Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

Friday, September 07, 2012

Felda bantu tampung kos PTPTN anak peneroka


Felda bantu tampung kos PTPTN anak peneroka

BESUT 6 Sept. - Felda akan menampung sebahagian kos pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan kepada anak-anak peneroka Felda.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah sebahagian langkah Felda untuk memperluas peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.

Peneroka FELDA nafi hilang tanah

Peneroka FELDA nafi hilang tanah
Peneroka nafi hilang tanah

Sumber; Berita Harian, 06/09/2012 - 08:21:52 AM

Bentong: Kira-kira 616 peneroka FELDA Lurah Bilut, dekat sini menafikan tanah milik mereka akan hilang seperti didakwa pembangkang susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Wednesday, September 05, 2012

Felda tambah pinjaman perumahan RM100j


Felda tambah pinjaman perumahan RM100j

JEMPOL 4 Sept. - Felda akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi kemudahan pinjaman perumahan untuk membolehkan masyarakat peneroka mempunyai kediaman yang selesa.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, kemudahan pinjaman itu boleh digunakan untuk tujuan membina rumah baharu ataupun membaik pulih kediaman sedia ada.

"Penambahan peruntukan tersebut diharap dapat melancarkan lagi status permohonan pinjaman membina rumah baharu atau membaik pulih, yang masih tertangguh kepada peneroka yang layak.

Sunday, September 02, 2012

Hutang Peneroka Beli Saham Felda Ambil Alih

Felda Ambil Alih Hutang Peneroka Beli Saham Mulai 1 Sept



SERDANG, 29 Ogos (Bernama) -- Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata peruntukan RM360 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh peneroka, kepada 10 konsortium bank.

Wednesday, August 01, 2012

Bekas Isteri Peneroka FELDA Tuntut Durian Runtuh

Bekas Isteri Peneroka FELDA Tuntut Durian Runtuh


Bekas isteri tuntut durian runtuh

BANDAR TUN RAZAK - Bekas isteri peneroka menuntut janji Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang sebelum ini menyatakan mereka layak menerima separuh daripada duit durian runtuh fasa kedua iaitu sebanyak RM2,500.

Aminah Zulkifly, 46, berkata, mereka berhak mendapat duit berkenaan memandangkan sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan wang durian runtuh itu adalah imbuhan daripada hasil titik peluh peneroka dan penerokawati ketika membangunkan tanah Felda dahulu.

Wednesday, July 18, 2012

PKNK Beli Saham FGV Tindakan Bijak

PKNK Beli Saham FGV Tindakan Bijak


Tindakan bijak: Isa

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad menyifatkan tindakan pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang membeli 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) sebagai tindakan bijak.

Menurut Isa, pegawai PKNK mengetahui keuntungan yang akan diperoleh dengan pembelian saham itu dan sekali gus membuat keputusan untuk membelinya bagi tujuan perniagaan tanpa merujuk dulu kepada lembaga pengarah.

Tuesday, June 19, 2012

Datuk Tan Aminuddin meninggal dunia

Datuk Tan Aminuddin meninggal dunia 
2012/06/19 (Berita Harian)

Datuk Tan Aminuddin
Datuk Tan Aminuddin
 
TEMERLOH: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA, Datuk Tan Aminuddin, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di sini, jam 9 pagi tadi.

Beliau yang juga ADUN Chenor dan Ketua UMNO Bahagian Maran, dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lalu selepas mengalami keracunan makanan.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Kampung Machang Gelap, Seberang Chenor, Maran, hari ini.

Tawaran Saham FGVH Majoriti Peneroka Setju

Majoriti peneroka terima tawaran saham FGVH




MOHD. ISA (dua dari kiri) menyampaikan replika kad ahli alumni Kolej Yayasan Felda kepada Ruzman Awang di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga di Bentong semalam.

2012/06/17

BENTONG: Majoriti peneroka Felda bersetuju menerima tawaran saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebanyak 800 unit, kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Beliau berkata, hanya segelintir daripada 112,635 peneroka yang menolak tawaran saham berkenaan.
"Penyenaraian FGVH dijadual 28 Jun di Bursa Malaysia, dan kami menerima maklum balas positif warga Felda walaupun ada yang tidak berpuashati dengan jumlah saham yang ditawarkan kepada mereka.

Monday, June 11, 2012

Pengagihan saham FGVH

Pengagihan saham FGVH Adil (Berita Harian)



KUALA TERENGGANU: Kakitangan FELDA diberi 2.5 peratus saham FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), selepas kerajaan mengambil kira pelbagai kelebihan dan manfaat yang sudah diterima peneroka selama ini tetapi tidak dinikmati kakitangan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kakitangan dan peneroka FELDA masing-masing menerima saham jumlah yang sama, namun disebabkan bilangan peneroka lebih ramai berbanding kakitangan, agihan saham yang diterima peneroka kelihatan lebih kecil berbanding kakitangan.

“Kita mempunyai 112,635 peneroka di seluruh negara manakala bilangan kakitangan hanya 23,000 orang,” katanya selepas berucap pada Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia di Wisma Darul Iman di sini, semalam. Seramai 2,500 peserta menghadiri seminar itu yang perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar yang mendedahkan terdapat golongan peneroka yang tidak berpuas hati dengan agihan saham yang didakwa berat sebelah oleh FELDA kepada kakitangan.

Sunday, May 27, 2012

Prospektus Penyenaraian FGVH Dilancarkan Khamis

Prospektus Penyenaraian FGVH Dilancarkan Khamis

PM Lancar Prospektus Penyenaraian FGVH Khamis depan



MOHD ISA merasmikan Hari Kesihatan FELDA Wilayah Terengganu dan sambutan Hari TB Sedunia Peringkat Negeri Terengganu sambil disaksikan Dr Anwa di FELDA Ketengah Jaya, Dungun, semalam.

DUNGUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan prospektus penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Kuala Lumpur Khamis depan.

Menyatakan demikian, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pelancaran itu bagi membolehkan FGVH disenaraikan ke Bursa Malaysia.

"Cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk Datuk Seri Najib melancarkan kempen penyenaraian FGVH serta proses penerimaan tempahan di mana 20 peratus sahamnya menjadi milik peneroka yang berjumlah 112,635 orang.

"Manakala 17 peratus lagi sahamnya dipegang oleh badan amanah jemaah menteri yang menjaga Felda," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Felda Wilayah Terengganu dan sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri Terengganu di Ketengah Jaya dekat sini, Sabtu.

Mohd Isa berkata, daripada 20 peratus saham milik peneroka itu yang mendapat untung, ia akan diagihkan kepada semua 112,635 peneroka berkenaan.

Katanya selain itu Felda juga mengagihkan saham kepada kerajaan-kerajaan negeri dan yang menjadi amalan Felda, saham-saham juga akan diagihkan kepada institusi-institusi pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan lain-lain.

Tuesday, April 17, 2012

Manfaatkan PDK Latih kemahiran anak OKU

Manfaatkan PDK Latih kemahiran anak OKU

 


 


Di seluruh negara, terdapat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.

PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

PENGENALAN

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya dibei peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. 

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). 

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU

 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di FELDA

Terdapat 62 buah pusat PDK di tanah-tanah rancangan FELDA di seluruh negara termasuk Sabah yang terlibat dalam Program Semai Bakti PDK. 

Pahang adalah negeri terbanyak mempunyai pusat PDK di tanah-tanah rancangan. Dari segi pentadbiran dan struktur, prasarana pusat PDK di tanah rancangan disediakan oleh pihak FELDA.

Manakala kewangan atau geran tahunan disalurkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Dari segi struktur organisasi, PDK mempunyai Pengerusi dan barisan jawatankuasa manakala urus tadbir pula diketuai oleh seorang penyelia dan beberapa orang petugas serta pembantu bergantung jumlah pelatih OKU..

Latih kemahiran anak OKU
KUANTAN – Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) mempunyai potensi yang luas untuk maju jika mereka dididik dengan baik serta dapat menguruskan diri sendiri

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Shamsiah Hussin berkata, ibu bapa atau penjaga disaran menghantar anak masing-masing ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) untuk melatih mereka supaya mahir dalam sesuatu bidang.

Monday, April 02, 2012

Penyenaraian FGVH Tanah Peneroka Tidak terbabit

 Penyenaraian FGVH Tanah Peneroka Tidak terbabit

Berita ini dipetik daripada akhbar Kosmo dan Utusan Malaysia, Isini, 2 April 2012. Gambar di bawah ialah bentuk asal rumah Peneroka Felda. 

Di rumah inilah juga, ada sesetangah guru tinggal semasa mereka mengajar di kawasan tanah rancangan (sekitar awal 80-an).


Penyenaraian FGVH tidak libatkan tanah peneroka


KUALA LUMPUR 1 April – Rancangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia tidak melibatkan tanah hak milik peneroka Felda sama sekali, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa langkah penyenaraian itu akan menyebabkan tanah hak milih peneroka tergadai di mana menurut beliau penyenaraian itu hanya melibatkan tanah kerajaan negeri. 

Thursday, February 23, 2012

Isu FELDA, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd,

FELDA tetap disenarai, Isu FELDA, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd,



WARGA FELDA mendengar taklimat mengenai penyenaraian FGVH daripada Isa di ibu negara, semalam.
Syarikat tujuan khas lindungi kepentingan 220,000 ahli koperasiSyarikat tujuan khas lindungi kepentingan 220,000 ahli koperasi

KUALA LUMPUR: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia akan diteruskan tanpa pembabitan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) dengan jaminan untuk tetap menjaga kepentingan peneroka.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad , berkata bagi tujuan itu, FELDA akan membentuk sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan melindungi kepentingan 220,000 ahli koperasi, termasuk 112,635 peneroka dan bakinya staf koperasi serta anak peneroka,.

“Memandangkan keuntungan yang bakal diterima daripada penyenaraian itu kelak tidak boleh disalurkan kepada KPF, syarikat itu akan mengambil peranan berkenaan dan memastikan peneroka mendapat manfaat secara terus, selain keuntungan yang bakal diraih sepanjang aktiviti perniagaannya pada masa depan.

“Peneroka tidak perlu bimbang nasib dan masa depan mereka kerana durian runtuh serta faedah yang bakal diperoleh daripada penyenaraian FGVH tetap diberi seperti dijanjikan,” katanya sambil menambah struktur dan pegangan syarikat itu dalam FGVH diumumkan sebelum penyenaraian nanti.


Isa berkata demikian pada taklimat media, semalam susulan pembatalan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF yang dijadual berlangsung di sini, kelmarin. Mesyuarat dibatalkan berikutan perintah Mahkamah Tinggi Kuantan pada 17 Februari lalu membenarkan injunksi sementara oleh lapan peneroka untuk menghalang KPF daripada memindahkan 51 peratus sahamnya dalam Felda Holdings Bhd (FHB) dan 10 anak syarikat miliknya kepada FGVH.





Mesyuarat agung khas itu diadakan bagi meluluskan usul cadangan pelupusan pegangan KPF bagi membolehkan pemindahan aset perniagaan milik koperasi kepada FGVH. Sebagai timbal balas, KPF diberi hak eksklusif sebagai pemegang saham terbesar iaitu 37 peratus.

Wednesday, February 22, 2012

Koperasi Permodalan Felda, Nasib 112,635 peneroka esok

Nasib 112,635 peneroka ditentukan esok


KUALA LUMPUR:21/2/2012, Esok, 1,200 perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan menentukan masa depan nasib 112,635 warga peneroka dan hala tuju agensi itu sebagai sebuah organisasi perladangan terbesar dunia, dalam mesyuarat agung perwakilan khas KPF.

Mesyuarat itu yang diadakan di Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab di sini, akan memperlihatkan perwakilan mengundi bagi meluluskan usul cadangan pelupusan pegangan 51 peratus milik KPF dalam FELDA Holdings Bhd, termasuk 10 anak syarikatnya kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Tujuan penjualan itu bagi membolehkan pemindahan aset perniagaan milik KPF kepada FGVH yang akan berfungsi sebagai entiti rasmi dalam organisasi perladangan itu menguruskan hal ehwal perniagaan.

Sebagai timbal balas, KPF yang mana 80 peratus ahlinya adalah warga FELDA, akan diberi hak eksklusif sebagai pemegang saham terbesar iaitu 37 peratus dalam FGVH apabila ia disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Mei nanti.

KPF kini memiliki 51 peratus pegangan dalam Felda Holdings, manakala baki 49 peratus lagi dimiliki FGVH, yang juga anak syarikat milik penuh FELDA.


Pemerhati pasaran berkata, penyenaraian FGVH adalah program transformasi untuk membawa perubahan strategik kepada perniagaan kumpulan FELDA ke tahap lebih tinggi bagi merealisasikan potensinya dalam mengkomersialkan hasil perladangan dalam aktiviti huluan dan hiliran di dalam dan luar negara.

Malah, katanya, penyenaraian FGVH bakal meletakkan sumber perladangan negara di peta dunia.
“Justeru, jika perwakilan membuat undian positif, maka sudah tentu masa depan peneroka akan terjamin berikutan hasil dividen dan saham yang dimiliki mereka dalam FGVH melalui KPF, dan jika mereka menolak, sudah pasti nasib peneroka tidak akan berubah,” katanya.

Bagi FGVH pula, pemerhati pasaran itu berpendapat cadangan penyenaraian syarikat berkenaan tetap diteruskan kerana ia tidak memerlukan sebarang persetujuan daripada peneroka mahupun KPF berikutan ia dimiliki sepenuhnya oleh FELDA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design