Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Showing posts with label OKU. Show all posts
Showing posts with label OKU. Show all posts

Wednesday, November 25, 2015

PERSEPSI TERHADAP OKU SUATU PERJUANGAN INSHAALLAH

PERSEPSI TERHADAP OKU SUATU PERJUANGAN INSHAALLAH




Di sini. Saya berada di tempat baru. Alhamdulillah di tempat baru saya mempunyai masa lapang yang lebih banyak dibandingkan tempat kerja lama. Ada sedikit masa untuk saya mencelah ke blog peribadi ini. Saya ingin kongsikan pengalaman Persepsi masyarakat terhadap OKU. Ya OKU. Tapi terus terang walaupun saya pemegang Kak OKU dengan JKM namun sejujurnya saya tidak merasakan saya OKU. Sebab? Sebabnya saya sudah melihat keadaan insan yang lebih berat ujian yang diberi oleh kepada nya tetapi mereka sabar. 




Lihat, pekerja OKU di atas. Dapat Anugerah Pekerja Cemerlang kan?
Berikanlah postive mind kepada orang OKU....

"Boleh ke dia buat kerja?" berdesing telinga saya dengan tujahan soalan itu.

"Kat sini kerja lasak...Boleh ke awak kerja di sini?."

"Eh macam mana orang macam ni boleh dapat tawaran kerja begini?"


OKU Dijaga Ibu Tua Berusia 101 Tahun Ibu usia 101 tahun tabah jaga anak OKU

OKU Dijaga Ibu Tua Berusia 101 Tahun
Ibu usia 101 tahun tabah jaga anak OKU



Warga emas berusia 101 tahun Meliah Md Diah (kanan) menyuapkan makanan kepada anaknya Abd Rahman Saud, 63, yang juga orang kelainan upaya (OKU) ketika ditemui Bernama di Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang. 
- Foto Bernama

KUALA NERANG - Usianya kini mencecah 101 tahun, namun naluri sebagai ibu menyebabkan dia tidak pernah mengeluh atau patah semangat untuk terus memelihara anak lelaki bongsunya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 63 tahun lalu.
    

Sunday, November 18, 2012

Ibu Mithali menjaga anak kurang upaya kritikal terlantar

Ibu Mithali menjaga anak kurang upaya kritikal terlantar


Ibu berjiwa kental

 LAHIR AWAL... Tasha kanak-kanak albino penghidap CP. 

Ibu berjiwa kental


KUALA LUMPUR: Tiga wanita ini layak digelar ibu mithali kerana berjiwa kental dalam mengharungi pelbagai dugaan menjaga anak kurang upaya kritikal terlantar (AKUKT).

Ujian mereka sungguh hebat. Nooriani Mat Noh, 38, terpaksa menerima hakikat memiliki anak istimewa selepas kehilangan dua anak pertama; anak Norhayati Mohd Idris, 37, pula menghidap sekurang-kurangnya lima penyakit serius, manakala Fatiah Man, 41, kerap tidur malam dalam keadaan duduk sambil memeluk anak istimewanya.


Monday, September 03, 2012

Titisan Harapan OKU

Titisan Harapan:

 OKU tiada keistimewaan guna wad kelas satu



Bantuan patut disalur berasaskan hak, kemampuan bukan hanya penuhi tuntutan kebajikan

TULISAN saya mengenai orang kurang upaya (OKU) minggu lalu mendapat maklum balas daripada golongan senasib. Semua menyuarakan rasa kurang puas hati terhadap keperluan, kemudahan dan perkhidmatan disediakan untuk OKU.

Masalah yang diceritakan memang kurang enak dibaca atau didengar, seolah-olah golongan ini dipinggirkan dalam menikmati kehidupan sebagai manusia biasa. Bagi mereka, masalah yang diutarakan bukan perkara baru, ia bagaikan sudah menjadi darah daging OKU di Malaysia.

Thursday, July 19, 2012

Kanak-kanak OKU Dapat Baju Raya

274 OKU terima baju raya

 

Saripah Zulkifli memakaikan baju raya pada Mohd. Ibrahim Lokman sambil diperhatikan ibunya, Hozaliah Bahari (kanan) pada program Ceria Lebaran Pusat Dalam Komuniti di Ipoh, semalam.

IPOH 16 Julai - Sambutan Aidilfitri bagi 274 kanak-kanak daripada golongan orang kurang upaya (OKU) ternyata lebih meriah tahun ini apabila mereka berpeluang memilih sendiri baju raya.

Mereka yang merupakan penghuni 10 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dari seluruh negeri dibawa ke Pasaraya Mydin di Meru Raya di sini sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.

Program yang dinamakan Ceria Lebaran PDK itu dianjurkan oleh Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri).

Yang Dipertua Baiduri, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, program tersebut merupakan penganjuran kali kedua pihaknya dengan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM23,000.

Katanya, melalui program tersebut setiap penghuni PDK dibenarkan memilih sendiri pakaian mereka dengan peruntukan sebanyak RM80 seorang.

Tuesday, April 17, 2012

Manfaatkan PDK Latih kemahiran anak OKU

Manfaatkan PDK Latih kemahiran anak OKU

 


 


Di seluruh negara, terdapat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.

PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

PENGENALAN

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya dibei peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. 

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). 

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU

 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di FELDA

Terdapat 62 buah pusat PDK di tanah-tanah rancangan FELDA di seluruh negara termasuk Sabah yang terlibat dalam Program Semai Bakti PDK. 

Pahang adalah negeri terbanyak mempunyai pusat PDK di tanah-tanah rancangan. Dari segi pentadbiran dan struktur, prasarana pusat PDK di tanah rancangan disediakan oleh pihak FELDA.

Manakala kewangan atau geran tahunan disalurkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Dari segi struktur organisasi, PDK mempunyai Pengerusi dan barisan jawatankuasa manakala urus tadbir pula diketuai oleh seorang penyelia dan beberapa orang petugas serta pembantu bergantung jumlah pelatih OKU..

Latih kemahiran anak OKU
KUANTAN – Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) mempunyai potensi yang luas untuk maju jika mereka dididik dengan baik serta dapat menguruskan diri sendiri

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Shamsiah Hussin berkata, ibu bapa atau penjaga disaran menghantar anak masing-masing ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) untuk melatih mereka supaya mahir dalam sesuatu bidang.

Monday, April 02, 2012

Alhamdulillah An Nuur Sudah Boleh Gerakkan Kaki

 Alhamdulillah An Nuur Sudah Boleh Gerakkan Kaki

 Hope 2 Walk (untuk ke blog sila ke http://hope2walk.blogspot.com/) dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak), Mitchondrial Disease dan Global Developmental Delay.

Dana ini bertujuan untuk membawa Annisa dan An-Nur ke Erkang Hospital Beijing, China bagi menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif. Untuk info lanjut sila layari http://www.hfind.net/

 Bank Islam
Cik Annisa binti Mohd Affandi
account number : 14 229 02 001975 2

Maybank
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (ibu)
Account number : 162021363678


Standard Chartered
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin
Account number : 39 919 49 92754
 
Untuk ke blog peribadi An Nuur dan ALlahyarhamah An Nisaa, http://akuoku.blogspot.com/


Saat manis lihat An-Nur gerak kaki

Petikan daripada Akhbar Harian Metro, Isnin, 2 April 2012



PUTRAJAYA: Melihat anak kesayangan, An-Nur Mohd Affandi, 9, yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease sejak lahir mampu mengangkat dan menggerakkan kaki sendiri saat paling menggembirakan pasangan Mohd Affandi Ramli dan isterinya, Raja Rohaisham Raja Muhaiddin.
Ia berlaku beberapa hari lalu, selepas lebih sebulan kanak-kanak itu mendapatkan rawatan latihan fisioterapi dan program pemulihan intensif di Hospital Erkang, Beijing, China.

Mohd Affandi berkata, mereka gembira dan bersyukur dengan perkembangan positif ditunjukkan anak bongsunya itu.
“Setiap hari An-Nur diberi rawatan akupuntur, urutan dan herba bagi memulihkan kesihatan dalamannya. Alhamdulillah selepas dua minggu, kaki An-Nur yang sebelum ini lurus menegang lembut dan boleh dibengkokkan perlahan-lahan tanpa dia merengek seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi menerusi SMS dari Beijing, China di sini, semalam.

“Kami bersyukur selepas melihat An-Nur menggerakkan kaki sendiri selepas sekian lama kakinya hanya lurus menegang.

“Alhamdulillah, perkembangan ditunjukkan An-Nur sangat positif,” Mohd Affandi, Raja Rohaisham dan An-Nur berlepas ke China pada 13 Februari lalu selepas badan bukan kerajaan (NGO) Hope2Walk melancarkan Tabung Harapan Annisa dan An-Nur tahun lalu, untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak itu.

Tabung itu pada mulanya dilancarkan untuk membantu dua anak pasangan berkenaan yang mengalami penyakit sama iaitu Annisa dan An-Nur, namun Annisa meninggal dunia hanya selepas sebulan tabung dilancarkan.

Katanya, tiga bulan pertama rawatan lebih kepada usaha merangsang luahan emosi dan kesihatan dalamannya.
Katanya, kini An-Nur lebih aktif dan anggota badannya semakin lembut, malah sistem perkumuhan bertambah baik dan mampu membuang air besar setiap hari berbanding seminggu sekali, sebelum ini.

“Lebih menggembirakan, berat badannya naik dua kilogram (kg) dalam sebulan. Ini memudahkan proses rawatan, sekali gus mengelakkan tulangnya patah.

“Emosinya juga semakin peka dan mampu menzahirkan emosi, apabila ketika menangis dia mengeluarkan air mata,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Hope2Walk, Nashita Md Noor berkata, melihat perkembangan positif ditunjukkan An-Nur memberi semangat kepada badan itu terus berusaha mendapatkan bantuan orang ramai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design