Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, September 15, 2012

Guru wanita maut di sisi bayi menangis

Guru wanita maut di sisi bayi menangis

 

Al Fatihah untuk Allahyarham Normaya Mokhtar, 33.

 Salam takziah untuk keluarga allahyarhamah. 

Guru wanita mati di sisi bayi menangis 


BAGAN DATOH 14 Sept. - "Luluh hati saya apabila melihat dia kaku tidak bernyawa dengan anaknya yang berusia tujuh bulan menangis teresak-esak sambil memeluk ibunya".

Begitu luahan seorang guru yang menemui rakan setugasnya itu di Kuarters Sekolah Sains Bagan Datoh di sini yang mati disyaki akibat serangan jantung, kelmarin.

Mayat Normaya Mokhtar, 33, yang mengajar bahasa Jepun di sekolah itu hanya ditemui kira-kira pukul 7.30 pagi semalam oleh Siti Fairouz Saikhudin, 30, selepas merasa curiga apabila mangsa tidak menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantarnya sejak kelmarin.

Menurut Siti Fairouz, lebih menimbulkan tanda tanya apabila panggilan dan ketukan pintu rumah mangsa juga tidak berjawab.

Bimbang dengan keadaan tersebut, Siti Fairouz berkata, dia berusaha memasuki rumah mangsa dan akhirnya berjaya membuka pintu dengan menggunakan kunci yang dijumpai di bawah pelapik kaki di hadapan rumah Normaya.

Tangisan di sisi mayat ibu


BAGAN DATOH: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dipercayai menangis berjam-jam sebelum ditemui di sisi mayat ibunya di kuarters guru di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, di sini, pagi kelmarin.

Mayat Normaya Mokhtar, 33, yang juga guru Bahasa Jepun di sekolah berkenaan dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemui rakan yang ke rumahnya jam 8 pagi kelmarin.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menghantar SMS, malam Rabu lalu, namun tidak dibalas, menyebabkan dia beranggapan mangsa sibuk.



“Saya pelik apabila mendapat tahu dia tidak hadir ke sekolah (pagi kelmarin) menyebabkan saya ke rumahnya yang tidak jauh dari sekolah itu. Sebaik tiba di rumahnya, saya dapati pintu rumah tertutup rapat biarpun berkali-kali dipanggil, namun tiada jawapan.

“Saya segera memeriksa keadaan sekeliling rumah dan mendapati kunci pendua disimpan di hadapan rak kasut rumah berkenaan sehingga membolehkan saya membuka pintu hadapan rumahnya,” katanya.


Menurutnya, sebaik melangkah masuk, dia terus mencari rakannya di setiap ruang sebelum mendapati mangsa terbaring di ruang bilik tidur utama dan bayinya berada di sisi.

“Dia ditemui dalam keadaan pucat dan terbaring di atas katilnya bersama bayinya yang menangis. Doktor yang memeriksa keadaannya selepas itu memaklumkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut seorang lagi saksi yang enggan dikenali, dia terdengar tangisan bayi berpanjangan sehari sebelum mengetahui berita kematian guru berkenaan, namun dia tidak mengambil apa-apa tindakan.


“Arwah seorang guru bahasa Jepun dan sudah mengajar di sekolah berkenaan sejak lebih dua tahun lalu. Dia sangat disenangi rakan-rakan dan suka membantu,” katanya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Mangsa meninggal dunia lewat petang Rabu lalu, namun hanya diketahui jiran dan rakan yang ke rumah mangsa pagi esoknya. Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut namun turut menjalankan siasatan bagi mengesan jika ada unsur jenayah,” katanya.


Difahamkan, mangsa dipercayai menetap di rumah berkenaan bersama bayinya yang berusia tujuh bulan, manakala suami bekerja di Johor Bahru.


Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Gajah petang kelmarin.


Sementara itu, Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika dihubungi merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan kematiannya satu kehilangan besar bagi warga pendidik.


“Saya dimaklumkan pengurusan sekolah berkenaan mengenai perkara itu. Saya sepatutnya mewakili Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, namun terpaksa menghantar wakil kerana terbabit dengan program lain,” katanya.


Artikel ini disiarkan di Harian Metro pada : 2012/09/15










Friday, September 07, 2012

Gambar Cahaya Northern Lights Suria September 2012

Gambar Cahaya Northern Lights Suria September 2012
 
Northern Lights In September 2012

Cahaya utara kelihatan terang dan jelas pada   latitud tinggi di Kuujjuak, Kanada. Di sana aurora menjadi satu pandangan yang agak biasa seperti malam memanjangkan pada akhir musim panas.


Nothern Ligths di Sweden
 
 Di Utara Quebec town of Ivujivik awal Isnin, 3 September lalu.

Di Stockholm, Sweden,


Satu aliran penggulungan aurora kuning dan hijau kelihatan indah di Sungai Yukon luar Whitehorse, Kanada, awal Isnin, 3 September 2012.




Utara Norway dikenali untuk paparan besar auroral, dan Ribut suria geomagnetik minggu ini. Gambar Cahaya Utara  sehingga Desa Tromsø tidak terkecuali.

Percikan Api Pada Matahari pada 31/8/2012 Yang menyebabkan cahaya utara padaawal September 2012


Sumber gambar-gambar di atas: Nasa

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala  dalam al-Qur’an:
 
 Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” [‘Ali Imran 3:190-191]

Gambar-gambar di atas disiarkan pada 6 September 2012. Cahaya utara di atas adalah fenomena selepas terjadinya letusan solar di matahari pada 31 Ogos 2012 yang lalu.

Sebelum Pinang Anak Orang Ada 10 Soalan Cepumas

Sebelum Meminang Ada 10 Soalan Cepumas

Cinta Itu Bukan Pilihan,
Cinta Itu Ketentuan. Benarkah?

10 soalan sebelum meminang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekarang dah masuk bulan September. Erm, lepas 1 Syawal lalu je,Alhamdulillah saya mendapat banayak jemputan perkahwinan samada dari jiran ibu mertua, sahabat dan jiran taulan.

Tak lama lagi juga, kita akan memasuki November dan Disember 2012. Bermula akhir November dan sehinggalah Disember, biasanya musim orang sibuk buat kerja kahwin. kalau di kamung, nak-nak di Felda, semuanya buat secara gotong royong aje.

Bermula mencari kerbaua atau lembu untuk disembelih. Kemudian tukang sembeleih lembu dan kerbau pun biasanya dah ada. dari potong daging, potong bawang dan cuci pinggan mangkuk, biasanya dah ada dah orang yang nak tolong.

 Ada orang panggil rewang. Ada orang panggil potong bawang.Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Begitulah mudahnya majlis kenduri yang didokong oleh semangat tolong menolong dan bantu membantu di kalangan msayarakat Felda yang bagi saya masih belum pupus ditelan waktu.

 Maklumlah, di sesetangah kampung (termasuk kampung yang pernah saya diami dahulu) amalan gotong royong atau potong bawang atau rewang sudah semakin terhakis. Kalau ada pun gotong royong hanyalah saudara mara sahaja...:(.

Oh iya berbalik pula tentang topik kita. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya,  bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait yang kini aktif mengadakan program-program berbentuk bimbingan kekeluargaan, berdasarkan pengalaman dan pengamatannya ketika mengendalikan kes-kes berkaitan dengan masalah rumahtangga menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu datting dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chating dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka. 

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya. Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. 

Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

Anak Hilang Ditemui Setelah 17 Jam Mati Bersujud

Anak Hilang Ditemui Setelah 17 Jam Mati Bersujud

Al Fatihah dihadiahkan kepada Allahyarham Mohd Zairul Azri Mohd Zuri. Semoga rohnya ditempatkan bersama hamaba Allah yang beriman.

Salam takziah buat keluarga mangsa kemalangan ini.Anak lelaki tunggal, satu-satunya titipan Allah buat ibu bapa yang telah dipanggil pulang oleh Ilahi.

17 jam mayat bersujud



Orang ramai menjumpai Zairul Azri dalam keadaan bersujud, berdekatan semak, sehari selepas kemalangan. Gambar kecil: Mohd Zairul Azri Mohd Zuri. 

Sedikit petikan berita:

Tanam sikap perikemanusiaan

Haliludin berkata, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud.

Haliludin menasihati pengguna jalan raya, agar menanam sikap perikemanusiaan dan tanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini.

“Tidak kiralah siapa yang salah atau siapa yang benar kerana jika kita berdepan kecemasan, kita perlu membantu mangsa lain.

“Jangan bersikap ‘janji saya selamat’, sedangkan orang lain mengerang kesakitan sehingga menemui ajal,” katanya.

Laporan penuh:

17 jam mayat bersujud 

PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.


Zakiah Pesakit kanser Payu Dara Pernah Ditipu Bank Palsu


Zakiah Pesakit Kanser Payu Dara Pernah Ditipu Bank Palsu


Zakiah yang hanya mampu terlantar ditemani ibu bersama dua anaknya.

Zakiah yang mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk dari Majlis Kanser Nasional (Makna) berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu keluarganya selama ini.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan kisah mengenai Zakiah yang berputih mata setelah wang simpanannya sebanyak RM10,000 hilang setelah ditipu oleh sindiket perbankan palsu tahun lalu.

Sesiapa yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi suaminya menerusi 0124138077.

Zakiah rela berjauhan demi masa depan anak-anaknya terjamin

BALING - Seorang suri rumah yang terlantar sakit akibat kanser payu dara sejak sebulan lalu risau mengenai masa hadapan dua anaknya.

Zakiah Elias, 31, dari Kampung Charuk Bemban, Mukim Kupang tidak mampu menguruskan kedua-dua anaknya itu yang berusia tujuh dan empat tahun terutama melibatkan pembelajaran.

Gambar Percikan Api Di Matahari 31 Ogos 2012

Gambar Percikan Api Di Matahari Pada 31 Ogos 2012



IMEJ yang didedahkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan percikan api di matahari pada 31 Ogos lalu.

MIAMI – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin mendedahkan imej nyalaan matahari yang dirakamkan pada 31 Ogos lalu.

Imej itu menunjukkan percikan api yang terkeluar daripada matahari.

Bagaimanapun, ia memberi kesan terhadap persekitaran magnetik Bumi yang menyebabkan cahaya aurora terbentuk di langit.



Gambar Aurora pada 6 September 2012: Satu tirai hijau aurora riak atas hell formasi batuan berhampiran Drumheller, Kanada, awal Isnin, Hari Buruh di Amerika Syarikat Pada malam yang sama, rancangan yang sama Warnai langit berbanding negara-negara latitud tinggi di seluruh Hemisfera Utara.

CUEPACS kemuka 26 pindaan dalam dua dasar baru SPA

CUEPACS kemuka 26 pindaan dalam dua dasar baru SPA 

Presiden Cuepacs
 Yang Berbahagia Dato' Hj. Omar Osman
 
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan 26 pindaan bagi menambah baik dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pindaan-pindaan tersebut akan dikemukakan sama ada pada hujung bulan ini atau pertengahan bulan depan selepas diberi masa tiga bulan oleh SPA untuk berbuat demikian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design