Followers
Showing posts with label Johor. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012
Tak perlu ponteng lagi
Tak perlu ponteng lagi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih wartawan Harian Metro yang menyiarkan berita tentang keluarga ini. Terima kasih kepada JKM dan MAIJ yang mengambil tindakan segera. Pasti guru besar dan guru-guru anak-anak ini gembira dengan kehadiran kembali pelajar ini ke sekolah.
JOHOR BAHRU: “Selepas ini, anak saya tidak perlu lagi ponteng sekolah
untuk membantu saya menjual nasi lemak bagi menampung kehidupan kami
sekeluarga,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai
Noraini, 35, yang juga ibu kepada tiga kanak-kanak yang terpaksa ponteng
sekolah hampir 100 hari akibat keletihan berjalan kaki untuk menjual
nasi lemak.
Noraini berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kempas,
di sini, semalam, selepas keluarganya menerima kunjungan kakitangan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru serta Majlis Agama Islam
Johor (Maij), untuk memberikan bantuan, semalam.
Labels:
Johor,
Kisah Masyarakat,
prihatin
Monday, July 23, 2012
Si Cilik Sara Keluarga Terpaksa Ponteng Sekolah

JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.
Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.

Saturday, July 14, 2012
Abdul Khafiz Pelajar Tahfiz Malaysia Meninggal di Mesir
Pelajar Tahfiz Malaysia Meninggal di Mesir
Pelajar Malaysia maut jatuh van selepas bergelut dengan perompak
Al Fatihah Untuk Allahyarham Abdul Khafiz Mohamed Norok
Abdul Khafiz ketika koma di Hospital Amal, Ain Shams.
Kuala Lumpur: Abdul Khafiz Mohamed Norok yang menuntut di Universiti
Al-Azhar, Mesir selalu menyuarakan hasrat untuk menetap di Kaherah dan
permintaannya menjadi kenyataan kelmarin apabila jenazahnya dikebumikan
di situ.
Pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, itu maut selepas terjatuh
dari sebuah van pengangkutan awam ketika cuba menyelamatkan diri
daripada dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu.
Pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, itu maut selepas terjatuh dari sebuah van pengangkutan awam ketika cuba menyelamatkan diri daripada dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu.
Sebelum itu, Abdul Khafiz 25, bersama seorang rakannya, Muhaimin Yahya bergelut dengan perompak berkenaan.
Labels:
Alam Dan Manusia,
Berita Semasa,
Johor,
Pelajar di Oversea,
semasa
Friday, July 13, 2012
Sejarah Kejayaan Faiza Bawumi Sayed Ahmad

Saya ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini.”
Itulah azam,
pemilik syarikat pemborong beras
Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi
Sayed Ahmad.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada penduduk yang tinggal di Kawasan Peserai, @ Jalan Penambang Lama di Batu Pahat, mungkin biasa melihat Kilang Faiza di pinggir Sungai Batu Pahat. Begitu juga kepada peminat setia Bersamamu di TV3. Pasti nama Beras Faiza sentiasa bermain di minda.
Kisah kejayaan usahawan kerap menarik untuk dibaca dan menjadi sumber
inspirasi untuk kita semua . Kisah yang ingin dipaparkan di sini bukan
sesuatu yang baru kerana pernah disiarkan dalam beberapa akhbar dan
media tempatan.
Malah ramai yang telah menulis tentang kisah kejayaan
usahawan wanita ini yang juga adalah salah seorang tokoh Maulidurasul
Peringkat Kebangsaan 2010/1431H. Mari kita hayati sejenak info ringkas
kisah usahawan beras Faiza Bawumi untuk dijadikan motivasi kali ini.
Faiza adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. Beliau
adalah wanita kelahiran Mesir yang berhijrah ke Malaysia pada tahun
1964 kerana mengikut suaminya. Beliau fasih berbahasa Melayu dan mampu
menguasai bahasa Melayu setelah hanya tiga bulan berada di Malaysia.
Meskipun sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang juga seorang nenek
kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan
kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini.
Kisah bagaimana beliau dijodohkan dengan suaminya seorang lelaki
asing yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar ketika
itu tidak pernah dikenalinya, amat menarik dibaca.
Ketika bapanya
menyuruh beliau berkahwin dengan jejaka itu Faiza Bawumi baru sahaja
berusia 16 tahun manakala suami beliau Abu Bakar Ahmad, 34. Namun kerana
taat akan suruhan bapanya yang menyuruh beliau mengahwini Abu Bakar
selepas bapanya yang beristikharah beberapa kali, Faiza akur.
Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau di
bawa oleh suaminya untuk berhijrah ke Malaysia. Untuk menghabiskan masa
seharian, Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukan bagi
mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Faiza yang memangnya
dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan sememangnya
cenderung melakukan aktivit-aktivit perniagaan kecil untuk memenuhi
masa lapangnya.
KEJAYAAN TIDAK DATANG BERGOLEK
Labels:
Johor,
Kisah Masyarakat,
Personaliti
Tuesday, June 26, 2012
Cinta Palsu Lari kebas wang KWSP suami
Cinta palsu Lari kebas wang KWSP suami
Modus operandi wanita asing kahwin lelaki tempatan berumur 50 tahun
MOHD. KHAIRUN ( kanan ) dan Nordi menunjukkan surat lahir anak-anak Nordi di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Berkahwin dengan lelaki tempatan berumur 50 tahun ke atas dan kemudian memujuk suami mereka mengeluarkan wang yang terkumpul dalam caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum lari menghilangkan diri.
Itu merupakan antara modus operandi terbaharu yang dikesan dan dipelopori oleh wanita asing terutamanya dari Indonesia dalam usaha memerangkap lelaki warga emas negara ini untuk hidup senang dengan jalan yang mudah.
Dalam tahun ini sahaja, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO menerima tiga aduan berhubung kes tersebut yang menggunakan taktik yang sama termasuk kes terbaharu membabitkan seorang pengawal keselamatan, Nordi Adi, 57, yang menetap di Pontian, Johor.
Labels:
cinta,
Johor,
Kisah Masyarakat,
KWSP,
suami isteri
Saturday, April 14, 2012
Ribut di Skudai Johor petang tadi
Ribut di Skudai Johor petang tadi
Petang tadi berlaku Ribut di Skudai Johor.Waktu kejadian lebih kurang selepas Zuhur. Pukulo 2pm lebih kurang.
Terdapat pokok-pokok yang tumbang dan patah. Ada pokok kena patah petir. Bumbung kediaman juga ada yang tercabut di beberapa kawasan perumahan.
Alhamdulillah keadaan beransur tenang. Lebih kurang pukul 4pm hujan masih turun. Namun ribut sudah reda.
Situasi ini menyebabkan beberapa batang jalan di Skudai jammed.
Pukul 5.55 pm, di kawasan yang terjejas seperti di Mutiara Rini, Penduduk ada yang berdiri dan duduk di luar rumah sebentar tadi sementara tukang rumah/pekerja construction berhampiran membaiki bumbung yang rosak. Di Taman Ungku Tun Aminah juga terdapat beberapa buah pokok tumbang disambar petir.
Maha Suci Mu Ya Allah. La haula wala quwwata illa billahil aliyyil a'zim.
Pasti ada hikmah atas kejadian ini.InshaAllah.
p/s:Gambar kawasan kejadian tak dapat nak upload ke sini.
Update:
Difahamkan, ribut kencang yang berlaku di situ dikenali sebagai angin ‘langkisau’ dengan kelajuan luar biasa sekali gus mampu untuk menerbangkan bumbung-bumbung rumah dan sekolah di kawasan terlibat.
Berdasarkan laporan portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir akan melanda beberapa tempat di negeri ini pada sebelah petang, namun tiada hujan dilaporkan pada sebelah pagi dan malam.
Malah, mengikut portal rasmi jabatan itu di www.met.gov.my ribut petir akan terus berlaku di beberapa tempat di negeri ini hingga 20 April ini. (Petikan daripada Sinar harian)

Tuesday, April 10, 2012
Kenangan Karnival Mahabbah IKIMfm Yang Best
Karnival Mahabbah IKIMfm Yang Best
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ketika ini, saya sedang melalui satu fasa dalam kehidupan saya. Saya berehat buat seketika dari tugas hakiki saya, memandangkan tahap kesihatan berstatus OKU Fizikal, memerlukan tempat kerja yang kondusif untuk orang berkerusi roda seperti saya.
Walaupun kini saya telah melepasi fasa Bed Ridden- Kerusi Roda, DAN Alhamdulillah sedang melalui fasa positif setererusnya, namun jika situasi tempat kerja berbukit dan curam, saya rasa ia tidak kondusif untuk fizikal saya.
Ini bukanlah maknanya saya hendak meninggalkan terus tugas hakiki saya. Tetapi ingin beri peluang buat diri sendiri...Susahnya saya nak tulis di sini.
Dalam pada tempoh berehat ini, sempatlah saya menjenguk Karnival Mahabbah IKIMfm di Bandar Dato' Onn Johor Bharu Johor pada 30 Mac 2012 hingga 1 April 2012 lalu. Ternyata ia memang best.
Banyak pengetahuan baru dan pengalaman menarik yang saya timba sepanjang karnival berkenaan. Bergaul dengan lebih ramai orang membuatkan saya menjadi insaf.
Ada pengunjung karnival berkenaan yang OKU Penglihatan dan OKU Fizikal, tetap datang memberi sokongan.
Macam-macam aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ni. Cuma saya rasa, macam kurang promosi banner atau bunting tentang karnival ini di sekitar bandaraya selatan tanahair itu.
Di Bandar Baru Uda misalnya, bunting cuma boleh dibilang dengan jari.
Kumpulan Rabbani dan Ustaz Syed Noorhishan Syed Tuan Padang semasa Mawlid @ JB Karnival Mahabbah IKIKMfm malam 31 Mac 2012.
Terus terang, saya rasa sungguh tersentuh dengan dendangan mawlid dan penceritaan yang santai pada malam tu. Walaupun dari jauh sahaja saya mendengar dan menonton mereka, tetapi terasa sentuhan nurani malam tu. Rasa rindu pada Rasululluah SAW terasa sangat...
Kumpulan Akhdan semasa Konsert Mahabbah IKIKMfm 1 April 2012.
Kumpulan Saujana
Lagu Penerang Hati dan Patah Hati
Boboi pun ada
DJ fAIZ YANG PERAMAH

Batu nisan 600 tahun ditemui di Johor
Batu nisan 600 tahun ditemui di Johor
Batu nisan 600 tahun
BENUT – Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kubur lama oleh penduduk Kampung Parit Hassan Benut di sini berjaya membawa kepada penemuan mengejutkan apabila mereka menjumpai sebuah kubur lama dengan batu nisan dipercayai berusia lebih 600 tahun.
Batu nisan yang terukir dalam tulisan Bugis lama ini turut mencatatkan tahun 1350 pada batu berkenaan dan sekiranya ia benar, penemuan itu perlu diangkat sebagai bahan sejarah seperti penemuan Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan berusia 700 tahun.
Imam Surau Parit Hassan, Milok Woddi, 63, berkata, dia tidak menyangka menemui batu nisan tersebut memandangkan tanah perkuburan lama itu sebelum ini dipenuhi semak dan terbiar sehingga ramai penduduk tidak mengetahui kewujudan kawasan kubur terbabit.
“Saya sendiri yang berketurunan dan fasih berbahasa Bugis, turut tidak dapat memahami tulisan pada batu nisan ini berikutan tulisan yang digunakan adalah tulisan lama,” katanya.
Katanya, tanah perkuburan lama seluas dua hektar itu mempunyai kira-kira 200 kubur berdasarkan kepada cerita orang-orang lama di kawasan itu dan ia terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit, agak jauh dari rumah penduduk serta kerap dinaiki air sekiranya hujan lebat.
“Batu nisan yang digunakan bukan dari sembarangan batu dan berdasarkan kepada bentuk dan warna, ia betul-betul batu asli yang tidak akan rosak walau sudah terendam dengan air banjir berulang kali,” katanya.

Malaysia
Seperti dunia hendak kiamat
Seperti dunia hendak kiamat
PONTIAN - “Bunyinya cukup menakutkan dan pak cik rasa seperti dunia hendak kiamat,” kata Zainal Abdullah, 67 ketika menceritakan detik-detik cemas apabila rumahnya di Pekan Sanglang dihujani dengan hujan air batu sebesar ibu jari kaki, di sini, petang kelmarin.
Berikutan kejadian kira-kira jam 5 petang itu, keadaan bumbung zink rumahnya berlubang-lubang dan kelihatan seperti dibaling batu.

Subscribe to:
Posts (Atom)