibu meroyan boleh bunuh bayi

 Perlu rawatan segera


Meroyan selepas bersalin Ibu meroyan boleh bunuh bayi

 Perlu rawatan segera


BUKAN sahaja bentuk fizikal wanita berubah setelah bersalin malah satu daripada lima wanita yang baru bergelar ibu boleh menghidap postpartum psychosis atau dalam masyarakat Melayu dipanggil gila meroyan.
Pakar Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Norni Abdullah dalam satu temu bual berkata, meroyan tidak boleh dipandang ringan kerana penyakit itu boleh membahayakan ibu, anak dan masyarakat sekeliling sekiranya dibiarkan berterusan.

“Namun, ia tidak semestinya berlaku untuk kelahiran pertama sahaja,” katanya.

Tambah Norni, ibu boleh mendapat penyakit meroyan akibat genetik, psikologi dan persekitaran sosial.


“Faktor genetik dan biologi ini banyak mempengaruhi terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah ada penyakit mental,” ujarnya.

Norni menambah, ibu yang mengandung membuat rawatan susulan sebagai pencegahan awal.

Saturday, November 17, 2012

Persoalan Bolehkah Pesakit Kanser Sembuh?

Persoalan Bolehkah Pesakit Kanser Sembuh?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  

 Segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati dan jiwa manusia menuntut ilmu yang akan menghampirkan diri seorang hamba yang hina kepada Zat Yang Menciptakannya. 

Selawat dan salam buat Rasul Muhammad ... berselawatlah ke atasnya... yang tidak pernah alpa dan putus asa membimbing ummah sehingga kini agar menuruti jejak ke redha Ilahi. Serta buat ahli keluarga baginda yang suci dan mulia dan para sahabat yang menjadi tokoh-tokoh agung dan pemugar semangat perjuangan Islam sehingga Kiamat. 
Sakit itu adalah rahmat Allah SWT bagi hamba-hambaNya yang beriman, dengan syarat hambaNya perlu sabar ketika diberikan ujian kesakitan itu. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

 Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Pendidikan yang kita perolehi dari kesakitan itu sangat mahal harganya. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. 



sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu

Usah ditanya mengapa Allah Aku yang dipilih menerima ujian berat ini? Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula m elatah. 

Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. 

Percayalah apabila Allah memilih kita untuk menerima ujiannya, ia kerna Allah kasihkan kita dan sayangkan kita. Berbaik sangkalah padaNya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design