Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, February 15, 2012

Siswazah OKU, Bukan Mengemis Simpati

Siswazah OKU, Bukan Mengemis Simpati



HULUR BANTUAN...kehadiran rakan yang bertindak sebagai sukarelawan banyak memudahkan mahasiswa OKU melakukan tugasan

TATKALA melihat kesungguhan beberapa mahasiswa Orang Kelainan Upaya ( OKU) Universiti Malaya asyik dan bersungguh - sungguh mentelaah pelajaran, mata penulis cukup ralit biarpun hati diamuk pelbagai perasaan.

Sesungguhnya penulis berasa kagum kerana di sebalik kekurangan, mereka tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak berjaya seperti orang lain biarpun terpaksa menggandakan usaha hanya untuk

Walaupun hidup penuh cabaran, mahasiswa OKU UM cukup cekal dan tegar melalui dunia pengajian tinggi yang sering kali dilabelkan sebagai ‘destinasi’ pelbagai tugasan serta peperiksaan yang membebankan.

Bagi mereka, kekurangan itu bukan bermakna untuk berpeluk tubuh atau perlu dikasihani semata-mata sebaliknya menjadi pendorong dan azimat paling berharga dalam menggenggam segulung ijazah.

“Jika kami tidak berusaha, ibarat mengemis simpati orang lain. Ini lebih menjatuhkan maruah golongan OKU keseluruhannya di mata masyarakat.

 AKRAB...hubungan antara satu sama lain sangat akrab dan sentiasa berkongsi cerita dengan teman senasib.

 BANTUAN...pelbagai kemudahan disediakan UM untuk kemudahan mahasiswa OKU belajar.

“Sudahlah tidak sempurna, jika peluang diberikan tidak digunakan sepenuhnya, apalah nanti nasib dan masa depan kami. Biarlah tidak cukup anggota, sekurang-kurangnya ada pelajaran,” kata mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu, Faiq Adnan.

Isu SBPA, Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam,

Isu SBPA: CUEPACS lega

 
 
PRESIDEN CEUPACS, Datuk Omar Osman bersama timbalannya Azih Muda (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng (kiri), pada sidang media di International Hotel, Kuala Lumpur, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid(Berita Harian)


  • Kerajaan pada dasar setuju dengan 5 tuntutan kesatuan

  • Isu skim saraan baru dijangka dapat selesai lebih awal


  • PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan

    . Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

    Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

    Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.

    "Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.

    Tuesday, February 14, 2012

    Kisah Benar, Seorang isteri yang mengharapkan pahala...


    Jurnal Kehidupan;
    Kisah Benar, Seorang isteri yang mengharapkan pahala...

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berdasarkan statistik blog ini, antara carian tertinngi adalah pada entry ini. Terima kasih kepada hidden personalities, yang sudi link back kan entry ini pada akaun muka buku mereka.

    Oleh kerana entry ini mendapat carian tertinggi pembaca blog ini, saya lekatkan ia sehingga suatu masa nanti..Dan saya juga sertakan satu entry, LUahan hati Seorang Suami. Ia berkisar seorang suami yang tidak melayani isterinya dengan baik sehinggalah kehilangan dilaluinya.

    Entry di salah seorang followers saya yang sudi melekatkan blog saya di blog beliau:

    Kisah benar- petikan dari majalah NUR, Tahun 2009- cahaya keinsafan. Untuk renungan bersama… insyaAllah.. .



    KEKESALAN SEORANG ISTERI; PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 

    Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan.

    Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.


    Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua… … …


    … .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.


    Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

    OKU Tabah, Mohd. Fadzli redha otot mengecil,

    OKU Tabah, Mohd. Fadzli redha otot mengecil

    Mohd. Fadzli reda otot mengecil, Pejuang Distrofi Otot

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ketika menatap naskah Kosmo secara offline, bli kat kedai mamak depan perumahan ini, saya tertarik pada artikel ini.

    Kenyataan insan tabah ini, Saudara Mohd Fadzli, pada keratan akhir di akhbar tersebut, bagi saya, itulah kunci kekuatan untuknya dan insan sepertinya dan insan seperti saya meraih kekuatan dan kebahagian, bahagia menurut persepsi kami:

    "Kalau inilah jalan yang dipilih oleh-Nya, saya akur. Saya lebih tabah mengharungi hidup ini. Denyut nadi saya juga adalah milik-Nya, orang luar bukanlah Tuhan yang menentukan hidup dan mati saya," katanya yang mahu memikirkan tentang perkara-perkara bahagia sahaja. 

    Ia mengingatkan entry saya sebelum ini, pada 2009 lalu, Cintai Diri, di sini.

    dan boleh lihat entry ini, Motivasi Luar Biasa OKU, di sini.

    Beliau ada mengusahakan kek cawan. Jom terjah blog beliau di sini, http://www.fazzbadger.blogspot.com/

     Keadaan Otot normak dan otor distrofi

    Sedikit Fakta , Distrofi Otot

    Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
    1. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
    2. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
    3. Elektromiogram sifatan
    4. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot
    Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini. 

    Penyakit distrofi otot ada sembilan bentuk utama :-
    • Myotonic
    • Duchene
    • Becker
    • Limb-girdle
    • Facioscapulohumeral
    • Congenital
    • Oculopharyngeal
    • Distal
    • Emery-Dreifuss
    Untuk pengetahuan, Penyakit Distrofi Otot, antara  senarai 36 penyakit kritikal, 36 penyakit dibenar keluar caruman KWSP.

    Mohd. Fadzli reda otot mengecil, Pejuang Distrofi Otot

    IRISNYA singgah pada satu objek dan berterusan memegunkan dirinya. Kelopak matanya yang cuba menahan permata jernih daripada jatuh ke bumi seolah-olah menggambarkan dia sedang memendam seribu peristiwa pahit.


    Di atas sebuah kerusi roda, lelaki yang berkulit putih mulus mencengkam jari-jemarinya. Dia lantas bersuara dan berkata:

    "Bila kita dapat rasakan hidup ini sudah tidak bermakna, perasaan resah mula menghantui jiwa dan kehidupan indah yang pernah dilalui dulu dirasakan hanyalah satu mimpi."


    Agak sukar penulis hendak menyorokkan perasaan pilu tatkala mendengar frasa yang penuh melankolik itu. Lantas penulis bertanya kepada Mohd. Fadzli Fadhillah, 35, di manakah kekuatan yang diperoleh untuk dia mengharungi satu transisi perdana dalam hidupnya?


    Jawabnya: "Hati sukar nak terima, daripada seorang yang aktif melakukan aktiviti tapi kini, lihatlah saya, saya sedang duduk di atas kerusi roda, otot-otot saya semakin lemah."

    Kemalangan kecil

    Dia memalingkan wajah. Penulis mencuri setiap saat yang terluang untuk mengajak dia menyelak kembali lembaran tragedi hitam yang melanda dirinya.

    Jenis Penyakit, yang Dibenar keluar caruman KWSP

    36 penyakit dibenar keluar caruman KWSP


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita ini telah lama disiarkan pada tahun 2010 lagi. Tetapi, disebabkan wordpress saya ada masalah, saya published di sini pula sebagai kemudahan buat rujukan.

    Pengeluaran Kesihatan KWSP - Senarai 55 Penyakit Kritikal  dan turut membenarkan ahli membeli peralatan bantuan kesihatan untuk penyakit tersebut berkuatkuasa 15 Julai 2011.


    Kali terakhir KWSP memperluaskan senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 13 ke 39 pada 15 Jun 2010.

    Pada 2011


    PENGELUARAN KESIHATAN KWSP / EPF HEALTH WITHDRAWAL:
    SENARAI 55 PENYAKIT KRITIKAL / LIST OF 55 CRITICAL ILLNESSES

    1. Anemia Aplastik / Aplastic Anaemia
    2. Sindrom Apalik / Appalic Syndrome
    3. Penyakit Alzheimer / Alzheimer’s Disease
    4. Tumor Otak Benigna / Benign Tumour of the Brain
    5. Buta / Blindness
    6. Kanser / Cancer
    7. Kardiomiopati / Cardiomyopathy
    8. Penyakit Hati Kronik / Chronic Liver Disease
    9. Penyakit Paru-Paru Kronik / Chronic Lung Disease
    10. Koma / Coma
    11. Penyakit Arteri Koronari / Coronary Artery Disease
    12. Pekak / Deafness
    13. Ensefalitis / Encephalitis
    14. Hepatitis Virus Fulminan / Fulminant Viral Hepatitis
    15. Serangan Penyakit Jantung / Heart Attack
    16. Penggantian Injap Jantung / Heart Valve Replacement
    17. Kegagalan Buah Pinggang / Kidney Failure
    18. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri / Loss of Independent Existence
    19. Hilang Kebolehan Bertutur / Loss of Speech
    20. Kelecuran Parah / Major Burns
    21. Trauma Utama Di Kepala / Major Head Trauma
    22. Pemindahan Organ Utama / Major Organ Transplant
    23. Penyakit Medulari Sistik / Medullary Cystic Disease
    24. Meningitis / Meningitis
    25. Penyakit Neuron Motor / Motor Neurone Disease
    26. Sklerosis Berganda / Multiple Sclerosis
    27. Distrofi Otot / Muscular Dystrophy
    28. Kelumpuhan / Paralysis
    29. Penyakit Parkinson / Parkinson’s Disease
    30. Poliomielitis / Poliomyelitis
    31. Pulmonari Primer / Primary Pulmonary
    32. Strok/Angin Ahmar / Stroke
    33. Pembedahan Aorta / Surgery to Aorta
    34. Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Nephritis / Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis
    35. Penyakit Membawa Maut / Terminal Illness
    36. Hilang Upaya Kekal / Total Permanent Disability
    37. Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik Teruk (COPD) / Emfisema / Severe Chronic Obstructive Pulmonary Disease(COPD) / Emphysema
    38. Hipertensi Pulmonari Sekunder / Secondary Pulmonary Hypertension
    39. Bronkiektasis / Bronchiectasis
    40. Fibrosis Paru-paru / Lung fibrosis
    41. Apnoea Tidur Obstruktif / Obstructive Sleep Apnoea
    42. Penyakit Radang Usus Kronik / Chronic Inflammatory Bowel Disease
    43. Kalkuli Ginjal Memerlukan Intervensi Pembedahan / Bilateral Renal Calculi Requiring Surgical Intervention
    44. Abnormaliti Urinari Kongenital Memerlukan Intervensi Pembedahan Segera dan Major / Congenital Urinary Abnormalities Requiring Urgent and Major Surgical Intervention
    45. Sklerosis Sistemik Dengan Hipertensi Pulmonari / Systemic Sclerosis with Pulmonary Hypertension
    46. Limfoma / Lymphoma
    47. Talesemia Major Memerlukan Agen Pengkelat / Thalassaemia Major Requiring Chelating Agent
    48. Pemindahan Sel Stem Hematopoetik / Hematopoetic Stem Cell Transplantation
    49. Sindrom Imuno-defisiensi Perolehan (AIDS) / Acquired Immuno-deficiency Syndrome (AIDS)

    Senarai 3 Jenis Penyakit Mental / List of 3 Mental Illnesses:

    50. Skizofrenia / Schizophrenia
    51. Mood Bipolar / Bipolar mood
    52. Kemurungan Major / Major depression

    Tambahan 3 penyakit kritikal bagi ahli/keluarga ahli berumur di bawah 16 tahun / Additional 3 critical illnesses for members and family members below the age of 16:

    untuk merawat anggota keluarga di bawah usia 16 tahun, pengeluaran bersama boleh dilakukan dengan anggota keluarga lain bagi menampung perbelanjaan rawatan perubatan bergantung kepada jumlah bakid alam Akaun 2 dan jumlah keseluruhan rawatan.

    Inii termasuk  anggota keluarga termasuk suami atau isteri, anak-anak, anak tiri atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang, ibu bapa, mentua, ibu bapa tiri atau ibu bapa atau adik-beradik angkat yang sah di sisi undang-undang.

    Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web http://www.KWSP.gov.my atau menghubungi 03-89226000 atau berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP 


    Pada 2010


    Berikut adalah senarai 36 penyakit kritikal iaitu Anemia Aplastik,Sindrom Appalik, Alzheimer, Tumor Otak Benigna, Buta, Kanser, Kardiomiopati, Penyakit Hati Kronik, Penyakit Paru-Paru Kronik, Koma, Penyakit Arteri Koronari, Pekak, Ensefalitis, Hepatitis Virus Fulminan, Serangan Penyakit Jantung, Penggantian Injap Jantung, Kegagalan Buah Pinggang dan Kehilangan Upaya Hidup Sendiri.

    Penyakit lain ialah:

    Kebakaran Parah, Trauma Kepala Utama, 

    Pemindahan Organ Utama,Penyakit Medullary Cystic, Meningitis, Penyakit Neuron Motor, Sklerosis Berbilang, Distrofi Otot, Kelumpuhan, Penyakit Parkinson, Poliomielitis, Pulmonari Utama, Strok atau Angin Ahmar, Pembedahan Aorta, Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Mephritis, Penyakit Membawa Maut dan Hilang Upaya Kekal.

    Hamster, Ada Kaitan Kencing Tikus?

    Hamster, Ada Kaitan Kencing Tikus?



    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hamster, Betul ke, Hamster ni ada kaitan dengan penyakit, kencing tikus?  Ini berdasarkan petikan akhbar di bawah:

    HULU TERENGGANU - Tikus peliharaan atau hamster dikhuatiri turut berisiko menyebabkan jangkitan penyakit Leptospirosis atau virus kencing tikus khususnya kepada penggemar haiwan comel itu.
    Ia berdasarkan jangkitan penyakit itu yang dialami seorang pemilik hamster di negeri ini sehingga mengakibatkan dia kehilangan kedua-dua belah tangan serta kaki baru-baru ini.
     
    Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Telemong, Rozi Mamat  kerana mangsa tersebut merupakan kenalan rapatnya.

    SUMBER; KOSMO

    KUALA BERANG: Kerajaan perlu mengkaji kemungkinan penyakit berjangkit seperti kencing tikus ada kaitan dengan kegilaan masyarakat terutama kanak-kanak dan belia menjadikan hamster, sejenis tikus sebagai haiwan peliharaan.

    Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat, meminta Jabatan Kesihatan dan Veterinar melakukan kajian bagi menentukan sejauh mana haiwan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dengan penularan penyakit kencing tikus.

    Monday, February 13, 2012

    Hari-hari, kasih sayang, mari kita berkasih sayang

     Hari-hari, Hari kasih sayang, 
    mari kita berkasih sayang kerana Allah



    Alhamdulillah. Hari ini masih dipanjangkan usia. Ketika masih berada di Bulan Rabiul Awaal, Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW, mari kita, sesama Umat Islam, saling berkasih sayang kerana Allah.

    Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan.. Saya  percaya, setiap insan mahu diri mereka disayangi dan menyayangi kan?

    Disayangi, menyayangi, dicintai, menyintai adalah fitrah kejadian insan. 

    Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai.. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.. 
     
    Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi: 


    “Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.”


    Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa simpati dan kasih sayang yang amat mendalam.. 

    Sifat pengorbanan juga jelas kelihatan di kalangan para sahabat yang sanggup berkongsi apa jua kesenangan dan kesusahan di kalangan mereka… Inilah faktor utama kewujudan sebuah masyarakat dinamik yang muncul di tengah Kota Madinah, walaupun kota tersebut sebelum ini diselaputi dengan prasangka buruk dan kebencian sesama Arab Madinah.. 

    Malah ia juga dapat meningkatkan taraf dan kedudukan masyarakat Arab Madinah yang sebelum ini hanya bekerja sebagai petani dan peladang, kepada suatu kedudukan yang dihormati. Peranan orang Muhajirin yang banyak berkongsi pengalaman dan kemahiran juga telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan masyarakat Kota Madinah. Itulah besarnya kuasa kasih sayang yang dipupuk dalam Islam..


    Jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w dapat menyusun masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama dengan konsep kasih sayang dan tolerensi yang telah membawa satu kekuatan yang utuh. Kota Madinah pernah diserang oleh musuh, namun dengan semangat kerjasama dan pengorbanan yang tinggi, dapat ditangkis segala serangan tersebut. 

    Mari kita lihat sabda Baginda Rasulullah:

    “Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain.”

    Namun mutakhir ini, kasih sayang, sering disalah gunakan ke jalan yang salah. Pengertian kasih sayang tidak lagi mengikut acuan Islam. ENTAH di mana silapnya, masih ada remaja Islam yang menunggu-nunggu kedatangan 14 Februari setiap tahun untuk meraikan Hari Kekasih atau Valentine's Day. 


    Walhal sudah terang lagi bersuluh bahawa perayaan sedemikian haram disambut oleh umat Islam.

    Majoriti tokoh agama menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syarak.



    Menurut Panel Kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.


    Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam. 


    Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. 


    Malangnya, tahap iman yang nipis di kalangan remaja Islam menyebabkan mereka terpedaya dan termakan hasutan syaitan sehinggakan amat gembira menyambut Hari Kekasih.


    Dalam bab meniru perbuatan kaum terutama yang bukan Islam, ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud:  

    "Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka". (riwayat Abu Daud)

    Memang negara kita negara demokrasi. Ada hak kebebasan itu kepada rakyat kita, tetapi perlu diingat betapa haiwan juga tidak bebas berbuat apa disukainya. Jika manusia bebas buat apa dia suka, dianggap ia tidak masuk dalam agama. Jika sedar diri itu Islam, ikut cara dan undang-undang dalam agama ini. Jangan hidup dalam masyarakat jika mahu semuanya bebas. Jangan hidup beragama jika tidak tahu menghormati dan mematuhi hukum beragama. Jangan sampai dikatakan lebih hina daripada haiwan.
    - Prof Datuk Dr Abd Shukor Hussin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan. 



    Lewat malam ini juga, pasti kelihatan gelagat anak muda berpasangan berpelukan dengan penuh keasyikan, kononnya diulit rasa romantik sebagai tanda kasih sayang yang terbina selama ini ditambah erat pada hari penuh istimewa bagi mereka itu. Lena diulit intan, ramai pasangan bercinta menghabiskan sisa malam Valentine di ranjang, tanda kasih sayang termeterai walaupun tanpa ikatan pernikahan. 

    Ringkas cerita, golongan begini masih tidak yakin akan janji Allah tentang seksaan api neraka bagi golongan yang membantah dan mengingkari perintah Allah.

    Hakikatnya, kita sering lupa konsep sambutan hari kasih sayang itu kebanyakannya bercanggah dengan ajaran Islam. Halalkah ciuman bagi bukan muhrim pada hari itu? Adakah Islam membenarkan pasangan kekasih berpimpin tangan, menari di kelab malam, berpelukan dan meneguk ‘air syaitan’ semata-mata untuk menunjukkan rasa sayang pada kekasihnya.
    Larangan sudah jelas. Namun, pada kala ia ditegaskan betapa sambutan ini tidak dibenarkan dalam Islam, ada pula suara daripada bukan Islam yang memperlekehkan larangan ini dengan alasan sambutan sebegini adalah hak peribadi, tidak boleh diganggu dan terpulang pada individu itu sendiri. Kononnya, ini negara demokrasi.

    “Haiwan itu ciptaan Allah dan haiwan juga hidup dalam peraturannya sendiri. Jelas dikatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah, tetapi jika kita tidak mematuhi hukum Islam dan sewenang-wenangnya melanggar larangannya, manusia itu layak dianggap lebih hina daripada haiwan.

    “Memang negara kita negara demokrasi. Ada hak kebebasan itu kepada rakyat kita, tetapi perlu diingat betapa haiwan juga tidak bebas berbuat apa disukainya. Jika manusia bebas buat apa dia suka, dianggap ia tidak masuk dalam agama. Jika sedar diri itu Islam, ikut cara dan undang-undang dalam agama ini.

    “Jangan hidup dalam masyarakat jika mahu semuanya bebas. Jangan hidup beragama jika tidak tahu menghormati dan mematuhi hukum beragama. Jangan sampai dikatakan lebih hina daripada haiwan.”

    Itu kenyataan tegas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abd Shukor Hussin, yang jelas menolak konsep sambutan Hari Valentine terutama oleh umat Islam di negara ini dan seluruh dunia amnya. Bagi beliau, sambutan sebegitu lebih kepada menggalakkan perlakuan maksiat, sekali gus menjadikan sambutannya sebagai haram meskipun secara kecil-kecilan.

    Malah, katanya, sambutan Valentine lebih kepada mengagungkan perayaan bukan Islam, selain menggalakkan maksiat. Secara terang-terangan ia diharamkan dalam Islam kerana menggalakkan perlakuan sumbang, terutama remaja yang gemar melakukan perkara dilarang termasuk maksiat.

    “Kasih sayang penting dalam Islam dan menunjukkan kasih sayang tidak semestinya perlu ada hari khusus. Kita perlu saling mengasihi sesama kita. Islam mengajak umatnya mengasihi haiwan, apa lagi sesama manusia. Sayangi ibu bapa dan manusia lain, tetapi tidak perlu hari khusus.

    “Sejarah Valentine tidak langsung menunjukkan membantu umat Islam meningkatkan amalan dan imannya. Malah, sejarah sambutan itu lebih banyak membawa kepada kerosakan akhlak. Oleh kerana itulah, Islam melarang dan jelas ia haram. Kebebasan adalah sesuatu yang sangat subjektif.

    “Ada orang yang beranggapan menari dan minum sedikit itu sambutan kecil dan biasa. Ada yang anggap pegang dan peluk itu biasa. Soalnya, apa saja yang mereka buat itu bercanggah daripada hukum Islam dan sewajarnya dicegah. Agama lain tidak wajar masuk campur dalam urusan agama kita, sama seperti apa yang kita praktikkan,” katanya.

    Beliau ternyata kurang senang apabila ada orang bukan Islam secara terang-terangan menyalahkan umat Islam yang melarang sambutan Hari Valentine dengan alasan ia adalah hak individu. Baginya, campur tangan sebegitu tidak wajar berlaku kerana setiap agama ada hukumnya sendiri dan perlu dipatuhi penganutnya.

    “Untuk kamu agama kamu dan untuk kami agama kami.” Jelas dinyatakan dalam ayat akhir surah Al-Kafirun yang menunjukkan betapa Islam tegas dalam hal ini. Jaga agama kamu sendiri dan jangan sibuk dengan urusan hukum agama lain. Begitu juga kami (orang Islam) tidak sibuk dengan urusan agama kamu.

    “Dalam Islam, sambutan Valentine haram dan perlu dijauhkan. Siapa yang mungkar dan tetap menyambutnya walaupun secara kecil tetap menempah dosa kerana ia jelas bercanggah dengan Islam. Jadi, itu hukum dalam agama Islam dan tidak wajar agama lain masuk campur dalam hal ini,” katanya lagi.



    Amal yang terbaik adalah seperti Nabi Muhammad SAW,
    yang menjanjikan jaminan hidup dunia dan akhirat,
    Aturlah hidupmu dengan sunnah Rasulullah SAW,
    Sinarilah hidupmu dengan ayat suci Al-Quran,
    Cergaskan badanmu (zahir dan batin) dengan solat,
    Didiklah akalmu dengan memperbanyakkan berfikir tentang kebesaran Allah SWT...


    Semoga kita semua dalam kasih sayang Allah…

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    ...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design