Ikan Pari Gergasi Ditangkap di Kelantan Oleh Dua Remaja
Akhbar melaporkan, Rashid Arshad, 55, disengat pari pada tangan kanannya ketika dia cuba menanggalkan ikan tersebut daripada pukatnya. Rashid berjaya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tetapi meninggal dunia selepas koma selama 48 jam.
DURI ikan pari berbentuk seperti gergaji bermata halus namun bisanya terletak pada lendir.
Dalam insiden hampir sama di Terengganu, seorang pemuda terpaksa menanggung derita selama lapan tahun gara-gara sengat pari yang tersisa di bahagian punggungnya. Penderitaan pemuda itu berakhir setelah sekumpulan pakar berjaya mengeluarkan bisa itu pada tahun lalu.Mengulas mengenai bahaya bisa ikan pari yang enak dimasak asam pedas, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, kematian akibat tertusuk bisa ikan pari merupakan fenomena terpencil malah tidak ada sebarang laporan khusus membabitkan kes itu di Malaysia.“Ikan pari bukanlah sejenis haiwan pembunuh tetapi kes-kes kematian berlaku ini berpunca apabila ikan tersebut bertindak agresif setelah ia berasa terancam,” katanya kepada Jurnal (K0smo) baru-baru ini.















