Anak Hilang Ditemui Setelah 17 Jam Mati Bersujud
Al Fatihah dihadiahkan kepada Allahyarham Mohd Zairul Azri Mohd Zuri. Semoga rohnya ditempatkan bersama hamaba Allah yang beriman.
Salam takziah buat keluarga mangsa kemalangan ini.Anak lelaki tunggal, satu-satunya titipan Allah buat ibu bapa yang telah dipanggil pulang oleh Ilahi.
17 jam mayat bersujud
Orang ramai menjumpai Zairul Azri dalam keadaan
bersujud, berdekatan semak, sehari selepas kemalangan. Gambar kecil:
Mohd Zairul Azri Mohd Zuri.
Sedikit petikan berita:
Tanam sikap perikemanusiaan
Haliludin berkata, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud.
Haliludin menasihati pengguna jalan raya, agar menanam sikap
perikemanusiaan dan tanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi
seperti ini.
“Tidak kiralah siapa yang salah atau siapa yang benar kerana jika kita berdepan kecemasan, kita perlu membantu mangsa lain.
“Jangan bersikap ‘janji saya selamat’, sedangkan orang lain mengerang kesakitan sehingga menemui ajal,” katanya.
Laporan penuh:
17 jam mayat bersujud
PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam
9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.