Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, October 28, 2009

Apalah dayaku menantu kelainan upaya








Apalah Dayaku Menantu Kelainan Upaya

Di sebalik kehangatan penderitaan natijah dari kenaikan sara hidup, sehari dua ni saya dihidangkan dengan secebis persoalan masyarakat yang entah bila akan berubah. Ianya tidak lain tidak bukan betapa kesahnya masyarakat bila "bermenantukan sicacat".

Pengalaman yang dilalui oleh rakan-rakan dan kisah rumahtangga yang setiasa dilambung ombak memberi keinsafan kepada saya betapa keluarga suatu nikmat yang perlu diperlihara.

Cuba kita renungi dua situasi yang berikut:

1. Akibat penampilan menarik, ditambah dengan pujuk rayu akhirnya seorang wanita dinikahi oleh seorang lelaki. Kerana kurangnya didikan agama dan kebertanggungjawaban, si isteri akhirnya menderita dengan pelbagai karenah suami.

2. Seorang perempuan telah dipinang oleh seorang jejaka kelainan upaya. Meskipun mempunyai kerjaya yang mampu menyara kehidupan dan cukup sifat tanggungjawabnya, pinangan akhirnya ditolak hanya kerana bimbang bermenantukan si kelainan upaya.

Demikianlah kadang-kadang tersenyum sendiri mengenangkan pelbagai kisah masyarakat di sekeliling yang pada bila-bila masa saja boleh menimpa keluarga kita.

Begitu banyak kisah rumahtangga yang pada awalnya dijangka baik dengan penampilan sebelum berkahwin akhirnya hancur dan terlerai. Mereka yang terlibat bukan dari kelainan upaya dan sempurna pada pandangan mata.

Ada saja sebab di sebalik kerapuhan rumahtangga yang dibina. Ada antaranya persefahaman yang kian menipis dan tidak kurang juga kecurigaan yang tiada penghujung terhadap pasangan.

Selain itu, ada pula lelaki yang menikahi wanita hanya kerana kepentingan material. Ini bukan lagi kisah perempuan mata cukur tetapi kisah lelaki pisau cukur. Sifat malu kerana bergantung kepada isteri hilang hanya kerana pentingkan laba yang boleh dijala di lautan rumahtangga yang tenang yang akhirnya bergelora sudahnya.

Dalam apa juga keadaan, si isteri atau wanitalah yang sering menjadi mangsanya. Ada yang digantung tak bertali, dan ada yang hidup bagai memikul biawak yang hidup.

Berbeza dengan situasi kedua, begitu sulit seseorang yang cacat ingin menikahi wanita idamannya. Pelbagai alasan dihidangkan oleh orang tua kekasih hati yang ingin diperisteri demi menidakkan pinangan si jejaka kelainan upaya

Alasan paling standard yang dihamparkan "macam mana nak beri anak aku makan?".

Selain itu ada juga membangkitkan macam mana nak urus rumahtangga bila beranak. Sememangnya amat melucukan.

Betapa ramai pasangan yang sempurna selain menggaji pembantu rumah Indonesia, terpaksa menghantar anak-anak mereka ke rumah ibu/bapa kerana pelbagai alasan? Hal seumpama itu tidak pernah dihebohkan kerana pasangan tersebut tidak dari orang kelainan upaya.

Tidaklah dinafikan ada saja pasangan kelainan upaya yang gagal dalam mengurus rumahtangganya. Namun kelainan upaya itu sendiri bukanlah faktor utama kepada kegagalan rumahtangga yang sejahtera.

Dalam hal yang dibicarakan ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. Ianya adalah tanggungjawab masyarakat secara kolektif untuk membentuk pemikiran yang lebih menjurus kepada tindakan-tindakan yang rasional.

Mungkin boleh diperbanyakkan drama-drama yang berupaya membentuk pemikiran dan tanggapan masyarakat.

 Selain itu, program-program percambahan fikiran wajar dipergiat untuk memberi input yang berfaedah kepada awam. Di sinilah pentingnya agensi-agensi seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Pembangunan Keluarga dan Penduduk, badan-badan bukan kerajaan, media-media massa  dan lain-lainnya berganding bahu menyusun dan mengatur program-program yang sesuai bertujuan memberi pendedahan secukupnya kepada masyarakat. 

Sekadar santaikan pemikiran, sama-samalah kita fikirkan.


artikel di atas ditulis oleh: Mohammad Faizal Che Yusof
dari:  http://bprihatin.blogspot.com/2008/06/apalah-daya-aku-menantu-cacat.html
 gambar : fikraa.blogspot.com/2007/11/hari-ini-menjelma...





di edit oleh:Ummu Masyitah
p/s: Bagaimana pula jika pihak wanita dari orang kelainan upaya dan lelaki insan normal?

8 comments:

luaskanmata said...

Salam singgah:

Kepada sesiapa yang menatap artikel ini amatlah untuk ianya difahami dan disebarluaskan. Sebagai seorang yang turut terlibat dalam permasalahan rumah tangga, saya memerhatikan bahawa faktor kelianan upaya atau keupayaan fizikal bukanlah penentu kebahagiaan secara total.

Pembicaraan perihal pengukuhan institusi keluarga ini amat wajar dijadikan budaya yang perlu dibicarakan oleh masyarakat seperti di masjid-masjid dan sebagainya.

Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa.

Maiyah said...

byk dugaan dan perlu kesabaran, mesti dgn hati yg ikhlas.. tapi OKU pun kene byk muhasabah diri

dmx said...

salam..
ummu masyitah...

en3 yg menarik...tok diskusi

coz ,
semua..inginkan KESEMPURNAAN
dlm hidup,
tpi,sume org lupe...
hakikatnye ketentuan Allah swt segalanye..

islam..
mndidik...iman n taqwa
sbgai...
jurnal kehidupan manusia

dmx said...

salam..
ummu masyitah...

en3 yg menarik...tok diskusi

coz ,
semua..inginkan KESEMPURNAAN
dlm hidup,
tpi,sume org lupe...
hakikatnye ketentuan Allah swt segalanye..

islam..
mndidik...iman n taqwa
sbgai...
jurnal kehidupan manusia

fisa othman said...

kebanyakan manusia terlalu mengejar kesempurnaan...hingga mereka lupa dri mereka juga ader ketidaksempurnaannyer....erti sempurna bukan shja melibatkan fizikal tetapi mental skali...skang nie masing2 mengejar kesempurnaan fizikal tanpa menimbang tara mentaliti seseorng...

Mohd Sabar & Rafieah said...

setiap yang berlaku hanya allah jua yang ketahui disebaliknya, kita bersabarlah...

ummu said...

Encik Mohd Faizal,

Salam diterima,silakan masuk. Terima kasih atas entry tuan,saya copy dari penulisan Tuan,lantaran tuan lebih arif dalam dunia OKU di atas pengalaman Tuan selama ini.

Puan Maiyah,
Iyer, OKU pun perlu cermin diri selalu. Syukur dan redha kunci kebahagiaan.

Saudara Damaiinx,
manusia,kadang-kala OKU dari lahir, setelah alam kanak-kanak,OKU setelah kemalangan, selepas melahirkan anak,masalah kesihatan seperti Strok,hypertensioan kronik, alzheimer atau tanpa sebab,semuanya tanda-tanda kekuasaan dan kesempurnaan Allah.

ummu said...

Fisa;
Begitulah adat kehidupan ini. sebagai ibubapa, pastinya mereka hendakkan pasangan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun jika seseorang itu boleh bahagia dunia akhirat dengan pilihannya walaupun seorang OKU,itu semua bukan masalah utama.Kerana bahagia itu subjektif.

Rafieah;
iyalah Fieah. Hidup mesti diteruskan walau apa yang berlaku. Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kita.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design