Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, June 29, 2010

Rahmat Allah Itu Sangat Luas

Satu Pintu Tertutup, Ada Banyak Lagi Pintu Yang terbuka


Alhamdulillah hari ini saya dapat mencatatkan sesuatu di teratak maya kesayangan. Maaf ya kawan-kawan lama saya menyepi di alam maya. Untuk singgah di rumah kawan-kawan juga tidak berkesempatan. Masa amat cemburu dengan saya nampaknya. begitu jua tuntutan amanah di alam realiti yang bukan sedikit menuntut pengorbanan masa, tenaga, wang dan kekentalan jiwa.

Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang lebih seminggu saya menyepi. Saya akan cuba menggarapnya di sini andai Dia Yang Maha Pengasih mengizinkan.

antara perkara yang tidak best berlaku dalam hidup saya apabila sekali lagi blog saya tidak dapat di access, Kali ini, account suspend. Untuk membicarakan lebih lanjut sebab blog saya di suspendkan, saya tidaklah arif sangat. namun menurut moderator blog saya itu, ia bukanlah disebabkan tidak membayar kepada penyedia hosting. Sejak Sabtu lalu, blog itu dah kena suspend. Tidak pasti bila ia akan OK balik.

Pengalaman OGDS di HTAA Kuantan juga ingin saya kongsikan di sini. Namun sebenarnya saya dah taipkan di blog wordpress saya tu tentang OGDS.

Apapun, banyak hikmah yang dapat saya kutip sepanjang seminggu lebih ini.

Dan seperti kata-kata teman sekerja saya sebelum kami punch card 4 lebih tadi,

"Jika satu pintu tertutup, pasti ada beberapa pintu lagi yang terbuka. pandanglah kepada pintu yang terbuka itu dan usahlah berduka di hadapan satu pintu yang tertutup itu",

Sunday, June 20, 2010

Bersama Anakku

Bersama Anakku Sayang

Alhamdulillah, dalam cuti sekolah ini anak-anakku gembira dapat berjumpa keluarga saya. Saya hanya pulang dengan anak-anak memandangkan suami bekerja.

Kemudian sekembali ke kampung halaman suami di sini, bagi menghilangkan rasa rindu pada atok dan nenek sebelah saya, pelbagai aktiviti saya lakukan bersama mereka.

Walaupun dalam serba kepayahan untuk bergerak, demi anak-anak saya harus tabahkan hati cekalkan minda.

Syukurlah anak-anak pun kembali happy. Tidaklah teringat  sahaja kepada ibubapa saya sahaja. Lagipun , mereka masih mempunyai atok dan nenek yang sangat baik hati dan penyayang di sebelah suami.

Antara aktivitinya, kami buat aktiviti perkhemahan.

selain uangkaji pelajaran.

Seperti biasa,  masa untuk  bercerita juga di selitkan...


Contohnya, buku, "The Most Honorable Woman" dalam Siri Quran Stories for Young Readers dari maribaca.com,klik sini.


                        Aktiviti Mewarna...

                        Aktiviti Melukis; Lukisan hasil Contengan Anak saya
Katanya, kura-kura nak makan buah dan sayur tapi buah anggur yang dia lukis. Hu hu.


Camping Tepi rumah

                                   Memasang khemah ...

Khemah di tepi rumah je. Senang ibunya nak memantau aktiviti anak. Nak berkhemah kat Gunung Senyum ke kat Gua gelanggi macam zaman remaja dulu, sudah berbeza keadaan fizikal si ibu. Seronok anakku berkhemah.

Aktiviti Anakku membantu diri ini saat kami tinggal berdua sahaja di rumah. Terima kasih anakku sudi menemani ibumu dan membela ibumu kala ada insan mencemuh fizikal ibumu, engkaulah insan pertama yang sanggup pertahankan ibumu. kau akan menangis. Sudah sayang hentikan tangisanmu. Biarkan ejekan orang . Yang Penting Allah ada amat dekat dengan kita semua....



Begitulah sedikit catatan ibu pada mas acuti sekolah anak-anak.

Saturday, June 19, 2010

Kod untuk Radio IKIM.fm

Kod Untuk  Radio  Institut Kefahaman Islam Malaysia


Assalamualaikum buat teman-teman Muslim . Pada entry ini saya cuba memenuhi hajat sahabat maya saya, Umie Sofie, berkenaan hajat beliau untuk mengetahui cara untuk memasang streaming Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia atau ringkasnya IKIM.fm.

Alhamdulillah setelah selesai menyiapkan tugasan rumahtangga , dan kesihatan yang diberikanNya, entry ini dibuat.

Sebenarnya, setelah mencari internet cara untuk mendapatkan kod streaming IKIM.fm secara online,puas mencari, tidak saya temui. Hinggalah suatu hari saya mengemaskini email-email saya dan tergeraklah hati ini untuk masuk di Forum Jalinan Ukhuwah,Jalinan Ukhuwah Sahabat IKIM.fm,  barulah saya menemui kod radio tersebut.

.:: AHLAN WA SAHLAN ::.
(Assalamu'alaikum wbt) السّلام عليكم و رحمة الله
dan Salam Sejahtera,

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut.

Umpama kita memasuki rumah orang, begitu juga kita menjenguk JALINAN UKHUWAH Ini. Oleh itu, tatasusila dan tingkah laku perlulah dijaga.

"Bertahajud menyerikan wajah, bersyukur membajai baraqah, bermuhasabah mencetus hikmah, bertawakkal membuahkan pasrah, bersaudara menyemai ukhwah kerana Allah"

"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." Al-Ghazali.


Nampak sangat saya tidak rajin masuk ke mana -mana forum melainkan satu je, teka forum apa? Hu hu.

Setelah log in pada dashboard blog kita, sila klik design dan pilih element.

Kemudian pilih add  gadget. Klik pada

HTML/JavaScript HTML/JavaScript Add
Add third-party functionality or other code to your blog.


Dalam kotak itu kita isi kod yang saya tampilkan di bawah:


update selepas Maghrib;
Harap maaf kawan-kawan. Kod streaming tu bila saya masukkan di sini, ia terus keluar playing radio IKIm.fm. Maaf ya saya tak reti nak bubuh kod tu di sini supaya dia tak auto di sini.

sila emailkan saya untuk kod tersebut. 



Sebelum ini, IKIM.fm turut sediakan kod streaming  rakaman temubual bersama sukarelawan Lifeline4Gaza.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua.

Thursday, June 17, 2010

Tersalah Tarikh

Apabila Tersalah tarikh
 



Apabila tersalah tarikh, ia memberi kesan sebenarnya kan? Walaupun nampak kecil tapi jika tarikh penting boleh kita terlupa, makanya perlu ingatkan tarikh penting itu.

Ya Allah rupanya saya tersalah tarikh. Dalam kesibukan menguruskan rumahtangga dan hal keluarga, boleh juga saya terlepas tarikh-tarikh penting. Padahal dalam planer  dah saya catat. Begitulah kalau sudah sibuk dengan hal keluarga.

Saya tersalah tarikh jemputan majlis perkahwinan anak sahabat saya. Tarikh 12/06 ada juga jiran-jiran ibu mertua yang mebuat kenduri kendara. Begitu juga adik sahabat suami, sahabat zaman persekolahannya dulu.

Adus...kenapalah sampai boleh tersilap tarikh. Sudahlah jemputan bertindan. Sebenarnya dalam keadaan saya begini, saya amat terharu dan menghargai jika dijemput ke majlis kenduri anak-anak kawan-kawan. Jadi saya tidaklah merasa terasing di rumah sahaja. Cuma bagi memenuhi jemputan itu, saya perlu melihat kondisi saya dan situasi tempat majlis diadakan Jika laluannya seperti bertar goreng tidaklah susah sangat untuk saya 'mengayuh'.

Kedua, saya tersilap tarikh salah satu temujanji rawatan hospital. Walaupun saya dah catatan dan buat alarm kat HP tapi saya tersalah juga melihat tarikh. Kesannya, temujanji  terbaru saya hanyalah pada November nanti.


                                              Gambar dirakam pada temujanji sebelum ini


Sebelum ni saya hanya di HTAA. Apabila tak dapat hadir dalam satu temujanji, biasanya temujanji gantian akan dibuat sesegera mungkin. Biasanya paling lewat sebulan.

Entahlah mungkin di tempat baru ini, ramai pesakit dari pelbagai daerah bertumpu. Apapun terima aksih kepada Staf Nurse yang menjawab panggilan telefon saya.

Wednesday, June 16, 2010

Tukar Template dan Comment

Tukar Template dan Guna CommentLuv di Blogspot

Alhamdulillah hari ini setelah 'bertungkus-lumus' mendapatkan tempaletes yang mesra CommentLuv, tengah hari ini, inilah template blog saya. "Upin-Ipin" menjadi latar pada kali ini.

Sebenarnya, saya cuba pasang "CommentLuv' di blogspot. Ini kerana setelah menggunakan CommentLuv di blog WP selfhosting, Jurnal Kehidupan (tumpang domain web utama kami), saya dapati comment ini menarik. Entry terkini daripada rakan-rakan yang meninggalkan komen, memudahkan saya menjejaki kembali entry mereka.

Kebetulan ada rakan maya saya turut bertanya tentang apa itu commentLuv di blog JURNAL KEHIDUPAN. Semasa Sis Ashra, klik sini, bertanya kepada saya tentang commentLuv, saya pun tidak berapa tahu bagaimana mahu menjelaskan fungsi CommentLuv ini.

  • ashra salam kak ummu..nak ty,coomentluv tu ape ye. apa beza check or uncheck pada komen?
    Details 2010-06-02 12:08 AM
     

  • Ummu to Ash akan kuar entry terbaru blog Ashra
    Details2010-06-02 7:23 AM#

  • Ummu to Ash waalaikumussalam Ash.cmntluv tu salah satu penyedia komen di blo.istimewanya ia,kalau Ash klik tanda centang pada kotak kecik sebelah cmluv tu,
    Details2010-06-02 7:22 AM#



Kebetulan saya  memang ingin pasang commentLuv di blogspot tetapi tidak tahu bagaimana mahu memasangnya. Alhamdulillah carian saya menemui blog ArifShah yang menerangkan langkah-langkah memasang commentLuv di blogspot. OKLah. Jom kita lihat tulisan beliau. KLik sini.

Percubaan pertama saya untuk memasang komen ini tidak berjaya. Setelah menukar templates barulah berjaya. Selamat tinggal dunia pink ku. Selamat datang dunia cokelat pula.:)

Monday, June 14, 2010

Apa Yang membahagiakan kita...?

Apa Yang Membahagiakan Kita Bila Ada Cuti?

Soalan di atas berlegar-legar di fikiran saya apabila melihat anak saya asyik bertanya, "Ma, bila nak pi sekolah lagi? Lama lagi ke cuti ni?"

"Sekolah cuti 2 minggu nak. Ni baru cuti minggu pertama," jawabku.

"Kenapa tanya, nak?" tanya saya kembali. Melihat ke wajah moyoknya.

"Nak pi sekolah. Cepatlah sikit naik sekolah, kan Ma...",

Anak saya moyok sebab kami sudah kembali ke rumah kami sendiri. Setelah seminggu berada bersama ibu kandung saya, anak saya rupanya masih 'kangen' lagi dengan ibu bapa saya.

Susah juga nak memujuk anak yang rindukan atok dan neneknya. Selepas magrib tadi, anak saya menangis rindukan atoknya. lalu telefonlah sebagai pemudahcara...

Baiklah berbalik kepada topik apa yang membuatkan kita bahagia apabila ada cuti...Bagi saya, ia bahagia apabila kita dapat bersama orang yang kita sayangi dan cintai. Bagi yang sudah berumahtangga, pasti bersama pasangan dan anak-anak dalam suasana tidak terkejar-kejar punch card, tanpa meredah peak hours...adalah saat yang dinantikan. juga sudah tentu saat bersama ibubapa tercinta. Selagi mereka masih ada, inilah saatnya kita menjaga sakit pening mereka.....

Hasil perbualan ringkas dengan anak saya, dapatlah saya faham anak saya suka ke sekolah, sebab dapat jumpa kawan-kawan.

Jawapannya ringkas. Namun bagi saya ia sekan senada dengan beberapa remaja belasan tahun yang suka ke sekolah. Walaupun pelajaran mereka sangat sederhana, mereka jarang tidak datang sekolah. Ini kerana ingin bertemu kawan-kawan. Jawapan mereka, mereka berasa bahagia apabila diterima dan dihargai rakan kelompok mereka. Berjumpa kawan-kawan adalah saat yang menceriakan mereka. Lupa tekanan di rumah. Itu kata mereka...

Namun ada juga yang suka ponteng sekolah. Sebabnya? Juga sebab kawan....Kawan tak nak kawan. Kawan tak nak cakap. Kawan bocorkan rahsia. Kawan makan kawan...

OK lah berbalik kepada anak saya, nampaknya saya perlu hidupkan suasana mood cuti sekolah anak kecil saya dengan aktiviti faedah...agar anak-anak tidak asyik rindukan atok yang jauh. Atok yang dekat ni pun dah rindukan anak-anak saya.

Thursday, June 03, 2010

Keganasan emosi: Penderaan Buat Wanita


Keganasan emosi: Penderaan Buat Wanita



Seseorang suami yang memberitahu isterinya tidak lagi cantik bertujuan memalukan si isteri boleh dikategorikan sebagai kesalahan keganasan emosi sekiranya pindaan dibuat terhadap akta keganasan rumahtangga 1994.

Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ketika ini, golongan wanita hanya dilindungi daripada penderaan fi zikal di bawah akta tersebut.

Katanya lagi, tujuan cadangan pindaan itu adalah bagi memastikan keselamatan wanita dari segi fi zikal dan emosi. Keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri. Islam sentiasa menyuruh umatnya berbuat kebaikan.

Ini termasuklah dalam perhubungan dan pergaulan suami dan isteri. Allah S.W.T di dalam al-Quran, fi rman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik (al-Nisa’: 19).”

Selain itu, Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata, sebaik-baik manusia di kalangan bani Adam ialah orang baik dengan isterinya, ini kerana isteri adalah lebih utama dijaga haknya sebelum orang lain. Setiap manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T tiada yang sempurna. Oleh yang demikian, si suami seharusnya menutup keaiban yang ada pada diri isterinya. Allah S.W.T menjadikan manusia sering memerlukan antara satu sama yang lain.

Justeru, si suami tidak seharusnya mengaibkan isterinya hatta kepada saudara dan sahabat handainya. Ini kerana setiap keaiban yang ada pada isteri merupakan cermin bagi suami. Hakikatnya suami yang mengutuk atau memalukan si isteri secara tak langsung mengaibkan dirinya sendiri.

Dalam hal ini suami harus bijak menangani sebarang masalah yang berlaku dan jangan hanya sekadar menunding jari menyalahkan pasangan.

Begitu juga si isteri harus tahu menjaga penampilan diri supaya sentiasa kelihatan cantik untuk suaminya. Dalam satu petikan artikel Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam melalui siri wanita Anggun keluaran MW baru-baru ini ada berkata sekiranya muncul konfl ik dalam rumah tangga, hendaklah suami isteri mengambil langkah-langkah penyembuhan yang diajar melalui al-Quran dan Al-Sunnah Rasullah SAW supaya keretakan itu dapat disambung semula dengan izin dan reda Allah SWT.
- Mingguan Wanita Jun 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah,malam ini saya dapat mempublishkan blog ini. Saya berharap followers blog ini mendapat manfaat daripadanya.Saya cuba jejaki sebahagian followers blog ini. Namun  kebanyakannya sudah private blog.

Sejak kali terakhir blog ini mempunyai masalah teknikal, pada Januari 2010, followersnya seramai 178 orang setelah setahun sebulan ia bersiaran.

Terima kasih,kawan-kawan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design