Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, April 17, 2009

Anak-anak, amanah Allah



Anak adalah Amanah Allah


Anak adalah anugerah Allah. Anak itu lahir bersih dan suci ibarat kain putih. Ibu bapanyalah yang mencorakkan anak-anak sama ada anak itu akan menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Berat kan tanggungjawab ini? Susah juga jadi ibubapa ni.Kasih sayang pun kena adil pada anak-anak.

Anak kecil yang baru lahir ke dunia, mulus tanpa dosa. Menangis pinta simpati. Apalah daya si kecil untuk bertindak sendirian. Samada untuk makan,minum dan rimas apabila najis sudah banyak.

Namun,mangapalah masih ada insan yang bagai tiada perasaan, tega membiarkan si kecil togel di tengah embunan malam, atau digigit serangga sehingga ada yang mati. Biar siapa pun ibubapanya dan biar bagaimana punca ia boleh terzahir di rahim ibundanya, anak kecil itu adalah individu yang suci tanpa dosa. Anak itu tidak menanggung bebanan dosa ibubapanya. Dia tidak ada membawa dosa warisan.Yang berdosa,adalah ibubapanya sendiri.

Ada juga insan yang melepaskan kemarahan kepada si bayi kecil sehingga lebam-lebam badan anak. Biarpun mungkin itu bukan anak anda, janganlah kerana marahkan ibubapanya,maka si kecil itu di belasah,diinjak dan dibiarkan terjatuh dalam mangkuk tandas serta sebagainya.

Sayangilah anak-anak. Semoga kasih sayang yang ikhlas itu bisa mencamtumkan ikatan hati yang tulus sehingga hari tua kita nanti.InsyaAllah.



2 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Camnelah yer perasaan diorang yang buang bayi kat tong sampah tu. Kalau difikirkan logiklah, macam tak masuk akal je. Takkan takde sekelumit kesal kot. Kadang-kadang kita yang tengok ni pun sebak bila tengok ada bayi2 malang ni yang dah meninggal sebab lama sangat kena tinggal.

ummu said...

tu lah kesian kat bayi yang tak berdosa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design