Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, May 19, 2011

Kenangan pada tarikh keramat

Kenangan pada tarikh keramat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera allz. Pagi yang cerah, matahari memancarkan cahayanya, dan sedikit panas. Ibu ingin berkongsi pengalaman ibu pada 16 Mei 2011 yang lalu.

Pada tarikh keramat itu, ibu telah menghadiri satu temuduga di K.L di salah satu kementerian bagi meningkatkan profesionalisme profesion ibu. Di kesempatan ini, Ibu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penemuduga yang sudi memberi laluan segera kepada ibu.

Ibu sepatutnya ditemuduga pada 11 pagi tetapi dengan budi bicara pihak penemuduga, Alhamdulillah ibu tidak perlu menunggu lama. Ibu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Nasir Masroom (UTM JB) kerana sudi memberi laluan yang sepatutnya waktu beliau ditemuduga, tetapi diberikan kepada saya. Begitu juga kepada rakan yang ditemuduga yang lain, yang tidak berkesempatan untuk saya berkenalan dengan lebih lanjut lagi.

Di kesempatan ini, ibu muatnaik beberapa keping gambar...






Kemalangan Jalan Raya; Sebuah kereta terbalik pada 16/5/2011, lebih kurang 1.00 p.m,
sebelum exit Lanchang di LPT Pantai Timur


Terima Kasih, Cikgu, Selamat hari Guru

Seawal beberpa hari, dan kemudian seawal subuh 16 Mei 2011, deringan hp ibu tiada pernah berhentinya, sehinggalah sewaktu hendak menuju ke pusat temuduga, deringan itu masih kedengaran lagi.  Tiba-tiba, ia bagaikan satu dorongan motivasi untuk ibu perlu untuk hadir temuduga itu.

Terima kasih kepada pelajar, bekas pelajar yang masih mengingati diri ini. Namun dalam banyak-banyak ingatan SMS itu, bekas pelajar,  sudah menamatkan pengajian di sebuah IPT, menangis menelefon ibu kerana sangat rindukan ibu dan anak-anak ibu. Bekas pelajar, seorang anak yatim, yang sewaktu hendak menduduki SPM, Tiba-tiba merasa kehilangan yang amat sangat, very depression, kerana ayah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di sungai berhampiran penempatan kami.

Bekas pelajar yang saya namakan Y, seorang pelajar pintar, pengawas sekolah, anak sulong yang ceria...tiba-tiba berubah personaliti.  waktu itu mengalami krisis jiwa yang parah. Menangis, lost, cuba bunuh diri, bercakap sendiri, menyalahkan Tuhan, keluarga sebelah arwah bapa yang tidak ambil tahu walau sebelah kampung/rumah,...Pasti para pendidik di luar sana jua pernah menemui pelajar bersituasi seperti ini...


Alhamdulillah, dengan izin Allah, Y akhirnya pulih dari krisisnya. Y dan keluarganya akhirnya menjadi rapat dengan keluarga ibu. Setiap waktu terluang, Y dan adik-adiknya akan datang ke rumah ibu dan bermain dengan anak ibu. 

Ketika ibu terlantar di perbaringan (bed ridden), Allah datangkan bantuan untuk ibu, yang salah satunya melalui ibu Y yang sanggup berada di sisi ibu ketika suami ibu keluar mencari rezeki halal.

Tarikh keramat 16 Mei, mengingatkan ibu kepada jasa-jasa guru-guru yang juga murabbi ibu. Al Fatihah untuk guru-guru ibu, Allahyarham U.D, Ummi Halimaton, Sir ghazali, Sir yahya......didikan kalian pada diri yang dhaif ini hanya Allah yangd apat membalasnya.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Berhujung Minggu

Selamat Berhujung Minggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. selamat berhujung minggu buat semua teman-teman, samada teman2 di alam realiti mahupun blogsphere.

Semoga berbahagia selalu.

Sekian, wassalam

Tuesday, May 10, 2011

Imam Muda online sekarang

Imam Muda di online sekarang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Imam Muda 2 sedang ditemuramah di radio IKIM.FM sekarang, klik sini.

Sekian, wassalam

Sunday, May 08, 2011

Al-Quran, kain ela tidak hangus

Al-Quran, kain ela tidak hangus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kasih ibu, kasih sejati

Sebegitu mendalamnya kasih ibu pada anak-anaknya,

Lebih mendalam kasih sayang Ilahi

buat hamba-hambaNya

Al Fatihah untuk allahyarhamah Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di Kuala Krai, kelmarin. Jom kita ikuti berita yang dilaporkan oleh wartawan Kosmo Ahad, Adam Shadan.


RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam.

KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.

Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.

Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.
"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.
Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.

Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.

Saturday, May 07, 2011

Al Fatihah Untuk Mereka

AL FATIHAH



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salam takziah kepada keluarga mereka yang sedang dilanda kedukaan berikutan perginya insan kesayangan ke alam baqa'.



Al fatihah untuk Nursyaza Alisa Syed Ahmad, 5,  adiknya, Nursyaza Azira, 4, 


Al fatihah jua untuk Allahyarham  Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, maut dengan kesan kecederaan di tengkuk.


 Sanak-saudara dan jiran tetangga sedih dengan kejadian kontaktor, Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang dan isterinya, Timah @ Fatimah Pachu yang mati dibunuh di Kampung Gemeti, Bentong, Pahang, semalam. 

Allahyarham dan allahyarhamah yang juga 'Ahli Surau",  Seorang kontraktor warga emas bersama isterinya ditemui mati dibunuh kejam, dipercayai dengan menggunakan cangkul dan objek tajam di bilik tidur rumah mereka di Kampung Gemeti, Bentong, di sini awal pagi ini. (4 Mei 2011). Berita lanjut sila klik sini.


Al fatihah jua untuk Allahyarham Zulkifly Hamzah, 43, seorang lelaki mulia yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan anak-anak kecil lain di laut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al fatihah untuk semua muslimin muslimat mukminin mukminat yang telah meninggal dunia.......


Sebahagian berita...Tragedi Ulu Bendul dan Lelaki Mulia Meninggal dunia

readmore...

Wednesday, May 04, 2011

Dendam Cinta

DIBUNUH KERANA MENOLAK LAMARAN

Update pada Sabtu, 7/5/2011. Maklumat lanjut sila baca pada komentor di blog myraudhatulukhuwah pada entry "Wanita Dibunuh Kerana enggan terima lamaran,, klik sini.

Alfatihah untuk allahyarhamah Ratna Sufizzah Riyanti Omar.

Artikel sbeelum ni...
Kerana cinta, pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Kerana cinta, kekasih sanggup mengikut insan yang dicintainya. Lautan luas sanggup direnangi demi bersama pujaan hati.

Bahkan kerana cinta juga, dendam kian membara. Lebih parah apabila dendam cinta itu sehingga ke peringkat berlakunya pembunuhan..Semoga kita terhindar daripada bencana ini. Salam takziah untuk keluarga mangsa.

Wanita Dibunuh Kerana Enggan Terima Lamaran


ALOR SETAR, 3 Mei (Bernama) -- Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.

Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Motivasi luar biasa OKU

Motivasi Luar Biasa Insan OKU; Ketabahan luar biasa OKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini disalin kembali daripada Utusan Malaysia, 30/4/2011 seperti yang dilaporkan oleh ROHANA MAN.

KUDUNG kedua-dua tangan tidak menghalang Muhammad Zhariff Affandi menamatkan renangan sejauh 6.5 kilometer.




DI barat, istilah yang digunakan bagi menggambarkan mereka adalah Phisically Challenge Person. Di Malaysia, kita memanggilnya Orang Kurang Upaya atau ringkasnya OKU. Kedua-dua istilah itu merujuk kepada golongan yang mengalami pelbagai jenis kecacatan fizikal sama ada sejak lahir mahupun selepasnya. 

RAS ADIBA RADZI

Di Malaysia, ada banyak contoh insan yang sempurna, kala sedang meniti tangga kejayaan dalam kerjaya, ditimpa kemalangan yang membuatkan mereka terpaksa menghabiskan sisa-sisa hayat di atas kerusi roda. Antaranya ialah bekas penyampai berita TV3 yang glamor, Ras Adiba Radzi. 

Keseluruhan hidupnya berubah secara total selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disahkan lumpuh sebahagian badan pada 2002. Namun beliau tidak putus asa untuk mengharung cabaran kehidupan seperti insan normal. Dalam keadaan kurang upaya, beliau mengambil seorang anak angkat lelaki untuk dipelihara. Beliau juga aktif menyertai sukan OKU, selain memenuhi undangan sebagai tetamu sesebuah program.

PROF. DATUK DR ISMAIL MD SALLEH (Al Fatihah untuk allahyarham)

Kecemerlangan yang diciptanya telah menyakinkan kerajaan untuk melantik ilmuwan cacat penglihatan, Allahyarham Prof Datuk Dr. Ismail Md Salleh sebagai Anggota Dewan Negara pada 2007. Pelantikan itu melakar sejarah OKU pertama dilantik Senator.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh dalam satu upacara ringkas di Dewan Negara dengan menggunakan braille.

Dilahirkan pada 2 September 1947 di Pasir Mas, Kelantan, Ismail memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti New York pada 1973 sebelum menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam Sains Ekonomi di Universiti Illinois pada 1974. Tiga tahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) dari universiti yang sama.

Walaupun dilantik sebagai Senator, bapa kepada enam cahaya mata itu tetap meneruskan tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Usaha dan kejayaan beliau patut dicemburui, khususnya bagi kita yang dilahirkan dan membesar dalam keadaan sempurna. Beliau meninggal dunia pada tahun 2009.

MUHAMMAD ZHARIFF AFFANDI

Tarikh 24 April 2011 menyaksikan kecekalan Muhammad Zhariff Affandi, 29, menamatkan renangan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke pantai peranginan Kelulut dekat Marang, Terengganu. Kemampuan beliau memukau penduduk dan pengunjung yang menyaksikan pemuda yang kudung kedua-dua tangan itu bersaing hebat dengan peserta normal.

Pemuda itu yang menyertai Swimaton Antarabangsa Kapas-Marang 2011 bersama 264 peserta lain berjaya menamatkan renangan dalam masa 2 jam 46 minit dan 47 saat.

Berasal dari Selangor, beliau yang pertama kali menyertai pertandingan itu memberitahu, ia cukup mencabar walaupun ombak tidak menjadi masalah besar.

“Cuma..., saya agak panik setelah beberapa kali disengat obor-obor,” katanya kepada pemberita.
Ketua Pegawai Eksekutif The Zhariff Initiative Sdn. Bhd. itu juga berkata, beliau akan meneruskan aktiviti berenang walaupun tidak sepantas peserta normal.

Dilahirkan cacat, beliau juga cemerlang dalam akademik apabila lulus dalam bidang Psikologi Perkembangan dari University Griffith, Australia. Selain berenang, beliau turut meminati aktiviti menunggang kuda dan mendaki gunung.

SYEIKH AHMAD YASSIN(Al Fatihah untuk allahyarham)

Di luar negara, tidak kurang hebatnya kisah-kisah OKU yang mencipta sejarah tersendiri. Allahyarham Syeikh Ahmad Yassin walaupun lumpuh dan hampir buta, tetapi semua cabaran itu tidak mematahkan semangatnya untuk memperjuangkan Islam. Beliau tidak pernah berganjak daripada matlamat jihad dan terus istiqamah menghadapi kezaliman rejim Zionis sehingga menimbulkan ketakutan pada musuh Islam itu.

Beliau ialah ketua dan pengasas Hamas yang digelar Bapa Intifada Palestin yang telah membangkitkan semangat jihad menentang rejim Zionis yang telah merampas dan menjajah tanah air mereka.

Syeikh Ahmad Yassin telah menghabiskan seluruh usianya di jalan dakwah dan jihad walaupun pernah dipenjara, disiksa, diburu dan akhirnya gugur sebagai syuhada’ akibat pengeboman pihak rejim Zionis.

ERIK WEIHENMAYER

Dalam dunia pendakian pula, rekod pencapaian yang dicipta oleh Erik Weihenmayer masih belum dapat diatasi oleh sesiapa pun yang buta sepertinya. Lahir pada 23 September 1968 di Hong Kong, Erik muncul sebagai orang buta pertama yang mendaki ke puncak gunung Everest pada 25 Mei 2001.

Beliau juga menjadi orang buta pertama yang berjaya menakluk tujuh puncak tertinggi di tujuh benua. Kekurangan fizikal tidak menghalang Erik menamatkan pendakian di Carstenz Pyramid (puncak tertinggi di benua Oceania) pada 28 Ogos 2008. Tekad dan azam yang kuat juga mendorong Erik mengulangi pendakian pertama yang gagal pada tahun 1997 dalam misi ke gunung Aconcagua. Dua tahun kemudian, beliau berjaya sampai ke titik tertinggi di benua Amerika Selatan itu pada Januari 1999.

Erik lahir normal tetapi pada usia tiga tahun, dia menderita penyakit mata retinoschisis. Sepuluh tahun kemudian, beliau buta sepenuhnya, tetapi kecacatan itu tidak mematahkan semangatnya untuk menyahut cabaran kehidupan.
Beliau tidak mahu menyerah pada nasib dan mahu melakukan apa saja yang dilakukan oleh insan normal. Justeru, beliau terus aktif dalam sukan lasak yang ekstrem seperti mendaki gunung, memanjat tebing batu dan tebing ais, meluncur udara dan bermain ski - sama seperti orang normal. 

Motivasi yang dimilikinya dikongsi bersama pembaca melalui penulisan buku beliau, antaranya berjudul Touch the Top of the World dan The Adversity Advantage: Turning Everyday Struggles Into Everyday Greatness.

Apa yang boleh disimpulkan daripada kisah kejayaan mereka adalah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Pilihan terletak di tangan kita, dengan doa mengiringi setiap pencapaian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design