Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, February 13, 2009

Maid Meroyan or Psikosis?





Persoalan yang timbul tentang maid kami ini ialah tingkahlaku yang ditunjukkannya.Diaseperti seorang yang mengalami tekanan perasaan yang ketara sangat. Tingkahlaku bilazimnya juga seringkali meyusahkan kami. Traumanya juga menjadi-jadi. Kami tetap bersabar menghadapi kerenahnya. Masuk kali ini, kami sudah habis beribu-ribu RM untuk mndapatkan maid. Tentang agen,nanti sahaja bila berkelapangan akanku coretkan.

Rupanya,maid kami pernah mengalami peristiwa teramat sedih dalam hidupnya. Anaknya yang sulong meninggal dunia sewaktu belum pun cukup 40 hari bayinya itu hidup di dunia. Kemudian dia tidak dapat merawat bdannya sendiri dengan mengambil ubat-ubata doktor atau jamu kerana kesuntukan wang.

Kemudian dia hamil lagi. Sepanjang kehamilannya, ia sering dipukul,diterajang dan diseksa suaminya yang mana ketika itu suaminya telah berkahwin lain. Hinggalah tiba saat melahirkan. Anaknya kali ini meninggal dunia sewaktu dilahirkan.Dia terus menangis dan sedih sejak anaknya meninggal dunia. Apatah lagi suaminya sudah meninggalkannya.

Jadi, apa yang kami nampak,sewaktu ia bertugas sebagai pembantu di sini, dia sebenarnya tidak cukup sihat untuk bertugas. Dia unfit tapi kecederaan emosi tidak nampak oleh fizikal. Hanya apbila seseorang itu dekat dan duduk bersama barulah tahu akan dirinya.

Sometimes, dia akan menjaga abayi kami sepenuh kasih sayang. Dia akan bercakap-cakap dengan anak kecil itu dalam bahasanya. memberitahu anak itu adalah anaknya yang sudah meninggal dunia dahulu. Namun seringkalinya,ia mencubit anak kami apabila dia gerama tau tidak puas hati. apabila hal ini berlaku, akmi akan menegur sikapnya.Kami tegur dengan sehikmah mungkin. Tapi dia anggap kami marah dia.

Tambahan pula, dia akan pukul anak kami yang sulong apabila dia tak puas hati. Kemudian dia akan menangis mengatakan anak kami yang memukulnya. sedangkan anak yang sulong bila bibik memukul dan mencubitnya, anak kami akan segera pergi ke tempat lain.

Kadang kala maid ini kan tertawa dan menangis sedniria. Kemudian jika ada bersamanya bayi kami, dia kan tertawa sendiri sambil mengusap anak bayi kami sambil mengahap ke tepi longkang rumah kami. Sambil duduk di tepi longkang, dia akan menguis tanah longkang sambil tertawa sendiri. (bukan membersihkan longkang menggunakan penyodok)

Maid ini juga mudah lupa meletekkan barang,lupa apa yang dia buat sebentar tadi, lupa di mana anak kami berada dan lupa apa yang ingin dibuat selepas ini. Dari apa yang kami amati,tahap traumanya teramatlah tinggi.

Paling menguji kesabaran suami dan keluarga, apabila maid ini datang angin kus-kus nya, yang tidak tahu apa sebabnya,tiada angin tiada ribut, dia akan menangis sepanjang hari. Jika masa itu dia menangis di ruang tamu,maka dia akan terpacak di situ seharian. Jika dia sedang menangis di biliknya, pun serupa.

Dia akan menangis dan menagis,minta dipulangkan ke kampung. Katanya dia rindu anak keponakannya. Dia akan menangis menghadap tembok dinding. Bila disuruh makan tidak mahu. Sampai ia demam.Malah disuruh bangun solat pun tidak mahu.MasyaAllah. Sungguh berat rasanya ujian ini. Mendapat bibik yang keras hati seperti ini.

Dia akan membatukan badannya dan cuma cakap, “Mau pulang. Biarlah saya datang Malaysia ini Cuma ambil pengalaman saja”. Ooo penak eee kuee? Ingat dating Malaysia ni makan angin je ke?Cetus hatiku. Last-last, aku yang menangis tidak tahan dengan kerenah bibik.

Selama beberapa bulan ia di sini,telah banyak kali tindakan seperti ia lakukan. Dia akan batukan badannya dan mogok. Kami bukanlah majikan kejam sehingga memukul bibik walaupun bibik sering menyakitkan hati kami. Bila bibik mogok, kami berdoa mohon bantuan Allah. Kami serahkan pda Allah.

Dunia sudah terbalik. Bukan maid jaga kebajikan majikan. Tetapi majikan yang tolong beri ubat doktor, ubat herba juga kepada maid. Majikan juga (suamiku) apabila sudah pulang kerja, suamikulah yang memasak makanan untuk kami.Awal-awal pagi sudah bangun, suamilah yang memasak untuk kami. (Jika tiada maid inilah rutin suami setelah ada maid, begini juga tugas suami. )Suamikulah yang mengasuh anak-anak kami, menjagaku, membasuh dan menggosok pakaian.

Kami sudah maklumkan pada agen akan keadaan maid ini. Terfikir juga, apa test kesihatan di sana tidak check tahap mantel maid kah?Agen di Indonesia ini ada ceritanya sendiri. Agen pun satu bab pula.

Namun yang menyejukkan hatiku, Mbak Nana, saudaranya maid kami ini seorang yang bertanggungjawab. Mbak Nana memohon maaf atas sikap maid ini. Cuba bayangkan apabila kami telefon saudaranya maid ini yang juga bekerja sebagai maid di sini, maid kami cuma membatukan diri. Dia campak handphone ke tepi. Insiden mencampak handphone bukan sekali dua tetapi setiap kali maid melancarkan mogok,inilah sikapnya. Saudaranya sungguh terkejut dengan sikap maid ini. Bagai orang tak tahu bersyukur, katanya. Sudah dapat majikan yang baik, kenapa mengada-mengada pula.

Kesimpulannya,nak dapat pengasuh yang baik untuk anak-anak memang sukar.Yang betah dan rasi dengan family kita. Begitu juga dengan agen pembantu rumah. Nak cari yang jujur dan bertanggungjawab sukar. Sesungguhnya pada Allah kami mohon pertolongan.

Adab Terhadap Pembantu Rumah Tangga




Adab Terhadap Pembantu Rumah Tangga

1. Janganlah seorang ketua rumah tangga memaksa pembantu rumahnya melakukan sesuatu diluar kesanggupannya. Rasulullah SAW tidak pemah memukul seseorang dengan tangannya, tidak memukul wanita dan tidak pula memukul hambanya, karena baginda memukul hanya ketika berperang di jalan Allah. (Riwayat Muslim)

2. Hendaklah bertimbang rasa terhadap mereka pada saat mereka menghadapi kesukaran atau keletihan.

3. Janganlah memukul atau menyakiti tubuh mereka."Allah tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya" (Al Baqarah : 286)

4. Janganlah sering mencaci mereka yang menyebabkan mereka berani membalas.
5. Memaafkan kesalahan mereka.

6. Layani permintaan mereka apabila mereka meminta (seperti suatu keringanan atau cuti).

7. Eloklah makan sehidangan atau makanan yang sama seperti yang dihidangkan oleh mereka.

8. Bayarlah upah mereka menurut kadar yang selayaknya diterima oleh mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Berilah upah buruh (pekerja) sebelum kenyang peluhnya" (Riwayat ibnu Majah)
(Jika
bergaji bulanan, maka dibayar di akhir bulan itu).

sumber:kawansejati

Sunday, February 01, 2009

Perkara Yang Lebih Baik




Perkara Yang Lebih Baik Daripada Pembantu / Khadam


Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya,
Fatimah meminta kepada Nabi S.A.W seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.”
(Muslim)

Huraian

Menurut ajaran Islam, seorang wanita tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah keluarga. Tujuannya supaya isteri itu dapat sepenuhnya mencurahkan perhatian kepada urusan
rumahtangga, mendidik anak-anak dan membesarkan mereka. Ini bersesuaian dengan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Rasulullah bersabda,” Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya.” (Bukhari & Muslim)

Namun begitu dewasa ini tuntutan semasa memerlukan golongan isteri juga keluar rumah berganding bahu mencari nafkah untuk membantu suami menyara keluarga. Oleh yang demikian komitmen selaku seorang isteri, ibu dan juga seorang pekerja kepada majikan tidak dinafikan mengundang rasa penat yang tidak tertanggung secara sendirian. Oleh itu ramai antara para isteri yang bekerja menginginkan adanya seorang pembantu rumah untuk menolong mereka menguruskan rumahtangga.

Namun begitu masalah ini sebenarnya tidak hanya boleh diselesaikan dengan adanya pembantu rumah semata-mata kerana seorang suami yang memahami keadaan isterinya sudah tentu tidak akan berat tulang memberikan kerjasama, menolong serta bertolak-ansur dalam meringankan tugas isteri di rumah. Ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah rumahtangga daripada berlaku pergaduhan dan sebagainya, malah dapat menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara suami isteri kerana masing-masing dapat menerima dan mengorbankan kepentingan diri.

Di samping itu si isteri juga dianjurkan mengamalkan petua yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w seperti dalam hadith di atas kerana dengan menyebut nama Allah dengan berzikir kepadanya jiwa akan terasa tenang, hilang keserabutan dan keletihan .

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Thursday, January 29, 2009

Bengkung dan Tungku




Pengalaman Pantang Bersalin

Saya ingin berkongsi pengalaman menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak-anak. Budaya Jawa dan Budaya Melayu (Utara dan pantai timur).

Sepanjang tempoh berpantang,salah satunya saya dimestikan memakai bengkung. Masya Allah seksanya tapi sebab ibuku sangat cerewet bab berpantang. Bengkungnya tu adalah dari kain yang sepanjang dari bawah payudara hingga ke lutut. Setiap bucunya diikat kat tiang. Suami pertama kali menemui kaedah ini. Terkial-kial juga dia nak bantu saya memakai bengkung tradisional jawa ini.Lepas tu kena bertangas, dan ungkup wangi.

Pernah menjalani pembedahan semasa melahirkan anak. Dalam tempoh pantang, selepas luka pembedahan sembuh, dalam 2 minggu lepas itu, saya terus pakai bengkung. Barulah rasa selesa pergerakan. bu bapaku membelikan jenis-jenis makanan untuk dibuat macam jamu.

Pahitnya Ya Allah. Teringat dulu msa haid pertama, ibu memaksa saya memakan jamu yang dibuatnya. Saya terpaksa telan tapi adik saya yang sorang lagi,dia buang diam-diam kat sinki. Dia memang tak suka ubat jamu2.saya pun bukan konsisten sangat makan jamu ni. Ingat lagi msa sekolah di asrama pun ibu bekalkan jamu sampai kawan pun naik heran.Muda2 kok dah makan jamu. Jadi, saya segan nak makan. Lagipun,pada saya masa tulah, kalau saya makan jamu pun bukannnya muka saya jadi cantik pun. Jadi saya taknak makan jamu.Sempitnya pemikiran pada masa itu.Sedangkan,apabila tubuh badan sihat,kecantikan setiap individu pasti teserlah. Bukankah setiap ciptaan Allah itu indah. Opss...Ok balik bab lepas bersalin ni.

Mak mertua pula sediakan daun-daun herba dari keliling rumah untuk air mandi yang hangat. Tungku daripada besi dipanaskan dibalut dengan daun-daun yang boleh membantu mengecutkan rahim.Kalau tak silap saya,ia dipanggil tangas kering. Kalau sebelah ibu saya, tungku dengan abu kayu panas dibalut daun pisang.

Pilis dan tapel ada juga dipakai. Tapi keluarga mertua tidak suka akan bau jamu. Mereka tak biasa. Begitu juga suami. Dia pun kata,alah,pantang ringkas2 sudahlah. Tapi saya tetap teruskan cara yang telah ibu dan makcik saya ajarkan. Bagi saya, saya lakukan semua itu untuk saya sihat memandangkan diri saya sendiri sudah tak berapa sihat. Jadi penjagaan pantang selepas bersalin memang kena saya ikut.

Sebab, saya pernah alami bentan atau rengat selepas bersalin. Saya sudah kancing gigi waktu itu. Dek kesibukan berulang alik ke hospital, penjagaan kesihatan sedikit terabai. Bila badan yang sedia uzur tidak dijaga, ia akan mudah diserang penyakit lain. Dari kejadian itu, saya mengambil iktibar agar menjaga badan sendiri sebelum sibuk pada perkara lain.

Saya bagaimanapun tidaklah berpantang sehingga 120 hari seperti lazimnya makcik dan ibu saya lakukan memandangkan sibuk dengan kerja dll. Ada rakan mencadangkan agar saya baring di atas katil yang mana di bawahnya ada bara. Ia biasa dilakukan oleh wanita pantai timur dalam menjalani tempoh berpantang.

Tapi saya tak pernah buat. Sebab baik kluarga saya atau mertua, tak pernah saya lihat mereka lakukan kaedah ini. Cuma saya pernah Nampak kawan di university dulu, ibunya memang mengamalkan kaedah berdiang macam ini.

Alhamdulillah walaupun usianya 40-an,ibunya tetap maintain. Istimewanya kawan saya kata, sepanjang ibunya berpantang, ayahnya langsung tak benarkan ibunya membuat sebarang kerja hatta melipat kain.

Kawan saya kata, waktu ibunya bersalinlah, baru dia Nampak bapanya sibuk di dapur dan melakukan semua tugas rumahtangga tanpa sedikit merungut pun.Kalau tak, bapanya tak sentuh langsung bab dapur ini. Masa ibunya bersalin, Bapanya hanya menyuruh ibunya berehat sampai betul2 sihat. Bapanya akan sediakan alat2 untuk ibunya berdiang di atas bara api dan sebagainya. Ibunya dilayan macam puteri raja.

Manakala makcik saya, seorang yang sangat mementingkan pantang selepas bersalin. Cara memakan jamu juga mesti ada kaedahnya. Bukan pakai hentam je.
Beliau juga mementingkan pemakaian bengkung selain girdle dan macam2 lagi. Kesannya, walaupun anak sulung dah nak amsuk 13 tahun, ramai yang sangka dia msih muda lagi.

Ibu saya pula seorang yang sangat mementingkan pemakaian bengkung. Mungkin sebab itulah, walaupun ada anak 8, dia kelihatan maintain.
Begitulah sedikit catatn cara berpantang bagi wanita selepas bersalin mengikut budaya jawa, budaya utara dan budaya pantai timur serba sedikit yang saya tahu.

Walau macam napun, semasa berpantang,supplement dan makanan bervitamin tinggi tetap diambil mngikut kesesuaian.Terpulanglah kepada setiap individu nak berpantang atau tidak.

Wednesday, January 28, 2009

akhirnya...alhamdulillah.



Assalamualaikum dan salam ukhuwwah salam persaudaraan.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya ber blog. Ia Bagi memenuhi minat menulis untuk suka-suka, buat kenangan anak-anak saya kelak tentang perjalanan hidup kami . Juga mencoretkan sedikit pengalaman semasa masih bekerja di luar rumah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design