Followers
Showing posts with label KWSP. Show all posts
Showing posts with label KWSP. Show all posts
Thursday, December 27, 2012
Alhamdulillah KWSP benar keluar Wang Kos Haji
Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan 'Pengeluaran Haji' yang membolehkan ahli mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji, berkuat kuasa 1 Januari ini.
Labels:
Berita Semasa,
Islam,
KWSP,
Malaysia,
Pengguna,
Umrah dan Haji
Tuesday, June 26, 2012
Cinta Palsu Lari kebas wang KWSP suami
Cinta palsu Lari kebas wang KWSP suami
Modus operandi wanita asing kahwin lelaki tempatan berumur 50 tahun
MOHD. KHAIRUN ( kanan ) dan Nordi menunjukkan surat lahir anak-anak Nordi di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Berkahwin dengan lelaki tempatan berumur 50 tahun ke atas dan kemudian memujuk suami mereka mengeluarkan wang yang terkumpul dalam caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum lari menghilangkan diri.
Itu merupakan antara modus operandi terbaharu yang dikesan dan dipelopori oleh wanita asing terutamanya dari Indonesia dalam usaha memerangkap lelaki warga emas negara ini untuk hidup senang dengan jalan yang mudah.
Dalam tahun ini sahaja, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO menerima tiga aduan berhubung kes tersebut yang menggunakan taktik yang sama termasuk kes terbaharu membabitkan seorang pengawal keselamatan, Nordi Adi, 57, yang menetap di Pontian, Johor.
Labels:
cinta,
Johor,
Kisah Masyarakat,
KWSP,
suami isteri
Friday, May 18, 2012
CUEPACS dan MTUC kemuka 4 tuntutan kepada PM
CUEPACS, MTUC kemuka 4 tuntutan kepada PM
CUEPACS, MTUC
kemuka 4 tuntutan kepada PM
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan
mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas
mereka tamat perkhidmatan kelak. Empat tuntutan itu - mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran saguhati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi berkenaan - akan dikemukakan kepada Najib dalam tempoh terdekat.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata agensi terbabit ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).
"Tujuh agensi ini, dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak.
Labels:
Civil Servant,
KWSP,
Malaysia,
Pengguna
Tuesday, February 14, 2012
Jenis Penyakit, yang Dibenar keluar caruman KWSP
36 penyakit dibenar keluar caruman KWSP
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita ini telah lama disiarkan pada tahun 2010 lagi. Tetapi, disebabkan wordpress saya ada masalah, saya published di sini pula sebagai kemudahan buat rujukan.
Pengeluaran Kesihatan KWSP - Senarai 55 Penyakit Kritikal dan turut membenarkan ahli membeli peralatan bantuan kesihatan untuk penyakit tersebut berkuatkuasa 15 Julai 2011.
Kali terakhir KWSP memperluaskan senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 13 ke 39 pada 15 Jun 2010.
Pada 2011
PENGELUARAN KESIHATAN KWSP / EPF HEALTH WITHDRAWAL:
SENARAI 55 PENYAKIT KRITIKAL / LIST OF 55 CRITICAL ILLNESSES
1. Anemia Aplastik / Aplastic Anaemia
2. Sindrom Apalik / Appalic Syndrome
3. Penyakit Alzheimer / Alzheimer’s Disease
4. Tumor Otak Benigna / Benign Tumour of the Brain
5. Buta / Blindness
6. Kanser / Cancer
7. Kardiomiopati / Cardiomyopathy
8. Penyakit Hati Kronik / Chronic Liver Disease
9. Penyakit Paru-Paru Kronik / Chronic Lung Disease
10. Koma / Coma
11. Penyakit Arteri Koronari / Coronary Artery Disease
12. Pekak / Deafness
13. Ensefalitis / Encephalitis
14. Hepatitis Virus Fulminan / Fulminant Viral Hepatitis
15. Serangan Penyakit Jantung / Heart Attack
16. Penggantian Injap Jantung / Heart Valve Replacement
17. Kegagalan Buah Pinggang / Kidney Failure
18. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri / Loss of Independent Existence
19. Hilang Kebolehan Bertutur / Loss of Speech
20. Kelecuran Parah / Major Burns
21. Trauma Utama Di Kepala / Major Head Trauma
22. Pemindahan Organ Utama / Major Organ Transplant
23. Penyakit Medulari Sistik / Medullary Cystic Disease
24. Meningitis / Meningitis
25. Penyakit Neuron Motor / Motor Neurone Disease
26. Sklerosis Berganda / Multiple Sclerosis
27. Distrofi Otot / Muscular Dystrophy
28. Kelumpuhan / Paralysis
29. Penyakit Parkinson / Parkinson’s Disease
30. Poliomielitis / Poliomyelitis
31. Pulmonari Primer / Primary Pulmonary
32. Strok/Angin Ahmar / Stroke
33. Pembedahan Aorta / Surgery to Aorta
34. Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Nephritis / Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis
35. Penyakit Membawa Maut / Terminal Illness
36. Hilang Upaya Kekal / Total Permanent Disability
37. Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik Teruk (COPD) / Emfisema / Severe Chronic Obstructive Pulmonary Disease(COPD) / Emphysema
38. Hipertensi Pulmonari Sekunder / Secondary Pulmonary Hypertension
39. Bronkiektasis / Bronchiectasis
40. Fibrosis Paru-paru / Lung fibrosis
41. Apnoea Tidur Obstruktif / Obstructive Sleep Apnoea
42. Penyakit Radang Usus Kronik / Chronic Inflammatory Bowel Disease
43. Kalkuli Ginjal Memerlukan Intervensi Pembedahan / Bilateral Renal Calculi Requiring Surgical Intervention
44. Abnormaliti Urinari Kongenital Memerlukan Intervensi Pembedahan Segera dan Major / Congenital Urinary Abnormalities Requiring Urgent and Major Surgical Intervention
45. Sklerosis Sistemik Dengan Hipertensi Pulmonari / Systemic Sclerosis with Pulmonary Hypertension
46. Limfoma / Lymphoma
47. Talesemia Major Memerlukan Agen Pengkelat / Thalassaemia Major Requiring Chelating Agent
48. Pemindahan Sel Stem Hematopoetik / Hematopoetic Stem Cell Transplantation
49. Sindrom Imuno-defisiensi Perolehan (AIDS) / Acquired Immuno-deficiency Syndrome (AIDS)
Senarai 3 Jenis Penyakit Mental / List of 3 Mental Illnesses:
50. Skizofrenia / Schizophrenia
51. Mood Bipolar / Bipolar mood
52. Kemurungan Major / Major depression
Tambahan 3 penyakit kritikal bagi ahli/keluarga ahli berumur di bawah 16 tahun / Additional 3 critical illnesses for members and family members below the age of 16:
untuk merawat anggota keluarga di bawah usia 16 tahun, pengeluaran bersama boleh dilakukan dengan anggota keluarga lain bagi menampung perbelanjaan rawatan perubatan bergantung kepada jumlah bakid alam Akaun 2 dan jumlah keseluruhan rawatan.
Inii termasuk anggota keluarga termasuk suami atau isteri, anak-anak, anak tiri atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang, ibu bapa, mentua, ibu bapa tiri atau ibu bapa atau adik-beradik angkat yang sah di sisi undang-undang.
Pada 2010
Berikut adalah senarai 36 penyakit kritikal iaitu Anemia Aplastik,Sindrom Appalik, Alzheimer, Tumor Otak Benigna, Buta, Kanser, Kardiomiopati, Penyakit Hati Kronik, Penyakit Paru-Paru Kronik, Koma, Penyakit Arteri Koronari, Pekak, Ensefalitis, Hepatitis Virus Fulminan, Serangan Penyakit Jantung, Penggantian Injap Jantung, Kegagalan Buah Pinggang dan Kehilangan Upaya Hidup Sendiri.
Penyakit lain ialah:
Kebakaran Parah, Trauma Kepala Utama,
Pemindahan Organ Utama,Penyakit Medullary Cystic, Meningitis, Penyakit Neuron Motor, Sklerosis Berbilang, Distrofi Otot, Kelumpuhan, Penyakit Parkinson, Poliomielitis, Pulmonari Utama, Strok atau Angin Ahmar, Pembedahan Aorta, Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Mephritis, Penyakit Membawa Maut dan Hilang Upaya Kekal.
Labels:
Kesihatan,
Kisah Masyarakat,
KWSP,
Malaysia,
Pengalaman Pesakit Barah,
prihatin
Subscribe to:
Posts (Atom)



