Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Monday, February 20, 2012

Mengapa RM42b harta dibeku,

Mengapa RM42b harta dibeku,



Isu ini sekitar Mac tahun 2011 yang lalu. Hanya baru kini dapat dimuatnaik di sini, sebagai rujukan.

Mengapakah lebih RM40 billion harta dibekukan? Mungkin di bawah ini jawapannya...

RM42b harta dibeku

PETALING JAYA 30 Mac – Nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana tiada wasiat kini dianggar mencecah RM42 bilion.

Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Bhd. (ARB), Ahmad Saruji berkata, anggaran itu meliputi kira-kira sejuta kes di negara ini.

Katanya, kajian ARB pula mendapati hanya dua peratus rakyat Malaysia menulis wasiat yang membolehkan segala maklumat harta didaftarkan, sekali gus memudahkan urusan pembahagian.

Beliau berkata, bagi membudayakan penulisan wasiat di kalangan masyarakat, ARB dengan kerjasama syarikat pengurusan harta pusaka Islam, Warisan Mukmin Sdn. Bhd. melancarkan kempen Tahun Menulis Wasiat 2011.


“Kami tidak mahu masalah ini bertambah lagi. Kempen ini akan diadakan sepanjang tahun di seluruh negara untuk menyampaikan mesej kepentingan menulis wasiat sekali gus mengelakkan masalah lain yang timbul terutamanya keretakan institusi kekeluargaan,” katanya di sini hari ini.

Sempena kempen tersebut, katanya, orang ramai boleh memiliki dokumen wasiat bagi menguruskan harta pusaka bernilai ribuan ringgit dengan hanya melibatkan kos permulaan serendah RM30 sebulan serta bayaran bulanan yang fleksibel.

Kempen tersebut yang bermula dari Januari hingga Disember tahun ini adalah untuk memudahkan masyarakat membuat wasiat, sekali gus mengelakkan pembekuan harta dan perbalahan keluarga.

Sementara itu Pengerusi Warisan Mukmin, Datuk Mohd. Nahwari Hashim berkata, syarikat itu menyasarkan pendaftaran 5,000 wasiat sehingga akhir tahun ini. – BERNAMA (Mac 2011)

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design