Mahmed Mohamed Pemuda Maghribi Bina Pesawat Kecil
Pemuda hampa pesawat buatan sendiri tidak lulus terbang
Mohamed Mahmed, 22, berposing di sebelah kapal terbang yang dibinanya di Berrechid, berhampiran Casablanca pada 31 Ogos, 2012.
Menurut Mohamed Mahmed pesawat boleh terbang sehingga kepada 120 km dengan kelajuan 200km / h, pada ketinggian 33 meter.
Kredit Photo: AFP / PHOTO / ABDELHAK Senna
BERRECHID - Seorang pemuda di Maghribi hampa kerana sebuah pesawat
kecil yang dibinanya di sini tidak mendapat kelulusan terbang oleh pihak
berkuasa negara itu.
Pemuda berkenaan, Mahmed Mohamed memberitahu agensi berita
AFP melalui telefon bahawa dia mengambil masa tiga bulan untuk membina pesawat ringan itu.
Berusia 22 tahun, Mahmed berkata, pesawat satu enjin berkenaan memiliki panjang empat meter dan berat sekitar 55 kilogram.