Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, July 07, 2009

Cabaran Penyusuan Ibu secara Ekslusif

Cabaran Penyusuan Ibu secara Ekslusif (i)


Saya merasa ingin mencatatkan serba sedikit pengalaman saya seanjang penyusuan susu ibu. Sebagai seorang ibu, saya sudah menanam azam hendak memberikan secara ekslusif susu ibu. Sejak apabila mengetahui dan disahkan hamil, saya menguatkan azam dan semangat untuk penyusuan ibu. Pelbagai medium saya riki utk mempelajari cara-cara penyusuan ibu yang baik. Antaranya, di sini, saya selalu merayau. Tetapi jarang meninggalkan jejak memandangkan halangan2 tertentu yang Allah tidak izinkan.

Di susuibu, saya mendapat motivasi agar meneruskan cita-cita suami saya. Ya, suami saya pernah bercita-cita agar anak-anaknya mendapat penyusuan ekslusif dari susu ibu sendiri. namun, hasrat itu tidak kesampaian pada kelahiran anak sulong.

Pada kelahiran anak sulong, situasi kami sedikit teruji. Seorang di selatan, seorang di tenggara. Jika bayi yang berusia 2 bulan lebih tinggal bersama saya ketika itu. Dengan keadaan fasilitis persekitaran yang kekurangan di samping jauh dari sanak saudara, dan pelbagai faktor tolakan dan tarikan yang lain, maka saya tidak dapat memberi secara ekslusif susu ibu kepada anak yang sulong.

Oleh sebab itulah, saya berazam memberikan yang terbaik untuk kelahiran kali kedua ini. Selain vitamin yang pihak jururawat dan doktor bekalkan semasa setiap kali temujanji Ibu hamil, saya juga mengambil supplement lain. Harapan saya agar saya sihat mengikut keadaan orang seperti saya. Agar saya dapat memberikan yang terbaik untuk anak saya kelak. Kekurangan diri bukanlah alasan untuk saya mencipta alasan untuk tidak memberi susu ibu ekslusif kepada anak sendiri.

Dari itu, sebenarnya, barulah saya mengerti, betapa indahNya ciptaan Allah SWT. Sesungguhnya wanita diciptakan Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian dan peranannya yang tersendiri. Betapa, peranan wanita itu memang penting dalam pembentukan sebuah institusi keluarga. Betapa pengorbanan para ibu kita dalam membesarkan kita itu tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Jerih payah, sakit pening dan jatuh bangun ibu kita dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

5 comments:

Noor Rikha Amran said...

Waaaahhhh dah lain wajah ni, lawa lah.

Akak dulu pun berusaha menyusu anak walau keje. Cuma tak sempat 2 tahun sebab anak 8 bln bulan mengandung balik. kecuali anak bungsu dapat penuh 2 ntahun. Tak keje setahun dgn yg bungsu ni sebab dah tutup kedai he he he.

Namun bhagia sangat....

Tapi sedeh bila dengar kenalan tak menyusukan anak dengan alasan yang tak jelas......

Kagum dengan dr pakar yang berusaha menyusukan anak. Inikan kita cikgu cabuk kan.....

Tahniah utk masyitah ye

ummu said...

itu lah kak,saya tengok kawan saya yang doktor dgn on call nyer lagi,tapi breastfeeding tetap diutamakan. kita ni apa je lah kan...

terima kasih kak. tahniah juga utk akak sbb berjaya jadi ibu mithali utk anak2 akak.

JZ said...

bertuahnya wanita yang dapat merasai detik-detik ini

hai said...

salam ziarah,
zaman sekarang,ramai surirumah yang tidak menyusukan anak mereka ..alasannya tak de susu.Sebenarnya, lebih kerap anak menyusu,insyaalah lebih banyak susu yang akan terhasil...
lagipun zaman sekarang byk cara untuk menambahkan susu dengan amalan2 pemakanan yang baik.

ummu said...

Liza, pasti ada hikmahNya setiap wanita yang belum melalui detik seperti ini.insyaAllah,as doakan semoga suatu masa sahabatku yg seorang ini kan melaluinya jua.amin.

Kak Hai,terima kasih sudi singgah di sini.setuju dgn pdgn Kak Hai, pelbagai kaedah utk memperbanyakkan susu sebenarnya. Apa yang penting, peranan minda/otak yang berkemahuan tinggi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design