Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, August 30, 2011

Kad raya, pengganti diri.

Kad raya, pengganti diri.






Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya mohon maaf, saya cuma edit kad raya aidil adha 2009 saya ini, memandangkan saya aga bergelut untuk pelbagai persiapan hari raya dan tugasan sekolah (tugasan yang dibawa balik) yang lain. maaf ya,..



assalamualaikum dan selamat sejahtera dilafazkan,
Buat semua pembaca Blog Bicara Hati Ibu,
Khusunya buat teman followers yang budiman,
seuntai kata, dititipkan
sempena Syawal dan merdeka yang menjelang.
biar mata tak pernah berpandangan
biar tangan tak pernah bersalaman
biar diri tak pernah berpapasan
biar tidak pernah bertemu di jalanan
biar pertemuan
cuma bicara tanpa suara
dan kekunci keyboard yang merapatkan
sebuah persahabatan alam maya


mohon maaf segalanya yang tak terperasan
andai tutur bicara tanpa suara
mengguris hati, mengguris perasaan
hanya kemaafan dipinta

Buat teman maya, mahupun teman di alam nyata
buat kenalan, mahupun sudara mara
buat pelajar, mahupun bekas pelajar
yang mengikuti catatan pelbagai rasa dan citra
di blog Catatan hati Ibu ini.

salam ramadhan
salam aidilfitri
salam merdeka.
salam ukhuwah

Sudilah mengambil raya e card ni ya
Sekian wassalam

Monday, August 29, 2011

Kad Raya, Daripada Rakan Blog, Terima Kasih

Kad Raya, Daripada Rakan Blog, Terima Kasih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Buat semua teman followers, saya minta maaf,kerana saya tidak berkesempatan membuat Kad Aidilfitri lagi. Saya semakin diasak dengan tugas hakiki, yang menuntut komitmen lebih tinggi, meski di ramadhan ini. Namun saya sangat berbesar hati. Menerima kad ucapan istimewa, daripada teman blog yang baik budi.

Ramadhan diinsafi,
Aidilfitri disyukuri,
Ramdhan masih berbaki;
Lailatul Qadar dicari.

Di dalam, blog dunia maya,
Mungkin pernah bertamu mata,
Mungkin jua hanya bicara tanpa suara,
Menjadi talian ukhuwah di maya pada.

Teman dan saudara Di luar blog, dunia realiti,
Selalu bersama, jalan disusuri,
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dipikuli,
Menangis dan ketawa, kita cicipi.

Andai ada Terkasar bahasa jua gerak geri;
Bicara kata menyentuh hati,
Tindakan tidak menggembirakan hati.
Tulisan dan gurauan yang tak digemari,
Saya Menyusun Sepuluh jari,
Kepada teman, kepada saudara,
Maaf zahir batin, dipohoni;
Moga suci daripada dosa.

Salam Ramadhan, yang kian berengsot pergi
Salam Aidilfitri, yang kian menggamit memori
Salam Merdeka, nikmat aman bebas disyukuri.
Salam ukhuwah, buat semua yang kerap sudi 
menjenguk blog biasa seorang ibu ini....


Daripada Nida



Daripda Kak Hanim

Friday, August 26, 2011

Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan

Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan



Puisi Luahan Rasa Di Akhir Ramadhan...

Allahu Allah
Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan
Banyak kejadian
dalam diri hambaMu ini
berlaku dalam bulan istimewa ini

Terima Kasih, Tuhan
Transformasi dan Lonjakan saujana
Telah berlaku pada diri ini
Iaitu kerjaya diri ini

Alhamdulillhirabbila'lamin
Tuhan....

 Tuhan
Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan
Doktor telah menasihiti diriku
Dan beberapa panduan
dalam menjalani ibadah puasa
Bagi orang sepertiku
Oh Tuhan
Kurindui saat kuboleh berpuasa
sepenuh puasa
sebagaimana waktu dahulu

Ramadhan yang bakal ditinggalkan

Aidilfitri yang bakal menjelang
Ada sedih
Ada gembira
Berbaur menjadi satu

Sedih di hati ini
ramadhan yang mengesot pergi
Ramadhanku ini
yang tidak seseri
..para sahabat as sabiqunal awwalun.
..siang penuh perjuangan
..malam dinihari penuh dengan ibadah kerna kecintaan
..kecintaan yang tinggi
--pada Rabbul Izati
..dan Rasul Khatamul Anbiya
..penutup segala Rasul dan Nabi


Aidilfitri mereka
Takbir penuh semangat
sedang
Aidilfiri ku
Takbir yang lesu...

Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan...
Apakah dapat,ku bersua lagi Ramadhan
akan datang?

Tuhanku,
Kurindui Ramadhan
sepanjang zaman
madrasah ramadhan
tarbiyah insan
Umat Muhammad SAW.

p/s: Saya sertakan kata-kata Iman Shah di sini:

Sebelas bulan kita kejar dunia,
Kita turuti nafsu angkara.
Sebulan penuh kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...

Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H  http://www.abgshah.com/

Kepada kawan-kawan followers saya minta maaf tak sempat lagi membalas komen dan mengunjung blog kawan2, agak sibuk sikit, bersama mertua.

Semoga kawan-kawan selamat dalam perjalanan ke destinasi masing-masing. Kawan-kawan sekerja saya ramai yang dah kembali ke kampung halaman, ada yang mengambil cuti tahunan. Saya sahaja di sini. Bersama suami dan keluarga mertua. Wassalam.

Thursday, August 25, 2011

Cerita Kuih Raya, dan Berhati-hati Di Jalan Raya

Cerita Kuih Raya dan Berhati-hati di Jalan Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bahang Aidilfitri semakin dirasa. Di sana sini, ramai berbicara tentang persiapan hari raya. Ada yang dah bersiap sedia nak balik kampung. Mood balik kampung, oooo balik kampung.

Saya pun sudah membeli beberapa jenis kuih hari raya saya untuk mertua.

Kuih tart gulung nenas ni RM25.

Tat Nenas Gulung, 50 biji, RM25. Kawan saya, seorang suri rumah kat sini yang buat.


Kuih Coklat Rangup, 50 biji RM25. Pun kawan saya yang buat.


Tat Itik DiGi Inti Nenas , 50 biji, RM25.
Kawan saya, seorang suri rumah kat sini yang buat.


Kuih Tart Keju, Perasa Strawberri. Kuih ni antara goodies yang kami dapat semasa hadir Program Educational Blog Summit 2011 lalu di UPSI, Tanjong Malim. 
Enak dan lazat, menurut kata kawan-kawan saya. Mungkin sebab ia dibuat daripada butter. Nak kuih ni?Kat KL nun, Ina 012 219 0461

Laluan Maut Dikenalpasti, di Johor, JPJ kenal pasti 13 ‘laluan maut’

JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengenal pasti sekurang-kurangnya 13 laluan sebagai ‘jalan maut’ di negeri ini yang perlu menjadi ingatan kepada semua pemandu untuk lebih berhati-hati ketika melaluinya, berikutan kekerapan berlaku kemalangan ngeri terutama menjelang cuti sekolah atau musim perayaan.

Antara laluan itu Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi; Kota Tinggi-Pengerang; Johor Bahru-Skudai; Johor Bahru-Pontian; Kota Tinggi-Mersing-Endau; Mersing-Kluang; Skudai-Kulai-Simpang Renggam; Kulai-Kota Tinggi; Pontian-Batu Pahat-Muar; Batu Pahat-Ayer Hitam; Muar-Yong Peng; Muar-Batu Pahat dan Muar-Tangkak. 
Pengarah JPJ negeri, Johari Yusof, berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan di semua laluan terbabit selain jalan biasa serta lebuh raya dalam usaha pencegahan kemalangan jalan raya. 
“Pemantauan ini perlu untuk memastikan keselamatan pengguna ketika pulang bercuti meraikan Aidilfitri ini sentiasa selamat dan terhindar daripada kejadian yang tidak diingini.

“Selain memberi tumpuan kepada jalan terbabit, semua anggota JPJ juga akan membuat rondaan di laluan yang mempunyai risiko berlakunya kemalangan jalan raya.

“JPJ berharap semua pengguna jalan raya dapat mematuhi peraturan lalu lintas untuk mengelakkan kemalangan jalan raya dengan meningkatkan kesabaran, lebih berhemah dan berdisiplin ketika memandu kenderaan masing-masing, " katanya di sini, semalam.

Johari berkata, kebanyakan kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri dan mereka perlu memastikan kenderaan masing-masing berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.

“Rondaan 24 jam di ‘jalan maut’ itu sudah dimulakan sejak 14 Ogos lalu, membabitkan tempoh dua minggu sebelum dan selepas Aidilfitri bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan lalu lintas.

“Pemandu kenderaan yang dikesan kesalahan lalu lintas akan disaman serta merta oleh anggota penguat kuasa JPJ yang melakukan rondaan pencegahan kemalangan serta mengambil tindakan terhadap kesalahan yang boleh menyumbangkan kepada kemalangan jalan raya, " katanya.

Katanya, Operasi Balik Kampung Aidilfitri 2011 yang dijayakan JPJ dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak 14 Ogos lalu diharap dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku akibat kecuaian pemandu.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengingatkan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Susu Ibu, Menyusui Anak Ketika Puasa...

Susu Ibu, Menyusui Anak Ketika Puasa...



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apabila membaca entry salah seorang follower blog Bicara hati Ibu ini, saya terbaca entry beliau berkaitan pengalaman beliau, menyusukan anak dan berpuasa. Saya pernah juga melalui pengalaman ini, 2 tahun lalu. Dalam keadaan bed ridden, pada masa itu dan kemudian berpuasa, Allahu Akbar, Allah sahaja yang tahu dugaannya.

 Allah S.WT telah menjadi­kan amalan penyusuan selepas kelahiran bayi sebagai satu kewajipan yang tidak harus diabaikan oleh setiap ibu. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 233:.


Maksudnya;

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

(Al Baqarah, Juz Ke 2, Ayat 233)


       Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan. Sebab itulah, setiap wanita yang menyusukan bayi ataupun hamil perlu memahami perkara- perkara yang bersangkutan dengan pengurusan berpuasa iaitu bila keharusan untuk berbuka dan kesannya dari segi qadha' dan fidyah.

         Namun, dengan kajian- kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu- ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kekhuatiran tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya lebih banyak memberi kemanfaatan kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes- kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.

 Posisi menyusukan anak;


Baiklah. Saya tertarik nak share sedikit tip pengalaman ibu muda yang gigih ini. Jom kita baca pengalaman beliau, yang copy paste dari http://nuriezam.blogspot.com/2011/06/ganti-posedah-ganti.html
ini tips yang beliau amalkan:-

Sahur - beliau ambil 5 atau 6 biji kurma dan sesudu madu
- air milo panas/ horlick..
- nasi panas, sayur2, ikan/ayam
- amik vitamin
- air masak dlm 1 liter atau lebih

Tips pemakanan tambahan, yang membantu ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

 1. Minum air yang mencukupi 

Ibu yang menyusukan anak perlu minum air yang mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu berkurang pada siang hari. Seeloknya minum 2 liter atau bersamaan dengan 8 gelas air sehari.

2. Bersahur

Ibu yang menyusukan perlu memastikan dirinya bersahur setiap hari. Makan seperti biasa, tetapi seeloknya kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.

3. Kurangkan Minuman Bikarbonat
Walaupun ibu yang menyusukan ketika bulan puasa digalakkan minum air yang banyak tetapi dinasihatkan supaya kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat (atau tidak mengambil langsung) dan minuman berkafein seperti kopi.
4. Madu seeloknya  minum dengan menggunkan sudu plastik.
5. Ambil supplement tambahan.
Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan. Pengalaman saya, saya ambil Spirulina Kels atau kalau Spirulina Cair Kel's dah habis, saya ambil Spirulina HPA kapsul.
 
Alhamdulillah, perut saya kurang pedih dan kurang cepat lapar. Susu juga bertambah banyak. Bayi juga tidur nyenyak. Pembantu saya beritahu, jika saya mengambil spirulina pada hari itu, anak saya kurang meragam sewaktu saya keluar bekerja.
 
Alhamdulillah. Anak saya, memang tidak mahu susu lembu atau susu kambing. Jadi saya dah buatkan stok dalam botol, dan anak hanya mahu minum susu botol yang ada spirulina Kel's je. Alhamdulillah, dulu masa lahir, beratnya  dalam 1 kg je. Apabila kerap mendapat susu ibu dan spirulina, tubuhnya cepat membesar dengan sihat dan tidak perlulah asyik bertemu janji dengan paediatric.

Oleh hal yang demikian, Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika sebagai ibu, kita tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Seboleh yang mungkin untuk meminimumkan pilihan berbuka puasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. Secara tuntasnya, sebagai langkah proaktif bagi ibu- ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang- wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulan puasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah.

Wednesday, August 24, 2011

Serverfreak, Web Hosting Terbaik

Serverfreak Terbaik

sila klik sini,


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berdasarkan pengalaman saya sepanjang menggunakan cuma domain je dengan Serverfreak, saya dapati, Perkhidmatan selepas jualan ServerFreak, sangat baik. Kalau kita ada masalah, hantar email je, tak sampai 12 jam, dalam paling lewat pun sejam, terus pihak Serverfreak membalas. Balasan pula bukan mesin auto yang jawab, tapi memang staff Serverfreak.

Saya rasa, kalau guna wordpress self hosting, atau joomla dan lain-lain web hosting dengan Serverfreak, pasti services nya pun sebaik itu. 

Akhirnya, entry ini saya tulis juga setelah kesukaran saya mendapat bantuan segera kepada sebuah syarikat hosting lain, (BUKAN SERVERFREAK) yang mana salah satu blog berbentuk pendidikan saya, telah tidak dapat dibuka. 

Alasan blog saya itu ditutup ialah,kerana peningkatan pelawat yang mendadak dalam sehari, paling kurang 4 ribu pengunjung telah mengganggu blog shared hosting yang lain. Pelawat naik mendadak selepas blog tersebut mendapat Johan Pertandingan Blog Pendidikan 2011.

Oklah, di sini saya link kan, Panduan Memilih Web Hosting Terbaik di http://akuislam.com/blog/review-produk/hosting-yang-amat-memuaskan-serverfreak/

Selamat berpuasa, dan selamat berbuka puasa buat semua pembaca Muslimin dan Muslimat. Selamat beribadah di Bulan Yang Mulia ini. Wassalam.

Wordless Wednesday, Kenangan Hari ICT Day 2011

wordless wednesday, Kenangan Hari ICT Day 2011

National Educational Blogging Summit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design