Followers
Tuesday, August 25, 2009
1001 Memori Ramadhan
1001 Memori Ramadhan
Assalamulaikum dan apa khabar kawan-kawan? Semoga dalam perlindungan Allah jua hendaknya. Hari ini telah masuk hari keempat Ramadhan Al Kareem. Bermakna telah 4 hari kita berada di bulan yang penuh Rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka.
Jika mengikut kiraan kalender Hijriah, Ramadhan ini bermakna telah lebih 3 dekad saya berpeluang merasai ketibaan dan pemergian bulan yang penuh bahagia ini. Sepanjang waktu itu, saya telah melalui pelbagai peristiwa suka duka dalam kehidupan, sama seperti insan-insan lain di dunia ini.
Menempuhi Ramadhan dalam fasa kanak-kanak, adalah saat-saat yang terindah pernah hadir dalam hidup saya. Tidak mengerti mengapa mesti berlapar dan dahaga sedangkan bukannya makanan dan minuman tiada di depan mata. Merasa letih dan tertanya-tanya mengapakah mesti berpuasa? Walau telah acapkali diterangkan oleh ibubapa, pembantu keluarga @ pengasuh tersayang, guru-guru di sekolah....hati kanak-kanak masih tercari-cari apa dan mengapa. Namun, yang pasti hati berbunga riang saat menanti waktu berbuka puasa. Seronok tak terkata melihat ibu dan pengasuh, Nyayi Yah(nenek dari tetangga saya) menyiapkan hidangan berbuka sebaik ibu balik bekerja. Kemudian menunggu-nunggu bilakah azan Maghrib nak berkumandang dari surau berhampiran rumah. Kalau tengok ceita Upin dan Ipin, pasti saya terimbau kenangan masa indah itu.
Ketika fasa remaja, barulah saya mengerti apakah hikmah berpuasa yang Allah perintahkan ke atas hamba-hambaNya yang beriman. Tidak lama melewati berpuasa bersama keluarga pada awal fasa remaja, saat perpisahan telah tiba. Melalui detik-detik berpuasa kali pertama jauh dari keluarga membuatkan air mata selalu tumpah ke bumi. Ditemani kawan baik, DNFAF kami sering berjurai airmata.
Kata DNF dalam sendunya," Awak ni, janganlah nangis. Nanti kita pun nangis tau. Awak ni asyik nak nangis je. Nanti orang tahu, malulah. Kita kan datang sini nak belajar. Dahlah jangan nak sedih-sedih. Kita tak boleh tengok awak nangis".
Rupa-rupanya...itulah langkah pertama saya ke dunia serba baru, dunia yang penuh pancaroba ini. Langkah pertama menandakan selepas itu, tiada lagi waktu yang banyak, waktu untuk saya bersama ibubapa, membantu ibu di dapur dan mengajar adik membaca menulis menjadi terbatas iaitu hanya apabila waktu cuti sekolah yang panjang. Saat itu, adik-adik turut merindui si kakak yang jauh beratus batu di utara tanahair. Telefonlah sebagai salah satu medium pengerat kasih sayang antara anak dan ibubapa.
Begitulah sedikit rentetan perjalanan Ramadhan saya dalam fasa-fasa kehidupan saya. Fasa yang berikutnya, rupanya lebih berliku. Namun liku-liku itulah mengandungi pelbagai hikmah yang tersurat dan tersirat. Kehidupan itu sendiri adalah sekolah kehidupan. Sekolah yang sentiasa bergerak dan tiada cutinya melainkan setelah nyawa berpisah dari badan. Sesuai dengan maksud Firman Allah Taala, "Sesungguhnya tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaKu".
Sesungguhnya yang pasti, sudah tentulah Allah Yang Maha Dekat tak pernah menzalimi para hambaNya. Manusia merancang, Allah merancang dan Allah lah sebaik-baik perancang. Orang mukmin itu, apabila ia diberi kesenangan, samada kesenangan wang, kelapangan masa, kesihatan yang baik dan kegembiraan, ia memuji Allah dan bersyukur serta semakin melakukan banyak ibadah. Apabila ia diberi kesusahan, samada kesusahan kesempitan perasaan, ketakutan, kemiskinan, kesakitan, kebakaran, peperangan dan sebagainya, ia tetap memuji Allah dan bersyukur. Bahkan tetap melipatgandakan ibadahnya.Barangsiapa yang menjaga haq Allah, pasti Allah menjaga haq hambaNya. Sesungguhnya janji Allah maha benar.
Sekian dahulu coretan saya untuk kali ini. InsyaAllah ada rezki dan izin daripada Allah, akan saya coretkan serba sedikit fasa berikutnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
salam masyitah,
duk hostel ya? sama la kita... tapi best kan?.. tak sabar nak tunggu fasa seterusnya :)
Salam ziarah. Selamat berposa dan menunaikan terawih. Moga posa kita sentiasa diberkati.
salam ummu.. mmg kalo ingat fasa2 yg berlalu jadi sengih sendiri bermacam kerenah
Moeha;
ya,dulu pun saya duk hostel.oh Moeha pun duk hostel jugak erk?
Intan RH
Semat berpuasa juga kat Intan dan moga pose kita diberkatiNya.Amin.
Maiyah;
tul tu Maiyah,kadang2 senyum sendiri jerk.
waalaikumusslm. salam ramadhan almubarak. silalah buat. i.Allah sedp. inilah mknn kegemrn kuarge. da siap nnt hntr cni ye? nak rasa jg… hehe
Salam Ummu Masyitah...:-)
Salam Ziarah dan Salam Ramadhan buat Ummu Masyitah di Malaysia...
Selamat menjalani ibadah puasa buat Ummu dan juga keluarga...Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kemuliaan,keberkatan serta kerahmatan buat kita semua...Semoga Allah redha...Ameen
Jazakallah diatas ziarah Ummu ke blog saya :-)...Sangat-sangat saya hargai...Saya nak minta izin untuk link kan blog Ummu di blog saya ye...Semoga jalinan Ukhuwwah ini dirahmati serta diredhai Allah SWT...
P/S: Terima kasih juga,diatas info Ummu berkenaan Salam perantauan saya di surat khabar KOSMO tu...:-)
Jaga diri baik-baik Ummu...
Salam Ramadhan buat Ummu,dari bumi Preston,Lancashire UK:
-Faiza-
ummuhaq,
hi hi nanti kita antar erk kalau kita dah wat.tq sudi jengah teratak saya.
waalaikumsalam ummu masyitah..
terima kasih banyak berkunjung ke blog sy dan terima kasih juga atas ulasan serba sedikit yg saudari kirimkan.. salam perkenalan
Faiza;
terima kasih sudi ziarah kembali dan link teratak saya.
semoga Allah memberkati amalan kita yang semampu kita lakukan dan semoga ramadhan kita kali ini membawa keberkatan yang lebih baik.ameen.
kebetulan saya beli Kosmo Ahad lepas,:).buat Faiza juga,jaga diri baik-baik ya di rantau orang.semoga dalam lindungan Allah selalu.
Kakna,
salam perkenalan kembali.
terima kasih sudi singgah di sini.
ramadhan kareem
N.A.Y;
salam ramadhan al kareem juga wat N.A. Y. terima aksih sudi tinggalkan jejak di sini
Post a Comment