Umpama bait lirik lagunya, Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, begitulah
realiti kehidupannya yang tidak seindah kanak-kanak seusia.
Ketika kanak-kanak lain riang menjalani kehidupan bersekolah dan
bermain sesama rakan, segala-galanya berbeza bagi si cilik berusia 12
tahun ini. Sisa hidupnya selama sembilan tahun diabdikan dengan mencari
rezeki demi menyara keluarga.
Gelaran pengamen atau penyanyi jalanan sudah digalas Tegar Septian
sejak berusia tujuh tahun lagi. Berbekalkan Ukulele yang dibeli hasil
kerja kerasnya sebagai pengamen, alat muzik itu menjadi teman mencari
rezeki di jalanan.
KAIN KAFAN UTUH Bukti Gus Dur Memiliki Karomah? Tidak rusaknya kain kafan Mantan Presiden keempat KH Abdurrahman Wahid
atau Gus Dur meski sudah dimakamkan selama satu tahun masih menimbulkan
tanda tanya. Banyak pihak yang tidak percaya, namun tidak sedikit pula
yang yakin bila kejadian tersebut nyata adanya karena karomah yang
dimiliki mendiang mantan Ketua Pengurus Pusat Nahdatul Ulama (PBNU) itu. Lalu apa yang dimaksud karomah?
JAKARTA 6 Sept. - Penyatuan konsep nusantara akan terus dipupuk oleh
kerajaan Malaysia dalam usaha mengekalkan jalinan persahabatan yang
akrab dengan Indonesia.
Konsep berkenaan jelas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,
Datuk Seri Dr. Rais Yatim selama ini telah memberi banyak manfaat
kepada kedua-dua negara jiran itu.
Lebih 7,000 Penduduk Riau Dapatkan Rawatan Di Malaysia Setiap Bulan
JAKARTA, 1 Sept (Bernama) -- Lebih 7,000 penduduk dari pelbagai daerah
dan kawasan perbandaran di Riau ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan
perubatan pada setiap bulan, kata Konsul Malaysia di Riau, Azizan
Ismail.
"Walaupun bilangan pelancong Indonesia cenderung menurun setiap tahun,
jumlah penduduk Riau yang pergi ke Malaysia untuk mendapat rawatan
perubatan terus sahaja meningkat," katanya di Pekanbaru semalam.
Warga berhamburan ke luar rumah saat terjadi Gempa berkekutan 6,4 Skala
Richter (SR) menggetarkan Pulau Simeulue, Rabu (25/7) pukul 07.25 WIB.
SINABANG, Indonesia - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala
Richter menggegarkan pantai barat Pulau Sumatera semalam dengan
menyebabkan penduduk bertempiaran keluar dari kediaman dan bangunan.
Pihak berkuasa berkata, seorang lelaki rebah dan mati akibat terkejut
semasa dia keluar dari rumahnya. Kajian Geologi Amerika Syarikat
melaporkan, gempa yang berpusat pada kedalaman 22 kilometer itu berlaku
pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan kira-kira 34 kilometer ke barat laut
Sinabang.
JAKARTA - Tenaga Kerja
Indonesia dari beberapa negara asing di seluruh dunia mengirim pulang
wang berjumlah AS$4 bilion sehingga Mei tahun ini.
Dalam tempoh itu, kiriman wang oleh pekerja Indonesia dari
negara-negara di Asia ialah AS$1.2 bilion manakala kiriman wang dari
negara-negara Amerika, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Australia pula
berjumlah AS$2.8 bilion.
Butir-butir ini diberikan Timbalan Ketua Bidang Perlindungan, Badan
Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI)
Lisna Yoeliani Poeloengan dalam siaran berita di laman web BNP2TKI.
Uniknya Katak spesis Lesser Rock Frog Berkomunikasi
KALIMANTAN - Pernahkah anda terfikir dan melihat seekor katak menunjukkan aksi seperti melambai-lambai.
Perkara itu dapat dilihat ketika saintis menemui sejenis katak
dikenali sebagai Lesser Rock Frog atau Katak Batu Lesser di Hutan
Kalimantan di sini.
Para saintis mendapati aksi katak itu seperti melambai-lambai
menggunakan kakinya itu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Katak yang merupakan spesies terancam berkenaan dapat dilihat
mengangkat kaki dan merenggangkan kakinya, tindakan kelihatan seperti
ingin mengucapkan minum selamat.
BEBERAPA petugas kecemasan memerhatikan timbunan runtuhan selepas sebuah pesawat tentera terhempas di Jakarta semalam.
JAKARTA - Sebuah pesawat milik tentera udara Indonesia semalam
terhempas di atas lapan buah rumah di sebuah pangkalan tentera di sini,
membunuh sepuluh anak kapal dan menyebabkan sekurang-kurangnya lima yang
lain cedera parah.
"Seorang lagi berada dalam keadaan kritikal," kata jurucakap tentera udara Indonesia, Asman Yunus.
Pesawat Fokker-27 itu terhempas di kawasan perumahan di lapangan
terbang tentera Halim Perdanakusuma pada pukul 2.45 petang (waktu
tempatan) setelah berlepas dari lapangan terbang sama pada pukul 1.10
petang.
Pesawat malang itu dikatakan sedang menjalani latihan penerbangan dan tidak mempunyai penumpang.
Pasukan bomba dilihat bertungkus-lumus memadamkan api yang
memusnahkan beberapa buah rumah. Sayap pesawat itu juga dapat dilihat
berada di atas sebuah rumah terbabit.
Pihak tentera akan menyiasat punca nahas pesawat yang sudah berusia
lebih 20 tahun itu. Indonesia kini sedang dalam proses memodenkan
pesawat dan peralatan ketenteraannya. Ia melibatkan pembelian pesawat
dan bot dari Rusia serta Amerika Syarikat. - AFP
Subhanallah. Lelaki ini tetap ingat 25 Rasul yang wajib Umat Islam ketahui walaupun dirinya sedang dalam rawatan psikiatri di sebuah hospital berkemungkinan besar di Acheh.
Saya cuma mendengar dari jauh ketika pertama kali lagu ini singgah ke gegendang telinga syaa. saya fikir ia dialunkan oleh penyanyi nasyid di Indonesia barangakali.
Ketika diberitahu seseorang akan youtube qasedah syair indah ini,
liriknya walau tak faham bisa menyentuh hati ini.
Namun apabila menerjah youtube, yang bertajuk Orang Gila suara sedap,
Terasa diri ini kerdil dibandingkan diri lelaki ini yang
walaupun sedang sakit ketika video ini dirakam
tetapi gembira bila berqasidah tentang 25 Rasul .
Lalu saya ubah kepada Lelaki istimewa dan bukan orang gila...
Qasidah 25 Rasul Dalam Bahasa Aceh
Mandum Nabi beutaturi wahe taulan
25 yang tersebut dalam al-Qur’an Pertama phon ulon susun nabi Adam Nyan keuh intu wahe teungku mandum insan
Yang kedua hai saudara nabi idris Lam syurga dalam mata neu top iblis Lhe nabi Nuh mata seupot geupeugot kapai Geupeudieng keunan bala tentara jienet bekai, Allah
Peut, nabi Hud limeung saleh nam Ibrahim Nyang that murah, ngen sejahtra perangui halim Tujuh nabi Lut lapan Ishak ngen Ismail Yoh di Mina suroh Rabbi korban Neusie,,,,, Allah
Siploh Harun siblah Musa aneuk Imran Buket tursina reh mariet dengan Tuhan Dua blah Daut leumah lembut mangat that sue Ie nyang ilee han jadeh le teudong laju,,,,, Allah
Tema keu lheh blah ulon peugah Zulkifli Nabi Sulaiman karunia Tuhan pangkat tinggi Nabi Ilyas karunia Allah hudep jinoe Namblah Yusuf beuleuen peungeh tansam lakoe,,, Allah
That jroeh rupa nabi Yusuf hai boh hate’ Puasa di Kha peureumoh raja nanggroe Meuse Tujuh blah Syu’ib umue katreb supoet mata Nyang jroh tunggkat keumukjizat nabi Musa,,,,, Allah
Keu lapanblah ulon peugah Zakaria Nabi Aiyub nabi Ilyasa’ nabi Yahya Duablah dua hai saudara nabi Yakop Duablah lheh nabi Yunus nyang poe engkeut
Dua ploh peut ulon seubut nabi Isa Hana ayah karunia Allah Tuhan Esa Duaploh limong ban meukeuneung wahe rakan Nabi Muhammad pang ule rasul kesudahan
Mandum rasul 25 hai boh hate,,, Jak meureunoe beudoh jonoe bek laloe le Jak meureunoe bak ulama bek le laloe Gadeuh boh bang uroe malam teulah dudoe,,,2x
Terjemahan nya lebih kurang begini dalam Bahasa Malaysia:
Nama
nama nabi yang harus diketahui oleh insan,
dua puluh lima yang tersebut
dalam Al Quran,
yang pertama saya susun Nabi Adam dialah indatu (
nenek moyang ) semua insan,
yang kedua hai saudara Nabi Idris dalam surga
di mata menusuk iblis,
tiga Nabi Nuh yang pertama membuat kapal
yang
memuat bala tentara dan berbagai jenis bekal... Allah
yang
ke empat Nabi Hud
5 Salleh Enam Ibrahim yang begitu pemurah ( baik
hati ) dan sejahtera bersifat halim (lemah lembut),
7 Nabi Lut
delapan Ishak
dan Ismail yang di Mina diperintahkan Rabbi untuk
berkurban... Allah
10 Harun
11 Musa Anak Imran Di Bukit Tursina
berdialog dengan Tuhan
12 Daud yang lemah lembut bersuara
merdu,
Air mengalir akan segera berhenti bila mendengarnya.
Yang
ketiga belas saya bilang Zulkifli,
Nabi Sulaiman karunia Tuhan
berderajat tinggi
Nabi Ilyas karunia Allah hidup sekarang
Enam belas Yusuf ketampanan bagaikan bulan bersinar (terang)...
Allah
sangatlah
tampan Nabi Yusuf wahai kekasih hati Zulaikha istri raja negeri Mesir
tujuh belas Syuib umur tua dan buta yang memberi tongkat untuk
mukjizat Nabi Musa... Allah,
delapan belas saya susun Zakaria, Nabi Ayub, Nabi Ilyasa', Nabi Yahya.
dua puluh dua wahai saudara Nabi Yakob
dua puluh tiga Nabi Yunus yang ditelan ikan
dua puluh empat saya sebut Nabi Isa tidak punya bapak karunia
Allah Tuhan yang Esa
dua puluh lima cukup sesuai wahai saudara Nabi Muhammad penghulu Rasul kesudahan
Rasul semua 25, wahai kekasih hati..
.
mari menuntut ilmu sekarang jangan lalai lagi...
belajarlah pada ulama
jangan lalai lagi....
hilang mengaji dan adzan siang malam menyesal
kemudian.....
Sukhoi Superjet-100 merupakan pesawat penumpang pertama
yang dikembangkan produsen jet tempur Sukhoi.
Gambar Sukhoi Superjet 100 sebelum membuat joy flight di Indonesia.
Tragedi kecelakaan Sukhoi Superjet 100 (RA 36801) di Gunung
Salak telah menyebabkan Bangsa Indonesia merasakan kepedihan
mendalam.
Ini adalah karena jumlah korban yang agak ramai. Di saat kebanyakan warganya yang mengikuti joy flight.
Difahamkan pesawat itu adalah sebuah projek raksasa Rusia. Sukhoi Superjet-100 (SSJ-100) yang terhempas itu merupakan
pesawat generasi baru buatan Rusia.
Pesawat jenis itu mulai dikeluarkan pada tahun 2007. SSJ-100 merupakan pesawat penumpang pertama yang
dikembangkan dari model jet tempur Sukhoi.
Pesawat jenis ini pertama kali berada di ruang angkasa pada 2008. Pada Jun 2011, SJJ-100 memperoleh sijil kelayakan dari
Lembaga Sertifikasi Rusia (IAC AR).
Pada Februari 2012, pesawat ini
memperoleh sijil kelayakan dari Badan Keamanan Penerbangan Eropa (EASA).
PESAWAT SUKHOI SEPERJET 100 TERHEMPAS DI GUNUNG SALAK
Pesawat milik Rusia bernama Sukhoi Superjet 100 yang sedang melakukan
demo penerbangan telah hilang dari pantauan radar. Pesawat ini dikatakan lost contact pada hari Rabu 9 Mei 2012 pukul 14.33 WIB(Waktu Indonesia Barat).
Akhirnya, pesawat itupun dipastikan telah jatuh terhempas
di sekitar kawasan Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Menurut laporan dari negara jiran itu, esawat ini ditemui oleh team SAR dengan helikopter Lanud Atang
Senjaya pada hari Kamis 10 Mei 2012 pada pukul 08.30 WIB.
Serpihan
pesawat terlihat di tepi tebing pada ketinggian sekitar 5800 kaki dari
permukaan laut dengan sudut kemiringan lereng 85 derajat.
Setelah ditemukan oleh team SAR darat.
Akhirnya, pesawat itupun dipastikan telah jatuh terhempas
di sekitar kawasan Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Keadaan agak sulit untuk pasukan penyelamat tiba di sana. Dikatakan jalan untuk sampai ke tempat nahas pesawat berlaku agak sukar. Kawasan kemalangan pesawat di lereng Gunung Salak,
tepatnya di Daerah Desa Cijeruk, Kecamatan Cijeruk, Bogor, Jawa Barat.
GAMBAR SERPIHAN PESAWAT SUKHOI YANG TERHEMPAS
Gambar Serpihan puing pesawat Sukhoi Superjet 100 di Puncak Salak 1, Gunung Salak, Bogor,
Jawa Barat, Jumaat (10/5).
Menurut keterangan pasukan penyelamat yang menemui bangkai pesawat,
pesawat dalam keadaan hancur.
Pesawat tersebut dinyatakan hilang pukul 14.51 WIB, Rabu (9/5). Dalam
pesawat ada 37 penumpang dan 8 kru pesawat asal Rusia. Pesawat buatan
Rusia itu sedang melakukan joy flight, sebagai promosi pemasaran
pesawat itu. Pesawat berlepas dari landasan di Lanud Halim Perdanakusuma
menuju Pelabuhan Ratu dan hendak kembali lagi.
Tiba-tiba pilot Alexander Yablontsev meminta izin menurunkan ketinggian
pesawat dari 10.000 ft ke 6.000 ft. Tidak jelas kenapa pilot senior
Rusia itu ingin menurunkan ketinggian. Muncul dugaan dia ingin melihat
pemandangan di lereng Gunung Salak, Halimun, Gede dan Pangrango.
Sebagian lagi mengatakan dia ingin mengambil ancang-ancang untuk
mendarat.
Pantauan satelit MTSAT menunjukkan bahwa pada saat terjadi kecelakaan
pesawat Sukhoi, cuaca juga sedang tidak bagus. Atas data tersebut, LAPAN
berkesimpulan bahwa saat pesawat buatan Rusia tersebut jatuh, di Gunung
Salak terdapat awan columbus tebal.
musibah
Musibah
adalah sebait tembang indah yang dinyanyikan silih berganti,Mengajak
bumi yang diam jadi begoyang,Mengajak laut yang tenang jadi
bergelombang.
Mengajak gunung yang sunyi meriah bak kembang api.
Musibah mengajarkan kita tentang sabar dan tabah,Menguatkan jiwa yang
lemah,Menyadarkan hati yang salah,Menggugurkan angkuh,Mengubur
keluh,Mencukur kufur,Membangkitkan syukur.
Musibah adalah saudara tua,Yang menasehati ketika salah, Mengingatkan ketika lupa,Meluruskan ketika tak searah.
Kini tak perlu lagi ada tangis menghujan tanpa henti, Menganak
sungaikan kepedihan demi kepedihan menyayat hati,Karena disana: diantara
batas hidup dan mati.
Halaman demi halaman takdir masih menanti,Berkejaran menggerogoti hari,menunggu takdir lain berganti.
Harapan-harapan itu menanti di ambang cita dan impian,Di depan gerbang
masa depan yang tertulis indah dengan tinta keemasan,Maka tak ada alasan
untuk bertahan.
Pesawat Sukhoi Superjet 100 buatan Rusia merupakan salah satu pesawat
yang jatuh di wilayah Gunung Salak. Sebelumnya sejumlah pesawat juga
pernah jatuh dan hilang di daerah tersebut.
Apabila membaca berita tersebut, teringat saya akan pengalaman menaiki pesawat. Walaupun secanggih mana pesawat yang saya naiki, dan pelbagai hiburan multimedia yang disediakan dalam pesawat, ia tidak dapat menghilangkan gentar di hati saya.
Gegaran pesawat dan bunyi enjin yang kuat, mengundang gentar di hati saya. Semua itu memberi peringatan kepada saya agar bersedia menghadapi sebuah perjalanan yang lain, Lalu doa kepada Allah dipanjatkan mohon keselamatan perjalanan.
Seandainya telah tiba saat itu, iaitu kematian, ia tidak kira walau di mana kita berada. Sesungguhnya kuasa Allah tak akan bisa ditandingi oleh teknologi manusia sehebat apapun.
Kenikmatan dan musibah adalah dua hal yang akan selalu bersama
seorang hamba dalam kehidupan dunia ini. Sehingga kita dituntut untuk
siap, bukan saja ketika menghadapi kenikmatan dengan syukur kepada Allah
ta’ala, tetapi juga ketika menghadapi musibah dengan kesabaran.
Nabi shallallahu’alaihi wa sallam menjelaskan diantara sifat orang-orang yang beriman,
“Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin itu, sesungguhnya setiap
keadaannya baik –dan hal itu tidak mungkin ada kecuali pada diri seorang
mukmin- yaitu ketika dia mendapati sebuah kenikmatan diapun bersyukur,
maka itu adalah kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa sebuah musibah
diapun bersabar, maka itu juga kebaikan baginya.”
[HR. Muslim, no. 7692
dari Sahabat yang mulia Shuhaib bin Sinan radhiyallahu’anhu]
Telah banyak terjadi musibah pesawat yang terhempas lalu menelan korban
jiwa di negera seberang, jiran kita. Sebagai orang yang beriman hendaklah kita mampu
mengambil pelajaran dari setiap musibah yang kita saksikan atau
dengarkan. Al fatihah buat saudara SeIslam di sana.
Gambar Serpihan Pesawat Sukhoi Di Lereng Gunung
Gambar menunjukkan serpihan Sukhoi di Tebing Gunung Salak yang membawa 45 orang,
8 di antaranya kru Rusia. Pesawat hilang kontak pukul 14.33 WIB, Rabu
(9/5).Foto itu ada logo Sukhoi di tebing berketinggian 5.800 kaki.Gambar di ambil dari helikopter yang melakukan pencarian.
Pesawat ditemukan dalam kondisi hancur di ketinggian sekitar 1.650 meter di daerah Gunung Salak, Bogor.ditemukan dengan titik kordinat 06.44.61 lintang selatan dan 106.444.12
lintang barat. Posisi serpihan pesawat arah timur Kawah Ratu.
Sedikit informasi berkaitan Gunung Salak:
Berdasarkan data yang dihimpun dari Wikipedia,Gunung Salak merupakan
sebuah gunung berapi yang terdapat di pulau Jawa, Indonesia. Gunung ini
mempunyai beberapa puncak, di antaranya Puncak Salak I dan Salak II.
Letak astronomis puncak gunung ini ialah pada 6°43′ LS dan 106°44′ BT.
Tinggi puncak Salak I 2.211 m dan Salak II 2.180 m dpl. Ada satu puncak
lagi bernama Puncak Sumbul dengan ketinggian 1.926 m dpl.
Laluan Ke Puncak Gunung Salak
Gunung Salak dapat didaki dari beberapa jalan pendakian. Puncak yang
paling sering didaki adalah puncak II dan I. Jalan yang paling ramai dilalui oleh pendaki
adalah melalui Curug Nangka, di sebelah utara gunung. Melalui jalan ini,
orang akan sampai pada puncak Salak II.
Puncak Salak I biasanya didaki dari arah timur, yakni Cimelati dekat
Cicurug. Salak I boleh juga didaki dari Salak II, dan dengan banyak
kesulitan, dari Sukamantri, Ciapus.
Jalan pendakian lain adalah melalui ‘jalan belakang’. Jalan ini mesti melalui Cidahu, Sukabumi, atau dari Kawah Ratu dekat Gunung Bunder.
Gunung Salak meskipun tergolong sebagai gunung yang rendah, akan
tetapi memiliki keunikan tersendiri baik karakteristik hutannya maupun
medannya.
Bahkan sejumlah pesawat yang terbang di wilayah Gunung Salak
pernah jatuh dan hilang. Saat ditemukan penumpang rata-rata dalam
kondisi meninggal dunia.
Berita Gempa di Aceh 2012 Hingga 9:13pm Hingga 9:13pm 11/4/2012
Gambar kesesakan lalu lintas di Banda Aceh selepas gempa petang tadi.
Penduduk Banda Aceh berkumpul di Masjid Baiturrahman sesaat setelah gempa berkekuatan 8.5 SR menggegar. REUTERS
Salam ketabahan buat saudara SeIslam di sana yang sedang diuji dengan ketakutan dek gempa bumi ini.
Penduduk Aceh Menyelamatkan Diri ke Masjid Baiturrahman
Gempa 8,5 SR yang melanda Aceh membuat warga di Bumi Serambi Makkah itu panik. Di pusat Kota Banda Aceh, sejumlah warga tampak berbondong-bondong menuju Masjid Raya Baiturrahman, Rabu (11/4).
Warga tampak berdesakan masuk ke pintu utama masjid yang dulunya adalah bagian Kesultanan Aceh ini. Beberapa warga yang sudah masuk ke dalam masjid juga tampak menangis. Beberapa ada juga yang sudah naik ke jendela masjid.
Pada 26 Desember 2004 lalu, masjid Raya Baiturrahman tetap kokoh meski diterjang tsunami. Beberapa warga yang berlindung di masjid besar itu juga selamat dari maut.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) melakukan pemutakhiran data gempa menjadi 8,5 SR. Gempa yang terjadi pukul 15.38 Wib itu berpotensi tsunami di Aceh, Sumut, Sumbar, Bengkulu dan Lampung. Pusat gempa berada di Kabupaten Kabupaten Simeleu, Aceh, dengan kedalaman 10 Km.[ren]
Berita Terkini Gempa di Aceh 11/4/2012 Hingga 9:13pm
Gempa di Aceh: Amaran tsunami ditarik balik
11/04/2012 9:13pm
WASHINGTON 11 April - Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS membatalkan amaran tsunami di Lautan Hindi yang dikeluarkan ekoran gempa bumi dengan kekuatan 8.6 skala Richter yang menggegarkan Aceh petang ini. - REUTERS
Gempa di Aceh: Gempa susulan 8.8 skala Richter berlaku
Kehidupan manusia di dunia ini tidak akan terlepas dari ujian, kerana ujian adalah sunnah Allah, sebagaimana yang ditegaskan dalam firman-Nya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2--3).
Dalam ayat di atas Allah SWT menyatakan bahawa keimanan yang telah kita ikrarkan akan diuji oleh Allah SWT. Ujian itu mungkin berbentuk sakit, miskin, kematian, rasa takut, bencana alam, godaan kekafiran, dan lain sebagainya. Dari ujian yang diberikan ini akan dapat diketahui apakah keimanan yang kita ikrarkan itu benar atau dusta.
Keimanan bagi seorang muslim adalah sesuatu yang sangat bernilai harganya. Dengan keimanan, amalan dan perbuatan seseorang menjadi bernilai di hadapan Allah SWT.
Umat Islam tatkala menerima kebaikan dari Allah pasti akan melahirkan rasa kesyukuran, seperti Nabi Sulaiman ketika menerima penyerahan singgahsana kerajaan Saba’ dari puteri Balqis, lalu Baginda mengucapkan:
“Inilah sebahagian dari kurnia Tuhanku, sebagai ujian-Nya kepadaku, apakah aku bersyukur atau bersikap kufur.’ (Surah An-Naml, ayat 40)
Selain itu, Allah juga menguji manusia dalam bentuk kesusahan seperti sakit, miskin, gagal mencapai matlamat, kerugian dalam perniagaan, kebakaran dan lain-lain.
Allah memaparkan beberapa contoh ujian Allah dalam bentuk kesusahan seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…” (Surah al-Baqarah, ayat 155)
Berpandukan ayat itu dapat dirumuskan bentuk ujian Allah iaitu ketakutan untuk menghadapi musuh Islam dan menghadapi hari mendatang.
Kelaparan, kerana ketiadaan makanan atau mungkin juga tidak mampu untuk mendapatkan makanan akibat harganya terlalu mahal, tanam-tanaman tidak menjadi disebabkan musim kemarau atau bencana alam lain.
Islam sudah menunjukkan jalan terbaik bagi menghadapi ujian Allah seperti bersabar seperti pesan junjungan besar Nabi SAW yang sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh setiap orang beriman.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)
Di samping itu orang Islam juga harus bertawakal kepada Allah tatkala menghadapi ujian Allah. Bertawakal bermakna berusaha dengan segala upaya untuk mengatasinya kemudian menyerahkannya kepada Allah yang menentukan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sepenuhnya urusanku ini, kuserah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah, sebab Ia Maha memperhatikan semua urusan hamba-Nya.” (Surah al-Mukmin, ayat 44)
Cubaan yang dihadapi Nabi Ya’kub kerana kehilangan Nabi Yusuf atas perbuatan busuk saudaranya, baginda bertawakal kepada Allah dengan penuh kehambaan sebagaimana tergambar dalam sepotong ayat yang bermaksud:
“Ia berkata: Hanya kepada Allah kesusahan, keresahan dan keperihanku ini aku adukan.” (Surah Yusuf, ayat 86)
Setiap orang Islam hendaklah sentiasa berikhtiar dengan penuh hikmah, mengikut syariat Islam, untuk mengatasi ujian yang menimpa dan supaya tidak berulang lagi pada masa depan. Elakkan daripada perasaan sedih, mengeluh, putus asa atau kecewa ketika berdepan dengan ujian Allah, sehingga sanggup menyalahkan takdir.
Seharusnya banyak bersabar dan mendekatkan diri kepada Allah, itulah penolong yang sejati seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)
Kita juga perlu insaf bahawa apapun ujian atau cubaan, semuanya menunjukkan bahawa Allah memelihara hamba-Nya supaya ingat selalu kepada-Nya. Seterusnya bagi orang kuat imannya, ia sangat berbahagia apabila berdepan dengan cubaan Allah kerana itu satu cara Allah menghapuskan dosa seseorang itu, jika dihadapinya ujian dengan kesabaran tinggi dan penuh keimanan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Beginilah Allah memilih hamba-Nya untuk menghuni syurga-Nya di akhirat nanti, dengan memberi ujian sama ada kecil atau besar. Hanya orang yang kuat imannya saja yang layak mendapat kesejahteraan yang abadi.
Firman Allah yang bermaksud:
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dapat masuk ke dalam syurga, padahal belum kamu mengalami duka derita yang pernah dialami dan menimpa orang terdahulu sebelum kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 214)
Apabila seseorang sanggup menghadapi ujian Allah dengan tabah, sudah tentu imannya bertambah kuat dan mantap, sering bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan demi mencapai insan dikasihi Allah.
Video Pasang Surut Air Laut Pasca Gempa 8.5 SR (SABANG, ACEH-INDONESIA)
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Stasiun Meteorologi Pekanbaru melaporkan bahwa gempa bumi di Aceh pada Rabu sekitar pukul 15.38.29 WIB mengguncang lima provinsi di Sumatra yakni Aceh, Bengkulu, Lampung, Sumatra Barat dan Sumatra Utara.
Peta Geografi Aceh dan kawasan yang dilanda gempa bumi
Gambar Suasana masyarakat Acheh semasa gempa petang tadi.
Mungkinkah tsunami akan berulang kerana selepas waktu Asar tadi, ( baca di bawah ) Lihat kawasan yang dilanda tsunami di atas.
Terkini: "Gempa sebesar itu berpotensi menimbulkan tsunami yang boleh membinasakan di sepanjang garis pantai di Samudera Hindia. Namun, belum diketahui apakah saat ini terjadi tsunami atau tidak," demikian peringatan PTWC.
Peringatan tsunami dikeluarkan Pasific Tsunami Warning Center (PTWC) ke seluruh negara-negara di wilayah Samudera Hindia setelah gempa 8,5 SR menggoncang Aceh, Rabu (11/4/2012)...... pukul 15.39 WIB.
Jika tsunami terjadi, negara yang mungkin terkena kesannya adalah Indonesia, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Inggris, Malaysia, Mauritania, Seycheless, Pakistan, Somalia, Oman, Madagaskar, Iran, Emirat Arab, Yaman, Komoro, Bangladesh, Tanzania, Mozambik, Kenya, Croizet Island, Kerguelen Island, Afrika Selatan, dan Singapura
Aceh gempa bumi, Indonesia keluar amaran tsunami
BANDA ACEH - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, pada magnitud 8.9, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.
Gegaran sekitar jam 4.30 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.
Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.
Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.
Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.
Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.
Blog ini hanyalah coretan hati seorang wanita bergelar ibu bagi memenuhi masa lapangnya.
Terdapat juga tulisan yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Ia ditaip oleh seorang OKU Fizikal. Artikelitu ditaip berdasarkan rujukan kepada bahan-bahan ilmiah.
Selain itu, artikel daripada Akhbar Arus Perdana turut dimuatnaik di sini sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan peribadi.
Pembaca diizinkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog http://www.myukhuwwah.com/ hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan yang berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada penulisan ini tidak boleh diterbitkan dalam apa jua bentuk sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Doa Qunut Nazilah
Madah Hikmah
Seringkali manusia ingin merasai manisnya apple. Ranumnya anggur, khasiatnya madu…
Namun tak semua manusia yang sanggup merasa pahit sebelum tiba saat manis.
Tak semua manusia sanggup bersusah-payah menggembur tanah,menyemai benih.
Dibaja dan dijaga,sabar dan tabah kala benih itu dipukul rebut taufan.
Diserang serangga dan kala sang pipit hinggap berkongsi rasa…