Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Monday, November 19, 2012

Kempen kesedaran bahaya diabetes

Kempen kesedaran bahaya diabetes

SETIAP tahun Kementerian Kesihatan menganjurkan kempen kesedaran bagi memastikan masyarakat menyedari kesan diabetes terhadap kehidupan harian.

Malah, hospital kerajaan dan swasta turut menggembleng tenaga mengadakan kempen kesihatan, forum awam dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. 


Dianggarkan ada empat juta pesakit diabetes di Malaysia kini dan angka berkenaan semakin meningkat disebabkan diet pemakanan tidak seimbang serta gaya hidup tidak sihat.

Menurut Pakar Perunding Endokrinologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Norshinah Kamarudin, selain pengesanan awal, penting untuk mengetahui langkah terbaik cara pengurusan penyakit terbabit oleh penghidapnya serta komplikasi dan penyakit berkaitan diabetes.  


“Kini, makin ramai golongan muda turut mengalami penyakit ini kerana amalan gaya hidup masing-masing. 


 

“Oleh itu, langkah proaktif bagi menanganinya perlu dilakukan semua pihak kerana kesedaran dan pengetahuan mengenainya berupaya membantu untuk mengelakkan penyakit ini. Langkah ini juga membantu penghidapnya menangani diabetes dengan cara paling baik,” katanya.

Individu yang disahkan menghidap diabetes pula berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang serta buta.


Sempena Hari Diabetes Sedunia bertemakan Pendidikan dan Pencegahan, Pusat Perubatan Prince Court akan menganjurkan pelbagai aktiviti kempen kesedaran kesihatan pada 26 November hingga 30 November ini.


Antaranya termasuk demonstrasi masakan (jam 12.30 tengah hari hingga 1 tengah hari setiap hari sepanjang kempen) serta demonstrasi penggunaan insulin, pemeriksaan tekanan darah dan glukos secara percuma.


Dr Norshinah serta pakar diet pusat perubatan terbabit juga akan mengadakan sesi perundingan dan kaunseling secara percuma pada 26, 28 dan 30 November pada jam 2 petang hingga 3 petang. Pada 29 November, ia bermula pada jam 10 hingga 11 pagi.


Artikel ini disiarkan di Harian Metro pada : 2012/11/18

1 comments:

Kakzakie Purvit said...

Baik mencegah sebelum kena kan Ummu. Pada yg dapat pergi tu baguslah boleh timba ilmu kesihatan dan biasa kan boleh check-up sekali.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design