Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Showing posts with label ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwah. Show all posts

Monday, March 23, 2015

Salam ukhuwah buat followers blog yang sudah lama tak update

Salam ukhuwah buat followers blog yang sudah lama tak update




Ya Allah dah hampir 2 tahun saya tak update blog. Rakan-rakan blog ada yang dah tak aktif lagi dan ada yang maish aktif,Alhamdulillah..








Thursday, December 27, 2012

Doaku Untukmu Adikku Agar Allah Berikan Jodoh Terbaik

Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
 Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa



Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
 Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa



Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
 Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
 (Surah Al-furqan: 74)

Rasullullah diriwayatkan bersabda kepada kaum lelaki yang bermaksud, 

"Ingatlah, terimalah wasiatku, pergaulilah wanita (isteri) dengan baik kerana sesungguhnya mereka adalah tanggungjawab di tangan kamu. Kalian tidak mempunyai apa-apa hak daripada mereka kecuali perkara itu melainkan jika mereka melakukan perbuatan yang menyimpang dan keji. 

Apabila mereka melakukan perkara tersebut, maka janganlah tidur bersama mereka dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka patuh kepada kamu maka janganlah kalian mencari jalan menyakiti mereka. Ingatlah, sesungguhnya kamu mempunyai hak atas isteri-isteri kamu dan mereka mempunyai hak ke atas kamu. 

Adapun hak kalian ke atas isteri-isteri kalian adalah tidak mengajak orang yang kamu benci tidur di atas ranjang kalian dan tidak pula mengajak orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Dan hak isteri-isteri kamu ke atas kamu adalah memberikan pakaian dan makanan kepada mereka dengan baik."


Di saat sangat ramai gadis yang solehah berdoa memohon kepada Allah untuk diberikan seorang suami yang soleh dan boleh menjadi pembimbing kehidupan dunia dan akhirat untuknya, Allah dah berikan kepada saya seorang suami.Alhamdulillah...syukur kepada Allah.

Doaku  buatmu adik-adikku. Baik adik kandung, sepupu, saudara mara, sahabat handai yang masih bujang...

Walau di mana kalian berada. Walau kita kian dihambat masa yang sangat mencemburui kita. Walau jauh beratus batu dan jua beribu batu terpisah oleh gunung dan lautan.

Tiada  pernah kulupa wajah-wajahmu adik-adikku. Adik lelaki. Adik perempuan. Khususnya wajah adik perempuanku...samada adik kandung, adik sepupu, adak saudara jauh dan ....



Wednesday, August 29, 2012

Maaf Teman Lamaku Menyepi

Maaf Teman Lamaku Menyepi




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya, Ummu di  blog myukhuwwah.com, memohon maaf kerna lama menyepikan diri di blog myukhuwwah.com dan sebuah educational blog saya.

Sepanjang Ramadhan lalu, saya tidak berkesempatan membuka email peribadi apatah lagi membuka dan membaca blog peribadi saya. Selain faktor kesihatan yang tidak mengizinkan di saat saya cuba berpuasa juga, ada beberapa tanggungjawab lain yang perlu saya tuntasi. 

Oleh itu, terdapat banyak komen-komen rakan bloggers yang tidak dapat saya syiarkan sepanjang saya menyepikan diri.

Pada Ogos 2012 ini, sehingga entry ini ditaip, hanya ada baru 4 post dipublished di blog ini. Itu pun semuanya copy paste dari berita utama tanahair Malaysia, sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan.

Buat Saudari Nurul Husna, Kak Ummu mohon maaf kerana hanya pada petang ini kakak baru berkesempatan membaca komen adik. Terharu akak rupanya terpilih menerima kad raya Husna. Agaknya walaupun selepas raya, bolehkah lagi akak terima?

Terima kasih kepada rakan bloggers yang sudi menjadi followers blog myukhuwwah ini. Saya berasa gembira dengan kehadiran rakan followers ke blog biasa seorang ibu OKU ini. 

Rakan followers yang terdiri dari rakan bloggers, juga dari sahabat handai dan saudara mara yang dihormati sekalian.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan bloggers yang meninggalkan komen di blog ini walaupun blog ini begitu lama terbiar bersawang. 

Antara rakan bloggers yang meninggalkan komen di blog ini tetapi belum sempat saya balas komen mereka:


Terima kasih buat semua rakan blog. Blog ini sangat signifikan kepada saya, kerna sepanjang perjalanan hidup saya bermula 2008 banyak yang saya kongsikan suka duka di sini. 

Bermula dari saya bed ridden ke kerusi roda, dan ke walker frame. Dari saat proses menyusui dan membesarkan anak ketika saya bed ridden sehingga anak itu sudah tumbuh membesar dengan sihat..

Oh, saya ada perkara yang perlu diselasaikan. Banyak yang ingin asaya ceritakan sebenarnya. Saya undur diri dulu. Sekian, wassalam.

Sunday, June 10, 2012

Cinta Muallaf Safiya Kembali Kepada Islam

Cinta Muallaf Safiya Kembali Kepada  Islam



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Menarik tentang Kumpulan Safiya ini. Dianggotai oleh 3 wanita Muslimah yang kembali kepada Fitrah Insan apabila tiga wanita bertuah ini dianugerahkan oleh Allah taufik hidayah memilih Islam sebagai cara hidup mereka.

Ketiga-tiga wanita cekal ini tabah menghadapi dugaan dalam mengharungi kehidupan sebagai saudara kita. Ketika membaca Utusan Sabtu 9/6/2012, terdetak di hati, rasa kagum dengan kecekalan mereka tetap berada dalam Islam meski disingkirkan keluarga dan teman.

HIDAYAH Allah datang dalam pelbagai bentuk dan tanpa dijangka. Ia adalah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Apabila hidayah tiba, ia tidak mampu lagi dinafikan atau ditolak oleh seseorang individu.

Begitulah situasi dilalui tiga wanita iaitu Leia AzZahra, Nurain T. Abdullah dan Valerie Cassera yang bernaung di bawah kumpulan Safiya yang tampil dengan single berjudul Cinta Muallaf.

Dilahirkan dalam keluarga bukan Muslim, mereka terbuka hati memeluk Islam sebagai addin seterusnya memilih nyanyian sebagai medium dakwah bagi melahirkan kesyukuran serta memuji kebesaran Ilahi.


CINTA MUALLAF

Anggota Safiya: Leia AzZahra/Nurain T/Valerie 

Lirik Lagu Cinta Muallaf

Atas rasa kepercayaan hati 
Dengan keyakinan yg tertinggi
Ku tinggal semua yg ku sayangi
Demi menujuMu Ilahi

Ku pasti jalanku penuh berduri
Rintangan getir sedang menanti
akidah yang telah ku pilih ini
takkan ku rela beralih kembali

**
Ku bersyukur padaMu ya Allah
hidayah yg singgah bagai anugerah 
Indah dan bersejarah 
Kala ku hilang arah

Ku temui jawapan yg terang
Setelah ku kenal Iman dan Al Quran
Muhammad Rasulullah ku jadikan pedoman

Moga terang kembara jalanku
Disinari cahaya yang direstu
Ku satukan qolbu dan sukmaku
Mengingati mengEsa dan mengAgung
Allah Tuhanku
(Allah yang satu)….
(Ya Allah….)

Ohh…
Ku sembahkan seluruh cintaku
Ku sujud dalam ratib fitrah rindu
Terima kasih atas seruanMu
pimpinlah ku hingga ke sidrotul muntaha

(Ulang ** 2x)
Lagu/Lirik: hjrozman
Penerbit/Gubahan & semua muzik: Othman Masri@mansenoi
Label: Loonaq Records
Genres: Pop, Asian
Release Date: May 4, 2012

℗ & © 2012 Loonaq Records

Mari kita ikuti sebahagian Kisah Kumpulan Safiya dalam perjalanan memilih Islam sebagai satu cara hidup yang syumul. Saya nak taip kembali semua artikel yang tersiar di Utusan hari ni rasanya tak terbuat.

Jom baca...


Kumpulan Safiya DIANGGOTAI oleh Nurain T. Abdullah, 39; Leia AzZahra Justin Abdullah, 32; dan Valerie Cassera, 29, ketiga-tiganya mempunyai kisah tersendiri dalam menempuhi cabaran sebagai seorang mualaf.

Tidak lokek untuk bercerita, masing-masing membuka bicara tentang perjuangan mereka hendak memeluk agama Islam.

Selaku anggota paling senior, Nurain yang berasal dari Keningau, Sabah ini masih lagi ingat bagaimana detik permulaan untuknya melangkah sebagai seorang saudara baru.

Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang begitu patuh kepada agama Katolik, ketika itu Nurain memberitahu dia masih terus mencari haluan dalam kehidupannya.

Pernah juga dia menganut agama Buddha semata-mata mahu mencari pegangan yang kukuh sebagai seorang manusia.

"Ternyata semuanya itu tidak memberikan ketenangan buat saya sehinggalah pada satu hari, saya membaca tafsiran al-Quran. Helaian demi helaian sehingga habis, barulah saya menemui apa yang dicari selama ini.

"Segala persoalan yang selama ini saya cari semuanya ada di dalam kitab suci tersebut lalu memberi keyakinan untuk saya menjadi seorang Muslim," kata wanita yang memiliki kelulusan dalam bidang kecantikan dan dandanan rambut ini penuh terbuka.

Sudah pasti katanya, dugaan dan cabaran mulai timbul sebaik sahaja dia menyuarakan hasrat kepada keluarga yang mendapat tentangan cukup hebat.

Apatah lagi, selepas dibuang keluarga Nurain hilang segala-galanya sehinggalah dia dipertemukan dengan seorang teman yang membantu membawanya mendalami Islam.

Sempat juga dia belajar di sekolah pondok di Kedah dan sepanjang di sana, Nuraian begitu gembira kerana mendapat ilmu yang dicari selama ini.

Sangkanya, selepas menamatkan pengajian, dia akan mendapat bantuan daripada masyarakat Islam sendiri.
Tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Sama sekali dia tidak menyangka ada segelintir yang seolah-olah menjadikan Islam ini sebagai sebuah agama yang sukar.

"Sebagai seorang saudara baru, sudah pasti saya memerlukan masa untuk membentuk diri menjadi seorang Muslim. Tetapi saya pula ditekan dan dipaksa untuk melakukan semua perkara dalam satu masa.

"Bagi saya, sebelum melakukan perkara praktikal, apa yang harus diutamakan adalah pembentukan akidah dan ketetapan iman dalam diri. Seiring itu, barulah disekalikan dengan apa yang harus dilakukan.

Saturday, August 22, 2009

Mengetuk Pintu Ar Rayyan

Mengetuk Pintu Ar Rayyan

Daripada Sahl Ibn Sa'ad r.a, daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Pada hari kiamat nanti, yang akan masuk melaluinya ialah orang-orang yang benar-benar berpuasa. Tidak ada golongan lain yang akan masuk melaluinya (pintu tersebut) melainkan mereka. (Nanti) Akan dikatakan," Di manakah mereka benar-benar berpuasa (di dunia dahulu)?" Maka mereka pun bangun. (Sekali lagi) Tidak ada golongan lain yang akan masuk melaluinya (pintu tersebut) melainkan mereka. Maka , apabila mereka telah memasukinya (pintu Ar-Rayyan tersebut), ia kan ditutup. Maka seorang pun tidak akan memasukinya (selepas itu)". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).


Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar keadaan sahabat-sahabat saya yang melayari teratak ini dan teman-teman bloggers di luar sana? semoga sihat sejahtera dan ceria selalu.

Salam ramadhan diucapkan kepada teman-teman sekalian. Mohon maaf di atas segala keterlanjuran kata yang mengguris hati. Semoga Ramadhan ini kita bisa memperoleh berkat dan rahmat daripadaNya.

Panjang umur,kita berjumpa lagi.

Sekian, wassalam.

Monday, June 08, 2009

Sahabat: Apakah ada Perbezaan




Sahabat: Apakah Ada Perbezaan
Semasa Belajar dan selapas alam belajar?



Persahabatan adalah fitrah semulajadi setiap bernama insan. Mereka yang berhati nurani pasti mempunyai rasa ingin berkawan dan bersahabat.

Setiap individu dijadikan Allah mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Individu juga adalah berbeza antara satu sama lain. Ia terbentuk dari persekitaran yang dilalui oleh individu. Bermula dari gelanggang yang kecil, dunia kecil di rumah hinggalah ke tengah komuniti masyarakat. Individu-individu ini bertemu dan kemudian merasakan keserasian terjalin antara mereka.

Meskipun berbeza latar belakang, berbeza sosio budaya dan segalanya berbeza tetapi ada tarikan tertentu yang membolehkan individu yang datang dari pelbagai latar ini menjadi kawan seterusnya sahabat.
Yang pastinya, menghormati perbezaan individu lain dan ada ciri2 kesamaan yang ada membuatkan individu-individu boleh serasi bersahabat.

Alam menuntut ilmu, sentiasa sahaja tidak sunyi dari teman dan rakan. Dan sudah tentulah banyak susah senang dan segala rahsia dikongsi bersama. Kalau ada sepotong kuih,sanggup berkongsi ramai2. Air segelas dikongsi juga. Alam belajar sebenarnya indah dan mewah dengan erti persahabtan. Meskipun pelbagai halangan menghadang perjalanan, itu semua adalah cabaran.

Setelah bertahun berpisah dan kemudian bertemu kembali. Samada di alam maya atau di alam nyata. Entah mengapa terasa seperti momen indah itu bagaikan angin lalu yang tiada maknanya. Benarkah ada perbezaan persahabtan semasa di alam belajar dan selepas perpisahan itu?

Mungkin sahaja iya. Mungkin sahaja tidak. Semalam kumenerima 2 situasi. situasi dari 2 sahabat ketika belajar dahulu. 2 individu, 1 momen indah: sahabat rapat;sahabat ketawa,sahabat menangis semasa di kampus Ibu Kandung Suluh Budiman. Namun dua interpretasi pertemuan semula yang berbeza.

Nanti kusambung bila berkesempatan. Anak-anakku demam panas. Agaknya nak tumbuh gigi kot. Ditambah mungkin "kangen" dengan "ngempeng". "Amboi, Merab nih. Nak kena tibai ni," ujar suamiku secara berjenaka.

Wednesday, March 25, 2009

Thanks for the add


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Terima Kasih diucapkan
kepada rakan-rakan

yang sudi menjenguk dan add teratak
saya yang tak seberapa ni.

Salam Ukhuwwah.

Wednesday, January 28, 2009

akhirnya...alhamdulillah.



Assalamualaikum dan salam ukhuwwah salam persaudaraan.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya ber blog. Ia Bagi memenuhi minat menulis untuk suka-suka, buat kenangan anak-anak saya kelak tentang perjalanan hidup kami . Juga mencoretkan sedikit pengalaman semasa masih bekerja di luar rumah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design