Followers
Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts
Wednesday, August 01, 2012
Tip Berpuasa Untuk Sihat Bagi Orang Sakit
IBADAH puasa mempunyai pelbagai
hikmah. Satu daripadanya ialah puasa mampu meningkatkan tahap kesihatan
seseorang. Jadi, bukan alasan bagi mereka yang menghidap penyakit tertentu
untuk tidak menjalankan ibadah yang dituntut agama itu, kecualilah mereka
yang dilarang doktor atas sebab ia boleh memudaratkan kesihatan khususnya
penyakit yang memerlukan penjagaan rapi dari segi pemakanan.
Antaranya, kencing manis.
berdasarkan kajian Second National Health and Morbidity Survey pada 1996,
kira-kira 8.3 peratus atau lebih 1.5 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit
kencing manis atau diabetes mellitus.
Penyakit itu disebabkan gangguan
metabolisme karbohidrat apabila gula dalam tubuh tidak dioksida untuk
menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon pankreas insulin. Kehadiran
gula yang tidak dioksida itu semakin berkumpul menyebabkan kandungan gula
dalam darah dan air kencing tinggi atau berlebihan.
Rawatan untuk kencing manis ialah
pemakanan yang dikawal rapi iaitu cukup karbohidrat untuk keperluan tubuh
bersama dengan suntikan insulin atau ubat yang diambil secara oral untuk
menurunkan aras glukosa dalam darah atau membantu pankreas mengeluarkan
insulin secara semula jadi.
Justeru, ramai pesakit kencing
manis yang keliru dengan kedudukan mereka ketika tiba Ramadan kerana bimbang
puasa boleh menjejaskan kesihatan mereka.
MEMANG ramai orang yang berpenyakit termasuk bagi mereka yang bukan
Islam mencuba kaedah berpuasa sebagai salah satu cara mengawal penyakit
mereka.
Secara analoginya, mesin juga perlu berehat untuk memanjangkan jangka hayatnya dan begitu jugalah dengan organ perut manusia.
Setelah bekerja selama 11 bulan, adalah baiknya perut direhatkan dengan berpuasa.
Antara peraturan penting yang
perlu diikuti bagi pesakit diabetis yang hendak berpuasa :
Subscribe to:
Posts (Atom)