Persediaan Ke Gerbang Ramadhan
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillahirabbila'alamin. .Wassolatu wassalamu atas Rasul junjungan khotimul anbiya’ Muhammad S.A.W.
Bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana masih dipinjamkan nikmat usia untuk
terus di nobatkan sebagai khalifah dan Hamba Allah di muka bumi..
Syukur sekali lagi kurafakkan pada Ilagi atas sebesar-besar nikmat kurniaan Ilahi, iaitulah nikmat Iman yang kita ditunjuki dan nikmat Islam yang kita warisi dan jadikan sebagai satu cara hidup yang syumul.
Alhamdulillah, kita telah melepasi bulan Rejab yang penuh dengan
barakah. Kini kita telah melangkah ke 16 Syaaban.
Dalam bulan Rejab 1433 Hijrah (2012),
kita telah sama-sama menyaksikan beberapa peristiwa penting yang berlaku
di dunia. Begitu juga dalam Bukan Sya'ban ini.
Dan pasti setiap diri kita ada sejarah yang tak dapat dilupakan pada Rejab dan Sya'ban ini. Misalnya asaya sendiri. Pada awal Sya'ban lalu, kenderaan suami saya mengalami kemalangan. Kemalangan kali ini agak teruk.
Kenderaan kami langsung tidak boleh bergerak. Kemek dan remuk. Cermin pecah. Almaklumlah berlanggar dengan lori tanah. Nak elak, tepi jalan tu pula gaung.
Namun syukur kepada Allah. Kecederaan anak-anak tidaklah teruk. Terima kasih uncle Cina yang tolong keluarkan dan pujuk anak-anak saya.
Terima kasih juga kepada saudara dan sahabat-sahabat yang membantu keluarga saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Semoga ukhuwah kita diberkati dan dirahmati Allah dunia akhirat. Amin.
Kini telah hadir Sya'ban. Tinggal tak sampai 15 hari sahaja lagi, Ramadhan menguak diri. Di kesempatan ini, pada entry ini saya tulis pada 16 Sya'ban.
Marilah kita sama-sama membaca selawat ke atas Rasululluah SAW.
Berselawat ke atas Nabi s.a.w. merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sabda
Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia yang paling
utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke
atasku”.
[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Ingin lihat Kisah Benar, Pesawat Terselamat Berkat Selawat Nabi, klik di sini.
TUJUAN ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA
Tujuan Allah SWT menciptakan manusia ialah untuk berubudiyah kepada
Allah SWT berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam Surah Adz
Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:
“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia, hanyasanya untuk berubudiyah kepadaKu.”
( Adz Dzariyat 51 : 56)
Puasa ialah salah satu bentuk ubudiyah yang difardhukan khusus di
dalam bulan Ramadhan bagi melahirkan mukmin bertaqwa dalam erti kata
yang sebenarnya.
Ia adalah ibadah yang dituntut bagi melahirkan bentuk ubudiyah yang
lebih besar dan menyeluruh meliputi ibadah-ibadah yang lain seperti
solat, mengeluarkan, mengerjakan haji dan lain-lain.
Ibadat puasa itu sendiri merupakan sumber motivasi dalam membina
potensi, semangat dan kekuatan muslim. Sekiranya ia dilakukan dengan
penuh kesedaran dan dilaksanakan dengan perlaksanaan yang terbaik maka
jiwa manusia dapat dibebaskan daripada kongkongan nafsu yang bersifat
keduniaan dan kebendaan.
Dan kehadiran bulan
Ramadhan adalah salah satu bentuk proses untuk menghasilkan taqwa yang
diredhai oleh Allah SWT.
DOA RASULULLUAH SAW KETIKA MENGHAMPIRI RAMADHAN
Bergema di
serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna
Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul SAW
Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh
Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini.
Diriwayatkan
bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ,
'‘Ya
Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami
ke bulan Ramadhan’
(Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Ramadhan Bulan Kecintaan dan Kerinduan
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema
yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut
dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan.
Pernah digambar di dalam sirah para sahabat Rasulullah SAW bahawa mereka
adalah satu kelompok manusia yang sangat merindui dan mencintai
kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak. Rasulullah SAW dan para sahabat
sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan agar dapat
menjejaki kaki dan merasai penghayatan ibadah di bulan yang barakah ini.
Ini terbukti
dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar
bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi
dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda
bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan
Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita
mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau
berlalu tanpa dimanfaatkan.
Saudara yang mulia,
bagaimanakah halnya kita?
Kenapa para sahabat begitu teruja dengan kehadiran Ramadhan?
Sudah tentu, padanya terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang
sangat banyak dan berharga. Jelas kepada kita, Ramadhan adalah bulan
yang sangat indah dan cukup istimewa di hati orang-orang yang beriman.
Inilah bulan pendidikan dan bulan peningkatan Iman.
Firman Allah SWT :
“ Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan)
Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan
mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).”
(
Al- Baqarah 2 : 185)
INPUT, PROSES DAN OUTCOME RAMADHAN AL KAREMM
Pada entry ini, mari kita beri tumpuan di dalam membicarakan soal Ramadhan.
Perkara yang akan dilihat ini
boleh dilihat dari sudut input, proses dan outcome dalam menghadapi
Ramadhan.
1) INPUT: