Followers
Showing posts with label ibu bapa. Show all posts
Showing posts with label ibu bapa. Show all posts
Thursday, November 19, 2015
Ayah Semoga dikau tenang di sana. Al Fatihah
Ayah Semoga dikau tenang di sana. Al Fatihah
Waktu ini, hujan petang mulai turun,. Musim tengkujuh mulai menampakkan warnanya. Suasana pejabat tempat ku mencari nafkah sunyi sepi. Alhamdulillah petang ni saya berkesempatan membuka email dan terharu pabila Tuan Insan Marhaen, hujan-petang, klik di sini, menyapa saya. Membaca entry Titisan Nurani, Warga Emas vs Warga Muda, teringat pada masakan bonda ku malam tadi. Ikan siakap masak 3 rasa.
Buat semua sahabat followers dan teman blog saya, saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan sahabat semua. Selama beberapa tahun ini saya perlu menyesuaikan diri dalam pola kehidupan saya yang sentiasa berubah-ubah...ada masa momentum itu terlalu pantas untuk saya kejar, untuk saya paut, untuk saya gapai. Terlalu sukar untuk dicoretkan di sini. Namun sokongan sahabat alam maya sejak dari tahun 2006 dahulu sangat saya hargai.

Saturday, April 13, 2013
BULI OH BULI JANGAN BULI BALIK
BULI OH BULI JANGAN BULI BALIK
talian hotline KPM buli 1-800-884774
Kenyataan di atas saya petik dari FB IKIMfm
Jika ditanya pengalaman saya sepanjang bergelar pelajar di asrama, Alhamdulillah Allah memudahkan urusan pembelajaran saya. Kami hidup saling berkasih sayang. Senior bantu junior. Ketika pertama kali masuk ke asrama, telaha da senior dan guru yang membantu saya menyusun kain baju di almari.
Peristiwa paling ingat, akak senior tolong mencucikan semua pakaian dan cadar saya dengan tangannya sehingga saya sudah tahu cara nak mencuci cadar dengan baik barulah kakak senior benarkan saya cuci sendiri cadar asrama saya. Terasa sangat kasih sayang mereka kepada saya dan akawan-kawan.
Pihak sekolah mengadakan program naqibah di mana kakak naqibah akan ambil tahu kebajikan adik-adik naqibahnya.
talian hotline KPM buli 1-800-884774
TOPIK PAGI @ IKIM.fm : Dibuli dan dipukul oleh rakan
sebaya, dipaksa makan pil yang tidak diketahui: Sekiranya ini berlaku
kepada anak anda, apakah yang akan anda lakukan? (3 Rabi'ulakhir / 14 Februari 2013)
Apa tindakan sewajarnya?
Kenyataan di atas saya petik dari FB IKIMfm
Jika ditanya pengalaman saya sepanjang bergelar pelajar di asrama, Alhamdulillah Allah memudahkan urusan pembelajaran saya. Kami hidup saling berkasih sayang. Senior bantu junior. Ketika pertama kali masuk ke asrama, telaha da senior dan guru yang membantu saya menyusun kain baju di almari.
Peristiwa paling ingat, akak senior tolong mencucikan semua pakaian dan cadar saya dengan tangannya sehingga saya sudah tahu cara nak mencuci cadar dengan baik barulah kakak senior benarkan saya cuci sendiri cadar asrama saya. Terasa sangat kasih sayang mereka kepada saya dan akawan-kawan.
Pihak sekolah mengadakan program naqibah di mana kakak naqibah akan ambil tahu kebajikan adik-adik naqibahnya.
Sunday, November 18, 2012
Kembar Hilang Pada Malam Hari Norliana nafi pura-pura mengandung
Kembar Hilang Pada Malam Hari
Norliana nafi pura-pura mengandung
NORLIANA bersama suami, Aziz Hussein menunjukkan barangan yang telah dibeli untuk menyambut kelahiran bayi kembarnya di Kampung Kelut Jabi, Pokok Sena, Kedah kelmarin.
CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di
Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah
Kembar Hilang Ketika Sarat Hamil
Norliana nafi pura-pura mengandung
Secara peribadi, pernah mendengar cerita rakan yang mengalami perkara yang sama. Apa pun pasti ini semua berlaku dengan izin Allah dan ia sebagai tanda kebesaran Allah jua.
SEBAGAI hamba yang mengaku beragama Islam, mempercayai perkara ghaib merupakan bukti keimanan kita kepada kekuasaan Allah.
Justeru,
bayangkan perasaan seorang wanita apabila anak dalam kandungan yang
ditunggu untuk dilahirkan ke dunia tiba-tiba hilang dalam sekelip mata
tanpa mengetahui puncanya.
Sebagai seorang muslim, semoga kesabaran terus memayungi kehidupan kita yang sementara di dunia ini.
Pasti setiap sesuatu kejadian samada ia menggembirakan atau mendukacitakan hati seorang Muslim itu, ia mengandungi hikmah yang kadang kala waktu musibah itu berlaku, tidak kita ketahui.
Setelah kita berjaya mengharungi musibah itu, barulah kita tahu dan sedar rupanya banyak hikmah yang Allah berikan pada kita, sebenarnya Allah itu terlalu baik buat kita.
Allah tahu apa yang terbaik buat kita meski saat mengharungi musibah kita sudah rasa tidak tertanggung lagi.
p/s: Ketika
mengandung, ibu Muslim digalakkan untuk perbanyakkan amalan sunat dan
membaca Al-Quran agar sentiasa terpelihara dari anasir-anasir jahat yang
kita tidak nampak. Membaca Ayat Qursi juga digalakkan.
Kembar Hilang Ketika Hamil
Norliana nafi pura-pura mengandung
POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.
Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.
Labels:
diary kehamilan,
ibu bapa,
Kedah,
Kesihatan,
Kisah Masyarakat,
suami isteri,
Wanita
Ibu Mithali menjaga anak kurang upaya kritikal terlantar
Ibu Mithali menjaga anak kurang
upaya kritikal terlantar
KUALA LUMPUR: Tiga wanita ini layak digelar ibu mithali kerana berjiwa kental dalam mengharungi pelbagai dugaan menjaga anak kurang upaya kritikal terlantar (AKUKT).
Ujian mereka sungguh hebat. Nooriani Mat Noh, 38, terpaksa menerima hakikat memiliki anak istimewa selepas kehilangan dua anak pertama; anak Norhayati Mohd Idris, 37, pula menghidap sekurang-kurangnya lima penyakit serius, manakala Fatiah Man, 41, kerap tidur malam dalam keadaan duduk sambil memeluk anak istimewanya.
Ibu berjiwa kental
LAHIR AWAL... Tasha kanak-kanak albino penghidap CP.

Kesihatan Anak Kecil,
Kisah Masyarakat,
OKU,
Wanita
Saturday, June 23, 2012
Anak Sakit Barah Ibu Kongsi Derita
Anak Sakit Barah Ibu Kongsi Derita
Zeti tabah hadapi dugaan anak sakit barah tulang, jadi penghuni wad di PPUM
MELIHAT anak membesar dengan sihat dan cergas tentunya menjadi impian ibu bapa, namun apabila anak mengalami penyakit merbahaya seperti barah, pastinya kegembiraan keluarga seakan diragut serta merta.
Namun hidup wajar diteruskan dan walau apa musibah yang melanda, ibu
bapa perlu menunjukkan sikap positif dan tidak putus ada terhadap anak
yang mengalami penyakit pada tahap kritikal mahupun kronik kerana pasti
ada hikmah tersendiri di sebalik apa yang berlaku.
Bahkan, memiliki anak yang menghidap penyakit merbahaya juga
menjadikan ibu bapa lebih teguh dan semakin akrab dengan anak kerana
kasih sayang yang erat memberikan semangat baru kepada anak.
Meskipun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, namun sebagai individu yang berpegang teguh kepada ketentuan Ilahi, situasi sukar berkenaan akan dilalui dengan tabah dan penuh tawakal.
Begitulah rutin Zeti Firdaus Ramli, 28, pula yang ‘menetap’ di wad kerana menemankan anaknya, Wan Arif Ferdauss Wan Ahmad Affendi, 8, terpaksa menghadapi kenyataan bahawa anak tersayang menghidap barah tulang dan perlu menjadi penghuni di wad kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.
Zeti dan Wan Arif.
Zeti tabah hadapi dugaan anak sakit barah tulang, jadi penghuni wad di PPUM
MELIHAT anak membesar dengan sihat dan cergas tentunya menjadi impian ibu bapa, namun apabila anak mengalami penyakit merbahaya seperti barah, pastinya kegembiraan keluarga seakan diragut serta merta.
Meskipun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, namun sebagai individu yang berpegang teguh kepada ketentuan Ilahi, situasi sukar berkenaan akan dilalui dengan tabah dan penuh tawakal.
Begitulah rutin Zeti Firdaus Ramli, 28, pula yang ‘menetap’ di wad kerana menemankan anaknya, Wan Arif Ferdauss Wan Ahmad Affendi, 8, terpaksa menghadapi kenyataan bahawa anak tersayang menghidap barah tulang dan perlu menjadi penghuni di wad kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.
Labels:
anak,
ibu bapa,
Kesihatan,
Pengalaman Pesakit Barah
Friday, June 22, 2012
Jangan takutkan anak dengan hantu
Jangan takutkan anak dengan hantu

PERBUATAN menakutkan anak dengan
cerita hantu untuk membuatkan mereka berhenti menangis atau mengawal
tingkah laku bukanlah satu tindakan yang wajar dalam mendidik si kecil.
HANTU dan puaka merupakan sebahagian daripada watak-watak yang selalu
hadir di sekeliling kita. Ia diceritakan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain. Ini menjadikan seolah-olah hantu dan puaka itu
seolah-olah selalu mengekori manusia.
Sungguhpun watak hantu telah ditafsirkan dengan pelbagai cara dan
diceritakan daripada satu individu kepada individu yang lain, namun
sangat jarang yang pernah melihatnya sendiri.
Banyak daripada watak hantu yang seram dan mengerikan itu bersumberkan daripada cerita orang lain.
Bagaimanapun, kerana ia menjadi cerita yang dipercayai, watak hantu telah menjadi sebahagian daripada perbualan masyarakat.
Disebabkan cerita hantu mampu menarik minat, mutakhir ini lambakan filem seram telah menguasai industri perfileman kita.
Sungguhpun watak hantu telah ditafsirkan dengan pelbagai cara dan diceritakan daripada satu individu kepada individu yang lain, namun sangat jarang yang pernah melihatnya sendiri.
Banyak daripada watak hantu yang seram dan mengerikan itu bersumberkan daripada cerita orang lain.
Bagaimanapun, kerana ia menjadi cerita yang dipercayai, watak hantu telah menjadi sebahagian daripada perbualan masyarakat.
Disebabkan cerita hantu mampu menarik minat, mutakhir ini lambakan filem seram telah menguasai industri perfileman kita.
Labels:
anak,
ibu bapa,
suami isteri
Wednesday, February 22, 2012
Diari Abah, Cinta Seorang Suami,
Diari Abah, Cinta Seorang Suami,
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah benar yang dititip di blog ini, disalin dari berita Minggu, buat renungan diri ini...
Bait akhir ‘isteriku sudah meninggal dunia’ penutup cerita terpahat sekian lama
TANGGAL 14.11,1996, isteriku meninggal dunia. “Itulah bait akhir ditulis oleh Abah. Sejak dari tarikh itu Abah tidak lagi membuka diari yang menjadi teman setia, apatah lagi untuk menulis peristiwa yang difikirkan penting dalam hidupnya.
“Diari itu memang bermakna bagi Abah. Setiap peristiwa membabitkan keluarga misalnya perkahwinan anak, kelahiran cucu semua dicatat, menggambarkan betapa berharga kasih sayang Abah terhadap isteri yang melahirkan zuriat dan keturunannya.
“Bagaimanapun, selepas tanggal 14.11.96, Abah tidak lagi berasa peristiwa selepas itu penting kerana dia tidak dapat lagi berkongsi dengan wanita disayanginya,” kata Teh yang ingin berkongsi detik hidup bersama lelaki cekal iaitu bapa kepada lapan anak.
Menurut Teh, selepas kematian emak, Abah menjadi pendiam, bercakap bila perlu saja. Sebagai anak, Teh tidak tahu apa yang terbuku dalam hati Abah.
“Ketika emak nazak, saya melihat Abah terpaku depan emak. Abah menyambut tangan emak dan memaafkannya. Selepas itu emak pergi untuk selama-lamanya dengan tenang.
“Walaupun kurang bercakap, Abah tidak lupa rutin hariannya sebagai siak masjid. Sebelum masuk waktu solat, Abah sudah kemas berpakaian dan menunggang basikal ke masjid. Walaupun masjid hanya 100 meter dari rumah, Abah tidak pernah lekang dengan basikal tuanya.
“Sebelah pagi ketika arwah emak masih ada, rutin Abah ke pasar juga mengayuh basikal. Semua peniaga tidak kira Melayu, India dan China yang Abah menjadi pelanggan tetap, tahu barang apa yang Abah beli dari gerai mereka.
“Saya biasa menemankan Abah ke pasar dan Abah akan menunjukkan kepada saya gerai mana yang sering dikunjunginya dan barang apa yang dibeli di situ.
“Selepas emak meninggal dunia, Abah masih teruskan rutin itu. Kami tak mahu menyekatnya walaupun tahu Abah makin tua dan berdepan bahaya jika terus berbasikal ke pasar yang laluannya semakin sibuk."
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah benar yang dititip di blog ini, disalin dari berita Minggu, buat renungan diri ini...
Bait akhir ‘isteriku sudah meninggal dunia’ penutup cerita terpahat sekian lama
TANGGAL 14.11,1996, isteriku meninggal dunia. “Itulah bait akhir ditulis oleh Abah. Sejak dari tarikh itu Abah tidak lagi membuka diari yang menjadi teman setia, apatah lagi untuk menulis peristiwa yang difikirkan penting dalam hidupnya.
Menurut Teh, selepas kematian emak, Abah menjadi pendiam, bercakap bila perlu saja. Sebagai anak, Teh tidak tahu apa yang terbuku dalam hati Abah.
“Ketika emak nazak, saya melihat Abah terpaku depan emak. Abah menyambut tangan emak dan memaafkannya. Selepas itu emak pergi untuk selama-lamanya dengan tenang.
“Walaupun kurang bercakap, Abah tidak lupa rutin hariannya sebagai siak masjid. Sebelum masuk waktu solat, Abah sudah kemas berpakaian dan menunggang basikal ke masjid. Walaupun masjid hanya 100 meter dari rumah, Abah tidak pernah lekang dengan basikal tuanya.
“Sebelah pagi ketika arwah emak masih ada, rutin Abah ke pasar juga mengayuh basikal. Semua peniaga tidak kira Melayu, India dan China yang Abah menjadi pelanggan tetap, tahu barang apa yang Abah beli dari gerai mereka.
“Saya biasa menemankan Abah ke pasar dan Abah akan menunjukkan kepada saya gerai mana yang sering dikunjunginya dan barang apa yang dibeli di situ.
“Selepas emak meninggal dunia, Abah masih teruskan rutin itu. Kami tak mahu menyekatnya walaupun tahu Abah makin tua dan berdepan bahaya jika terus berbasikal ke pasar yang laluannya semakin sibuk."
Labels:
cinta,
ibu bapa,
jodoh itu rahsia Allah,
keluarga,
suami isteri
Monday, February 13, 2012
Hari-hari, kasih sayang, mari kita berkasih sayang
Hari-hari, Hari kasih sayang,
mari kita berkasih sayang kerana Allah
Alhamdulillah. Hari ini masih dipanjangkan usia. Ketika masih berada di Bulan Rabiul Awaal, Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW, mari kita, sesama Umat Islam, saling berkasih sayang kerana Allah.
Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan.. Saya percaya, setiap insan mahu diri mereka disayangi dan menyayangi kan?
Disayangi, menyayangi, dicintai, menyintai adalah fitrah kejadian insan.

Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai.. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat..
Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:
“Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.”
Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa simpati dan kasih sayang yang amat mendalam..
Sifat pengorbanan juga jelas kelihatan di kalangan para sahabat yang sanggup berkongsi apa jua kesenangan dan kesusahan di kalangan mereka… Inilah faktor utama kewujudan sebuah masyarakat dinamik yang muncul di tengah Kota Madinah, walaupun kota tersebut sebelum ini diselaputi dengan prasangka buruk dan kebencian sesama Arab Madinah..
Malah ia juga dapat meningkatkan taraf dan kedudukan masyarakat Arab Madinah yang sebelum ini hanya bekerja sebagai petani dan peladang, kepada suatu kedudukan yang dihormati. Peranan orang Muhajirin yang banyak berkongsi pengalaman dan kemahiran juga telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan masyarakat Kota Madinah. Itulah besarnya kuasa kasih sayang yang dipupuk dalam Islam..
Jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w dapat menyusun masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama dengan konsep kasih sayang dan tolerensi yang telah membawa satu kekuatan yang utuh. Kota Madinah pernah diserang oleh musuh, namun dengan semangat kerjasama dan pengorbanan yang tinggi, dapat ditangkis segala serangan tersebut.
Mari kita lihat sabda Baginda Rasulullah:
“Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain.”
Namun mutakhir ini, kasih sayang, sering disalah gunakan ke jalan yang salah. Pengertian kasih sayang tidak lagi mengikut acuan Islam. ENTAH di mana silapnya, masih ada remaja Islam yang menunggu-nunggu kedatangan 14 Februari setiap tahun untuk meraikan Hari Kekasih atau Valentine's Day.
Walhal sudah terang lagi bersuluh bahawa perayaan sedemikian haram disambut oleh umat Islam.
Majoriti tokoh agama menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syarak.
Menurut Panel Kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Malangnya, tahap iman yang nipis di kalangan remaja Islam menyebabkan mereka terpedaya dan termakan hasutan syaitan sehinggakan amat gembira menyambut Hari Kekasih.
Dalam bab meniru perbuatan kaum terutama yang bukan Islam, ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka". (riwayat Abu Daud)
Memang negara kita negara demokrasi. Ada hak kebebasan itu kepada rakyat kita, tetapi perlu diingat betapa haiwan juga tidak bebas berbuat apa disukainya. Jika manusia bebas buat apa dia suka, dianggap ia tidak masuk dalam agama. Jika sedar diri itu Islam, ikut cara dan undang-undang dalam agama ini. Jangan hidup dalam masyarakat jika mahu semuanya bebas. Jangan hidup beragama jika tidak tahu menghormati dan mematuhi hukum beragama. Jangan sampai dikatakan lebih hina daripada haiwan.
- Prof Datuk Dr Abd Shukor Hussin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.
Lewat malam ini juga, pasti kelihatan gelagat anak muda berpasangan berpelukan dengan penuh keasyikan, kononnya diulit rasa romantik sebagai tanda kasih sayang yang terbina selama ini ditambah erat pada hari penuh istimewa bagi mereka itu. Lena diulit intan, ramai pasangan bercinta menghabiskan sisa malam Valentine di ranjang, tanda kasih sayang termeterai walaupun tanpa ikatan pernikahan.
Ringkas cerita, golongan begini masih tidak yakin akan janji Allah tentang seksaan api neraka bagi golongan yang membantah dan mengingkari perintah Allah.
Hakikatnya, kita sering lupa konsep sambutan hari kasih sayang itu kebanyakannya bercanggah dengan ajaran Islam. Halalkah ciuman bagi bukan muhrim pada hari itu? Adakah Islam membenarkan pasangan kekasih berpimpin tangan, menari di kelab malam, berpelukan dan meneguk ‘air syaitan’ semata-mata untuk menunjukkan rasa sayang pada kekasihnya.
Larangan sudah jelas. Namun, pada kala ia ditegaskan betapa sambutan ini tidak dibenarkan dalam Islam, ada pula suara daripada bukan Islam yang memperlekehkan larangan ini dengan alasan sambutan sebegini adalah hak peribadi, tidak boleh diganggu dan terpulang pada individu itu sendiri. Kononnya, ini negara demokrasi.
“Haiwan itu ciptaan Allah dan haiwan juga hidup dalam peraturannya sendiri. Jelas dikatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah, tetapi jika kita tidak mematuhi hukum Islam dan sewenang-wenangnya melanggar larangannya, manusia itu layak dianggap lebih hina daripada haiwan.
“Memang negara kita negara demokrasi. Ada hak kebebasan itu kepada rakyat kita, tetapi perlu diingat betapa haiwan juga tidak bebas berbuat apa disukainya. Jika manusia bebas buat apa dia suka, dianggap ia tidak masuk dalam agama. Jika sedar diri itu Islam, ikut cara dan undang-undang dalam agama ini.
“Jangan hidup dalam masyarakat jika mahu semuanya bebas. Jangan hidup beragama jika tidak tahu menghormati dan mematuhi hukum beragama. Jangan sampai dikatakan lebih hina daripada haiwan.”
Itu kenyataan tegas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abd Shukor Hussin, yang jelas menolak konsep sambutan Hari Valentine terutama oleh umat Islam di negara ini dan seluruh dunia amnya. Bagi beliau, sambutan sebegitu lebih kepada menggalakkan perlakuan maksiat, sekali gus menjadikan sambutannya sebagai haram meskipun secara kecil-kecilan.
Malah, katanya, sambutan Valentine lebih kepada mengagungkan perayaan bukan Islam, selain menggalakkan maksiat. Secara terang-terangan ia diharamkan dalam Islam kerana menggalakkan perlakuan sumbang, terutama remaja yang gemar melakukan perkara dilarang termasuk maksiat.
“Kasih sayang penting dalam Islam dan menunjukkan kasih sayang tidak semestinya perlu ada hari khusus. Kita perlu saling mengasihi sesama kita. Islam mengajak umatnya mengasihi haiwan, apa lagi sesama manusia. Sayangi ibu bapa dan manusia lain, tetapi tidak perlu hari khusus.
“Sejarah Valentine tidak langsung menunjukkan membantu umat Islam meningkatkan amalan dan imannya. Malah, sejarah sambutan itu lebih banyak membawa kepada kerosakan akhlak. Oleh kerana itulah, Islam melarang dan jelas ia haram. Kebebasan adalah sesuatu yang sangat subjektif.
“Ada orang yang beranggapan menari dan minum sedikit itu sambutan kecil dan biasa. Ada yang anggap pegang dan peluk itu biasa. Soalnya, apa saja yang mereka buat itu bercanggah daripada hukum Islam dan sewajarnya dicegah. Agama lain tidak wajar masuk campur dalam urusan agama kita, sama seperti apa yang kita praktikkan,” katanya.
Beliau ternyata kurang senang apabila ada orang bukan Islam secara terang-terangan menyalahkan umat Islam yang melarang sambutan Hari Valentine dengan alasan ia adalah hak individu. Baginya, campur tangan sebegitu tidak wajar berlaku kerana setiap agama ada hukumnya sendiri dan perlu dipatuhi penganutnya.
“Untuk kamu agama kamu dan untuk kami agama kami.” Jelas dinyatakan dalam ayat akhir surah Al-Kafirun yang menunjukkan betapa Islam tegas dalam hal ini. Jaga agama kamu sendiri dan jangan sibuk dengan urusan hukum agama lain. Begitu juga kami (orang Islam) tidak sibuk dengan urusan agama kamu.
“Dalam Islam, sambutan Valentine haram dan perlu dijauhkan. Siapa yang mungkar dan tetap menyambutnya walaupun secara kecil tetap menempah dosa kerana ia jelas bercanggah dengan Islam. Jadi, itu hukum dalam agama Islam dan tidak wajar agama lain masuk campur dalam hal ini,” katanya lagi.

Amal yang terbaik adalah seperti Nabi Muhammad SAW,
yang menjanjikan jaminan hidup dunia dan akhirat,
Aturlah hidupmu dengan sunnah Rasulullah SAW,
Sinarilah hidupmu dengan ayat suci Al-Quran,
Cergaskan badanmu (zahir dan batin) dengan solat,
Didiklah akalmu dengan memperbanyakkan berfikir tentang kebesaran Allah SWT...

Semoga kita semua dalam kasih sayang Allah…
Wednesday, February 08, 2012
Puteriku Sayang, Maafkan Bonda
Aduhai Puteriku Sayang
Ketika Aqra’ bin Habis At Tamimi mengatakan bahwa ia memiliki sepuluh anak tapi tidak pernah mencium salah seorang di antara mereka, Rasulullah SAW bersabda
“Barangsiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak disayangi”
(HR. Bukhari dan Tirmizi)
Malam belum seberapa tua, mata anak sulungku belum juga boleh dipejamkan. Beberapa buku telah habis kubacakan hingga aku merasa semakin lelah.
“Kamu tidur ye Dila, ibu dah penat baca buku, kamu tak tidur-tidur juga,” pintaku .
Ditatapnya dalam wajahku, lalu kedua tangannya yang lembut membelai pipiku. Dan, oh Subhanallah, kehangatan terasa merasuki tubuhku ketika tanpa berkata-kata diciumnya kedua pipiku.
Tak lama kemudian, dia meminta dihantarkanke tandas dan gosok gigi. Ia tertidur kemudian, sebelumnya diucapkannya salam dan maafnya untukku.
“Maafkan kakak ya, ibu. Selamat malam,” ujarnya lembut. Kebiasaan itulah yang berlaku dalam keluarga kami sebelum tidur. Aku menghela nafas panjang sambil kuperhatikan si sulung yang kini telah menginjak sembilan tahun. Itu ertinya telah sepuluh tahun usia pernikahan kami.
Dentingan jam di dinding telah beranjak menuju tengah malam. Jam 12.35 pagi ketika kuterdengar dua ketukan di pintu. Itu ciri khas suamiku. Seperti katanya sebentar tadi di telefon, dia akan pulang lambat kerana ada urusan penting yang tidak boleh ditunda esok.
Suami tercinta sudah di muka pintu. Cepat kubukakan pintu setelah sebelumnya menjawab salam.
“Anak-anak sudah tidur?” Pertanyaan itu yang terlontar setelah dia membersihkan diri dan menghirup air hangat yang aku tawarkan.
“Sudah,”jawabku singkat.
“Kamu nampaknya sungguh penat. Dila baik-baik saja?”
Aku menggangguk. “Ya, saya memang penat. Tapi saya bahagia sekali, bahkan saya ingin seperti ini seterusnya.”
Lelaki berusia tiga puluh lima tahun itu menatapku dengan sedikit bingung. “Akan selalu ada do’a untukmu, kerana keikhlasanmu mengurus anak-anak dan suami tentunya. Dan aku akan minta pada Allah untuk memberimu pahala yang banyak,” hiburnya kemudian.
Aku tahu betapa dia sangat ingin tahu apa yang hendak aku katakan, tapi dia tak mau memaksaku untuk bercerita. Tak sanggup aku menahan gejolak perasaan dalam dada yang sepertinya hendak meledak.
Kurangkul erat tubuhnya. “Maafkan aku bang,” bisikku dalam hati.
Pagi ini udara begitu cerah. Dila, sulungku yang semalam tidur paling akhir menjadi anak yang lebih dulu bangun pagi. Bahkan dia membangunkan kami untuk solat subuh bersama. Mandi pagipun tanpa dipimpin lagi.
Dia membantu adiknya, Helmi, memakai seluar. Dila memang telah berupaya membantuku mengurus adiknya. Tidak hanya itu, menyapu halamanpun dia lakukan. Tapi itu dengan catatan, kalau ia sedang benar-benar ingin melakukannya. Kalau anginnya datang, wah, wah, wah.
Inilah yang ingin aku ceritakan. Dila kerap marah berlebihan tanpa sebab yang jelas, sehingga membaling benda-benda berdekatannya, menggulingkan badan di lantai dan memaki hamun dengan kata-kata kotor.
Memang aku pernah melakukan suatu kesalahan saat aku geram menghadapi perangainya. Kerana terlalu marah dan geram yang tak tertahan , aku menghempas pintu dan dia melihat perlakuanku.
Tentu akhirnya Dila meniru perbuatanku itu.
Penuh rasa sesal saat itu, aku berjanji untuk tidak melakukan hal itu kembali. Kuberikan penjelasan pada Dila bahwa aku salah dan hal itu tak boleh ia lakukan. Entah ia mengerti atau tidak.
Hari itu Dila bangun agakl ewat kerana kebetulan hari minggu.Pakaiannya basah kena air kencing di tilam. Padahal dia biasanya tak begitu. Segera saja kusuruhnya mandi. Tapi Dila menolak, dengan alasan mahu minum susu.
“Boleh, tapi setelah minum susu , kakak cepat-cepat mandi ya, sebab baju kakak basah kena air kencing” .Dila menyetujui perjanjian itu. Tapi belum lagi lima minit setelah habis susu segelas, ia berhambur keluar kerana mendengar teman-temannya sedang main
.Mandipun dia tidak mahu. Aku masih bertolak ansur. Tapi tak lama kemudian, “Kak Dila. mandi dulu,” aku setengah menjerit memanggilnya kerana dia sudah berada di antara kumpulan kanak-kanak yang sedang main lompat tali.
“Sebentar lagi ibu. Kakak mahu melihat Nisa dulu,” begitu jawabnya.
Aku masih belum bertindak. Kutinggal dia sebentar kerana Helmi merengek meminta susu. Setelah membuatkan susu untuknya, aku keluar rumah lagi. Kali ini menghampiri Dila.
“Dah cukup, sekarang masa kamu untuk mandi”, bisikku perlahan di telinganya. Dila bertindak menamparku keras, “Nanti dulu!” aku tersentak, mendadak amarahku tidak terbendung lagi. Aku menampar Dila hingga meninggalkan bekas merah di pipi kanannya. Tanpa berkata-kata lagi, kuseret tangannya sekuat tenaga
. Dila terus meronta. Kakiku digigitnya. Aku mencubitnya. Seumpama satu pertarungan besar antara apabila kami saling memukul dan meninggikan suara. Setibanya di bilik mandi kusiram Dila berulang-ulang, kugosok badannya dengan keras, kumenyabun dan kusiram lagi hingga dia kelihatan kebingungan. Aku benar benar mengamuk.
Selang beberapa minit kemudian, kukurung Dila di bilik mandi dalam keadaan masih tidak berpakaian.
Ia mengetuk-ngetuk pintu minta dibukakan. Berulang kali dia memaki dan mengatakan akan mengadukan kepada ayah.Tak berapa lama kemudian suara Dila semakin lemah, hanya terdengar esak tangisnya.
Aku membukakan pintu dengan mengomel. “Lainkali, kalau ibu suruh mandi jangan membantah,penat ibu menyuruh kamu mandi, dari tadi kamu membantah ibu menyuruh kamu untuk mandi. Ingat ya, kalau seperti ini lagi, ibu akan kunci kamu lebih lama lagi. Faham!”,
Entah dia memahami atau tidak. Dila hanya menangis meskipun tidak lagi meraung.
Setelah berpakaian rapi, menyikatrambut dan makan. Dila seolah-olah melupakan kejadian itu. Diapun asyik bermain kembali dengan teman-temannya.
Peristiwa itu tidak hanya satu dua kali terjadi. Tidak hanya pada saya ibunya tapi juga pada ayahnya. Tapi, cara suamiku memperlakukan Dila sangat berbeza. Barangkali memang sikapku yang tidak sabar menghadapi anak yang degil.
Setiap kali itu terjadi, cara itulah yang aku lakukan untuk mengatasinya. Bahkan mungkin ada yang lebih keras dari itu.
Tapi apa yang dilakukan Dila pada saya, Subhanallah, Dila tidak pernah menceritakan perlakuanku terhadapnya kepada siapapun. Seolah-olah dia memendamnya sendiri dan tidak ingin diketahui orang lain. Akupun tak pernah menceritakan kepada suami, khuatir kalau dia marah.
Padahal Dila itu anak kandungku, anak yang keluar dari rahimku sendiri. Aku kadang -kadang membencinya, tidak memperlakukan dia sepertiman aku memperlakukan Helmi adiknya.
Dila anak yang cerdas. Selalu ceria, gemar menghibur teman-temannya dengan membacakan mereka buku yang tersedia dirumah. Bahkan teman-temannya merasa kehilangan ketika Dila menginap di rumah neneknya diluar kota, walaupun hanya dua malam.
Belaian lembut tangan suamiku menyedarkan aku. Kulepas pelukannya perlahan. Tak sedar air mata menyelinap keluar membasahi pipi. “Sudahlah, malam semakin larut. Mari kita tidur,” ajaknya lembut. Aku berusaha menenangkan gemuruh dibatinku. Astaghfirullah, aku beristighfar berulang kali.
“Saya mau tidur dekat Dila ya?” pintaku. Lagi-lagi agakkan suamiku membuatku semakin merasa bersalah. Kuhampiri Dila yang sedang memeluk bantal peluk kesayangannya. Siswi kelas tiga SD itu begitu baik hati.
Aku malu menjadi ibunya yang kerap memukul, berkata-kata dengan suara keras dan…oh Dila maafkan ibu.
Di sisi Dila bidadari kecilku, aku bersujud di tengah malam.
” Ya Allah, melalui Dila, Engkau didik hambamu ini untuk menjadi ibu yang baik. Aku bermohon ampunan kepada-Mu atas apa yang telah kulakukan pada keluargaku, pada Dila. Beri hamba kesempatan memperbaiki kesalahan dan ingatkan hamba untuk tidak mengulanginya lagi. Dila, maafkan ibu nak, kamu banyak memberi pengajaran buat ibu.”
Sebuah renungan untuk para ibu termasuk diri saya sendiri. Semoga kita semakin menyayangi anak-anak dan memperlakukan mereka dengan baik. Sebagaimana diingatkan dalam sebuah hadits Nabi SAW agar manusia menyayangi anak-anaknya.
Ketika Aqra’ bin Habis At Tamimi mengatakan bahwa ia memiliki sepuluh anak tapi tidak pernah mencium salah seorang di antara mereka, Rasulullah SAW bersabda
“Barangsiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak disayangi”
(HR. Bukhari dan Tirmizi)
Puteriku Sayang
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Islam,
keluarga,
suami isteri
Friday, April 01, 2011
Sakit Itu sebab kita ada dosa, ke mama?
Sakit Itu sebab kita ada dosa, ke mama?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan ibu?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan ibu?
Hari ini, ibu ingin mencatatkan suatu pertanyaan anak ibu.
Sewaktu ibu sedang sibuk mengemas barang-barang di rumah, datang anak ibu menghampiri.
"Sakit tu sebab kita ada dosa banyak ke mama?" tanya si abang.
Terkesima seketika ibu.Ketika tercari-cari jawapan untuk budak seusia 7 tahun itu, otak ibu ligat memikirkan jawapan yang sesuai.
"Jadi, maknanya, Allah marah kat kawan abang ke?" tanya anak ibu lagi.
Terkesima seketika ibu.Ketika tercari-cari jawapan untuk budak seusia 7 tahun itu, otak ibu ligat memikirkan jawapan yang sesuai.
"Jadi, maknanya, Allah marah kat kawan abang ke?" tanya anak ibu lagi.
Ibu yang sedang sibuk mengemas, menoleh kepadanya. Barang-barang di tangan, ibu letak ke tepi.
Ibu tidak segera menjawab, tetapi menyoalnya kembali. Walaupun ibu tahu cara itu mungkin tidak betul dalam kaedah psikologi awal kanak-kanak.
"Siapa yang kata begitu?"
"Mama, jawablah dulu soalan abang ni?"
Ibu termenung seketika. Soalan anak ibu ini nampak mudah. Nampak enteng.
Tapi soalan anak ibu ini, ibu bimbang jika ibu tersalah terang, anak ibu tersilap menerima kefahaman, impaknya besar. Ibu khuatir jika ibu tersalah memberi keterangan, anak ibu akan memegang pula konsep itu hingga dewasa.
Selain itu, pertanyaan anak ibu itu juga adalah klausa yang sering dilontarkan kepada ibu sewaktu ibu terlantar di wad. Jadi, saat ibu hendak menjawab soalan yang nampaknya mudah itu, ibu perlu berhati-hati, agar si kecil ibu tidak tersalah tanggapan.

Ibu ambil tangan anak ibu. Ibu meminta anak ibu duduk di sebelah ibu.
"Ya Allah berikan daku kekuatan untuk kujawab soalan ini, ya Allah," doa ibu dalam hati.
"Kan, abang belum baligh lagi.Mama kata, orang yang belum baligh belum ada dosa. Habis tu kenapa kami sakit juga dengan sebab dosa kami?" soal abang lagi.
"Baiklah, sebelum mama menjawab soalan abang, mama ingin tahu, siapa yang beritahu pada abang, sakit tu sebab kita ada dosa?" tanya ibu lagi, dengan nada memujuk.
Anak ibu kemudian mengalah, menjawab dengan mendatar," Cikgu K".
"Kenapa cikgu beritahu begitu?"
"Sebab kawan abang, Yana sakit. Kan dia sibuk menolong ibu bapanya membersihkan rumah. Kan baru-baru ni tempat kita ni banjir. Rumah dia pun kena banjir".
PAHALA ANAK YANG BELUM BALIGH
PAHALA ANAK YANG BELUM BALIGH
Lalu ibu teringat akan sebuah hadis sebuah hadis riwayat Muslim :
"Daripada ibn Abbas, bahwa ada seorang wanita mengangkat anaknya kepad aNabi pada haji Wida' lalu berkata : "Wahai Rasulalluah, adakah anak ini akan mendapat pahala haji?" Rasululluah S.A.W menjawab : "Ya, dan kamu juga memperoleh pahala".
Daripada hadis ini, kita dapat fahami bahawa anak yang dimaksudkan oleh ibu di dalam Hadis di atas adalah anak kecil.Ini kerana, anak yang sudah baligh biasanya tidak mampu diangkat oleh ibunya.
Jadi, berdalilkan hadis ini, sekiranya anak itu melakukan amal ibadah sepert i puasa, solat dan lain-lain lagi padahal anak itu belum baligh (Baligh adalah syarat wajib untuk melakukan amalan. Baligh itu dikira sebagai mukallaf - orang yang dipertanggungjawabkan dengan dosa pahala) maka anak itu tetap dapat pahala. Tetapi jika dia melakukan dosa, maka tidaklah anak itu berdosa.
Ini berdasarkan hadis riwayat at-Tirmidzi :
" Diangkat kalam (tidak dicatat apa2) dari tiga golongan: orang tidur hingga dia jaga, kanak-kanak sehingga ia baligh, orang gila sehingga ia berakal."
Kebetulan pula ibu teringat akan persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang klien ibu tentang bagaimana dengan ibu bapanya?
Berdasarkan hadis pertama di atas riwayat Muslim, maka ibu bapanya juga mendapat pahala sebab bersama-sama menunjuk kepada anaknya cara2cara melakukan haji.
Jadi, jika ibu bapanya mengajarkan anaknya solat, berpuasa, mengambil wudhuk dan lain-lain amal kebaikan yang lain dan anaknya melakukan ibadah tersebut, maka inshaAllah ibu bapanya juga akan mendapat pahala.
Hadis riwayat Muslim :
"Sesiapa yang menunjukkan jalan kebaikan, maka baginya pahala dan pahala orang yang melakukannya"..
SAKIT ITU SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG ALLAH
Lalu ibu cuba menerangkan serba sedikit tentang persoalan anak ibu semampu ibu.
"Kawan abang belum baligh, namun Allah beri sakit. Itu maknanya, Allah sayangkan kawan abang," tutur ibu.
"Maknanya, Allah tak marah kawan abang? Kalau abang sakit pun, maknanya Allah tak marah kat abang?" bertalu-talu soalan abang lagi.
"Tak, abang. Malah Allah berikan sakit tu sebab Allah sayang. Dan sebenarnya, sakit tu pun memang salah satu cara Allah nak hapuskan dosa kita. Kalau abang belum baligh, sakit tu pun sebagai hadiah daripada Allah. Allah nak abang dan kawan abang ingat Allah selalu. Kan biasanya, orang bila sakit atau dalam kesusahan, dia akan ingat Tuhan. Bila dia ingatkan Tuhan, biasanya orang tu akan selalu berzikir kepada Allah, memuji Allah dan berdoa kepada Allah. Dengan cara tu, moga-moga ada pahala yang anakanda perolehi,"kata ibu lagi.
"Jadi, walaupun abang dan kawan abang belum baligh, tapi kenalah jaga kelakuan supaya jangan buat kelakuan yang tak baik. Kalau abang dan kawan abang sabar dengan ujian Allah, ujian sakit dan demam tu, inshaAllah nanti abang pun dapat pahala," terang ibu lagi.
Ibu lihat anak ibu mengerut-ngerutkan muka. Mungkin masih ada yang dia tidak berpuas hati.
"Sakit pun, kita dapat pahala ya mama?" tanya si abang lagi.
"InshaAllah, kita akan dapat pahala kalau kita redha dengan apa yang Allah beri," terang ibu lagi.
"Redha tu bagaimana mama?" tanya abang lagi.
"Redha tu, abang tak marah-marah, tak nagis-nangis dan mengamuk-ngamuk apabila abang sakit atau demam. Abang sabar, baru Allah sayang," kata ibu memujuk abang, juga sebenarnya memujuk diri ibu sendiri yang sering jua terbabas dari landasan kesabaran.
Iya, berkata sabar itu mudah. Namun bila sesuatu perkara itu menimpa diri dan menghenyak diri, barulah diri ini tahu betapa sukarnya untuk sabar. Termasuklah ketika pengalaman ibu dilontarkan dengan kata-kata,"sebab dosa awaklah maka awak OKU,".
Kata-kata yang dilontarkan oleh salah seorang keluarga pesakit di wad itu membuatkan pesakit di sebelah saya, yang seorang OKU fizikal dan Penglihatan, menjadi murung seharian. pesakit di sebelah saya terdengar kata-kata pengunjung tersebut terus mengalirkan air mata.
Puas juga myukhuwwah memujuknya, untuk tidak mengambil hati kata-kata pelawat pesakit di sebelah kami. Secara tak rasmi, myukhuwwah menjadi kaunselor untuk pesakit di wad tersebut. walaupun perlu berkerusi roda, bagi myukhuwwah, saya bersyukur dapat menggembirakan hati hamba Allah lain.
Pesakit yang telah myukhuwwah konsult tersebut, juga seorang ustazah dan banyak hafaz Quran. Sepanjang di wad tersebut, ustazah tersebut membaca hafazan Quran sambil dibetulkan bacaan tajwid dan taranum oleh ibunya, yang juga seorang guru Al Quran.
Berbalik kepada anak ibu, Ketika itu, ibu melihat abang ada kepuasan di wajahnya.Alhamdulillah.
InshaALLAH ada ruang waktu dan rezki daripada Allah, akan myukhuwwah cuba kongsikan lagi pengalaman ibu di sini.

Tuesday, November 17, 2009
ABM @ BBM
Alat Bantu Mengajar @ Bahan Bantu Mengajar Prasekolah
Susah juga ya rupanya nak jadi cikgu kepada anak prasekolah. Walaupun dahulu mengambil bidang pendidikan, tetapi apabila telah lama tidak bergelumang dalam arena pendidikan, saya seakan 'blur' apabila berhadapan sendiri dengan percubaan untuk penerapan pendidikan awal kanak-kanak. Terasa punya kekurangan dan ketinggalan. Alhamdulillah, media yang luas disediakan oleh suami saya (internet samada secara wireless di rumah mahupun broadband) memudahkan saya mendapatkan info berguna tentang parenting skills.
Bagi mengisi masa anak saya, saya perlu lakukan sesuatu berdasarkan kemampuan saya. Sebagaimana entry saya sebelum ini,klik sini, anak-anak adalah motivasi saya. Lalu terhasillah Bahan Bantu Mengajar seperti ini.
Ini adalah untuk mata pelajaran Lukisan. Melalui lukisan, anak-anak akan lebih seronok belajar dan belajar menghargai sesuatu perkara. Melaui ABM seperti yang kami hasilkan kali ini, antara Nilai Murni yang dapat saya terapkan kepada anak ialah menghargai anugerah alam ciptaan Allah.
Oklah jom layan hasil lukisan anak saya.
Riben tu saya yang tambah. Buah-buahan ni dia kata nak bawa balik Jengka nak beri pada Tok,adik,bang chik...semua dah dikira. Maknanya anak boleh belajar matematik sekali kan.

Ini pula ABM yang saya hasilkan minggu lepas. Ia hanya separuh jalan sebab dah penat. Anak saya meminta saya habiskan segera pada pagi itu juga. Saya jelaskan kepadanya,"Kita kena buat ikut kemampuan kita. Kemampuan abang laju, maka bang teruskanlah. Tak payah ikut kemampuan umi". Alhamdulillah dia mendengar kata-kata saya itu. Sambung pula pagi esoknya,Alhamdulillah dah siap tapi tak upload kat sini.
Berdasarkan apa yang saya rasai, bukan mudah sebenarnya, untuk menurunkan level pemikiran saya , pemikiran wanita dewasa kepada tahap kanak-kanak. Maklumlah selama ini saya bersama pelajar di usia remaja. Kini murid saya inilah seorang yang juga merangkap penjaga saya. Dialah murid saya,dialah pembantu dan penjaga saya, yang Allah hantarkan untuk saya, sewaktu suami bekerja mencari rezeki halal.
Hikmah dari ini, saya dapat belajar untuk merendahkan hati, menyelami dunia anak kecil secara empathi dan bukan simpati,fantasi dan harapan anak kecil serta minat si kecil. Bukanlah bermakna saya selama ini tidak memahami anak saya, namun dek kesibukan melayani kesakitan yang dialami, saya seakan terlupa bahwa saya punya waris yang perlu saya corakkan semampu saya agar dia tidak tertekan dengan situasi yang dialami kini. InsyaAllah jika ada masa, ada rezki, ada keizinan Allah, saya akan kongsikan pada entry akan datang.
Labels:
anak,
baiti jannati,
homeschooling,
ibu bapa,
omelanku,
rasa hatiku
Subscribe to:
Posts (Atom)