Followers

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Wednesday, August 24, 2016
Saya tak tahu macam mana nak masuk ke blog followers blog saya
Rindu Kawan2 Bloggers dan Followers
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aduhai dah 9 bulan saya tak update blog. Apa khabar kawan-kawan followers dan bloggers?
Saya tak tahu macam mana nak masuk ke blog followers blog saya...Ada sesiapa boleh tolong?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aduhai dah 9 bulan saya tak update blog. Apa khabar kawan-kawan followers dan bloggers?
Saya tak tahu macam mana nak masuk ke blog followers blog saya...Ada sesiapa boleh tolong?
Labels:
Blog,
Bloglist Followers,
Ucapan
Wednesday, August 29, 2012
Maaf Teman Lamaku Menyepi
Maaf Teman Lamaku Menyepi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya, Ummu di blog myukhuwwah.com, memohon maaf kerna lama menyepikan diri di blog myukhuwwah.com dan sebuah educational blog saya.
Sepanjang Ramadhan lalu, saya tidak berkesempatan membuka email peribadi apatah lagi membuka dan membaca blog peribadi saya. Selain faktor kesihatan yang tidak mengizinkan di saat saya cuba berpuasa juga, ada beberapa tanggungjawab lain yang perlu saya tuntasi.
Oleh itu, terdapat banyak komen-komen rakan bloggers yang tidak dapat saya syiarkan sepanjang saya menyepikan diri.
Pada Ogos 2012 ini, sehingga entry ini ditaip, hanya ada baru 4 post
dipublished di blog ini. Itu pun semuanya copy paste dari berita utama
tanahair Malaysia, sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan.
Buat Saudari Nurul Husna, Kak Ummu mohon maaf kerana hanya pada petang ini kakak baru berkesempatan membaca komen adik. Terharu akak rupanya terpilih menerima kad raya Husna. Agaknya walaupun selepas raya, bolehkah lagi akak terima?
Terima kasih kepada rakan bloggers yang sudi menjadi followers blog myukhuwwah ini. Saya berasa gembira dengan kehadiran rakan followers ke blog biasa seorang ibu OKU ini.
Rakan followers yang terdiri dari rakan bloggers, juga dari sahabat handai dan saudara mara yang dihormati sekalian.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan bloggers yang meninggalkan komen di blog ini walaupun blog ini begitu lama terbiar bersawang.
Antara rakan bloggers yang meninggalkan komen di blog ini tetapi belum sempat saya balas komen mereka:
Terima kasih buat semua rakan blog. Blog ini sangat signifikan kepada saya, kerna sepanjang perjalanan hidup saya bermula 2008 banyak yang saya kongsikan suka duka di sini.
Bermula dari saya bed ridden ke kerusi roda, dan ke walker frame. Dari saat proses menyusui dan membesarkan anak ketika saya bed ridden sehingga anak itu sudah tumbuh membesar dengan sihat..
Oh, saya ada perkara yang perlu diselasaikan. Banyak yang ingin asaya ceritakan sebenarnya. Saya undur diri dulu. Sekian, wassalam.
Labels:
diriku,
followers,
rasa hatiku,
Ucapan,
ukhuwah
Wednesday, May 16, 2012
Lagu Guru Malaysia Yang Sering Didengar
Lagu Guru Malaysia Yang Sering Didengar sejak Sekolah Rendah
PENGENALAN HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai
Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal
Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee)
sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
LAGU GURU MALAYSIA
|
Labels:
dedikasi,
memoir seorang guru,
Ucapan
Subscribe to:
Posts (Atom)