Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Ikan Pari Gergasi Ditangkap di Kelantan Oleh Dua Remaja

 Ikan Pari Gergasi Ditangkap di Kelantan Oleh Dua Remaja


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ikan pari, ada sesetengah kita yang tidak makan ikan ini. Dalam beberapa kes, ada manusia meninggal dunia setelah terkena bisa ikan pari.

Akhbar melaporkan, Rashid Arshad, 55, disengat pari pada tangan kanannya ketika dia cuba menanggalkan ikan tersebut daripada pukatnya. Rashid berjaya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tetapi meninggal dunia selepas koma selama 48 jam.


DURI ikan pari berbentuk seperti gergaji bermata halus namun bisanya terletak pada lendir.


Dalam insiden hampir sama di Terengganu, seorang pemuda terpaksa menanggung derita selama lapan tahun gara-gara sengat pari yang tersisa di bahagian punggungnya. Penderitaan pemuda itu berakhir setelah sekumpulan pakar berjaya mengeluarkan bisa itu pada tahun lalu.
Mengulas mengenai bahaya bisa ikan pari yang enak dimasak asam pedas, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, kematian akibat tertusuk bisa ikan pari merupakan fenomena terpencil malah tidak ada sebarang laporan khusus membabitkan kes itu di Malaysia.“Ikan pari bukanlah sejenis haiwan pembunuh tetapi kes-kes kematian berlaku ini berpunca apabila ikan tersebut bertindak agresif setelah ia berasa terancam,” katanya kepada Jurnal (K0smo) baru-baru ini.

Dua remaja tangkap ikan pari gergasi


MOHAMMAD AZRI (kiri) memegang pari gergasi yang berjaya ditangkapnya di Kampung Gong Datuk, Pasir Puteh semalam.
Sumber Gambar; Kosmo Online




 
PASIR PUTEH - Penduduk di Kampung Gong Datuk, dekat sini gempar apabila dua remaja kampung berkenaan yang menahan pukat berhampiran pintu kawalan air Gong Kulim di Terusan Semerak membawa pulang seekor ikan pari seberat 150 kilogram yang terperangkap di pukat yang dipasang mereka petang semalam.


Sunday, January 13, 2013

KAIN KAFAN UTUH Bukti Gus Dur Memiliki Karomah?

KAIN KAFAN UTUH Bukti Gus Dur Memiliki Karomah?



Tidak rusaknya kain kafan Mantan Presiden keempat KH Abdurrahman Wahid atau Gus Dur meski sudah dimakamkan selama satu tahun masih menimbulkan tanda tanya. Banyak pihak yang tidak percaya, namun tidak sedikit pula yang yakin bila kejadian tersebut nyata adanya karena karomah yang dimiliki mendiang mantan Ketua Pengurus Pusat Nahdatul Ulama (PBNU) itu. Lalu apa yang dimaksud karomah?






Sunday, December 30, 2012

Apabila Isteri Muda Dibunuh...

Apabila Isteri Muda Dibunuh...




Saban hari permasalahan sosial sekarang seperti isu buang bayi, pelacuran, bohsia dan sebagainya semakin meruncing. Masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. 

Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. 'Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Kita alpa bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. 

Maka, seeloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al-Quran:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)


Ekoran berita kematian Isteri Muda berusia 17 tahun yang disyaki dibunuh oleh suaminya sendiri, pelbagai pendapat di sana sini. Al Fatihah untuk Allahyarhamah Nur Fatimah Anis Md Radzi, 17,

Di luar negara pula, seorang gadis di India menjadi mangsa rogol beramai-ramai telah pun meninggal dunia semasa mendapat rawatan lanjut di Singapura.

Bagi saya ia adalah salah satu kekejaman Terhadap wanita yang tidak patut dilakukan oleh mana-mana individu.

Sebagai seorang Muslim mari kita renungkan Hadith Rasulluah SAW:

Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
 Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
 (Surah Al-furqan: 74)

Rasullullah diriwayatkan bersabda kepada kaum lelaki yang bermaksud, 

"Ingatlah, terimalah wasiatku, pergaulilah wanita (isteri) dengan baik kerana sesungguhnya mereka adalah tanggungjawab di tangan kamu. Kalian tidak mempunyai apa-apa hak daripada mereka kecuali perkara itu melainkan jika mereka melakukan perbuatan yang menyimpang dan keji. 

Apabila mereka melakukan perkara tersebut, maka janganlah tidur bersama mereka dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka patuh kepada kamu maka janganlah kalian mencari jalan menyakiti mereka. Ingatlah, sesungguhnya kamu mempunyai hak atas isteri-isteri kamu dan mereka mempunyai hak ke atas kamu. 

Adapun hak kalian ke atas isteri-isteri kalian adalah tidak mengajak orang yang kamu benci tidur di atas ranjang kalian dan tidak pula mengajak orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Dan hak isteri-isteri kamu ke atas kamu adalah memberikan pakaian dan makanan kepada mereka dengan baik."


Keganasan Emosi Penderaan Terhadap Wanita . klik di sini.
Doaku Untukmu adikku, di sini.

Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!

Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki.



2013 Bakal Temu Planet kembar Bumi?

2013 Bakal Temu Planet kembar Bumi?


Lebih 800 exoplanet sesuai didiami makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. 
Foto: ESA/Hubble, NASA


Planet kembar Bumi ditemui 2013?


Sunday, November 18, 2012

Batu Api oh Batu Api

Batu Api oh Batu Api


Kaya Bahasa Melayu dengan tamsil ibaratnya. Salah satunya simpulan bahasa. Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
 
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Batu Api  :
orang yang suka menghasut

Batu api ditemui rupanya di mana-mana. MashaALLAH.

Semoga Allah melindungi kita dari menjadi batu api dan dari terpedaya dengan tipu daya si batu api. Amin. 



Pasti ramai yang dah tahu erti peribahasa ini yang membawa maksud orang yang suka menghasut atau melaga-lagakan orang lain untuk sesuatu kepentingan samaada dengan niat mahupun tanpa niat. Berniat mungkin kerana faktor iri hati , cemburu atau dengki melihat kelebihan orang lain. Manakala tanpa niat pula , ia mungkin berkait rapat dengan hobi yang sedari kecil lagi sememangnya suka menjadi batu api..SUMBER SINARRAUDAH

Batu Api oh Batu Api 

Pengadu domba, si pemecah -belah dan batu api...apa kata Al-Quran tentang mereka?

Apabila berlaku perselisihan antara dua pihak, maka janganlah ditambah lagi kerosakan yang ada dengan menjadi pengapi atau pengipas. Sebaliknya, berusahalah menjadi pendamai kepada perselisihan tersebut. 

 Jika kita menjadi pengadu domba yang menambah buruk lagi keadaan, bimbang diri hilang kelayakan untuk menjejaki syurga Allah.

 Sukakah melihat perpecahan dalam keluarga atau dalam sebuah persahabatan atau dalam sebuah komuniti? Sukakah melihat kedua-dua pihak terus bermasam muka atau bertelagah? 

Sekiranya tidak mampu menjadi pemulih keadaan, adalah lebih baik berdiam diri dan berdoa supaya keadaan pulih seperti sedia kala. Bukan dengan mengipas atau memanaskan hati mana-mana pihak yang terbabit.Berikut adalah petikan hadis dan ayat Quran yang mencela kelakuan si pengadu domba. Harap dimanfaatkan..

Pengadu Domba Tidak Masuk Surga


Hudzaifah bin Al-Yaman radhiallahu anhuma berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
“Tidak akan masuk surga orang yang suka mengadu domba.” (HR. Muslim no. 105)

Maksudnya: Tidak akan masuk surga pertama kali bersama dengan orang-orang yang masuk, melainkan dia akan disucikan dulu di neraka.


Saturday, November 17, 2012

Menangis Takut Tergolong Batu Api Neraka

Menangis Takut Tergolong Batu Api Neraka


sumber gambar dari gugel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  

Muharram 1434 telah menjelang tiba. 
1433 Hijriah telah pun menutup kamus sejarahnya. 
Tahun yang penuh suka dan mungkin penuh duka.

sumber gambar dari gugel


1 Muharram 1434 juga telah berlalu beberapa hari. 
Doa akhir tahun dan doa awal tahun jua telah kita panjatkan ke hadrat Ilahi.
 
Mari kita koreksi diri kita. 
Hijrah diri kepada perkara yang lebih baik dan meninggalkan perkara yang buruk. InshaAllah.

Mari jua kita berselawat selalu 
ke atas Nabi Muhammad SAW. Berselawat ke atas Rasululluah SAW jua sebagai tanda cinta kita kepada Rasululluah SAW. Kami cinta pada Rasululluah SAW.

Mari kita kenali peribadi Rasululluah SAW dan semogoa kita jatuh cinta padanya, Nabi Muhammad SAW, Nabi dan Rasul Allah akhir zaman, yang boleh memberikan syafaat kepada umatnya yang beriman.

Mukjizat Nabi Muhammad SAW; 
Gunong Menangis Takut Tergolong Batu Api Neraka
 
Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. 

Peristiwa pertama adalah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon.

Friday, September 07, 2012

Sebelum Pinang Anak Orang Ada 10 Soalan Cepumas

Sebelum Meminang Ada 10 Soalan Cepumas

Cinta Itu Bukan Pilihan,
Cinta Itu Ketentuan. Benarkah?

10 soalan sebelum meminang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekarang dah masuk bulan September. Erm, lepas 1 Syawal lalu je,Alhamdulillah saya mendapat banayak jemputan perkahwinan samada dari jiran ibu mertua, sahabat dan jiran taulan.

Tak lama lagi juga, kita akan memasuki November dan Disember 2012. Bermula akhir November dan sehinggalah Disember, biasanya musim orang sibuk buat kerja kahwin. kalau di kamung, nak-nak di Felda, semuanya buat secara gotong royong aje.

Bermula mencari kerbaua atau lembu untuk disembelih. Kemudian tukang sembeleih lembu dan kerbau pun biasanya dah ada. dari potong daging, potong bawang dan cuci pinggan mangkuk, biasanya dah ada dah orang yang nak tolong.

 Ada orang panggil rewang. Ada orang panggil potong bawang.Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Begitulah mudahnya majlis kenduri yang didokong oleh semangat tolong menolong dan bantu membantu di kalangan msayarakat Felda yang bagi saya masih belum pupus ditelan waktu.

 Maklumlah, di sesetangah kampung (termasuk kampung yang pernah saya diami dahulu) amalan gotong royong atau potong bawang atau rewang sudah semakin terhakis. Kalau ada pun gotong royong hanyalah saudara mara sahaja...:(.

Oh iya berbalik pula tentang topik kita. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya,  bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait yang kini aktif mengadakan program-program berbentuk bimbingan kekeluargaan, berdasarkan pengalaman dan pengamatannya ketika mengendalikan kes-kes berkaitan dengan masalah rumahtangga menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu datting dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chating dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka. 

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya. Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. 

Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

Sunday, July 29, 2012

Doa Buat Saudara SeIslam Rohingya dan Lain-lain

Doa Buat Saudara SeIslam Rohingya dan Lain-lain
Mari Kita Doa Buat Saudara SeIslam


بسم الله الرحمن الر حيم

اللهم صل على سيدنا محمد
يا رب صل عليه وسلم

Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku berikanlah Rahmat dan Kesejahteraan kepada Nabi Muhammad s.a.w

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب فارحم والدينا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah IbuBapa-IbuBapa kami sekalian

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب وارحمنا جميعا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah kami semua ini (sekalian kami)

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب وارحم كل مسلم
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah Segenap / Seluruh orang Islam ( Saudara kami )

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب واغفرلكل مذنب
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Ampunilah setiap mereka yang berdosa

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب واصلح كل مصلح
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Perbaikilah diri setiap mereka yang ingin memperbaiki diri mereka kepadaMu

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب يا سامع دعانا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Wahai Dzat yang Maha Mendengar akan doa-doa kami.
( perkenankan doa kami)

Amin
Allahumma Amin ya Lathiff

(Entry ini yang di publish pada 25/7/2012 akan berada pada post pertama blog ini sehingga 29/7/2012. Untuk post terbaru, sila skrol blog ini ke bawah. 
Terima kasih atas kesudian tuan tuan dan puan puan melayari blog ini) 
 Qunut Nazilah Buat Rohingya



Selawat dan salam dan Al Fatihah dihadiahkan khas buat baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga ahlul bait Baginda SAW,  sahabat-sahabat baginda, para pejuang Islam, 
para kekasih Allah,  kepada semua Umat Islam di dunia ini walau di mana sahaja mereka itu berada, khususnya yang sedang dalam kesusahan dan penganiayaan ya Allah,
juga disertakan sekalung Al-Fatihah buat ahli keluarga kita dan sahabat-sahabat kita semua sama ada yang masih hidup atau sudah tiada yang mana mereka itu beriman.. Al-Fatihah 

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada ALLAH SWT, negara kita tahun ini mengecapi nikmat merdeka selama 55 tahun.  Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan buat saudara seIslam kita baik yang masih hidup dan juga yang telah meninggal dunia.

Hari ini kita mendoakan mereka yang telah tiada mungkin saat kita tiada nanti ada orang lain pula yang mendoakan untuk diri kita. 

Allah...Alhamdulillah kami bertemu lagi Ramadhan kali ini. Ramadhan 1433 Hijriah yang telah dilewati beberapa hari. Allah...kasihanilah kami, Ya Allah. Kami umat Nabi Muhammad SAW yang hidup di akhir zaman, memohon belas dan kasih sayangMu serta pembelaanMu. 



 TERBAKAR...rumah etnik Rohingya dibakar dalam usaha mengusir 
mereka dari bumi Myanmar. 


Kini, Saudara seIslam kita di Syiria sedang bergolak. Begitu juga di Myanmar sedang ditimpa musibah dan lain-lain tempat lagi .

Nu’man bin Basyir r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang-orang beriman diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam serta merasa panas dan gelisah.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Seperti syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah menggariskan bahawa menjadi sunat (tanggungjawab) seorang Muslim sekurang-kurangnya mendoakan muslim yang lain sebaik sahaja bertemu dan sejurus sebelum mereka berpisah. 

Apabila seseorang Muslim itu didoakan saudara seiman yang lain tanpa pengetahuannya, orang yang mendoakannya turut didoakan oleh malaikat dengan doa yang sama.

Friday, July 27, 2012

Ahli Arkeologi Jumpa Bot Firaun

Rangka bot firaun ditemui di Abu Rawash


SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun. 


Arkeologi dilihat bekerja pada rangka bot kayu di Rawash Abu (AFP / Mesir Kementerian Antikuiti)

KAHERAH - Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.

Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar.

Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin.

Wednesday, July 25, 2012

Tragedi Ramadhan Tetak ibu tegur tak puasa

Tetak ibu tegur tak puasa

Teluk Intan: Seorang remaja tergamak mencekik dan menetak ibunya dengan parang hanya kerana ditegur tidak berpuasa, kelmarin.


Dalam kejadian jam 2 petang di Kampung Redang Ponggor, Labu Kubong, Chenderong Balai, dekat sini, mangsa berusia 40 tahun yang sedang menyiapkan juadah berbuka, memarahi anak sulungnya berusia 19 tahun kerana tidak berpuasa. 

 Capai parang serang ibu

Tuesday, July 24, 2012

Rakyat Malaysia di Syiria Dibawa Balik

Rakyat Malaysia di Syiria Dibawa Balik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat beramal ibadah puasa di siang hari dan amalan soleh solehah di malam hari kepada semua muslimin dan muslimat dari seluruh dunia yang membaca blog ini.

Tertarik dengan kenyataan Saudara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25, Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS).:

Ketika ditanya mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana, dia menjelaskan, rakyat Syria telah banyak membantu memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Jika ada pelajar Malaysia yang pulang lewat daripada kuliah, beberapa orang penduduk yang lengkap bersenjatakan parang dan kayu akan mengiringi pelajar kita pulang ke rumah dengan selamat,” katanya.

Mungkin berminat nak lihat artikel ini, Lelaki Jubah Putih di Syiria, sila klik di sini.

Artikel dan gambar di bawah dipetik daripada Kosmo Online. Ikuti Semua Ingin Balik Ke Malaysia dan Menggigil Dengar Tembakan.

Semua ingin balik ke Malaysia


MUHAMED AMAN (depan) sibuk menguruskan misi membawa pulang pelajar Malaysia di pejabat PPMS di Damsyik, Syria. 

Petugas Persatuan Pelajar Malaysia Syria, Aman Akil dan Syahidan Abu Hanifah (kanan) mengemaskan barang-barang untuk pulang ke Malaysia di pejabat persatuan itu dekat Mujtahid, Damsyik . - Gambar ihsan Muhammad Nadir Al-Nuri


KUALA LUMPUR – Sekretariat Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) sedang berusaha untuk menguruskan dokumen perjalanan dan proses pemindahan 128 pelajar di Damsyik sebelum diserah kepada pihak Kedutaan Malaysia untuk urusan dengan pihak imigresen negara bergolak itu.

Menurut Ahli Jawatankuasa PPMS, Muhamed Aman Akil, 23, semua pelajar terbabit sudah menghantar pasport masing-masing untuk urusan mendapatkan visa keluar (exit visa) daripada kerajaan Syria.

Thursday, July 19, 2012

Cinta Palsu Jadi ‘bodoh’ disihir isteri

Cinta Palsu Seorang Isteri, Jadi ‘bodoh’ disihir isteri


KUALA LUMPUR: Tergoda kejelitaan dan janji indah seorang ahli perniagaan dari Indonesia, seorang lelaki tempatan meninggalkan isteri dan anak-anaknya untuk berkahwin dengan wanita itu sebelum wang tunai dan rumahnya yang keseluruhannya bernilai RM850,000 dikikis perlahan-lahan.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Sufian, 45, berkata kebahagiaan dikecapinya apabila berkahwin dengan Talya, 35, hanya untuk beberapa bulan sebelum dia bertukar pak turut dan diperlakukan seperti hamba.

“Malah, saya selalu dicaci serta dipukul hingga saya pernah cuba membunuh diri sebelum diselamatkan,” katanya ketika ditemui.

Saturday, July 14, 2012

Letusan Solar dan Nothern Lights Julai 2012

Letusan solar yang besar boleh menyebabkan 
fenomena northern lights
yang mempesonakan


Satu suar X1.4 kelas meletus dari pusat matahari, memuncak pada 12 Julai, 2012 di 12:52 EDT. Ia meletus dari Wilayah Aktif 1520 yang berputar ke paparan pada 6 Julai.

NASA / SDO / AIA




GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan nyalaan matahari (dalam bulatan). 

Satu letusan solar gergasi boleh menyebabkan Fenomena  Cahaya Utara yang luar biasa cahaya pada hujung minggu ini, di California dan Alabama, kata seorang saintis NASA.


MIAMI - Gambar yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan kuat yang berlaku di matahari kelmarin.

Permukaan matahari meletus ke dalam suar suria merah pada 12 Julai, 2012 di 12:52 EDT.

Menurut beberapa saintis cuaca angkasa lepas, nyalaan itu memberi kesan yang kecil terhadap bumi.
Ia mungkin memberi kesan terhadap sistem komunikasi berfrekuensi tinggi. - Agensi

Suar X1.4 kelas terserlah bernilai kira-kira 1 bilion bom hidrogen 'tenaga ke angkasa. Hak belakangnya ejeksi perlahan bergerak massa korona, atau CME, yang merupakan sendawa zarah solar.

Apabila jangkauan Bumi kuat CME, mereka boleh mengupas kembali lapisan magnet Bumi, menyebabkan aurora mempesonakan, menjejaskan satelit di angkasa dan juga turun naik grid kuasa.


Masa ketibaan:
Trek ramalan dari NASA Goddard Space Flight Center (di Greenbelt, MD) mempunyai ribut yang mencapai bumi pagi Sabtu di 06:20 EDT + / - 7 jam.

Thursday, July 05, 2012

Persediaan Ke Gerbang Ramadhan

Persediaan Ke Gerbang Ramadhan


الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده

اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي 
وعلى آله وصحبه وسلم


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillahirabbila'alamin. .Wassolatu wassalamu atas Rasul junjungan khotimul anbiya’ Muhammad S.A.W.

Bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana masih dipinjamkan nikmat usia untuk terus di nobatkan sebagai khalifah dan Hamba Allah di muka bumi.. 

Syukur sekali lagi kurafakkan pada Ilagi atas sebesar-besar nikmat kurniaan Ilahi, iaitulah nikmat Iman yang kita ditunjuki  dan nikmat Islam yang kita warisi dan jadikan sebagai satu cara hidup yang syumul.

Alhamdulillah, kita telah melepasi bulan Rejab yang penuh dengan barakah. Kini kita telah melangkah ke 16 Syaaban.

 Dalam bulan Rejab 1433 Hijrah (2012), kita telah sama-sama menyaksikan beberapa peristiwa penting yang berlaku di dunia. Begitu juga dalam Bukan Sya'ban ini.

 Dan pasti setiap diri kita ada sejarah yang tak dapat dilupakan pada Rejab dan Sya'ban ini. Misalnya asaya sendiri. Pada awal Sya'ban lalu, kenderaan suami saya mengalami kemalangan. Kemalangan kali ini agak teruk. 

Kenderaan kami langsung tidak boleh bergerak. Kemek dan remuk. Cermin pecah. Almaklumlah berlanggar dengan lori tanah. Nak elak, tepi jalan tu pula gaung.

Namun syukur kepada Allah. Kecederaan anak-anak tidaklah teruk. Terima kasih uncle Cina yang tolong keluarkan dan pujuk anak-anak saya.

Terima kasih juga kepada saudara dan sahabat-sahabat yang membantu keluarga saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Semoga ukhuwah kita diberkati dan dirahmati Allah dunia akhirat. Amin.

Kini telah hadir Sya'ban. Tinggal tak sampai 15 hari sahaja lagi, Ramadhan menguak diri. Di kesempatan ini, pada entry ini saya tulis pada 16 Sya'ban.

 Marilah kita sama-sama membaca selawat ke atas Rasululluah SAW.

Berselawat ke atas Nabi s.a.w. merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: 


“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. 

[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Ingin lihat Kisah Benar, Pesawat Terselamat Berkat Selawat Nabi, klik di sini.

TUJUAN ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA

Tujuan Allah SWT menciptakan manusia ialah untuk berubudiyah kepada Allah SWT berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam Surah Adz Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia, hanyasanya untuk berubudiyah kepadaKu.”
 ( Adz Dzariyat 51 : 56)

Puasa ialah salah satu bentuk ubudiyah yang difardhukan khusus di dalam bulan Ramadhan bagi melahirkan mukmin bertaqwa dalam erti kata yang sebenarnya.

Ia adalah ibadah yang dituntut bagi melahirkan bentuk ubudiyah yang lebih besar dan menyeluruh meliputi ibadah-ibadah yang lain seperti solat, mengeluarkan, mengerjakan haji dan lain-lain. 

Ibadat puasa itu sendiri merupakan sumber motivasi dalam membina potensi, semangat dan kekuatan muslim. Sekiranya ia dilakukan dengan penuh kesedaran dan dilaksanakan dengan perlaksanaan yang terbaik maka jiwa manusia dapat dibebaskan daripada kongkongan nafsu yang bersifat keduniaan dan kebendaan.

Dan kehadiran bulan Ramadhan adalah salah satu bentuk proses untuk menghasilkan taqwa yang diredhai oleh Allah SWT.

DOA  RASULULLUAH SAW KETIKA MENGHAMPIRI RAMADHAN

Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul SAW

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. 



Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ,

'‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ 

(Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Ramadhan Bulan Kecintaan dan Kerinduan
 
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. 

Pernah digambar di dalam sirah para sahabat Rasulullah SAW bahawa mereka adalah satu kelompok manusia yang sangat merindui dan mencintai kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak. Rasulullah SAW dan para sahabat sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT  dengan harapan agar dapat menjejaki kaki dan merasai penghayatan ibadah di bulan yang barakah ini.

Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. 

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Kenapa para sahabat begitu teruja dengan kehadiran Ramadhan?

Sudah tentu, padanya terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang sangat banyak dan berharga. Jelas kepada kita, Ramadhan adalah bulan yang sangat indah dan cukup istimewa di hati orang-orang yang beriman. Inilah bulan pendidikan dan bulan peningkatan Iman.

Firman Allah SWT :

“ Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).”
 ( Al- Baqarah 2 : 185)

INPUT, PROSES DAN OUTCOME RAMADHAN AL KAREMM

Pada entry ini, mari kita beri tumpuan di dalam membicarakan soal Ramadhan. 

Perkara yang akan dilihat ini boleh dilihat dari sudut input, proses dan outcome dalam menghadapi Ramadhan.

1) INPUT:

Saturday, June 23, 2012

Salji Turun Di Padang Pasir

Salji Turun Di Padang Pasir

Kejadian pada November 2011 lalu. Sumber: Berita Harian 21/1/2011



PENDUDUK mengambil kesempatan bermain salji di Tabuk, utara Arab Saudi.

Padang pasir dilitupi salji

Amaran berjaga-jaga di Tabuk

RIYADH: Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Tabuk, utara Arab Saudi berikutan salji turun sejak Isnin lalu di wilayah itu.

Pengarah jabatan itu di Tabuk, Sulaiman Al-Huwaiti, berkata rondaan keselamatan sudah dikerahkan di wilayah utara itu untuk memeriksa ketebalan salji.

Beliau menggesa pemandu kenderaan mematuhi had kelajuan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Bulan Sabit Merah Arab Saudi juga sudah mengerahkan pasukannya ke kawasan bukit Allouz dan Alqan di wilayah itu yang jarang sekali ditimpa salji tebal.

Tabuk mempunyai iklim padang pasir dengan musim panas yang bersuhu tinggi (27-46 celsius) dan musim sejuk yang bersuhu sederhana (4-18 celsius).

Salji bukanlah asing di wilayah itu yang menyaksikannya turun setiap tiga atau empat tahun.

Ketua Alam Sekitar dan Meteorologi berkata, suhu minimum di Tabuk diramal di bawah 0 darjah celsius.

Sementara itu, di Riyadh, Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengumumkan penutupan sekolah di ibu kota itu kelmarin berikutan hujan lebat sejak Selasa.

Penduduk terus terkurung di dalam rumah masing-masing di ibu negara Riyadh, terutama di wilayah Timur, Tabuk, Assir dan Baha.

Keadaan cuaca turut menjejaskan bekalan elektrik di beberapa kawasan. Syarikat elektrik terpaksa menutup bekalan kuasa untuk mengelakkan kemalangan maut.

Pengarah kawalan di Jabatan Lalu lintas Riyadh, Mejar Hassan Al Hassan, berkata jabatan terbabit mencatatkan sejumlah 402 laporan kemalangan berikutan hujan lebat dan keadaan jarak pandangan yang rendah.

Ramal letusan luar biasa gunung berapi

Ramal letusan luar biasa gunung berapi

SUMBER; Berita Harian, 3/6/2012




Nevado del Ruiz spewing steam and ash in mid-June.

GAMBAR yang diambil Institut Perlombongan dan Geologi Colombia menunjukkan gunung Nevado Del Ruiz di Bogota semakin aktif memuntahkan awan debu, manakala penduduk sekitar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Saintis jangka bunyinya akan dapat didengar di seluruh dunia

WASHINGTON: Letusan luar biasa gunung berapi dengan kuasa pemusnah kehidupan mungkin berlaku lebih awal daripada yang dijangka, lapor satu kajian saintis. Saintis berkata, gunung berapi mega adalah fenomena alam semula jadi yang kurang difahami dan cuma menunggu masa untuk berlaku. Sedikit saja gunung berapa seumpama itu wujud dalam dunia tetapi jika satu daripadanya meletus, kesannya amat dahsyat.

Friday, June 22, 2012

Kucing Susukan Tikus Haiwan Tahu Erti Kasih

Kucing Susukan Tikus Maha Suci Allah Bila haiwan Tahu Erti Kasih Sayang

Assalamualaikum, salam Jumaat dan selamat sejahtera.

Entry sebelum ini, Anjing Selamatkan Bayi Newborn. Kejadian itu di Ghana. Kali ini, kisah kucing susukan anak tikus. Berlaku di Ranau, Sabah, Malaysia. Apabila haiwan pun tahu erti kasih dan sayang. Bagaimana pula kita, manusia yang dikurniakan Allah akal fikiran? Bagaimana pula kita yang dipilih Allah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini?










anak Puralan melayan tikus seperti adik-beradik.


RANAU: Walaupun kucing dan tikus dua haiwan sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang ‘menumpang’ manja bersama ibu kucing berkenaan.
Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu.

Tuesday, June 19, 2012

Kisah Wanita Tak Jadi Bunuh Diri

Kisah Wanita Tak Jadi Bunuh Diri



Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
 
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. 

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. 

Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.

 Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.

Sunday, June 10, 2012

Anjing Selamatkan Bayi Newborn Bagaikan Anaknya

Anjing Selamatkan Bayi Newborn Bagaikan Anaknya

Subhanallah. Kisah ini berlaku di Ghana.



Lucky lady: This two-week old girl was saved by a farm dog who spent the night protecting her in Ghana

BOLGATANGA - Pihak berkuasa baru-baru ini melaporkan seekor anjing di Ghana digelar sebagai wira kerana melindungi bayi baru dilahirkan yang dibuang di bawah jambatan di Winkongo berhampiran ladang tuannya untuk sepanjang malam.

Tujuan asal pemilik anjing itu untuk mencari haiwan peliharaannya membawa kepada penemuan bayi tersebut.

Penduduk kampung terkejut melihat anjing itu memeluk bayi yang masih bertali pusat tersebut seperti anaknya sendiri.

Pengarah Kesihatan Daerah Talensi- Nabdam, Rosemary Azure berkata, bayi malang itu semakin pulih daripada jangkitan dan dia kini ditempatkan di pusat jagaan kesihatan.

Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat untuk mengesan identiti ibu bapa bayi tersebut yang dipercayai adalah pasangan remaja di kawasan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design