Kempen kesedaran bahaya diabetes
SETIAP tahun Kementerian Kesihatan menganjurkan kempen kesedaran bagi memastikan masyarakat menyedari kesan diabetes terhadap kehidupan harian.Malah, hospital kerajaan dan swasta turut menggembleng tenaga mengadakan kempen kesihatan, forum awam dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Dianggarkan ada empat juta pesakit diabetes di Malaysia kini dan angka berkenaan semakin meningkat disebabkan diet pemakanan tidak seimbang serta gaya hidup tidak sihat.
Menurut Pakar Perunding Endokrinologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Norshinah Kamarudin, selain pengesanan awal, penting untuk mengetahui langkah terbaik cara pengurusan penyakit terbabit oleh penghidapnya serta komplikasi dan penyakit berkaitan diabetes.
“Kini, makin ramai golongan muda turut mengalami penyakit ini kerana amalan gaya hidup masing-masing.



