Followers
Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts
Thursday, November 19, 2015
Ayah Semoga dikau tenang di sana. Al Fatihah
Ayah Semoga dikau tenang di sana. Al Fatihah
Waktu ini, hujan petang mulai turun,. Musim tengkujuh mulai menampakkan warnanya. Suasana pejabat tempat ku mencari nafkah sunyi sepi. Alhamdulillah petang ni saya berkesempatan membuka email dan terharu pabila Tuan Insan Marhaen, hujan-petang, klik di sini, menyapa saya. Membaca entry Titisan Nurani, Warga Emas vs Warga Muda, teringat pada masakan bonda ku malam tadi. Ikan siakap masak 3 rasa.
Buat semua sahabat followers dan teman blog saya, saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan sahabat semua. Selama beberapa tahun ini saya perlu menyesuaikan diri dalam pola kehidupan saya yang sentiasa berubah-ubah...ada masa momentum itu terlalu pantas untuk saya kejar, untuk saya paut, untuk saya gapai. Terlalu sukar untuk dicoretkan di sini. Namun sokongan sahabat alam maya sejak dari tahun 2006 dahulu sangat saya hargai.

Thursday, December 27, 2012
Doaku Untukmu Adikku Agar Allah Berikan Jodoh Terbaik
Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa
Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa
Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa
“Wahai
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi
orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-furqan: 74)
(Surah Al-furqan: 74)
Rasullullah
diriwayatkan bersabda kepada kaum lelaki yang bermaksud,
"Ingatlah,
terimalah wasiatku, pergaulilah wanita (isteri) dengan baik kerana
sesungguhnya mereka adalah tanggungjawab di tangan kamu. Kalian tidak
mempunyai apa-apa hak daripada mereka kecuali perkara itu melainkan jika
mereka melakukan perbuatan yang menyimpang dan keji.
Apabila mereka melakukan perkara tersebut, maka janganlah tidur bersama mereka dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka patuh kepada kamu maka janganlah kalian mencari jalan menyakiti mereka. Ingatlah, sesungguhnya kamu mempunyai hak atas isteri-isteri kamu dan mereka mempunyai hak ke atas kamu.
Adapun hak kalian ke atas isteri-isteri kalian adalah tidak mengajak orang yang kamu benci tidur di atas ranjang kalian dan tidak pula mengajak orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Dan hak isteri-isteri kamu ke atas kamu adalah memberikan pakaian dan makanan kepada mereka dengan baik."

Doaku buatmu adik-adikku. Baik adik kandung, sepupu, saudara mara, sahabat handai yang masih bujang...
Walau di mana kalian berada. Walau kita kian dihambat masa yang sangat mencemburui kita. Walau jauh beratus batu dan jua beribu batu terpisah oleh gunung dan lautan.
Tiada pernah kulupa wajah-wajahmu adik-adikku. Adik lelaki. Adik perempuan. Khususnya wajah adik perempuanku...samada adik kandung, adik sepupu, adak saudara jauh dan ....
Labels:
cinta,
doa,
Fikir fikir,
Islam,
jodoh itu rahsia Allah,
Kisah Masyarakat,
omelanku,
psikologi,
puisi,
Rasululluah SAW,
suami isteri,
ukhuwah,
Wanita
Wednesday, September 05, 2012
Alfatihah Buat 2 Siswi Malaysia Maut Kemalangan di Rusia
Alfatihah Buat 2 Siswi Malaysia Maut Kemalangan di Rusia
Blog myukhuwwah mendoakan agar roh Allahyarhamah Hanisah Muhd. Shah dan Allahyarhamah Adzreen Dimyati ditempatkan dikalangan hamba Allah yang bertaqwa dan muqorrobin. Amin.
Alfatihah buat Allahyarhamah Hanisah Muhd. Shah dan Allahyarhamah Adzreen Dimyati.
Mari kita mendoakan kesembuhan lima
orang lagi pelajar kita yang turut terbabit dengan kemalangan ini Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin and Siti Romeza Abdul Raza. Kita berharap ahli keluarga mereka semua tabah dan sabar dengan ujian berat ini.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman,
sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada
yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja.
Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah
anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar.
Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
Hadith riwayat Muslim.
Entry ini akan menjadi entry utama blog ini sehingga pukul 7.30 malam 5/9/2012. Sekian terima aksih kerana sudi membaca blog ini dan menghadiahkan al Fatihah buat roh-roh mangsa kemalangan ini.
Entry ini akan menjadi entry utama blog ini sehingga pukul 7.30 malam 5/9/2012. Sekian terima aksih kerana sudi membaca blog ini dan menghadiahkan al Fatihah buat roh-roh mangsa kemalangan ini.
Petikan dari blog:
Tiga orang terbunuh dan lima yang lain telah dimasukkan ke hospital akibat kemalangan yang berlaku di lebuh raya persekutuan M-7 di daerah Vladimir. Kemalangan yang melibatkan kereta dan Ford Transit bas Neoplan berlaku di seksyen 287 kilometer "Volga". Dalam van tujuh orang di dalam bas 27. Satu sumber di Kementerian Kecemasan daerah Vladimir, tiga orang telah terbunuh termasuk pemandu kereta "Ford." Semua yang mati dan cedera adalah pelajar warganegara Malaysia yang sedang menuntut di Acedami Perubatan Nizhny Novgorod kecuali pemandu van.
Jenazah dua pelajar dijadual tiba malam ini
VLADIVOSTOK, Rusia 6 Sept. - Jenazah dua pelajar Malaysia yang terbunuh dalam nahas di Rusia dijadualkan tiba di tanah air pada malam esok selepas diterbangkan pulang dari Moscow awal pagi.Duta Malaysia di Rusia, Datuk Zainol Abidin Omar berkata, kedutaan sedang menyempurnakan persiapan dan dokumentasi bagi membawa pulang kedua-dua jenazah pelajar Malaysia yang terbunuh itu.
"Kita berusaha selesaikan semua itu hari ini. Insya-Allah jika penerbangan dapat disahkan, kita akan bawa pulang jenazah-jenazah tersebut melalui Dubai ke Kuala Lumpur pada awal pagi nanti dan tiba malam esok," katanya di sini hari ini.
Labels:
doa,
Pelajar di Oversea,
prihatin,
Saudara Kita
Thursday, February 23, 2012
Hajat Anak Kecilku, Ya Allah, Perkenankanlah
Hajat Anak Kecilku
Hajat Anak Kecilku
2 hari yang lalu, mama bersolat berdua sahaja dengan anak kecil mama.
Oleh sebab anak mama adalah lelaki, walaupun dia belum mumaiz apatah lagi belum baligh, dia tetap kena berada di hadapan mama sewaktu solat. Anak kecil mama sangat gembira bila dia berpeluang berada di ahdapan mama. Hanya mama dan anak mama yang kecil. Jadi, dia menyangkakan dia telah menjadi imam.
Usai Solat Zuhur, anak kecil mama, memanjatkan doa. Pada mulanya, mama berdiam diri di belakang anak lelaki mama, yang masih kecil itu.
Namun, lama kelamaan mama menitiskan air mata...pabila mendengar bait-bait doa si kecil mama.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Tunaikanlah hajatku. Ya Allah, pindahkanlah segera papa aku ke sini. Aku nak sangat agar papa aku dapat tinggal bersama aku dengan mama dan keluarga aku. Ya Allah..."
Itu lah sebahagian hajat anak ku,yang membuatkan diri ini terkesima seketika. Dengan perkataan yang agak pelat oleh budak berusia 3 tahun lebih itu...
Sungguh mama tak menyangka, anak mama punyai harapan yang sangat tinggi.
Anak mama tak pernah luahkan perasaan itu pada mama.
Ya Allah. Engkau Maha Memahami dan Maha Mengerti akan masalah kami. Allah...dan selepas anak mama selesai berdoa, anak mama berjabat tangan, mencium mama. Lalu mama memeluk erat anak mama.
"Ya Allah, semoga Engkau tunaikan hajat anak kecil ku ini. Semoga Engkau kuatkan aku hadapi ujian ini" doaku dalam hati.
p/s; Perkahwinan Jarak jauh, memerlukan ketabahan, kesetiaan, kecekalan dan pengorbanan...
Labels:
baiti jannati,
doa,
keluarga
Friday, November 25, 2011
Hijrah, Mari Kita Hayati Bersama
Hijrah, Mari Kita Hayati Bersama
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam maal hijrah 1433. Semoga kehadiran 1 Muharam 1433 akan membawa kita ke arah lebih baik dalam segala aspek kehidupan diri dan masyarakat seluruhnya bagi mewujudkan manusia yang terbaik.
Perkataan 'hijrah' adalah daripada perkataan Bahasa Arab. Ia bermaksud berpisah atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain, atau dalam konteks yang lain hijrah juga boleh dikaitkan dengan perubahan sikap atau tingkah laku.
Dalam hal ini Allah SWT berfirman menyarankan umat Islam berhijrah ke arah iman yang lebih kukuh dan mantap dan hijrah juga sebagai satu ujian dalam hidup.
Ini kerana setiap manusia yang hidup pasti akan menerima ujian, lebih-lebih lagi orang-orang yang beriman. Semakin tinggi darjat keimanan seseorang itu, maka semakin tinggilah ujian keimanan yang akan dihadapinya.
Hijrah, Mari Kita Hayati Bersama. Myukhuwwah memuat naik artikel daripada Utusan malaysia bertajuk, Hijrah membina penghayatan Islam,tulisan Oleh DR. BURHANUDDIN ABDUL JALAL.
Hijrah membina penghayatan Islam
AHAD ini umat Islam seluruh dunia menyambut tahun baru hijrah 1433. Di negara kita sambutan tahun baru hijrah atau sambutan Maal Hijrah adalah salah satu kebesaran Islam rasmi peringkat negara. Tema sambutan pada tahun ini adalah 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'.
Tarikh 1 Muharam atau sambutan tahun baru hijrah adalah perkara yang telah sedia maklum dan difahami oleh kebanyakan orang. Telah banyak perkara berkaitan dengan sejarah hijrah dan juga sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW diperbincang setiap kali sambutan Maal Hijrah.
Namun demikian tidak dinafikan juga kemungkinan kita terlepas pandang atau tidak menyedari tentang peristiwa sejarah yang berlaku itu mempunyai pengajaran dan iktibar yang amat bermakna.
Perlu kita sedari bahawa Allah SWT tidak menjadikan sesuatu peristiwa itu dengan sia-sia bahkan ada pengajaran atau ibrah di sebalik peristiwa tersebut dengan tujuan dijadikan pengajaran dan iktibar serta panduan kepada umat yang berikutnya.
Ini seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam yang bermaksud, Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf: 111)
Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, sebagai pemimpin dan pembawa kebenaran kepada seluruh umat.
Banyak peristiwa sejarah atau sirah yang telah berlaku kepada Nabi Muhammad. Salah satu sejarah penting dalam perjalanan Nabi Muhammad sebagai Nabi Utusan Allah untuk membimbing dan membawa jalan kebenaran kepada umat manusia ialah peristiwa hijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.
Peristiwa hijrah nabi dari kota Mekah ke Madinah sarat dengan perjuangan, pertentangan serta cabaran. Ketika hendak meninggalkan kota Mekah, baginda ada menyatakan, "Aku cinta padamu wahai kota Mekah, tempat aku dilahirkan, namun aku yang dapat aku katakan, aku diusir oleh penduduk kota Mekah sendiri".
Penghijrahan yang dilakukan secara diam-diam dan bersembunyi itu dilakukan agar tidak dapat diketahui dan dihidu oleh para musuh yang terdiri dari pelbagai puak dan bangsa yang mungkin boleh katakan sebagai pasukan musuh dari pelbagai pihak (multinasional).
Ini menyebabkan Nabi dan Abu Bakar terpaksa bermalam di Gua Thur sebagai tempat persinggahan yang pertama.
Ketika di Gua Thur, Nabi SAW sempat memberi nasihat dan kata-kata rangsangan kepada sahabatnya Abu Bakar dengan kata-kata, la takhaf wa la tahzan innallaha maana (jangan takut dan jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita).
Berdasarkan peristiwa yang penuh tragis, cabaran dan penuh bermakna itu, Khalifah Umar al-Khattab memilih bulan Muharam sebagai bulan permulaan tahun Islam setelah menerima pandangan dari Ali Ibn Talib.
Berdasarkan itu juga bulan muharam merupakan salah satu dari empat bulan (Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) yang dimuliakan dalam Islam iaitu bulan-bulan yang diharamkan berperang dan melakukan kekerasan.
Thursday, November 24, 2011
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun
Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera.
Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak.
Selawat dan Salam ke atas Nabi kita dan Rasul kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.
Menjelang petang Sabtu ini sebelum berakhirnya waktu Asar, menandakan tahun Hijrah 1432 akan melabuhkan tirainya. Dengan itu tahun baru Hijrah 1433 akan muncul selepas waktu maghrib.
Doa awal tahun adalah doa pembukaan bagi tahun hijrah.
Ianya dibaca selepas solat Maghrib 1 Muharram setiap tahun.
(Pertukaran hari berlaku apabila masuknya waktu maghrib)
Ianya dibaca selepas solat Maghrib 1 Muharram setiap tahun.
(Pertukaran hari berlaku apabila masuknya waktu maghrib)
DOA AWAL TAHUN
Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun.
Berikut adalah doa awal tahun:
Maksud Doa:
Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:
Akhir kalam, sebelum kita berhenti di sini dan bertemu lagi di lain lembaran tahun Hijrah, marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Para pembaca yang dikasihi sekelian,
Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:
"Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya."
(al- Baqarah : 200-202).
Akhir kalam, sebelum kita berhenti di sini dan bertemu lagi di lain lembaran tahun Hijrah, marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.
Doa Akhir Tahun, Tahun Hijrah
Doa Akhir Tahun
Tarikh 1 Muharam 1433, bersamaan 27 November 2011, Hari Ahad.
Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Jika tahun ini, waktu membaca doa akhir tahun 1432 Hijrah ialah pada hari Sabtu, 26 November 2011.
Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang.
Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.
Doa Akhir Tahun.
Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Para pembaca yang dikasihi sekelian,
Akhir kalam, sebelum kita berhenti di sini dan bertemu lagi di lain lembaran tahun Hijrah, marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.
Akhir kalam, sebelum kita berhenti di sini dan bertemu lagi di lain lembaran tahun Hijrah, marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.
Subscribe to:
Posts (Atom)