Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Showing posts with label akademik. Show all posts
Showing posts with label akademik. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

BULI OH BULI JANGAN BULI BALIK

BULI OH  BULI JANGAN BULI BALIK



talian hotline KPM buli 1-800-884774


TOPIK PAGI @ IKIM.fm :  Dibuli dan dipukul oleh rakan sebaya, dipaksa makan pil yang tidak diketahui: Sekiranya ini berlaku kepada anak anda, apakah yang akan anda lakukan? (3 Rabi'ulakhir / 14 Februari 2013)

Apa tindakan sewajarnya?

Kenyataan di atas saya petik dari FB IKIMfm

Jika ditanya pengalaman saya sepanjang bergelar pelajar di asrama, Alhamdulillah Allah memudahkan urusan pembelajaran saya. Kami hidup saling berkasih sayang. Senior bantu junior. Ketika pertama kali masuk ke asrama, telaha da senior dan guru yang membantu saya menyusun kain baju di almari. 

Peristiwa paling ingat, akak senior tolong mencucikan semua pakaian dan cadar saya dengan tangannya sehingga saya sudah tahu cara nak mencuci cadar dengan baik barulah kakak senior benarkan saya cuci sendiri cadar asrama saya. Terasa sangat kasih sayang mereka kepada saya dan akawan-kawan. 

Pihak sekolah mengadakan program naqibah di mana kakak naqibah akan ambil tahu kebajikan adik-adik naqibahnya. 



Saturday, February 02, 2013

MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG KERBAU MENGUAK

MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG KERBAU MENGUAK



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebenarnya, catatan ini, puas sudah saya fikirkan apakah tajuk yang sesuai di blog peribadi ini. Lama sudah saya tidak mencatat catatan pengalaman kehidupan saya secara online.

Pada dinihari ini, saya cuba mencatat sesuatu dan semoga ia memberi panduan kepada saya di hari muka.

Catatan MENANGANI PELAJAR NAKAL Oleh Tuan Haji Muhammad Yusof Jamar  bagi saya sangat membantu saya sebagai 'orang baru' dalam dunia pendidikan.  Bagi saya walaupun sudah berada lebih 1 dekad dalam arena ini, ada sahaja ilmu baru dan kemahiran baru yang didapati setiap hari apabila berada di arena ini.




Misalnya, kini saya berada di tempat baru. Suasana baru. Budaya baru. Saya akui kejutan baru bagi saya, walaupun sudah hampir 9 tempat tempat saya pernah berada. Pernah ditempatkan di luar bandar, di pedalaman dan di bandar. Bahkan saya sendiri pernah dibesarkan dan pernah menimba ilmu peringkat sekolah di sebuah bandaraya yang sarat dengan gelagat kehidupan.

Bahkan kos sara hidup yang sangat tinggi di situ membuatkan saya dilatih memiliki dan mengasah ilmu tebat diri agar mandiri dan berdaya saing. Benarlah kini. Luar bandar atau dalam bandar, kini tiada beza dek dunia tanpa sempadan. 

Sesuatu yang harus saya ingat, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Bukanlah bermakna ingin menjadi sesumpah. Kadang saya terlupa.
Saya terlalu realistik. Saya terlalu optimis. Sampai saya kadang terlupa, pasti ada sebab mengapa di tempat baru ini saya menemui 'sesuatu' yang aneh rasanya. Hari ini, siang tadi, Jumaat, 1.3.2013, setelah sebulan berada di situ, saya melalui satu lagi pengalaman pahit dalam arena ini. Saya temui lagi jawapan...pada Hari Jumaat yang mulia ini.

Mengertilah saya kini. Betapa terhakisnya rasa hormat murid kepada guru. Apabila sang guru menegur, dengan penuh hikmah dan tanpa rotan, agar dia segera pergi mengikut arahan guru disiplin, dia memarahi saya pula. Pasti ada sebab dia dan kawannya berani 'beta'.  Sebabnya itu, biarlah saya off the record. Dan mungkin inilah salah satu jawapan yang Allah berikan pada saya mengapa wujud suasana 'aneh' itu.

Selain itu, saya sedar  keadaan fizikal saya juga sering menjadi gurauan anak-anak ini.  Sangat berbeza dengan tempat-tempat lain yang pernah saya menabur bakti.  Ia adalah  sebagai satu cabaran untuk saya. Kini Terdapat Pelbagai Cabaran Pendidik Mendidik Pelajar Zama Cyber sila klik di sini.  

Semoga situasi ini bukan suatu momokan dan kekangan merealisasikan visi dan misi organisasi. 

Di Bulan Rabiul Awwal 1434 yang masih berbaki beberapa hari lagi, saya menyoroti sirah da'wah Rasululluah SAW. Terlalu banyak dugaan yang perlu Nabi Muhammad SAW tempuhi. Pahit maung Baginda SAW menyampaikan risalah tauhid, tidak terlukis oleh tangan tidak tergambar oleh mata.

Baginda difitnah, diugut, diancam bunuh, dihina keluarganya,  dan pelbagai lagi kepahitan, tetapi tidak sedikit pun Baginda mengeluh dan berputus asa daripada rahmat Allah SWT.  Subhanallah. Pertolongan Allah sentiasa ada bersama kekasihNya.

Ujian dan dugaan saya hanyalah terlalu sedikit dibandingkan dengan Kekasih Allah itu. Semoga saya cekal sepertimana pesanan Allahyarhamah Siti Hajar Bt Ahmad Sabir di sini.



MENANGANI PELAJAR NAKAL



Thursday, July 19, 2012

Penuntut Mara terlibat kebakaran di AS terima RM7,000

Penuntut Mara terlibat kebakaran di AS terima RM7,000

KUALA LUMPUR - Enam penuntut tajaan Mara yang terlibat dalam kebakaran di kompleks pangsapuri South Meadow Apartments, Ames, Iowa Ahad lepas, diberi bantuan RM7,000 seorang.

Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad berkata peruntukan khas berjumlah RM42,000 itu adalah bagi membantu mereka memulakan kehidupan baru dan bantuan itu meliputi elaun komputer, baju panas dan sara hidup.

"Bantuan ini disalur secara terus kepada tiga pelajar yang sedang bercuti di Malaysia, manakala bantuan untuk tiga lagi pelajar lain yang berada di Amerika Syarikat akan disalurkan melalui pejabat Mara di Washington," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wednesday, July 18, 2012

Pelajar Boleh Bawa Handphone, iPAD ke sekolah

Pelajar Boleh Bawa Handphone, iPAD ke sekolah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada post ini, saya muatnaik 2 artikel daripada akhabr Harian Metro. Satu kenyataan daripada NUTP. Satu lagi artikel kenyataan daripada PIBG.

NUTP: Masalah lebih banyak

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyifatkan keputusan Kementerian Pelajaran membenarkan murid dan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun depan sebagai tindakan yang boleh menimbulkan banyak masalah di sekolah.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata antara masalah yang dikenal pasti berkemungkinan berlaku kecurian telefon bimbit, hilang fokus ketika guru mengajar dan kewujudan ‘ejen’ menjual kad tambah nilai di kalangan pelajar.

Saturday, May 19, 2012

Selamat Hari Guru Terima Kasih Cikgu Malaysia

Selamat Hari Guru Terima Kasih Cikgu Malaysia


Selamat Hari Guru saya tujukan buat semua sahabat-sahabat saya yang bergelar guru termasuk semua wanita dan muslimah yang bergelar guru. 
  Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada semua guru-guru saya. Bermula dari taska, kemudian tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Universiti, dan juga guru-guru non-formal education yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

Sesungguhnya jasa anda semua dalam mendidik anak bangsa tidak ternilai harganya.
 Terutamanya buat para pendidik tidak kira mata pelajaran apa yang diajar tetapi dalam pengajaran dan pembelajaran  telah mengajar anak-anak tentang mengenal Allah.
Rasulullah SAW bersabda, 
“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” 
(HR. Muslim)
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.
 (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)
 Bagi mereka yang masih belajar, saya amat berpesan:
  • Hormati Guru anda.
  • Jangan derhaka atau kurang ajar kepada sesiapa yang menurunkan ilmu kepada kita,jika derhaka kepada guru  nescaya ilmu tersebut tidak berkat.
  • Berbuat baik pada guru anda.
Mari kita sama-sama doakan perkara yang baik untuk Guru kita.
Ya Allah rahmatilah dan berkatilah kehidupannya, hapuskan semua kesusahannya, kerana usaha dan susah payah insan inilah ya Allah, manusia menjadi celik dan mengenalMu..Ya Allah masukkan guru ini dan guru-guru kami yang sudah kembali kepadaMu ke dalam syurgaMu atas jasa mereka mendidik kami-anak2 kami..Aminnn
Al Fatihah kutitipkan buat guru-guruku yang telah meninggal dunia. 
Al fatihah Untuk Allahyarham Cikgu Tajul, Allahyarham Sir Yahya, Allahyaham Ustaz Dahlan, Allahyarhamah Ummi Halimaton...
Besarnya pengorbanan kalian. Moga Allah permudahkan urusan kalian dan moga segala jasa dan penat lelah kalian dalam era pendidikan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah.

Buat sahabat yang terlibat dalam arena pendidikan, juga khusus buat teman bloggers yang menjadi pendidik, seperti Gen2, Makcik Wedah, Ustazah Ros Illiyyun, Ustazah White Rose, Cikgu Humairi, Cikgu Insan Pendidik (IP), Piewahid dan lain-lain...Sudilah kiranya menrima kad Ucapan hari Guru daripada saya.
Teruskan perjuangan anda semua...

Tuesday, February 21, 2012

Wheel For Disable-GLC, Bantu OKU jana pendapatan

Wheel For Disable-GLC Bersama OKU 1Malaysia,  
 Bantu OKU jana pendapatan
 SEBAHAGIAN daripada peserta OKU daripada pelbagai peringkat umur dan pelajar yang terlibat menjayakan Program Wheel For Disable-GLC Bersama OKU 1Malaysia di UTM Kampus Antarabangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 Seringkali kita mendengar keluhan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tentang kesusahan pergerakan mereka dan masalah pendapatan yang tidak menentu. 

Kini selepas kejayaan idea lima pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengorak langkah berjaya mengilhamkan idea dalam membantu golongan OKU melalui peluang keusahawanan sosial.

Idea ini diilhamkan oleh lima pelajar yang terdiri Ruzimi Mohamed, Muhammad Izuddin Ahmad, Ahmad Izzuddin Mohd Nor, Maizatul Afzan Yahya dan Sharifah Azni Syed Nizar dengan ketika menyertai projek inovasi pengiklanan OKU melalui pertandingan Cabaran Untuk Perubahan DiGi.

Projek pengiklanan kerusi roda OKU bermatlamat membantu golongan berkenaan untuk mendapatkan tajaan kerusi roda elektrik sekali gus menjana pendapatan sampingan dengan melakukan pengiklanan pada kerusi roda manual mereka.

Melalui idea dan peluang keusahawanan ini syarikat milik kerajaan (GLC) atau mana-mana individu yang ingin menunaikan tanggungjawab korporat sosial mereka boleh menyalurkannya kepada OKU ini sekaligus turut mempromosikan syarikat mereka.

Dalam menjayakan projek ini, sebuah program perintis yang dinamakan Wheel For Disable-GLC Bersama OKU 1Malaysia dengan kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia serta Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia (Pocam) telah diadakan baru-baru ini di Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa Kuala Lumpur yang berobjektif memberi penerangan kepada golongan OKU tentang fasa pertama projek ini dalam menggiatkan promosi dan mendapatkan penajaan..

Wednesday, February 15, 2012

Siswazah OKU, Bukan Mengemis Simpati

Siswazah OKU, Bukan Mengemis Simpati



HULUR BANTUAN...kehadiran rakan yang bertindak sebagai sukarelawan banyak memudahkan mahasiswa OKU melakukan tugasan

TATKALA melihat kesungguhan beberapa mahasiswa Orang Kelainan Upaya ( OKU) Universiti Malaya asyik dan bersungguh - sungguh mentelaah pelajaran, mata penulis cukup ralit biarpun hati diamuk pelbagai perasaan.

Sesungguhnya penulis berasa kagum kerana di sebalik kekurangan, mereka tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak berjaya seperti orang lain biarpun terpaksa menggandakan usaha hanya untuk

Walaupun hidup penuh cabaran, mahasiswa OKU UM cukup cekal dan tegar melalui dunia pengajian tinggi yang sering kali dilabelkan sebagai ‘destinasi’ pelbagai tugasan serta peperiksaan yang membebankan.

Bagi mereka, kekurangan itu bukan bermakna untuk berpeluk tubuh atau perlu dikasihani semata-mata sebaliknya menjadi pendorong dan azimat paling berharga dalam menggenggam segulung ijazah.

“Jika kami tidak berusaha, ibarat mengemis simpati orang lain. Ini lebih menjatuhkan maruah golongan OKU keseluruhannya di mata masyarakat.

 AKRAB...hubungan antara satu sama lain sangat akrab dan sentiasa berkongsi cerita dengan teman senasib.

 BANTUAN...pelbagai kemudahan disediakan UM untuk kemudahan mahasiswa OKU belajar.

“Sudahlah tidak sempurna, jika peluang diberikan tidak digunakan sepenuhnya, apalah nanti nasib dan masa depan kami. Biarlah tidak cukup anggota, sekurang-kurangnya ada pelajaran,” kata mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu, Faiq Adnan.

Thursday, January 19, 2012

Semak Keputusan MUET Akhir 2011

Semak Keputusan MUET Akhir 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon MUET Akhir 2011 yang lalu, bolehlah buat semakan keputusan MUET anda. Semakan boleh dibuat sejak 12 Januari 2012 yang lalu, DI SINI.

Thursday, October 27, 2011

Susah ke? Senang ke, jadi cikgu,ni,nak?

Susah ke? Senang ke, jadi cikgu,ni,nak?

 Gambar kredit kepada cikgufendi85.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selalu saya ditanya, kalau di pasar, (Dulu-dulu lah, rajin ke pasar jual borong. Tapi sekarang payah. Laluan berKerusi roda takde)

"Susah ke? Senang ke, jadi cikgu,ni,nak? Jadi cikgu ni senang ye. Banyak cuti. Budak cuti, cikgu pun cuti" , tanya makcik penjual sayur ulam raja.

"Kak, best lah tengok akak jadi cikgu. Kerja dengan buku-buku je. Cuti pun banyak," ujar seorang gadis lepasan sekolah.

"Mana nak cari link keputusan KPLI ni? Tuan blog tahu tak ya?" begitu antara ulasan di blog wordpress saya, apabila saya publish entry berkaitan KPLI.

Pernah sehari, untuk hits KPLI tersebut saja, visitor menerjah masuk ke blog wordpress saya sehingga 5k dalam masa beberapa jam. Mahu tak jammed blog picisan saya tu. Habis bandwith nya. Agaknya tu sebab kena suspend je.

Ini semua, membuktikan, betapa ramainya yang berminat nak apply jadi cikgu.



Namun, apakah sebenarnya matlamat seseorang itu hendak menjadi cikgu? Cukupkah sekadar meengajar tulis, baca dan mengira sahaja?

Benarkah jadi cikgu banyak cuti? Bagaimana pula dengan tuagasan yang perlu dibawa kembali? Dan pelbagai lagi tugas sebagai pendidik.  Bagaimana pula dengan karenah pelajar?


Untuk menjawab soalan-soalan di atas, secara asasnya, setiap pekerjaan pasti ada cabarannya. Tinggal lagi bagaimana kita mendepani dan menguruskan cabaran itu.

Apa yang penting, segala soal kerja tidak boleh sama sekali dibawa balik dalam minda kita semasa berada bersama keluarga, apatah lagi ketika bersama suami.
Cumanya, tugas menginsankan manusia, memerlukan komitmen yang tinggi. Bukan setakat fizikal, tetapi jua mental yang kuat, semangat yang tabah, jiwa yang sabar dan sering jua bekorban kewangan. Tidak ketinggalan stamina dan tubuh yang sihat dapat membantu sesi pembelajaran dengan baik. 

Oleh itu, tidak dinafikan supplement tambahan seperti Spirulina Kels, Madu, Habbatus sauda', Minyak Ikan, Minyak Anggur Perahan Sejuk Vitis dan lain-lain sangat penting.

Berbalik soal kerjaya perguruan, yang kian mencabar ini, saya yakin, apabila kita bercakap dari hati, inshaAllah, akan jatuh ke hati jua. Kerana hati manusia itu kan,ibarat seketul batu. Lama-kelamaan, batu yang kena air, pasti kan hancur jua.

Saya tertarik dengan thread di salah satu forum di internet ini. Sila klik berikut:


Saya pernah berada di sekolah kategori bandar dan luar bandar. Di kawasan  hutan simpan negara pun pernah.

Apabila membaca thread di forum di atas, saya mengerti dan memahami situasi cikgu baru tersebut. Apa yang saya lalui, 10 tahun lalu, masih bermain di minda saya. Bahkan tempat yang dikatakan hitam itu pun saya pernah berada di sana.

10 tahun. Mungkin baru setahun jagung pengalaman saya ini. Dibandingkan dengan rakan-rakan senior saya. Namun selama 1 dekad itu, pelbagai asam garam, pahit manis, dunia seorang guru telah dilalui.

Bermula dari tidak minat, akhirnya bercambah cinta pada bidang pendidikan ini. Dan kerna cinta itu jualah, segala dugaan ditelan jua.

Pernah hadapi ugutan dan ancaman, menerima surat cinta dan lain-lain lagi. Namun, dengan S.A.B.A.R., dan bantuan Allah Yang Maha Esa, Alhamdulillah, pelajar yang mengugut itu akhirnya, menjadi anak murid yang soleh,solehah. 

Yang kaum lain, juga begitu baik. Pernah mengajar Kelas Peralihan, KELAS PEMULIHAN, mengajar subject ABM. Silang budaya antara kami, perbezaan budaya itu, membuatkan kami semakin erat. Tidak ada isu perkauman antara kami. Contohnya, kalau saya makan di kedai, tahu-tahu mereka dah tolong bayarkan.

Bahkan merekalah yang paling kuat menangis, bagai anak kecil, sewaktu mereka mengiringi pemergian saya dari situ.

"Siapa yang akan membimbing kami menjadi pelajar yang baik, bila cikgu dah pindah nanti?"

"InshaAllah, akan ada yang membimbing kamu," jawab saya.

"Saya berubah disebabkan cikgu. Sebab, cikgu percaya saya boleh berubah menjadi baik. Bagaimana kalau cikgu takde? Saya tak percaya, saya boleh kuat untuk kekal baik di sekolah dan di luar, kalau cikgu tak de," kata seorang lagi pelajar.

"N, kekuatan N untuk berubah, adalah datang dari kemahuan N sendiri. Datang dari kesungguhan N sendiri. Dari azam N, dan doa N yang bersungguh-sungguh, Allah bantu N untuk berubah. Jadi teruskan perubahan N tu. walaupun saya takde, Allah kan ada. Jadi sebab tu, N kena teruskan perubahan kebaikan N tu, kerana Allah, bukan kerana saya,"begitu antara titipan terakhir saya.

Pengalaman ketika berkerusi roda di salah sebuah sekolah, mungkin situasi saya agak asing bagi pelajar di sekolah tersebut. Ketika, pelajar-pelajar normal lain cuma memerhatikan ketika kerusi roda saya hampir ke tebing longkang.


 Lalu, Allah hantar  anak-anak khas kemudiannya yang sering tidak malu membantu menolak kerusi roda adalah antara pengalaman yang indah untuk dikenang. 

Namun, untuk menulis semuanya,rasanya tak cukup ruang di sini. Tambahan pula,ada sebahagian bekas pelajar saya yang mengikuti blog ini. Mungkin  ada kisah mereka saya catatkan di sini. Silap haribulan boleh buat Novel Memoir Seorang Guru Versi Tahun 2011 Oleh Blog Myukhuwwah pula.:). Ayat perasan lah pula.

Kesimpulannya, sesuatu kerja akan menjadi mudah atau susah akan difikir kemudian kalau kita berminat dengan bidang tersebut. Mendaki Gunung Himalaya atau berenang di laut dalam memang mencabar kalau difikir logik. 

Mungkin kita akan kata, buat mendelah, buang masa sahaja mencipta pengalaman atau rekod-rekod yang jarang dibuat orang. Namun, kerana ada minat dan kesungguhan mendalam untuk mencapai sesuatu, segala  masalah dan cabaran yang menghalang akan dianggap cabaran demi minat.

Saturday, August 13, 2011

Hujan Meteor di Malam Ini

Hujan Meteor di Malam  Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hujan Meteor di Malam  Ini.


Info lanjut sila klik di sini.Hujan Meteor di Malam Bulan Ramadhan 1432 Ini

Monday, March 28, 2011

Seketika di Selangkah ke UiTM Pahang

Seketika di Selangkah ke UiTM Pahang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, ibu dapat singgah sebentar ke Program Selangkah ke UiTM 2011.

Bagi ibu yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan ini, ekspo seumpama ini memang bagus diadakan. Ia dapat mendekatkan sesebuah IPTA dengan masyarakat setempat. Selain mendedahkan kepada suasana kampus, apa yang ibu nampak ialah para lepasan sekolah dapat berinteraksi terus dengan pegawai perhubungan awam yang menguruskan pengambilan pelajar.

Secara tidak langsung, bakal mahasiswa dapat mengetahui maklumat berkenaan apakah kursus yang layak dipohon oleh mereka berdasarkan keputusan peperiksaan SPM atau STM mereka. Mudah-mudahan dengan ini, peluang untuk mereka melanjutkan pengajian ke IPTA lebih cerah lagi.

Oklah, jom kita lihat sedikit gambar yang myukhuwwah ambil sekitar ekspo berkenaan:














Ok, rasanya setakat ini dulu untuk perkongsian pengalaman di Ekspo selangkah ke UiTM.

Wednesday, November 11, 2009

Sesawang Akademik

Perkongsian Sesawang Akademik
=Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pahang 



 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kawan-kawan? Pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, diharap sudah bersedia. Pastikan keselamatan diutamakan, samada di rumah, sekolah, lebih-lebih lagi di atas jalan raya. Juga berhati-hati dengan air...jika di tempat kamu dilanda banjir.

Di sini saya ingin kongsikan pautan website, iaitu Portal SPN JPN Pahang.  Pada pendapat saya ia boleh dilihat oleh pelajar samada yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi mahu pun yang berada di Tingkatan 4 pada tahun ini, khususnya pelajar di Negeri Pahang mahupun dari negeri lain.

Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT, khususnya pelajar Tingkatan 4 tahun 2009,  anda boleh layari portal ini,  klik sini, http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bahan-rujukan/tingkatan-4   dan  http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bank-soalan 

Bagi mata pelajaran di Bidang sains dan matematik, sila layari sini, http://sainsmatematik.akademikpahang.edu.my/v2/. Pautan utama, sila layari; www.akademikpahang

Selamat melayari portal berkenaan. Selamat menduduki peperiksaan SPM.Wassalam

Kaedah Pengiraan Merit bagi Pemilihan Kemasukan Ke IPTA

PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF




 Sila Layari link berikut:http://upu.mohe.gov.my/


Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DP) bagi lepasan ijazah adalah ditangguhkan dan akan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan. Harap maklum.http://upu.mohe.gov.my/

P/S;entry ini dedikasi untuk bekas pelajar saya di SMKTJ  & SMK BTR , SMKK

Tuesday, September 08, 2009

Menjelang Peperiksaan


Menjelang Peperiksaan....


Semalam, saya menelefon bonda saya bertanya khabar. telupa pula, Johor tidak cuti pada Nuzul Quran tetapi telah bercuti pada 1 Ramadhan. Terlupa juga, bonda saya seorang yang gigih bekerja dan telah hampir menjadi warga emas. Terlupa juga, sewaktu saya call bonda adalah masa bertugasnya. maaf mencuri sedikit masa kerja bonda. Mujur saja waktu itu bonda free.

Kami hanya dapat berbicara sebentar. Sebenarnya hampir setiap hari atau seminggu 4 kali saya menelefon bonda. Bil Telefon? Saya tak kisah kerana dalam menghubungkan silatarrahim suami berpesan usah berkira. Nampaknya, bonda sibuk dalam membuat persiapan akhir. Persiapan apa bonda? Tanya saya.

"Esok UPSR, Kakak. Kami di sini sibuk mempersiapkan dewan dan pelajar dalam menghadapi UPSR esok ni. Berdebar-debar jugak hati mak ni, kak,"

"Ya Allah, sampai lupa kakak esok ada peperiksaan besar untuk murid-murid sekolah rendah," tutur saya.

"Kasihan kakak. Banyak yang kakak tak tahu tentang perkembangan pendidikan ya. Sabarlah ya kak,"kata bondaku.

Oklah. Itu sedikit perbualan saya dengan bonda tentang debaran, harapan dan impian seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan.

UPSR, PMR dan SPM….Istilah-istilahn ini begitu sinonim dengan anak-anak kita di bangku sekolah menengah. Apa tidaknya, setiap kali menjelang musim peperiksaan, anak-anak kita bertungkus-lumus membuat latihan, ulang kaji dan menghadiri kelas tuisyen intensif serta kelas tambahan, walaupun ada juga yang ebrsikap sambil lewa dan langsung tidak peduli. Ada ibubapa yang turut bimbang dan gemuruh menjelang musim peperiksaan anak masing-masing.
Biar apa pun, kita bertanggungjawab mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.

Di sini, saya tulis kembali catatan penulis Bangku Sekolah Anis, En. Mohd Hafiz Abdul Hamid memberikan beberapa tip untuk ibu bapa menjelang peperiksaan anak-anak anda.

1. KURANGKAN AKTIVITI LUAR

2. FAHAMI TEKANAN ANAK-ANAK

3. GANJARAN

4. JANGAN PAKSA ANAK

5. BERDOA UNTUK ANAK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design