Followers
Thursday, June 17, 2010
Tersalah Tarikh
Apabila Tersalah tarikh
Apabila tersalah tarikh, ia memberi kesan sebenarnya kan? Walaupun nampak kecil tapi jika tarikh penting boleh kita terlupa, makanya perlu ingatkan tarikh penting itu.
Ya Allah rupanya saya tersalah tarikh. Dalam kesibukan menguruskan rumahtangga dan hal keluarga, boleh juga saya terlepas tarikh-tarikh penting. Padahal dalam planer dah saya catat. Begitulah kalau sudah sibuk dengan hal keluarga.
Saya tersalah tarikh jemputan majlis perkahwinan anak sahabat saya. Tarikh 12/06 ada juga jiran-jiran ibu mertua yang mebuat kenduri kendara. Begitu juga adik sahabat suami, sahabat zaman persekolahannya dulu.
Adus...kenapalah sampai boleh tersilap tarikh. Sudahlah jemputan bertindan. Sebenarnya dalam keadaan saya begini, saya amat terharu dan menghargai jika dijemput ke majlis kenduri anak-anak kawan-kawan. Jadi saya tidaklah merasa terasing di rumah sahaja. Cuma bagi memenuhi jemputan itu, saya perlu melihat kondisi saya dan situasi tempat majlis diadakan Jika laluannya seperti bertar goreng tidaklah susah sangat untuk saya 'mengayuh'.
Kedua, saya tersilap tarikh salah satu temujanji rawatan hospital. Walaupun saya dah catatan dan buat alarm kat HP tapi saya tersalah juga melihat tarikh. Kesannya, temujanji terbaru saya hanyalah pada November nanti.
Gambar dirakam pada temujanji sebelum ini
Sebelum ni saya hanya di HTAA. Apabila tak dapat hadir dalam satu temujanji, biasanya temujanji gantian akan dibuat sesegera mungkin. Biasanya paling lewat sebulan.
Entahlah mungkin di tempat baru ini, ramai pesakit dari pelbagai daerah bertumpu. Apapun terima aksih kepada Staf Nurse yang menjawab panggilan telefon saya.

Labels:
baiti jannati
Wednesday, June 16, 2010
Tukar Template dan Comment
Tukar Template dan Guna CommentLuv di Blogspot
Alhamdulillah hari ini setelah 'bertungkus-lumus' mendapatkan tempaletes yang mesra CommentLuv, tengah hari ini, inilah template blog saya. "Upin-Ipin" menjadi latar pada kali ini.
Sebenarnya, saya cuba pasang "CommentLuv' di blogspot. Ini kerana setelah menggunakan CommentLuv di blog WP selfhosting, Jurnal Kehidupan (tumpang domain web utama kami), saya dapati comment ini menarik. Entry terkini daripada rakan-rakan yang meninggalkan komen, memudahkan saya menjejaki kembali entry mereka.
Kebetulan ada rakan maya saya turut bertanya tentang apa itu commentLuv di blog JURNAL KEHIDUPAN. Semasa Sis Ashra, klik sini, bertanya kepada saya tentang commentLuv, saya pun tidak berapa tahu bagaimana mahu menjelaskan fungsi CommentLuv ini.
Kebetulan saya memang ingin pasang commentLuv di blogspot tetapi tidak tahu bagaimana mahu memasangnya. Alhamdulillah carian saya menemui blog ArifShah yang menerangkan langkah-langkah memasang commentLuv di blogspot. OKLah. Jom kita lihat tulisan beliau. KLik sini.
Percubaan pertama saya untuk memasang komen ini tidak berjaya. Setelah menukar templates barulah berjaya. Selamat tinggal dunia pink ku. Selamat datang dunia cokelat pula.:)

- ashra
salam kak ummu..nak ty,coomentluv tu ape ye. apa beza check or uncheck pada komen?
- Details 2010-06-02 12:08 AM
- Ummu to Ash
akan kuar entry terbaru blog Ashra
- Details2010-06-02 7:23 AM#
- Ummu to Ash
waalaikumussalam Ash.cmntluv tu salah satu penyedia komen di blo.istimewanya ia,kalau Ash klik tanda centang pada kotak kecik sebelah cmluv tu,
- Details2010-06-02 7:22 AM#
Kebetulan saya memang ingin pasang commentLuv di blogspot tetapi tidak tahu bagaimana mahu memasangnya. Alhamdulillah carian saya menemui blog ArifShah yang menerangkan langkah-langkah memasang commentLuv di blogspot. OKLah. Jom kita lihat tulisan beliau. KLik sini.
Percubaan pertama saya untuk memasang komen ini tidak berjaya. Setelah menukar templates barulah berjaya. Selamat tinggal dunia pink ku. Selamat datang dunia cokelat pula.:)
Labels:
pengumuman
Monday, June 14, 2010
Apa Yang membahagiakan kita...?
Apa Yang Membahagiakan Kita Bila Ada Cuti?
Soalan di atas berlegar-legar di fikiran saya apabila melihat anak saya asyik bertanya, "Ma, bila nak pi sekolah lagi? Lama lagi ke cuti ni?"
"Sekolah cuti 2 minggu nak. Ni baru cuti minggu pertama," jawabku.
"Kenapa tanya, nak?" tanya saya kembali. Melihat ke wajah moyoknya.
"Nak pi sekolah. Cepatlah sikit naik sekolah, kan Ma...",
Anak saya moyok sebab kami sudah kembali ke rumah kami sendiri. Setelah seminggu berada bersama ibu kandung saya, anak saya rupanya masih 'kangen' lagi dengan ibu bapa saya.
Susah juga nak memujuk anak yang rindukan atok dan neneknya. Selepas magrib tadi, anak saya menangis rindukan atoknya. lalu telefonlah sebagai pemudahcara...
Baiklah berbalik kepada topik apa yang membuatkan kita bahagia apabila ada cuti...Bagi saya, ia bahagia apabila kita dapat bersama orang yang kita sayangi dan cintai. Bagi yang sudah berumahtangga, pasti bersama pasangan dan anak-anak dalam suasana tidak terkejar-kejar punch card, tanpa meredah peak hours...adalah saat yang dinantikan. juga sudah tentu saat bersama ibubapa tercinta. Selagi mereka masih ada, inilah saatnya kita menjaga sakit pening mereka.....
Hasil perbualan ringkas dengan anak saya, dapatlah saya faham anak saya suka ke sekolah, sebab dapat jumpa kawan-kawan.
Jawapannya ringkas. Namun bagi saya ia sekan senada dengan beberapa remaja belasan tahun yang suka ke sekolah. Walaupun pelajaran mereka sangat sederhana, mereka jarang tidak datang sekolah. Ini kerana ingin bertemu kawan-kawan. Jawapan mereka, mereka berasa bahagia apabila diterima dan dihargai rakan kelompok mereka. Berjumpa kawan-kawan adalah saat yang menceriakan mereka. Lupa tekanan di rumah. Itu kata mereka...
Namun ada juga yang suka ponteng sekolah. Sebabnya? Juga sebab kawan....Kawan tak nak kawan. Kawan tak nak cakap. Kawan bocorkan rahsia. Kawan makan kawan...
OK lah berbalik kepada anak saya, nampaknya saya perlu hidupkan suasana mood cuti sekolah anak kecil saya dengan aktiviti faedah...agar anak-anak tidak asyik rindukan atok yang jauh. Atok yang dekat ni pun dah rindukan anak-anak saya.

Thursday, June 03, 2010
Keganasan emosi: Penderaan Buat Wanita
Keganasan emosi: Penderaan Buat Wanita
Seseorang suami yang memberitahu isterinya tidak lagi cantik bertujuan memalukan si isteri boleh dikategorikan sebagai kesalahan keganasan emosi sekiranya pindaan dibuat terhadap akta keganasan rumahtangga 1994.
Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ketika ini, golongan wanita hanya dilindungi daripada penderaan fi zikal di bawah akta tersebut.
Katanya lagi, tujuan cadangan pindaan itu adalah bagi memastikan keselamatan wanita dari segi fi zikal dan emosi. Keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri. Islam sentiasa menyuruh umatnya berbuat kebaikan.
Ini termasuklah dalam perhubungan dan pergaulan suami dan isteri. Allah S.W.T di dalam al-Quran, fi rman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik (al-Nisa’: 19).”
Selain itu, Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata, sebaik-baik manusia di kalangan bani Adam ialah orang baik dengan isterinya, ini kerana isteri adalah lebih utama dijaga haknya sebelum orang lain. Setiap manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T tiada yang sempurna. Oleh yang demikian, si suami seharusnya menutup keaiban yang ada pada diri isterinya. Allah S.W.T menjadikan manusia sering memerlukan antara satu sama yang lain.
Justeru, si suami tidak seharusnya mengaibkan isterinya hatta kepada saudara dan sahabat handainya. Ini kerana setiap keaiban yang ada pada isteri merupakan cermin bagi suami. Hakikatnya suami yang mengutuk atau memalukan si isteri secara tak langsung mengaibkan dirinya sendiri.
Dalam hal ini suami harus bijak menangani sebarang masalah yang berlaku dan jangan hanya sekadar menunding jari menyalahkan pasangan.
Begitu juga si isteri harus tahu menjaga penampilan diri supaya sentiasa kelihatan cantik untuk suaminya. Dalam satu petikan artikel Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam melalui siri wanita Anggun keluaran MW baru-baru ini ada berkata sekiranya muncul konfl ik dalam rumah tangga, hendaklah suami isteri mengambil langkah-langkah penyembuhan yang diajar melalui al-Quran dan Al-Sunnah Rasullah SAW supaya keretakan itu dapat disambung semula dengan izin dan reda Allah SWT.
- Mingguan Wanita Jun 2009

cinta,
suami isteri
Alhamdulillah
Alhamdulillah,malam ini saya dapat mempublishkan blog ini. Saya berharap followers blog ini mendapat manfaat daripadanya.Saya cuba jejaki sebahagian followers blog ini. Namun kebanyakannya sudah private blog.
Sejak kali terakhir blog ini mempunyai masalah teknikal, pada Januari 2010, followersnya seramai 178 orang setelah setahun sebulan ia bersiaran.
Terima kasih,kawan-kawan...

Monday, May 10, 2010
Ke Makam Bonda UNIC
Ke Makam Bonda UNIC
UNIC - Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
UNIC - Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Labels:
nasyid
Alhamdulillah,
Alhamdulillah, pada 3 April dah OK
dan Alhamdulillah blogspot ini kembali bersiaran....
dan Alhamdulillah blogspot ini kembali bersiaran....
Labels:
pengumuman
Subscribe to:
Posts (Atom)